Skip to main content

Konvensyen Blogger PAS 2009 : Jelapang Padi Yang Kosong


Konvensyen Blogger PAS 2009
Jelapang Padi Yang Kosong


KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polimik besar parti itu yang dilihat berpunca dari media baru itu. Konvensyen yang masih belum diputuskan tarikh dan tempatnya itu akan mengumpulkan semua blogger PAS di peringkat pimpinan pusat, negeri, kawasan dan ahli di cawangan. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, konvensyen itu antara lain bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS.


"Kita mahu blogger kita (PAS) ini menjadi orang yang memperbetul persepsi dan tanggapan PAS dalam gerbang maya ini," katanya ketika dihubungi. Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu. "Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi. Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan 'cyber troopers' Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu. Menurut beliau lagi, konvensyen tersebut juga akan memberi pendedahan kepada para perwakilan yang hadir tentang etika kewartawanan dan kaedah penulisan yang betul. Beberapa tokoh dan panel yang mempunyai kredibeliti dalam bidang masing-masing akan dijemput membentangkan kertas kerja dan berkongsi pengalaman berkaitan. Namun ianya hanya terbuka kepada blogger yang mempunyai nombor keahlian PAS sahaja. Mereka diminta mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekreteriat Penerangan PAS Pusat di talian 03-2692500 atau menghantar email ke penerangan.paspusat@yahoo.com


Ulasan Saya :PAS Semakin kehadapan dalam soal ini berbanding dengan UMNO. Sehingga kini, tidak kedengaran Ketua Penerangan UMNO Kebangsaan mahu menganjurkan Konvensyen Blogger UMNO seperti yang dilakukan oleh PAS. Saya melihat, salah-satu kelemahan jentera penerangan UMNO adalah kerana ketiadaan sifat proaktif dan terikut-ikut cara lama dalam membuat apa-apa keputusan. Saya akui, terdapat perjumpaan yang bersifat tertutup antara para blogger popular dengan tokoh-tokoh penting UMNO - namun demikian, cara tersebut hanya akan menyebabkan fitnah, di samping menyisihkan para blogger amatur yang pada hakikatnya begitu ramai menyokong UMNO.


Saya cadangkan, agar UMNO segera mengambil langkah yang drastik dengan mengadakan Konvensyen Blogger Penyokong UMNO pula, UMNO perlu menghimpunkan seramai yang boleh para blogger yang jelas menyokong dan membela pihak kerajaan serta UMNO dan bukan hanya memilih dua atau tiga orang blogger sahaja yang dijamu dengan makanan dan maklumat dalaman. Dalam hal ini, nampaknya, PAS sekali lagi berada di hadapan demi memastikan para pejuang sibernya terus-menerus dijaga dan disemai dengan baik. Sebaliknya, Pemuda UMNO Malaysia dan segelintir tokoh-tokoh politik UMNO hanya menjaga satu dua kerat blogger yang dianggap popular bagi menaikkan imej peribadi mereka semata-mata. Saya lihat, UMNO masih belum serius untuk menjadikan para blogger sebagai pejuang baris hadapan bagi menghadapi pejuang-pejuang maya PAS dan PKR dalam PRU yang akan datang. Walau apa-apa pun alasanya, dalam soal ini saya terpaksa memuji PAS kerana bijak melakukan Konvensyen Blogger Penyokong PAS yang pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia- dan UMNO harus segera bertindak dan mengambil pengajaran dalam menghadapi perkembangan ini - Malah, UMNO perlu membuang sikap elitnya dan hanya menjemput blogger-blogger terpilih sahaja ke Putrajaya untuk sessi perbincang- sebaliknya buatlah satu perjumpaan blogger yang lebih telus dan bersifat terbuka serta dijemput secara hebahan besar-besaran. Wallahualam.

Comments

Unknown said…
Kau akan pergi konvensyen blogger parti mana?
Anonymous said…
Awatlah hang tanya soalan yang tak berapa cerdek. Bukankah Sdra Azli AJK Pemuda UMNO Bahagian K.K dan Setiausaha UMNO Cawangan Talang Masjid. Tentulah dia akan pergi ke konvensyen blogger UMNO.
Suara Muda said…
Kalau UMNO adakan konvensyen Blogger, nanti adalah orang PAS yang cakap Cybertooper-cubertooper UMNO dibayar padahal tidak.

UMNO perlu siapsiaga mengunakan Internet sebagai media sampingan berhadapan Piliharaya akan datang.
Anonymous said…
aku tak rasa pas buat ni adalah cara yg kedepan. tapi cara ni cara gostan.

pas mmg kena buat convensyen sbb blogger mereka dah hilang arah... mereka tak tau arah tuju mereka. mereka sebar fitnah sana sini.

mereka sangka dlm ramai2 blogger pas tu semua ahli shurga tapi sebenarnya yg ramai ialah cybertroppers dari DAP, mereka dah lama bertapak, muka tak kenal, tapi fitnah berapi, alhamdulillah, mengucap, bismillah semua mereka fasih.

akhirnya sesama melayu sesama islam habis ditipu cybertroppers dap.

blogger pkr, mereka semua dibayar, cuma 2-3 ekor je yg independent tapi masih tak sedar diri dipergunakan nuar.

blogger umno dan yg simpati pada umno semua istikamah dan kami berdiri atas hak kebenaran sbb tu kami sokong.

umno dah lama difitnah dan kami dah sedar dari ditipu dari nuar brahim. itu saja asas blogger independent mcm aku ni. hehehe

siang keje GLC, mlm aku sokong umno sbb nak bayar balik tempoh 98-2003 yg aku sia2kan sokong nuar bontot. hehehe

dlm GLC, dlm k'jaan masih ramai lagi yg sokong pembangkang, otak dah karat nak buat mcmana, pendirian dah dibina, malas nak membaca, malas nak cari kebenaran.

kefahaman dulu dipeluk, taknak lepas. masih karat percaya anwar difitnah.

aku percaya gelombang kebangkitan umno kali ini semakin kuat, sikit lg usaha kita, InsyaAllah kita akan berjaya tegakkan kebenaran.

tak payah konvensyen azli, they play with perseption, skrg perseption masih sblh mereka, walau mereka lontar fitnah berjela, kita jawab dgn fakta.

masih berjuta diluar tu yg masih waras.

Zul
1st liner blogger said…
Byk blogger umno syok sendiri dan tidak serius dalam penulisan.

Trafik mereka terlalu kecil dan cara penulisan yang tidak meyakinkan.

MEreka tidak ikhlas dan telus dalam penulisan. Byk tulis untuk bos tertentu dan tidak dapat memberi feedback yg ikhlas dan releven kepada pemimpin.

Jgn marah kalau pemimpin berpilih2 dlm berbincang dgn blogger.
Admin said…
Salam Azli...

Cadangan tersebut sebenarnya telah pun diutarakan oleh blogger Taiping Mali tetapi tidaklah sampai ke tahap konvensyen.

Pertamanya, kita akan cuba kumpulkan dahulu seramai yang boleh blogger yang serius, kemudian baru kita akan susuli dengan perkara-perkara yang sebaiknya.

Cadangan saudara Azli amat baik, harap semua blogger yang melintas di sini dapat memberi sokongan demi masa depan yang gemilang!
Ala bro depa buat konvensyen blogger tak perlu di puji melangit .. kita mungkin sudah buat spt Unit Media Baru buat iaitu kursus retreat di Melaka dulu .

PAS semakin tertekan sekarang dihantam segenap penjuru alam maya dalam blog, facebook dan sbgnya

Kalau UMNO buat program spt depa ini dikatakan meniru pulak nanti @ blogger2 umno dikatakan dibayar pulak ..

sedangkan blogger2 UMNO sbnarnya tidak menerima bayaran pun ,tetapi berjuang utk parti melalui medium ini .. inilah sbnarnya sumbangan kita utk parti ,bukan hanya bila mai PRU .
Anonymous said…
tak yah lah TV dah banyak, dah cukup pon publisiti.malah dah lebih pun.
Tak perlulah buat apa apa 'pengumpulan' blogger kemudian lantik pulak Presiden Blogger Pro UMNO - rasa rasanya dah muak dengan bodek ampu macam tu.

Setiap blogger buatlah cara tersendiri, buat pertimbangan sendiri, kecil kecilan atau besar besaran terpulang kepda kemampuan, yang penting ikhlas untuk ugama, bangsa dan negara.
Jangan sokong parti dan pemimpin membuta tuli, dah terlalu ramai pak hangguk dan yes man dalam UMNO - cukup cukuplah tu.
azlishukri said…
saya cuma memberi cadangan - blogger UMNO pada kiraan saya perlu ada kesatuan yang mantap, agar kelihatan gah dan berwibawa.

Pilihan Pembaca

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...

Hujah Mufti Perak Lebih Matang Daripada Mufti Perlis

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara. Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya. "Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya. Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi. Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah. Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu ...