Skip to main content

PAS dan Nik Aziz 2012 : 2 Kilometer Dari Bencana!


PAS dan NIK AZIZ 2012
Dua Kilometer Dari Bencana!



Salam dan selamat sejahtera kepada semua, kiranya saya masih belum terlewat untuk memberi sedikit pandangan berhubung Seminar Pemerkasaan PAS yang berlangsung tempoh hari serta isu pendedahan yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr Hassan Hasbullah berkenaan terhakisnya pengaruh PAS dalam kalangan generasi muda. Pada hemat saya - kenyataan yang mendakwa bahawa generasi muda menolak UMNO dalam PRU yang lepas adalah bertitik tolak daripada kebencian dan kemarahan mereka terhadap kepimpinan UMNO yang selama ini mengamalkan kronisme dan rasuah - tetapi, harus diingat sokongan yang berasaskan kepada rasa benci dan marah tidak akan bertahan lama - sifat orang marah ini, sampai masanya ia akan reda juga. PAS akan tetap gagal selagi menjadikan rasa benci dan marah sebagai garis panduan untuk mendapatkan sokongan berterusan daripada rakyat. PAS perlu mewujudkan rasa kesedaran - hanya melalui kesedaran sahaja - sokongan akan berkekalan. Izinkan saya bercakap secara jujur dan berterus-terang.



Punca utama pengaruh PAS menjadi lemah dan tidak lagi mendapat kepercayaan daripada generasi muda adalah mudah, iaitu PAS mengamalkan sikap cakap tidak serupa bikin. Apabila PAS melaungkan, slogan, "Kami memperjuangkan Islam dan menjunjung al-Quran" - maka sudah tentulah setiap tingkah-laku parti tersebut mestilah berlandaskan kepada al-Quran dan As-Sunnah - tetapi malang, sejak hubungan PAS begitu akrab dengan DAP dan Anwar Ibrahim - dasar perjuangan parti tersebut sudah mula berubah dan goyah. Niat PAS sudah mula berubah daripada bercita-cita mahu melaksanakan tuntutan Islam sepenuhnya, kepada niat untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya dan menghancurkan UMNO semata-mata.



Niat PAS dalam politik perdana pada hari ini jika diamati sudah semakin berubah - PAS lebih menumpukan perhatian ke arah menguatkan parti di samping memberi penekanan yang serius terhadap cara untuk menarik sokongan bukan Islam kepada parti tersebut. Sebaliknya PAS harus memberi perhatian yang besar terhadap usaha untuk menguatkan Islam, dan bukannya parti, hal ini termasuklah melalui usaha menyatupadukan umat Islam di Malaysia . Namun demikian, nampaknya PAS lebih selesa dengan slogan PAS for All berbandingan dengan slogan Islam for All. Pemimpin-pemimpin PAS lebih selesa berceramah untuk tujuan politik dan bukan untuk berdakwah. Apabila kita menggunakan nama Islam - maka tanggungjawabnya adalah berat. Setiap huruf dan ayat yang terdapat di dalam al-Quran perlu dilaksanakan oleh PAS yang selama ini secara terang-terang mendakwa bahawa tujuan parti itu ditubuhkan adalah untuk menegakkan Islam. Tetapi, apakah Islam boleh ditegakkan dengan sokongan daripada parti seperti DAP yang jelas menolak Islam? Apakah PAS berasa hanya dengan mengambil musuh Allah dan meninggalkan saudara seIslam, maka Islam boleh menjadi lebih kuat?



Beberapa bulan yang lalu, saya meramalkan bahawa PAS akan tewas teruk dalam PRU yang akan datang - selagi mereka menolak perintah Allah dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang." Perhatikan maksud ayat di atas dengan mata hati. Apakah ahli-ahli DAP mendirikan solat dan menunaikan zakat? Jika tidak, bagaimanakah PAS boleh mengambil mereka sebagai penolong untuk menegakkan hukum Allah?



Manakala dalam surah Ali Imran ayat 28 pula Allah berfirman yang bermaksud :"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan." Soalnya sekarang, mengapa PAS mengambil DAP sebagai penolong/pemimpin serta meninggalkan orang-orang UMNO yang jelas beriman kepada Allah? Bukankah sudah jelas kekafiran DAP dan prinsip mereka terhadap Islam? Dan mengapa PAS masih mahu lagi bersama dengan DAP?



Dan di dalam surah Al-Mumtahanah, ayat 1, Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu." Bukankah PAS tahu bahawa DAP begitu anti dengan hukum hudud dan negara Islam? Jadi mengapa Nik Aziz tetap berdegil untuk meneruskan kerjasama dengan DAP? Malah yang lebih pelik, mengapa PAS masih tetap mahu menjadikan DAP sebagai wali (pembantu) bagi menghancurkan saudara seagama (UMNO) semata-mata mahukan kuasa? Bukankah Nik Aziz tahu bahawa DAP telah menyangkal kebenaran yang terkandungan di dalam al-Quran dengan menolak hukum Hudud dan negara Islam? Jadi apakah alasannya lagi untuk PAS meneruskan hubungan kasih-sayangnya dengan DAP?



Dalam hal ini adalah jelas, selagi umat Islam menjadikan musuh Allah (kaum kafir) sebagai penolong untuk menegakkan kalimah tauhid, maka selagi itulah umat Islam akan gagal dan kecewa. Sehingga kini, tiada satu pun negara Islam yang berjaya menegakkan daulah Islamiyyah selagi mereka bersengkongkol dengan musuh Allah. Hal yang sama juga tidak terlepas daripada PAS, selagi PAS mengabaikan peringatan Allah ini dan masih berdegil mahu mengikut kata-kata Nik Aziz, maka PAS harus bersiap sedia menggali lubang kuburnya.



Hakikatnya, PAS sudah dapat menghidu bencana yang akan menimpa parti tersebut - semua ini terjadi adalah kerana sikap pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang hanya pandai melaungkan, kata-kata, "Kami ikut Quran, kami ikut Sunnah," tetapi apabila tiba masa untuk mempraktikkan seruan al-Quran, semua laungan itu hilang entah ke mana. PAS, pada pengamatan saya - benar-benar berada dijurang kehancuran dan bencana, selagi mereka menolak perintah Allah di atas. Dan sesungguhnya, bencana itu terlalu hampir dengan PAS. Saya khuatir, untuk PRU ke-13 yang akan diadakan pada tahun 2012 nanti, PAS mungkin tidak lagi relevan. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Pas 2 KM lagi dari bencana.
UMNO lagi 11/2 tahun dari bencana
MCA lagi 1 tahun dari bencana
MIC lagi 1/2 tahun dari bencana

Renung-renungkan dan selamat beramal....
azlishukri said…
sama2 kita renungkan...
joegrimjow said…
btol ke pengaruh dah smkin kurang? mcm dah ramai beralih je ;)


kat neraka yang paling teruk kena azab adalah orang munafik, org islam yg hipokrit


ckp pasal politik dengan campo neraka ni kurang enak di kunyah, takut timbul tak senang hati di kalangan org


takut skali, ramai yg pemuda yg bijak2 dah tak suka akan politik sebab politik malaysia yang cam ape2 ni, lepas tu politik ni hanya digalas oleh org yg mahukan kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan org ramai

takut benda tu terjadi
Anonymous said…
Bila nasihat di beri saudara seagama kata bab politik...saja nak dengki Pas.....

Dap yang nek ajis sama ngan syaitan dijadikan kawan.....

lepas ni apalah lagi nek ajis nak keluar fatwa sesat...mungkin fatwa baru nek ajis ialah orang pas boleh jadikan saksi sesuatu pernikahan atau mungkin fatwa boleh minum arak kalau tak tau agama....sebab dia kata orang bukan islam boleh hina islam sebab tak tau...

tolonglah saudara sebangsa dan seagama...tinggalkan perjuangan sesat niki ajis firaun tua, khalid gereja, husam ketiak masam, mahfuz nak mampos, sohidol somahu al liwati al juburi al kunyiti, kalisampah guan eng, king is beruk king kong singh, dr. lolo atau dr. tolo tembelang, ronnie al araki, khalid al gagapi, eliz wonge al bului, teresa totok kokok dan berbagai-bagai lanun Pakatan Rosak ni......semoga bangsa melayu lebih kuat lepas ni tanpa mereka.
Anonymous said…
bagi aku la, dosa PAS yg paling besar ialah sembunyikan kebenaran.

Allah azza wajalla cukup marah kalau kebenaran disembunyikan, sbb tu Allah beri pahala yg besar atas sikap yg jujur dan ikhlas.

tak masuk syurga kalau kita sembunyikan kebenaran.

dulu kes anwar aku mati2 ingat anwar dizalimi , di fitnah dll.

baru skrg kita tau yg anwar ni mmg si peliwat tegar.

PAS tau, TGHH tau, TGNA pun tau, tapi mereka sebagai pemimpin, mereka sembunyikan kebenaran semata2 utk untung didunia, semata2 kerana urusan dunia mereka lebih tahu.

tapi mereka lupa , walaupun urusan dunia mereka yg lebih tau, tapi Allah ada menetapkan hukum - hakam utk diikuti.

mereka dah tau hukum hakam Allah tapi mereka langgar. tunggu lah balasan tuhan pada parti kesayangan mereka nanti.

yem
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya bersetuju dengan ulasan saudara. Apa yang Prof madya tersebut cakap memang tak memeranjatkan.

Saya sudah jangkakan. Bukan sebab saya benci PAS. Cuma rasa kesal bila PAS langsung tak endahkan nasihat yang diberi.

Bila ditegur, PAS selalu jadi "defensive". Ia selalu tuduh orang yang tak sehaluan sebagai "ejen UMNO".

Walhal, kita hanya menyatakan pandangan. ORANG MELAYU TIDAK MENGUNDI PAS PADA MAC 2008 UNTUK PAS JADI HAMBA DAP, SATU PARTI YANG MEMUSUHI MELAYU.

Ada beberapa isu yang membuatkan PAS dipandang serong oleh orang Melayu.

1) Sebab utama jadi kuli dalam PR. PAS tidur sebantal dengan musuh utama bangsa Melayu iaitu DAP.

2) PAS menyokong Anwar Ibrahim. PAS jangan ingat orang Melayi bodoh. Bukankah Mohd Sabu dulu giat memaki hamun Anwar sebagai "aljuburi". Kenapa sekarang terhegeh berbaik dengan Anwar.

3) Sikap Nizar . Nizar semasa jadi MB banyak rosakkan hati orang Melayu dengan buat perkara yang tak pernah orang beriman buat seperti beri tanah 1000 ekar pada Sekolah Cina.

Bila sudah kehilangan kuasa, Nizar melalut dan tidak mahu menerima Qada dan qadar. Ini buat orang Melayu benci.

Siapa kata orang melayu suka padanya. Nizar terselamat di Bukit gantang kerana undi bukan Melayu. Undi UMNO dari orang Melayu meningkat.

4) Sikap PAS yang begitu giat "berperang" dengan UMNO banyak menyedarkan umat Melayu. teruk sangatkah UMNO? Ya. Memang ada ahli Parlimen UMNO yang dianggap tak guna. Namun orang Melayu dapat menilai yang UMNO juga banyak jasa.

Sikap UMNO juga dipandang berlembut ( tak maki hamun dalam masjid) lebih dihargai oleh orang Melayu. Saya bukan ahli UMNO. tapi saya dapat rasakan yang UMNO tak SEHIPOKRIT PAS.

Dari dulu UMNO pertahan kerjasama politik dengan MCA dan MIC sebagai realiti politik. Saya dengar sendiri ahli PAS berhujah yang haram bekerjasama politik dengan bukan Islam.

Sekarang mereka tak berani sebut "halal haram" berkerjasama dengan bukan Islam. Apa maknanya. Ini menunjukkan yang PAS tak jujur.

5)Modal PAS tak ada lain kecuali maki hamun UMNO dan cari kesalahan orang lain. Teras kekuatan PAS ialah kebencian terhadap UMNO, bukan perjuankan keislaman.

Pernahkah kita jumpa orang yang hanya tahu cari kesalahan orang lain. Orang begini selalunya gagal dalam hidup. tiada apa yang dibanggakan dari orang sebegini.

Cuba fikir apa idea bernas PAS selama ini. Contohnya apa yang Hj Hadi cakap pasal sistem pengangkutan negara atau memajukan pertanian negara.

Cuba fikir apa idea bernas yang pernah kita dengar dari Nasarudin atau Mohd Sabu. yang saya ingat dari Mohd sabu ialah maki hamun. Nasarudin pula terus berdiam bila disergah Nik aziz.

Langsung dia diam dan takut untuk bersuara walaupun dia tak setuju dengan Nik aziz.

Orang macam inikah yang mahu kita ikuti. Minta maaf la.
ruyom said…
UMNO is only good at spinning and deceiving the people, in particular the malays. The younger generation of malays now are smarter than their forefathers. The smart malays are shying away from UMNO because UMNO has deceived them for far the last 30 years. UMNO has brought harm onto themselves.
coolooc said…
This comment has been removed by a blog administrator.
oversee said…
Khairy is the worst of the lot. I can understand that most of the Umno Youth members are dropouts/morons who cannot think, but this Oxford chap behaves like a scumbag and talks like a slime ball, totally at variance with what he was taught at that institution.
chungkai said…
coolooc,

kah, kah, kah, kah....

what a rubbish! you cheater is the scum on earth, rotten to the core and a pariah which is the root of manipulator beginning from your ancestor and goes down to you and your daughther, son and goes on.

Your words is full of racist pig comments and corrupted with a `short circuit' todi drinker mind, anyway we would like to clarify and wish to reconstruct one of your comment which stated :

`Truth - what is so proud of asking Chinese to be like your kind of robbers, liars, cheaters in Malaysia? '

the correct words should be :

`Truth - what is so proud of asking Chinese and indian to be like your kind of robbers, liars, cheaters in Malaysia? '

thank you.
azlishukri said…
mohon mana-mana ulasan yang berbau perkauman akan saya padamkan. harap maklum.
Abdul Hayee said…
Bersetuju sangat dengan posting sdra Azli.

Juga menyokong penuh komen Sdra Shamshul Anuar.

Mudah-mudahan pemimpin2 politik khasnya pemimpin2 dan penyokong2 PAS tidak terlupa kepada surah AN-NISAA' ayat 138 hingga ayat 140 yang bermaksud:

138."Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

139.(iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

140.Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam."
Lataif said…
Awatlah semakin tengin Azli ni...
___________________________________
Manakala dalam surah Ali Imran ayat 28 pula Allah berfirman yang bermaksud :"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan." Soalnya sekarang, mengapa PAS mengambil DAP sebagai penolong/pemimpin serta meninggalkan orang-orang UMNO yang jelas beriman kepada Allah? Bukankah sudah jelas kekafiran DAP dan prinsip mereka terhadap Islam? Dan mengapa PAS masih mahu lagi bersama dengan DAP?
___________________________________
yang UMNO pi kawen dgn MIC,Gerakan,MCA,PPP tu boleh la pulak? mana hadis firman ko Azli A/L Shukri? ko tak reti bahasa cina,aku ada belajar dan aku tahu apa yg ada dlm akhbar bahasa cina.apa komen puak-puak cina terhadap UMNO.semua negatif dan MCA Johor Bharu luluskan usul utk mengambil alih tanah bandar secara tersusun dan terancang telah bermula sejak tahun 1989.kau mana tau Azli...kah kah kah..

Sedih dan semakin sedih dengan sikap dan sikap kau yang jumud!!!

balik ler ke kampung azli..cepat rebut jadi ketua pemuda UMNO.sebelum budak Lempor naik.dia apa la sangat..kau budak UM.kan Azli..

semakin jauh berjalan rupanya semakin TENGIN kawan aku ni.

___________________________________
Dan sesungguhnya, bencana itu terlalu hampir dengan PAS. Saya khuatir, untuk PRU ke-13 yang akan diadakan pada tahun 2012 nanti, PAS mungkin tidak lagi relevan. Wallahualam.
___________________________________

dah jadi pak nujum laa pulak. kah kah kah...



Lataif

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma