Skip to main content

UMNO 2009 : Jangan Datang Masa Hadapan


UMNO 2009
Jangan Datang Masa Hadapan


MELAKA 11 Okt. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pindaan perlembagaan parti yang dijangka diluluskan oleh seluruh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO minggu depan akan lebih merakyatkan parti. Menurut beliau, pindaan tersebut adalah transformasi yang cukup besar kepada parti di mana proses pemilihan kepimpinan pada masa akan datang akan melibatkan lebih daripada 140,000 ahli. Katanya, penghapusan sistem kuota yang dijangka mendapat sokongan daripada seluruh perwakilan yang akan bersidang dari 13 hingga 16 Oktober ini sekali gus akan memberi ruang yang lebih luas kepada ahli menawarkan diri berkhidmat kepada parti.



Beliau menambah, cadangan pindaan perlembagaan parti adalah bertujuan bagi merealisasikan perubahan yang diperlukan oleh seluruh anggota UMNO hingga ke peringkat akar umbi. "Perhimpunan agung UMNO kali ini mempunyai dua sejarah tersendiri kerana ini adalah perhimpunan pertama di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden baru UMNO. "Sejarah kedua pula, akan melihat pindaan perlembagaan parti merupakan perubahan yang cukup besar kepada parti dan ia dilihat akan lebih merakyatkan UMNO," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-71 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini hari ini. Ahmad menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.



Beliau berkata, cadangan lain yang akan dikemukakan untuk dibahas pada perhimpunan itu mengenai penurunan kuasa yang lebih akan diberikan kepada Pemuda, Wanita dan Puteri yang secara automatik akan menjadi perwakilan ke peringkat bahagian. Selain itu katanya, pembayaran yuran seumur hidup juga akan turut mendapat perhatian daripada perwakilan. "Semua pindaan itu dijangka diluluskan oleh seluruh perwakilan yang akan membahaskannya pada hari pertama perhimpunan berlangsung. "Saya amat berharap perhimpunan ini akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan," katanya. Dalam pada itu, Ahmad turut mengingatkan kepada semua perwakilan agar tidak membahaskan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan mana-mana pihak atau parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). "Kita tidak boleh menyentuh hal-hal sensitif dan hasutan kerana itu sudah menjadi peraturan pada mana-mana persidangan UMNO," ujarnya. Beliau menegaskan, perkara tersebut kerap diingatkan kepada seluruh perwakilan sebelum berlangsungnya satu-satu perhimpunan UMNO.



Ulasan Saya : Belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada BN yang baru sahaja memenangi DUN Bagan Pinang. Semoga kemenangan ini akan memberi semangat baru kepada kita agar lebih bekerja keras dan memastikan rakyat kembali menyokong BN/UMNO. Namun demikian, orang-orang Melayu akan kembali menyokong parti tersebut, andaikata segala janji untuk melakukan transformasi di dalam UMNO berjalan dengan baik. Saya menyambut baik perubahan yang akan dilaksanakan dalam perlembagaan UMNO kelak - namun begitu, hanya satu sahaja pertanyaan saya iaitu : Apakah semua ahli UMNO boleh bertanding tanpa perlu ada kouta dan syarat-syarat tersembunyi yang tidak kelihatan?



Saya difahamkan, di dalam pindaan perlembagaan UMNO yang akan dilakukan kelak terdapat syarat tertentu untuk melayakkan seseorang ahli itu bertanding bagi merebut jawatan tertinggi di dalam parti, umpamanya kelayakan seseorang yang ingin bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, haruslah sekurang-kurangnya sudah menjadi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selama dua penggal berturut-turut dan selepas itu, barulah seseorang itu layak dicalonkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dalam hal ini, saya merasakan bahawa ia masih belum memenuhi aspirasi sebenar ahli UMNO akar umbi. Sebaliknya, UMNO masih mengamalkan konsep hanya segelintir yang "sedang berkuasa" sahaja, yang berkelayakan untuk bertanding. Cubalah tuan-tuan fikirkan syarat yang tersenarai di bawah ini - adakah ia adil dan kelihatan adil? disamping memenuhi kehendak dan aspirasi ahli-ahli UMNO akar umbi yang sebenarnya? Wallahualam.


1. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Presiden UMNO : Sekurang-kurangnya telah menjadi Timbalan Presiden selama dua penggal berturut-turut.


2. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO : Sekurang-kurangnya sudah menjadi Naib Presiden untuk dua penggal berturut-turut.


3. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Naib Presiden UMNO : Sekurang-kurangnya sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 2 penggal berturut-turut.


4. Syarat untuk dicalonkan/bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO/Ketua Wanita/Ketua Puteri : Sekurang-kurangnya sudah menjadi EXCO Pergerakan tersebut selama dua penggal berturut-turut.



5. Semua syarat ini turut akan dilaksanakan di semua peringkat kepimpinan UMNO, sama ada di peringkat Bahagian mahupun Cawangan. Kekecewaan saya hanya satu. Akhirnya ahli-ahli UMNO biasa yang digelar sebagai akar umbi seperti saya ini, tetap juga tidak mempunyai kuasa untuk memilih dan mencalonkan sesiapa yang kami fikirkan baik untuk parti. Malah, adalah sangat jelas bahawa syarat-syarat tersebut hanya menjadi kekangan serta duri dalam daging bagi mana-mana individu yang berpotensi dan amanah dalam perjuangan, untuk pergi lebih jauh di dalam parti. Semua syarat di atas pada realitinya hanya akan menyebabkan ahli akar umbi UMNO sudah tiada lagi pilihan calon yang banyak dan berkaliber untuk diketengahkah - akibat daripada syarat yang telah dikenakan itu.



Walaupun perlembagaan UMNO akan dipinda dengan mengizinkan lebih daripada 140 ribu ahli boleh mengundi - tetapi apakah maknanya semua itu, jika pilihan yang kami ada untuk mengundi calon yang layak adalah terhad? Saya mengambil satu contoh, jika ada seseorang ahli Pemuda UMNO yang ingin bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, individu tersebut tidak akan boleh bertanding sehinggalah dia menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia selama dua penggal berturut-turut - akhirnya Pemuda UMNO akar umbi tetap tiada pilihan, melainkan hanya terus menyokong Ketua Pemuda UMNO yang sedia ada. Malah, sehingga kini, saya merasakan bahawa tiada seorang pun dalam kalangan EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berkelayakan untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia - lantaran tidak memenuhi syarat yang diperlukan seperti di atas. Pada saya adalah tidak adil jika pucuk pimpinan tertinggi UMNO kelak hanya akan dipilih dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO semata-mata.



Bahkan adalah sesuatu yang karut juga, andaikata calon jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia hanya boleh dipilih dalam kalangan ahli EXCO Pergerakan Pemuda itu sahaja. Ini bukanlah demokrasi namanya, sebaliknya ia hanyalah sebuah ilusi. Memanglah ahli UMNO akar umbi diberi kuasa untuk membuang undi, namun demikian, pilihan yang kami ada sebenarnya adalah terhad. Saya mengharap UMNO dapat menilai semua ini. Wallahualam.

Comments

ZULKIFLI said…
Salam,
Betul kata Sdr, idea yang diberikan itu dangkal. Idea itu menggambarkan pemahaman tentang demokrasi sangat lemah. Lihatlah Perlembagaan yang sebelum dipinda rejim Mahathir dahulu. Jika yang itu sesuai, pakai dan ubah mana-mana yang perlu.
Anonymous said…
PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO?

Pada saya, UMNO perlu mengubah perlembagaan merangkumi rasuah atau politik wang. Pada saya, UMNO perlu meletakkan dalam perlembagaannya supaya membenarkan politik wang. Hal ini sangat penting agar sesiapa yang bertanding dapat mengumpul wang sebanyak mungkin sebelum bertanding.

Dato Adil
Cyberjaya.
King-Fx said…
Saudara,

Nampaknya UMNO nak main wayang lagi. Pindaan yang tiada erti jika untuk bertanding jawatan tertinggi semuanya bersyarat dan hanya golongan tertentu shj yang layak bertanding.

Kenapakah di dalam negara yang mempunyai amalan demokrasi, hak2 ahli untuk bertanding disekat-sekat. Seolah2 hanya mereka yang sedang berada di atas sahaja yang 'maksum' dan 'layak' bertanding. Jika dilihat kepada jawatan Presiden dan Timb Presiden, nampak jelas dan nyata ianya digunakan untuk mempertahankan status quo sebenarnya.

Jepun yang telah bertukar PM berulangkali pun tidaklah JAKUN sepeti pemimpin-pemimpin UMNO ini. Malah kemajuan Jepun tidak pernah tergugat dengan pertukaran pucuk pimpinan.

Apakah bezanya Melayu dgn Jepun ini?
Anonymous said…
jgn salah faham tuan blogger. jangan terikut2 cara berfikir pengikut pembangkang yang bangang.
Setiap perkara kena ada peraturannya. kan semua syarat2 yang disebut untuk jawatan2 yang tertinggi.
macam pemimpin kita kata lah. takkan nak biarkan orang yang tak tahu kelayakan dari segi memimpin terus bertanding jawatan tertinggi.
biarlah sekurang2nya sudah terbukti kepimpinannnya barulah boleh bertanding utk yang lebih tinggi.
kalau tak buat macam ni, nanti ada penyangak2 undercover pembangkang, terus buat kacau dengan nak bentanding jawatan tertinggi. kan kacau bilau masa tu.
kita nak memilih pemimpin yang berwibawa dan layak, bukan nak memilih pemimpin bermusim, tak ada pengalaman dan setahun jagung.
sekurang2nya ruang dan peluang telah dibuka lebih luas. nak harapkan parti pembangkang???haram!!nak berubah..em..berubah tu berubah la. tgklah pas...makin lama makin teruk, makin busuk. kroni dimana2. meh la dtg selangor. semua tender diorang sapu. yang kecik2 semua diorang sapu. negeri bukan makin bersih, makin berterabur adalah. pacak kedai sesuka hati. apa nak pedulik. N.ajis pun halalkan kroni. anak menantu dia dah sapu baeekkk punya tender kat kelantan. rasuah pulak jgn cakap. tak ada share tender tak dapat. daripada sekecik2 tender menyapu sampah pasar malam pun nak di 'share' jgk. bangang betul. perjuangan dah tahu mana hala. nama je parti islam, tapi tindakan tak tau kemana. Islam dihina, kata ok, Al-quran dihina, kata ok. pelik2.
itulah tuan blogger, perubahan dilakukan tapi perlu bersyarat. jangan tuan terperngaruh dengan dakyah2 bengap pembangkang. diorang tu tau cakap je. TQ
Anonymous said…
banyak beza melayu dgn jepun .

1-jepun mata sepet. melayu tak sepet.
2- jepun tak gunakan agama utk dpt undi, mereka bertanding siapa lebih pandai.sini PAS guna agama sewenang2nya.
3- 99% di jepun berbangsa jepun. melayu di m'sia cuma 60%. tu pun dah di campur senoi, jakun, kadazan, murut, iban, dll.
4- org jepun tak kapirkan sesama jepun, tak tikam blakang.sini PAS kapirkan sesama islam dan bersedia jihad utk lawan umno.
5- org jepun tak cuba nak jadi korea atau cina, disini org melayu idung kemek nak jadi org arap daaa..
6- org jepun tak suka pitnah, sini org pas suka pitnah, guna air sirap utk tunjuk darah.
7- org jepun tak angkat ketua dari kalangan peliwat. sini ketua pembangkang yg di banggakan peliwat tegar.
8- org jepun tak benarkan org korea quote ckp dlm kitab mereka. sini org PAS tak kisah malah ketawa berdekah2 gobala, ngah, ngeh quote ayat al-quran.
9- org jepun taat pada maharaja, sini nizar sembah derhaka.
10- org jepun sedia mati pertahankan adat dan agama mereka, kamikazi. sini pas bila2 masa boleh jual adat dan agama demi undi.

uihh byk beza tu jepun dan melayu.

idris
Anonymous said…
org pas mana berani ubah perlembagaan mcm umno buat. ubah la perlembagaan pas, ckp kalau PAS perintah cuma tiga bulan hudud akan terlaksana. hahaha...

mana ada berani puak2 munafik ni, depan pengundi2 tegar boleh la klentong, sekali anwar angkat kening, limkitsiang ugut nak keluar PR, ngelabah gugurkan tuntutan negara islam.

dah lama kenal pas dahhhhhhh..... hahaha

dr. alban
al amin said…
kalau kita selusuri sejarah pindaan pelembagaan UMNO taklain tak bukan hanya untuk mengemaskan kedudukan sekelompok manusia sahaja.
azlishukri said…
saya tidak terikut2 rentak pembangkang.
azlishukri said…
al amin semoga UMNO akan berubah
AL-BIMA SAKTI said…
salam,


biarpun terbuka, syarat dan terma masih perlu. biar yg betul2 layak saja patut bertanding. jgn ada yg pakai redah aje...
Anonymous said…
Saya berpandangan BN dah x lama lagi riwayatnya...buat lah perubahan macamana pun tetap keyakinan pengundi kepada BN sudah punah. Tahniah buat T.Sri Isa Samad yang memenangi Bagan Pinang tetapi takziah kepada BN kerana BN dilihat hanya retorik dalam memerangi rasuah.
Saya bukan berfikir seperti pembangkang tetapi meluahkan perasaan hairannya saya mengapa dalam masa yang sama kita mengatakan UMNO perlu berubah, jika tidak kita akan diubah......tetapi dalam pada masa yang sama kita terlupa nak dikota apa yang dikata...walluha'lam..sama2 kita fikirkan
Anti Hipokrit said…
Anon 6:45,

Kenapa nak double standard? PKR org RASUAH mcm Zaid Ibrahim boleh pulak pegang jawatan. Org yang memang dah didapati bersalah oleh UMNO dgn politik wang. Diambil oleh PKR atas kepentingan politik.

Tapi tak mengapalah. Dlm PKR pun semua ada. Kaki Sex, Bogel, gangster, Rasuah. Kalau menuding pada UMNO, depa pun 2x5.
azlishukri said…
bima sakti - saya berpandangan harus ada syarat, tetapi bukanlah syarat seperti yang saya paparkan. syarat yang mengekang orang lain untuk bertanding haruslah dihapuskan sama sekali. pada pandangan saya syarat yang seharusnya ditetapkan ialah, antaranya, mana-mana ahli UMNO yang sudah dikenakan hukuman akibat mengamalkan politik wang tidak boleh bertanding untuk mana-mana jawatan tertinggi di dalam UMNO - syarat seperti inilah yang betul.
Anonymous said…
Dalam konteks sekarang BN kena kotakan apa yang dikata....kalau kita x buat begitu rakayat akan terus menghukum kita. saya rasa x salah kalau kita berfikiran seperti pembangkang sedikit supaya kita akan lebih memahami apa yang berlaku. Jika kita dengan dunia kita, sekarang kita telah menerima akibatnya. PRU 12 dah dapat wake up call pun kita masih tak 'sedar diri'. Kerana apa!!! sebab kita masih jumud. sebab kita berfikir one sided....sbb tu penting kita kena tahu visi dan misi bukan sahaja di pihak kita tetapi juga dipihak lawan. Dalam bisnes pun kita kena tahu apa strategi pesaing kita, apa yang pesaing kita sedang buat..apa yang sedang pesaing kita fikirkan. sbb tu x salah kalau kita kadangkala terpaksa berfikir seperti pembangkan dalam proses muhasabah diri.
Sekadar pandangan dari ahli setia UMNO.
Anonymous said…
anon October 14, 2009 10:18 AM

tak payah utk cuma memahami persaing. Dlm PAS, DAP, PKR ada ramai informer UMNO.

apa yg dickpkan didlm mesyuarat exco pas tadi, dah ramai MT umno dapat email dan sms skrg.

kena faham politik ya dikk.

hj.ithnin

Pilihan Pembaca

KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...