Skip to main content

Jawapan Terhadap Kebimbangan TS Muhyiddin


Jawapan Terhadap
Kebimbangan TS Muhyiddin


MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti. Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu. Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera.

''Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu.

''Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.

Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu. Muhyiddin menegaskan, pemimpin dan ahli UMNO perlu segera mencari jalan menyelesaikan segala masalah dalaman terutama persengketaan dalam tempoh satu atau dua tahun ini supaya ia tidak berterusan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.

''Tempoh 24 bulan adalah masa yang singkat untuk membetulkan semula keadaan tetapi jika tiada usaha mengatasinya, ia akan menjadi isu dan persepsi yang boleh mempengaruhi rakyat," tegasnya. Dalam politik, jelasnya, persepsi adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi minda dan pandangan pengundi, bahkan menjadi penentu sama ada mereka akan mengundi UMNO pada pilihan raya atau sebaliknya.

''Kita perlu ingat masih ramai orang Melayu yang miskin dan ketinggalan dalam semua bidang seperti ramai yang masih menjadi nelayan, petani dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, beliau bimbang kerana masih terdapat ketua bahagian dan cawangan yang tidak menjalankan program termasuk pendekatan baru yang diketengahkan oleh UMNO iaitu program Juara Rakyat. Katanya, program itu ialah satu cara yang dilihat lebih berkesan untuk mendekati rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Di samping itu, Muhyiddin juga memberi jaminan bahawa usaha kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru bertujuan membantu orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain.

''Walaupun model ini memperlihatkan kesamarataan bagi semua kaum tanpa mengira budaya dan agama tetapi ia tidak bermakna hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan diketepikan.

''Melalui model yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu semua rakyat miskin di kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu," kata Muhyiddin. Bercakap kepada pemberita, beliau memberitahu, UMNO akan berusaha untuk memahami aspirasi golongan muda dalam usaha menarik mereka menyokong BN dalam pilihan raya akan datang.


Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju dengan cadangan TS Muhyiddin berkenaan UMNO harus menghapuskan segala persengketaan dan perbalahan dalaman jika mahu melihat UMNO kembali kuat. Namun demikian, kita harus bercakap jujur dan amanah - sesungguhnya persengketaan dan perbalahan dalaman yang sedang dihadapi dalam kalangan ahli UMNO adalah berpunca daripada tiga perkara ini, iaitu :


1. Hal ini adalah akibat daripada para pemimpin UMNO yang menang dalam pertandingan merebut sesuatu jawatan atas dasar politik wang atau rasuah. Ini merupakan fakto utama mengapa berlaku perbalahan dan persengketaan di dalam UMNO selama ini. Jika hal ini dapat ditangani dan semua pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah politik disingkirkan daripada UMNO, InsyaAllah UMNO akan kukuh kembali.


2. Terdapat sebahagian besar pemimpin UMNO di peringkat bahagian yang sudah terlalu lama memegang jawatan Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua Bahagian, sehingga jawatan tersebut seolah-olah milik seumur hidupnya. Maka ini juga merupakan faktor mengapa berlakunya persengketaan dan perbalahan di dalam UMNO. Jika hal ini dapat diatasi dengan meletakkan tempoh tertentu kepada para pemegang jawatan utama itu, InsyaAllah UMNO akan menjadi relevan.


3. Terdapat begitu ramai ketua pemuda UMNO Cawangan dan Bahagian yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, sehinggakan berlaku konflik antara ahli pemuda UMNO yang berpendidikan dengan ahli UMNO yag tidak mempunyai pendidikan tinggi. Oleh kerana semakin ramai ahli UMNO yang berpendidikan tinggi mula aktif secara serius di bahagian masing-masing, maka ia mula mengundang krisis pemikiran dan sikap dengan sebahagian besar Ketua-ketua Pemuda Bahagian atau Cawangan yang rata-ratanya mempunyai tahap kelulusan SPM atau STPM sahaja. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan persengketaan dan perbalahan dalam aspek siapakah yang lebih layak untuk memegang sesuatu jawatan itu. Jika UMNO boleh mengatasi masalah ini InsyaAllah parti ini akan kembali kuat. Wallahualam.

Add to Google

Comments

Tok Pambu said…
Kini BN/UMNO sedang berada dalam ICU.

UMNO sendiri masih belum stabil, pergolakan disayap pemuda UMNO sedang hangat diperbincangankan oleh pencacai2 UMNO.

MCA, MIC, Gerakan tak perlu ditanya lagi - memang dah padam.

UMNO masih belum sedar tentang apa yang telah berlaku pada PRU12 yang lepas. Yang pasti Kelantan, Kedah, P Pinang, Perak dan Selangor termasuk Wilayah Persekutuan sudah dapat kami tawan.

Kaum bukan melayu sudah semuanya sedar akan hak2 mereka sebagai warganegara Malaysia. Kami tidak lagi boleh dikongkong dan di perbodohkan oleh UMNO lagi.

Anda akan saksikan kebangkitan suara kami, setiap kawasan majoriti kaum bukan melayu 100% akan jatuh ketangan kami.

Kami juga sudah mendapat sokongan kuat dari kaum melayu melalui PAS dan PKR. Sekarang kami juga tiada masalah untuk tawan kawasan yang tidak majoriti bukan melayu.

API KESEDARAN DARI KAUM BUKAN MELAYU INI TIDAK MUDAH DAPAT DI PADAMKAN OLEH UMNO.
BEGITU JUGA DENGAN SOKONGAN MELAYU DARI PAS DAN PKR TERHADAP KAMI TIDAK MUDAH DAPAT DITAHAN OLEH UMNO.

Kami akan terus maju kehadapan untuk menghancurkan UMNO. Kekuatan kami tidak mudah di patahkan oleh UMNO kerana kekuatan ekonomi dan sosial kami.

Ekonomi melayu adalah ditahap yang terendah, begitu juga taraf sosial nya, hampir 90% muda-mudi melayu sudah terjebak dengan DADAH dan semua gejala buruk seperti mat rempit, meragut, minum arak dan judi.

Tanpa melayu UMNO pasti akan runtuh.
tabuan said…
nalapambu..
setuju dengan YOU -100%
PAS, PKR Dan DAP sangat kuat, mereka hanya bergantung kepada satu batang sahaja.

kekuasan mereka akan berterusan sekiranya mereka dapat terus bergayut pada batang ini...

nak tahu batang apa sila ke...http://tabuans.blogspot.com/
Anonymous said…
Benar juga rasa 'gerak hati' aku selama ini yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena jika Anwar Ibrahim jadi PM. Hakikatnya aku memang tidak redha Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia kelak. Rasa tidak senang ini semakin meluap-luap bila Anwar kerap-kali menyebut di dalam ceramahnya "Minggu depan saya berada di George Washington University, kemudian ke Doha kerana dijemput untuk memberi ucaptama di Persidangan Ekonomi Asia, selepas tu ke London dan ......."


Timbulnya juga persoalan dalam kepala otak ni "Hebat sangatkah Anwar ni sehingga menjadi pensyarah jemputan di salah sebuah universiti terkenal di Washington ni atau ada sesuatu agenda tersembunyi pihak Amerika dengan Anwar ni."

Bulan lepas aku terjumpa satu artikel yang bertajuk "Seluruh Persatuan Gereja Di Sabah Menyokong Anwar Jadi PM." Dilampirkan sekali surat yang dihantar oleh Persatuan Gereja tersebut kepada Anwar Ibrahim ;

Klik pada surat ini untuk paparan yang lebih jelas dan baca serta nilai sendiri.

Secara peribadi aku pernah menyebut sebelum ini bahawa Anwar memang masih berfahaman sekular sama seperti pemimpin UMNO yang lain cuma bezanya kerana dia dilahirkan sebagai seorang pejuang rakyat miskin, berani, anti-rasuah dan pernah dizalimi. Ketabahannya menghadapi ujian difitnah, dibelasah dan dipenjara memang boleh diberi markah.

Keraguan aku selama ini terhadap Anwar semakin terjawab apabila seorang Ulama' Besar Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi agar "berhati-hati dengan Anwar Ibrahim" sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008.

Dr. Yusof Qardawi menjelaskan penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk "Building Moderate Muslim Network" terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation.

Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari'ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama.

Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003.

Memang licik permainan budak Cerok Tok Kun ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah 'kemaruk' nak jadi PM selepas PRU 12 lalu. Rupa-rupanya ada 'sponsor' dari luar sana.

Jangan sampai Allah beri teguran pada Anwar untuk kali yang seterusnya, sudahlah... Anwar perlu insaf dan sedar bahawa peristiwa pemecatannya dalam tahun 1998 sehingga terpenjara selama 6 tahun adalah sebagai balasan 'dosanya terhadap PAS'.

Mudah-mudahan Allah segera menyedarkan Anwar dari dipermain dan dipergunakan oleh pihak barat dan musuh-musuh Islam di sekelilingnya yang sedang memuja dan mengharapkan dia menjadi PM. Anwar perlu ingat bahawa musuh Islam sentiasa mencari ruang dan akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mencapai visi mereka termasuklah memberikan sejumlah dana yang besar bagi tujuan jahat mereka.

Dulu Anwar dipergunakan oleh Mahathir untuk menekan Islam dan PAS dalam negara. Bila dah kena pecat dan teraniaya, barulah sedar dan ingat akan pesanan dan nasihat Almarhum Ustaz Fadzil dan rakan-rakannya dalam PAS.

Jangan sampai Anwar ulangi kesilapan yang sama. Padahnya amat berat sekali.

Jazakallah.
petikan dari blog pas
SETUJU DENGAN NALAPAMBU.....
Anonymous said…
UMNO KEJAM..
UMNO ZALIM..
UMNO PEROSAK BANGSA.
UMNO PENGKHIANAT.
UMNO JAHAT.
UMNO KERAS KEPALA.
UMNO JENIS MUKA TAK TAHU MALU.

Kerana UMNO telah...
1) melaksanakan Amanah Rakyat dengan Baik.
2) berjaya melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan.
3)membantu masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.
4) menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
5) dan SERIBU lagi KEBAIKAN, "Semuanya Untuk Rakyat"

Maka....
UMNO mesti ditumbangkan....
Kebumikan saja UMNO...
UMNO sudah ketinggalan zaman.

--Aku Kenal Yang Mana Permata-
Alor Setar, Kedah
fahana_ann said…
assalamualaikum tuan,
hot hotje kat sini..ape jua komen dan tulisan politik yang dibaca smeuanya memberi kesedaran hakikat negara Malaysia kini..
Gedung Akal said…
Kah...kah..kah..Melayu sudah sedar dan cerdik sekarang..
Kah..kah..kah.Melayu sudah tahu Anwar itu Agen amerika..
Yang Melayu kurang jelas ialah Amerika cuba laga-lagakan Melayu. Melayu adalah domba Amerika kecuali PM 1Malaysia yang bijaksna itu.
P/S : Ini bukan puji PM tetapi sindir...kah..kah..Melayu tak paham ke sindiran?
Anonymous said…
Perpaduan sejati ialah ikatan hati bukannya ikatan parti. Hati yang diikat oleh 'tali' Allah SWT bukannya tali survival bangsa yang berorientasikan nafsu.

DR NO
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
azlishukri said…
Dr No saya sependapat
Anonymous said…
Terngiang-ngiang di telinga ku suara jeritan pemuda-pemuda UMNO di PWTC apabila diketahui keputusan jawatan KP UMNO Malaysia.
(Sila lihat You Tube "Cries of Rasuah").


Ahli UMNO

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil