Skip to main content

Transformasi Budaya II


Transformasi Budaya II


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai 'pengacau' di dalam PKR. Sambil memberi amaran kepada individu terlibat Anwar berkata, mereka harus berundur daripada parti sebelum disingkirkan.

"Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir 'pengacau' dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan," katanya di dalam blognya www.anwaribrahim.com. PKR baru-baru ini berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan dua pemimpinnya di Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden, sementara Christina Liew pula meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Seorang wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah pula bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN bebas.

Ketiga-tiganya memberi alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang diterajui '3A' iaitu Anwar; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; dan Naib Presidennya, Azmin Ali.


Ulasan Saya : Hayat Anwar Ibrahim dalam politik nasional semakin malap. Dengan pelbagai krisis yang sedang melanda parti tersebut, ditambahkan lagi dengan masalah dalaman PAS - menjadikan parti pembangkang semakin hilang arah tuju dan perjuangan. Punca berlakunya semua ini adalah natijah daripada para pemimpin pakatan rakyat yang sebenarnya tidak ikhlas berjuang untuk rakyat, sebaliknya mereka lebih menumpukan perhatian untuk menumbangkan BN dan UMNO. Inilah kesilapan pembangkang. Seharusnya, Pakatan Rakyat menumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang boleh membangunkan negara dan bukan mencari keburukan BN semata-mata. Kita harus sedar, jika perkataan seperti Kronisme, Nepotisme, Rasuah, Ketelusan, Zalim dan sebagainya diulang-ulang ratusan kali, akhirnya rakyat akan bertambah muak dan meluat kepada Anwar. Sudah berbuih-buih mulut Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya menuduh kononnya kerajaan BN dan UMNO begitu zalim, tetapi Anwar Ibrahim masih hidup dan bebas bergerak. Jika benar BN dan UMNO begitu zalim, bukankah lebih baik Anwar itu ditembak sahaja? Hakikatnya, Anwar perlu menerima kenyataan ini, iaitu:


1. Pengaruhnya semakin berkurangan sejak beliau membohongi rakyat berkenaan PR akan mengambil alih kuasa kerajaan pusat pada 16 September 2008.


2. Rakyat semakin celik berkenaan niat sebenar Anwar Ibrahim adalah untuk menjadi PM semata-mata dan bukan untuk membela rakyat. Sifat retorik Anwar sudah disedari oleh ramai pihak.


3. Pendekatan politik mencari buruk kerajaan sudah berakhir dan berlalu. Pada hari ini, rakyat mahukan keamanan dan keselesaan. Jika parti-parti politik boleh duduk semeja memikirkan masalah rakyat, maka mengapa hal itu tidak dilakukan.


4. Pemikiran politik generasi muda sudah semakin berubah, yakni berubah daripada mengikut emosi kepada lebih memikirkan masa depan anak-anak. Generasi muda seakan-akan sudah hilang kepercayaan kepada semua pemimpin politik - menurut satu tinjauan, golongan muda semakin ramai yang berpendirian atas pagar - mereka lebih suka tunggu dan lihat. Idealisme sesebuah parti politik tidak lagi menjadi daya tarikan kepada mereka - yang penting sekarang sejauh mana pemimpin-pemimpin politik boleh mendampingi golongan tersebut. Soal akhlak seseorang pemimpin sudah ditolak ketepi. Sebagai contoh, sekali pun seseorang pemimpin itu sudah dikenali sebagai perasuah atau suka main perempuan - hal tersebut tidak akan menjejaskan sokongan golongan muda terhadapnya, selagi beliau memahami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan muda.


5. Oleh yang demikian, keputusan PRU ke-13 akan ditentukan oleh dua faktor penting - iaitu, sejauh mana dasar kerajaan akan bersifat mesra "generasi muda", umpamanya masalah pinjaman PTPTN dan isu pembayaran balik pinjaman tersebut yang masih menjadi duri dalam daging generasi muda. Faktor kedua pula ialah, sejauh mana pemimpin politik memandang serius penglibatan generasi muda di dalam sesebuah organisasi politik dan sejauh mana, sesebuah parti politik boleh memahami aspirasi diri mereka.

Comments

Anonymous said…
apa lagi yg anwar boleh cakap. dia main reverse saikologi aje la. tapi puak2 taksub anwar masih tak npk lagi.

barisan utama yg bela anwar masa thn98 dulu semua dah cabut lari.

barisan kedua selepas p/raya 04/08 semua dah semakin sedar diri di tipu anwar hidup2.

ni yg tinggal barisan ke3, yg tak ada gud name in politic, yg masih terkial2 nak cari nama. sbb tu disuruh apa pun mereka sanggup buat.

pi'e
amieiezam said…
sebelum tuh saudara azli mohon betul sikit statement...bukan 19 sept tapi 16 sept...maklumlah they have the numbers!!!

saya juga punya pendirian bahawa budaya politik sekarang tidak lagi berteraskan kepada sejarah perjuangan parti, pengorbanan lampau dan membalas jasa!!!

kini ia menjadi budaya politik simpang 3...boleh buat pilihan samada mahu ke kanan atau ke kiri atau mungkin buat pusingan U...wallahualam ke mana arah tuju (sbb itu bnyk undi rosak)

wait n see adalah pilihan pengundi atas pagar sebagai mana yang saudara nyatakan....

ANWAR bukan lagi fenomena!! namun sejauh mana UMNO akan bertindak balas...hanya masa menentukan..atas sebab itu jangan dibuang setiap detik masa.

salam perjuangan
hans said…
pemimpin politik skrg berjuang bukan untuk rakyat tetapi untuk perut masing2
sangat mengecewakan
ruyom said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Boleh said…
But in Malaysia, MACC, police, Umno and judiciary are one team – united against law, order, rule and justice - to intimidate the people, to jail the innocent, to oppress the opposition and to defend the criminal.
vesewe said…
This comment has been removed by a blog administrator.
azlishukri said…
amieieda - terima kasih, saya betulkan fakta tu.

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan?

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan ? Saya difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin akan melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari ini (walaupun mungkin tidak kesampaian). Sama ada TS Muhyiddin jadi membuat lawatan ataupun tidak, ia secara tidak langsung menjelaskan betapa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak suka dibodek. Lawatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DBP begitu diambil perhatian serius oleh Timbalan Perdana Menteri itu, malah tidak terkejut rasanya jika tidak lama lagi DBP akan ditransformasikan menjadi lebih baik daripada dahulu. DBP - nama yang sangat gah dan hakikatnya perlu banyak berubah. Pada pandangan peribadi saya, DBP bukan tidak hebat, sebaliknya terdapat segelintir "orang atasannya" yang lebih gemar menjadi pembodek dan main silat, sehingga nama baik DBP kotor dan dipandang tidak bermaya oleh masyarakat luar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan Datuk Baha, salah seorang ahli Lembaga Pengelola DBP yang begitu...