Skip to main content

Dr. Asri Akan Sertai UMNO, InsyaAllah!


Dr. Asri Akan Sertai UMNO,
InsyaAllah!



Saya secara peribadi menyambut baik niat Dr Asri untuk menyertai politik, andaikata hak beliau untuk bersuara dan berceramah disekat oleh pihak tertentu. Sebelum ini, Dr Asri membayangkan bahawa beliau berkemungkinan akan menyertai parti politik tertentu sebagai jalan terakhir untuk beliau terus berdakwah. Persoalan yang timbul sekarang ialah, mana satu parti politik yang sangat dekat di hati Dr Asri? PAS kah?, UMNO kah? atau PKR? Harus juga diingati bahawa terdapat juga mantan mufti Pulau Pinang yang menyertai politik tetapi tidak menyertai PAS, sebaliknya menyertai PKR.


Namun demikian, pada hemat saya, jika Dr Asri benar-benar mahu ke medan politik sepenuh masa - saya sangat menggalakkannya. Malah, parti politik yang sesuai untuk beliau ialah UMNO, dan bukannya PAS! Sepanjang pengetahuan saya - kebiasaan bagi golongan salaf (seperti saya juga) lebih berminat dan lebih cenderung bersama golongan pemerintah. Golongan salaf-as-soleh berpegang teguh kepada hadis shahih yang mewajibkan agar rakyat taat kepada pemerintah, selagi pemerintah tersebut mengerjakan solat dan tidak menghalang rakyat jelatanya untuk membuat ibadah. Terdapat beberapa kebaikan jika Dr Asri menyertai UMNO antaranya :


1. Memudahkan golongan salaf di Malaysia menyedarkan masyarakat Islam di negara ini berkenaan metod atau uslub/manhaj salaf-as-soleh dalam melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan seharian.

2. Menghidupkan budaya keagamaan dan penghayatan Islam yang kukuh di dalam UMNO , di samping pada masa yang sama, menjadi penegur kepada tindak-tanduk ahli-ahli UMNO yang melangkaui batasan agama.

3. Menegakkan kalimah tauhid secara bijaksana - iaitu dengan membantu dan menegur pihak kerajaan secara berhikmah dan bukan secara maki-hamun yang sering diamalkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin PAS.

4. Menjadikan UMNO lebih Islamik dalam memperjuangankan agama, bangsa dan negara secara menyeluruh dan tidak hanya menumpukan perhatian terhadap satu aspek perjuangan semata-mata.

5. Membentuk generasi muda UMNO yang dekat dengan agamanya, di samping mewujudkan golongan muda UMNO yang menjauhi maksiat serta mencintai akhirat.

6. Akhir kata, semoga Allah membukakan hati Dr. Asri agar menyertai UMNO. Amin!

Comments

tabuan said…
akm tuan, saya berbeza pendapat dengan tuan dalam hal ini, saya lebih suka kalau beliau bebas seperti sekarang.
azlishukri said…
tabuan - ini hanyalah pandangan saya semata-mata. Mungkin salah dan mungkin betul. Wallahualam.
ikan emas said…
Sy setuju dgn Tabuan.
Untuk berjuang tak semestikan melalui parti politik. Nanti kalau dah berparti sukar pulak nak tegur-tegur ni...
Anonymous said…
Salam Tuan Azli,

Saya sependapat dan tabuan & ikan emas, Tun M juga berpandangan Asri tidak sesuai masuk politik...takut2 jadi mcm ustaz firdaus je..
AiNeRzA said…
Betul...saya pun suka kalo Dr Asri menjadi suara 'ketiga'...pertahankan habis-habisan kedudukan dirinya...biarpun org kata dia suka mencari publisiti...lantak la...sekurang-kurangnya ada suara 'ketiga' yg kita blh rujuk...agak terkilan bila dia menolak tawaran utk menjadi YDP YADIM kerana fungsi sebenar YADIM ialah 'orang tengah' di dalam masyarakat...bukannya kepentingan politik
RantauAnakDesa said…
Salam tuan...

Saya masih berpendirian agar sebaik-baiknya Dr. Asri bergerak melalui platform NGO Islam dan bukan platform parti politik.

Dan dalam masa yang sama, atas platform NGO saya merasakan drmaza mempunyai keupayaan dan boleh diberikan ruang oleh parti UMNO untuk menyusun dan merangka program-program keislaman yang bersepadu dan berterusan agar pembudayaan Islam dalam parti UMNO terus meresap dalam jiwa dan kehidupan mereka.

Saranan ini bukan bererti drmaza perlu masuk atau menjadi ahli UMNO tetapi kita perlu menghargai dan mengambil peluang nasihat, panduan serta sifat keterbukaan yang beliau tonjolkan. Sebagaimana tulisan drmaza,

"Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis".
add said…
Saya amat bersyukur sekiranya DR MAZA menyertai UMNO, dan berceramahlah seperti sediakala. Dalam ceramah beliau seharusnya seperti biasa dengan mentaati perintah Allah serta jangan tunduk/berselindung fakta hukum disebabkan berada dalam UMNO.
Manakala di peringkat kerajaan UMNO pula seharusnya menerima pakai hukum Allah yang selama ini UMNO dok takut kepada kaum cina dan keling nak praktikkan amalan/suruhan Allah.

Sekarang ini kepada pemimpin UMNO khususnya, suruhlah bini bini masing masing pakai tudung, hentikanlah anak dan keluarga minum arak, cukupkan lah sembahyang 5 waktu...InsyaAllah berkat kehidupan dunia dan akhirat. Usahlah dicari keseronokan dunia.

Seharusnya kerajaan UMNO sedar akan penolakan kaum cina dan keling dinegara dalam PRU 12 lalu demi untuk menjadi TUAN di negara MELAYU ISLAM.
Apakah kerajaan UMNO masih lagi nak diam? pejam mata? kepada bangsa dan kaum lain?
Apakah setelah CINA dan KELING memerintah kerajaan Persekutuan, barulah UMNO dan PAS nak bersatu atas nama daulah Islamiah? Apakah rakyat belum sedar lagi apa yang telah dilakukan oleh DAP Perak dan DAP Penang terhadap milik melayu dan keling bila mereka berkuasa.

Sekarang ini marilah kita sebagai MELAYU ISLAM menentang ketamakan KELING dan CINA untuk merampas kuasa dari MELAYU ISLAM yang diterajui oleh UMNO.

Bak kata pepatah melayu " Selagi UMNO ada Tak Kan Melayu Hilang Di DiBumi Tanah Melayu"

wassalam.
adioslos said…
askum tuan, aku mohon dr maza stays as neutral as now. dont divide ure supporter and pengikut. tp kalo rasa nk ditelanjangkn enter la mainstream politic. as a politician u akan kena berbagai dugaan. tp kalo tgk dr punye tindakn this past week...haru biru dr. so stay as ure are.
Anonymous said…
uih, berabuk kwn kita skeaping nie..tak payah lah nak telanjangkan orang..duk umah baik2 tolong mak buat kerja yea, sayang..hampeh..nak bg pendapat pun yayalah....
fadzil yusof said…
Assalamualaikum.

Pandangan saudara itu tetap pandangan. Mungkin saja. Jika Paspun (menyertai Pas), itu juga mungkin. Bebas - suatu yang terbaik.
Politik yang ada sekarang pada saya, tidak berapa selamat dengan adanya fikrah pembaharu. Ia jadi tetap sama, tidak ada berubahpun.
Sedang Dr Asri, ada suaranya yang tersendiri. Ini juga pandangan.
Anonymous said…
Saya setuju berkenaan dakwah Salaf.
Faizal Tajudin said…
Saya melihat Dr Asri lebih molek berada ditengah-tengah (mewujudkan keseimbangan antara parti-parti politik Melayu dan Islam) dalam meneruskan perjuangannya.. Beliau sesuai dibawa lebih ketengah dalam bidang akademik dan penyelidikan... Apapun beliau yang membuat pilihan..
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya berpendapat Dr Asri eloklah tidak menyertai mana-mana parti politik.

Beliau seorang tokoh dihormati. Pandangan beliau ketika ini dianggap bebas dan tidak mewakili kepentingan pAS atau UMNO. Dengan menyertai parti politik, secara automatik beliau dianggap tidak lagi bebas. Pandangan beliau akan diterjemahkan sebagai mewakili kepentingan politik.

Kita perlu orang yang bukan UMNO astau PAS., Dua-dua kita boleh tegur. Dan orang boleh terima pandangan kita kerana tidak dianngap ada kepentingan politik.
amieiezam said…
saya berpendapat bahawa DR MAZA harus terus berada di landasan pendidikan/penyelidikan islam dan penyampai pendapat tanpa di pengaruhi mana2 agenda politik
Anonymous said…
Politik mempunyai pengaruh paling besar dalam sistem muamalat & maslahah ummah hari ini termasuk juga urusan amar maaruf nahi mungkar. Dan populariti adalah jentera berkesan buat pengaruh politik. Jangan fikir buruk jika seorang agamawan ataupun ahli sufi ingin berkecimpung dalam politik.

DR NO
Anonymous said…
BAWAK AGAMA KENA ADA POLITIK
BERPOLITIK KENA ADA AGAMA...!!!
lebai temberang said…
BAWAK AGAMA KENA ADA POLITIK
BERPOLITIK KENA ADA AGAMA...!!!

mana yag sesuai,
UMNO< PAS< PKR???
Anonymous said…
Azli,

berani ke si asri ni nak masuk politik?? baru kena siku sikit dah terloncat2.

masuk politik mainannya lagi ganazz. kalau masuk PAS lagi meriah, sbb dlm PAS ada syiah, ada ASWJ totok, ada ustaz kg, ada fanatik bermazhab, ada pemuja ikhwanun muslimin, dll. pendek kata mcm2 adaaa....

so kalau asri masuk bawa tajdid dan ijtihad salaf al-soleh lagi meriah, sure bertempur hebat tuhh. kita org2 umno boleh pilih saja siaran mana kita nak, tekan remote saja.

tapi kalau dia ada telur dia boleh pilih masuk umno, semua senjata/meriam/balzoka tadi syiah, ASWJ totok, ustaz kg, fanatik bermazhab, pemuja ikhwanun muslimin, dll semua akan dihalakan kepadanya.

boleh ka diaaa??? jgn terloncat2 lagi mcm beruk mak yehhh suda lahh.

bagi aku si asri ni masih muda lagi, belum cukup haul lagi, walaupun ilmunya boleh tahan, penulisannya baik, ckp dia dikira baik sbb boleh ingat point tapi dia belum ckp matang laa...

dia akan cukup matang kalau dah lepas umo 40an. nabi jadi rasul pun umo 40an.

dulu nik aziz pun masa balik dari mesir sibuk dgn fahaman muda vs tua. jari goyang2, lepas solat tak mau doa ramai2, al-fatihah tak dak bismillah, dll.

tapi bila dah lama, dikelilingi dgn puak2 ASWJ totok, mazhab totok, semua tu hilang, masuk pulak politik, lepas solat berdoa setengah jam, 25minit doakan jahanam utk umno dan org islam yg tak menyokong PAS.

sbb husam dah sediakan skrip utk ditangkap gambar dan video oleh kindefella utk dibuat billboard seluruh kelantan.

mana ada ikhlas puak2 ni. penjual agama dan gunakan islam utk raih undi. kalau gunakan dgn jalan yg betul dah lama kelantan maju. ini semua guna jalan songsang. duit ditabur utk undi, pembangunan di buat nak kaut undi, mmg tak ikhlas sbb tu tak berkat.

bagi aku kalau dia masuk yadim lagi hebat. beri nafas baru pada yadim, hantaq squad elit dakwah di pendalaman sabah & s'wrak.

buat wacana ilmu, jemput mufti2 dan ulama dunia, gunakan platform yg lebih besar.

propose pada govnt utk penambahbaikan islam di m'sia.

panggil ustad2 PAS yg kata tuhan mencarut la, pasang bendera pas jatuh mati masuk syurga la, panggil fatwa paradong, hentam kaw2.

berucap dlm mesyuarat exco umno tentang bahayanya rasuah dan syorkan penambahbaikan. eh mcm2 la yg boleh dibuat.

buat draf hukum hudud di m'sia panggil mahmod zuhdi buat proposal dan bentang di mesyuarat kabinet sblm di parliman.

pendek kata memacam yg boleh dibuat, tapi kalau join PAS apa yg boleh dibuat, ..... dia boleh la ajar agama, jari goyang2, bla bla bla 5-6 thn bila pengikut mkin kurang, nak tarik perhatian ramai mula la maki hamun umno, kapirkan org islam dll.

akhirnya jadi la seorg lagi yg mcm mat sabu. tapi persoalannya dpt apa?? tak byk yg boleh dibina, pembangkang kerjanya meruntuhkan aje laa, lepas tu ubah persepsi. yg baik kata buruk yg buruk kata baik, asah dpt undi. tu je la keje pembangkang.

Ni pendapat aku la azli. Tak semestinya betul.

din
petronas
Abdul Hayee said…
Assalamulaikum Sdra Azli,

Saya berpendapat bahawa tidak wajar Dr. Asri menyertai UMNO. Sepatutnya dia terus bebas mengeluarkan ideanya seperti sekarang ini.

Sekiranya dia masuk politik, tidak dapat tidak pasti dia tersekat untuk menyatakan yang benar. Berkata benar walaupun pahit. Kerana yang benar itu tetap benar.
Lataif said…
Azli...

Elok sgt Asri (ulama cut n paste) ni masuk UMNO.makin cpt la jahanam UMNO.jgn diberi dia masuk apa pun aliran politik.ini orang wahabi dah sah lagi terang tak boleh dibuat kawan atau lawan.

hang dah moden sket sejak bergelar Lecturer UMP ni tak tahu la pulak.tapi pendapat aku,Asri ni penentang ASWJ yang sangat berterus terang.dalilnya hang boleh selidiki secara halus.

Lataif.

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...