Skip to main content

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku


Tuan Guru Nik Aziz 2009
Terbaliknya Bola Hitam Mataku


MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang.

"Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tulisan Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM itu diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin Pas yang bermasalah. - Bernama


Ulasan Saya :

1. Terjadinya masalah dalaman PAS ini adalah disebabkan, PAS tidak mengamalkan Islam yang sejati. Dengan erti kata yang lain, dibibir PAS berkata kita ikut al-Quran dan Hadis, tetapi dalam bentuk perbuatan PAS tidak melaksanakan perintah Allah yang jelas melarang umatnya mengumpat, mencaci dan mencari kesalahan para pemimpimnya.


2. Apa yang berlaku dalam PAS kini bertitik tolak daripada niat parti itu yang tidak ikhlas. PAS berniat untuk menumbangkan BN/UMNO semata-mata dan bukannya untuk melaksanakan dakwah dan pemerintahan Islam yang sebenar.


3. Niat PAS yang ikhlas dahulu sudah hilang - sekarang PAS mahukan kuasa dan kedudukan, manakala kebenaran sudah diketepikan. Pada hemat saya, adalah salah jika PAS berkata bahawa Muktamar PASlah yang akan menentukan hala tuju parti tersebut - sepatutnya Nik Aziz harus berkata, al-Quran dan as-Sunnahlah yang menentukan hala tuju PAS.


4. Nik Aziz sebenarnya keliru - beliau mahu menegakkan Islam tetapi caranya salah. Islam tidak akan tertegak andai kata PAS terus bersengkongkol dengan musuh Islam iaitu DAP. Nik Aziz harus faham, dasar DAP bukanlah Islam, dasar PKR juga bukanlah Islam - maka hujah yang mana satukah Nik Aziz ambil bagi menghalalkan kerjasama haram tersebut bagi menegakkan hukum Allah?


5. Mengapa PAS berpecah-belah - jawapannya mudah, PAS tidak mentarbiyyah ahli-ahlinya seperti mana Rasulullah mendidik masyarakatnya. PAS lebih banyak berceramah politik dan membuka aib pemerintah, berbanding dengan mengasuh ahli-ahlinya agar taat serta mengerjakan suruhan Allah. banyak ahli-ahli PAS di kampung-kampung terbiar begitu sahaja. Tidak dididik dan tidak ditarbiyyahkan - malah ramai dalam kalangan mereka yang cetek pengetahuan agama dan hukum hakam - masih banyak yang menghisap rokok, menjadi mat rempit, tidak menutup aurat dan berakhlak rendah - tetapi mereka menyokong PAS. Kita harus faham mendampingi PAS tidak bermaksud mendekati Islam. PAS bukan Islam dan Islam bukannya PAS. PAS hanya mahu kemenangan politik dan bukan mahu mendidik masyarakat - lantaran itulah mereka bercakaran sesama sendiri.


6. Sudah tiba masanya Nik Aziz disingkirkan daripada kerusi Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan - jelas ketika ini Nik Aziz hanya mengundang fitnah dan liabiliti terhadap PAS. Maka, PAS harus segera mengadakan EGM untuk menyingkirkan Nik Aziz Nik Mat. Jika tidak, sejarah Manek Urai akan berulang kembali. Wallahualam.

Comments

azmi yusof said…
saya selalu mengharapkan hj hadi keluar PAS...supaya kami rakyat terengganu kembali bersatu..andai PAS sudah tidak perlukan Hj Hadi..eloklah Hj Hadi bersara..kembalilah menyatupadukan kami rakyat terengganu yang telah dipecahkan semenjak 1981..biarkanlah PAS dengan Erdogannya....
Anonymous said…
Hujah-hujah saudara Azli mengenai PAS hari ini amat tepat sekali. PAS sudah menyimpang terlalu jauh dari perjuangannya yang asal.

Kesalahannya yang amat besar ialah apabila bersekongkol dengan DAP, parti yang jelas menentang Islam yang telah diakui sendiri oleh pemimpinnya Karpal Singh.

Tunggu sahajalah kemusnahan PAS kalau Nik Aziz percaya kepada Anwar Ibrahim yang pernah satu ketika dahulu diberi gelaran macam-macam oleh pemimpin2 PAS khasnya Mat Sabu dan Mahfuz Omar tentang moralnya. Jelas sekarang Anwar telah berjaya menhancurkan PAS dari dalam tanpa disedari oleh setengah pemimpin2 dan ahli-ahli PAS yang terpengaruh dan terpesona dengan kepetahan Anwar berucap yang isinya penuh dengan pembohongan semata-mata.

Jangan fikir orang2 Melayu semuanya boleh disumbat dengan kata-kata rhetorik semata-mata. Mereka juga boleh berfikir dan mengkaji pemimpin yang bercakap tak serupa bikin. Cakap pasal Islam tapi amalnya tidak Islam. Islam melarang membuat fitnah, mengumpat, mengeji dan memberi gelaran yang bukan-bukan tetapi itulah modal pemimpin2 PAS bila berceramah. Tanpa mengumpat dan fitnah, ceramah mereka tidak dapat sambutan dan jadi tidak menarik perhatian penonton2.

Zaman kehancuran PAS bermula apabila pemimpin PAS mula berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim yang diketahui umum rapat dengan musuh Islam iaitu Yahudi dan pemimpin2 Amerika Syarikat.

Selain itu penyokong2 PAS telah mendewa-dewakan Nik Aziz dengan memberi dia gelaran Tuan guru dan Mursyidul Am seolah-olah dia itu maksum. Cakap2nya yang merepek pun diterima bulat-bulat tanpa siapa pun berani menegurnya.

Akhirnya Nik Aziz yang disanjung dan dipuja telah lupa daratan. Dia boleh berkata dan buat apa saja, semuanya direstu oleh pengikut-pengikutnya tanpa berfikir. Untuk terus kekal seberapa lama yang boleh dia bertindak untuk menyingkir siapa juga yang dirasakan boleh menggugat dan menghalang cita-cita peribadinya.

Hadi Awang, Nasharuddin Md Isa, Mustafa Ali dan Hasan Ali telah dianggap menjadi musuh politiknya didalam parti dan mesti disingkirkan. Pada pendapatnya cara terbaik adalah dengan mengadakan sidang EGM. Tetapi pastikah dia dapat menyingkirkan musuh politiknya? Apa kata kalau dia pula yang tersingkir sekiranya dia berhajat hendak bertanding dengan Hadi Awang?

Sama-sama kita tengok dan lihat perkembangan seterusnya. Pasti menarik.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Saya setuju sangat dengan pandangan saudara. Orang Melayu( dan ramai bukan Melayu) mengundi PAS bukan sebab suka PAS tetapi lebih pada protes pada BN.

SEbelum 2008, PAS dilihat sebagai memperjuangkan Islam( Dilihat tetapi bukan sifat sebenar). Ketika itu PAS walaupun sentiasa tak lepas memaki hamun UMN0 tetapi sering bercakap pasal Islam.

Dan sifat luaran berjubah berserban dan bertudung labuh banyak mempengaruhi orang Melayu. Tak apa kalau perangai bertentangan dengan orang mukmin sejati.

Namun orang Melayu khususnya mula sedar bila PAS tidur sebantal( atau lebih tepat jadi hamba) DAP.

Bila UMNO sanggup serahkan jawatan MB di Perak dan selangor jika PAS sanggup tubuh kerajaan, saya sedar yang UMNOikhlas mahu pastikan kuasa orang Melayu tidak tergugat.

Jika saya jadi Hadi atau Nik aziz, saya akan sambut pelawaan UMNO. UMNO memang ada cacat celanya. Banyak juga. maklumlah manusia. Tapi UMNO juga banyak jasanya.

Saya yakin tiada pemimpin UMNO sezalim Firaun yang menjadikan kerjasama politik PAS -UMNO sebagai "mustahil".

Tapi apa PAS buat? Mentah-mentah ditolak. Sebaliknya musuh hakiki Melayu DAP ditatang cukup-cukup. iNi mengecewakan Melayu.

Bila saya cakap PAS akan hilang sokongan Melayu bila jadi hamba DAP, orang PAS marah.

Kini mereka hanya berdiam diri kerana apa yang saya nyatakan menjadi kenyataan.

Pada Hj Hadi, jika tuan membaca ulasan saya, FAHAMILAH yang tiada seorang pun orang Melayu yang untung melalui kerjasama PAS-DAP.

Yang jelas ialah ianya menghancurkan kuasa politik orang Melayu.

Jika Tuan sayangkan Islam, silalh keluar dari Pakatan jahat ini. Jika tuan sayangkan ugama. Jika tuan sayangkan ugama.
Qorie Afifi said…
Tidak ramai ahli PAS yang benae3 faham tentang PAS dan tak ramai orang bukan PAS memahami apa itu PAS. Ahli PAS yang tidak menyertai usrah dan mensyuarat sama sekali tidak akan faham apa itu PAS. Apatah lagi ahli UMNO yang mahu bercakap tentang PAS.....
Frodo Baggins said…
soalnya ~ naper nak sangat singkirkan 3 orang tuh? UG & PR ~ mana yg lebih bawak kebaikan?? takkan atok nik x leh fikir ... benci UMNO tp x benci PKR & DAP. Seyesly, wa dah makin xpaham ...
rimajohor said…
Gua malas nak komen le.Kadang-kadang gua bingung tengok nik aziz ni cakap tak serupa bikin.dah lah tu ada orang pas yang bodoh sombong.
Anonymous said…
Qorie Afifi: Memang benar ramai yang tak faham PAS sebab cakap dan perbuatan tak sama. Ringkasnya cakap tak serupa bikin.

Dari nama saja pun orang dah keliru. Kata Parti Islam Semalaysia tapi eja PAS. Sepatutnya PIS barulah betul.

Kalau PAS sesuai dengan Parti Ajaran Songsang atau Parti Ajaran Sesat kerana nama itu lebih tepat dengan keadaan PAS hari ini.

Mana orang nak faham. Satu Bangsa, Satu Agama, Satu Kebudayaan, Satu Adat dijadikan musuh. Dan yang sah, terang dan nyata musuh Islam DAP dijadikan kawan dan menjadi pak turut pula kepadanya.

Begitulah kebanyakan orang Melayu berfikir hari ini tentang PAS. Sekarang pula sesama pemimpin PAS pun dah nak bergaduh.

Pemimpin2 PAS terlalu banyak menuding jari kepada orang2 UMNO tetapi mereka lupa bahawa tiga lagi jari menunjuk kepada diri sendiri. Oleh itu MUHASABAHLAH.
Fathi Adha said…
Pas sudah tidak seperti perjuangannya dlu.. dekat 80an, PAS sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam... tp kini?? PAS tidak menonjolkan peranannya sebagai sebuah parti Islam sperti dulu....
shamshul anuar said…
Saudara Qorie Afifi,

Ramai ahli PAS tak sedar dan masih tak sedar betapa pengaruh PAS dikalangan Melayu merosot bila PAS tidur sebantal( atau lebih tepat) jadi hamba DAP.

Orang Melayu pun ada yang boleh fikir. Ramai yang cakap paa saya "Takkan teruk sangat UMNO sampai begitu sekali PAS bencikan saudara seugama".

Dan ada ulasan lagi "Apa hal PAS jadi kuli DAP? Tak kan tak sedar siapa DAP itu?"

Budaya PAS yang suka menyerang UMNO tanpa batasan banyak memakan diri. Ramai dah mula sedar PAS pun teruk juga.

Dulu Mohd Sabu memaki hamun Anwar dan mencabar Dr Mahathir pecat Anwar. Tak ingatkah?

Kini PAS peluk Anwar Ibrahim. Wahai Nik aziz, tak kan tak sedar apa PAS cakap pasal tabiat Anwar Ibahim?

Sudah sudahlah Hj hadi.. Kalu sayangkan undi Melayu pada PAS, keluarlah dari Pakatan Jahanam. Bukankah anda Presiden PAS.

mungkin anda tak pernah baca blog. anda mungkin cuma baca Harakah yang suka fitnah sana sini. Mungkin sebab itu anda tak tahu kenapa undi Melayu merosot untuk PAS.

Tak apalah kalau macam itu. Teruskan baca Harakah saja . Dan orang Melayu boleh ingatkan pada pilihanraya akan datang.
Cheguman said…
Kalau tak silap saya ada satu kisah seorang wali berlawan dengan iblis. Pada pusingan pertama wali tersebut menang tetapi dalam pusingan kedua wali itu ditewaskan. Rupa-rupanya ia berkait dengan niat wali tersebut yang telah berubah. Hmm... Orang alim pun boleh kecundang.
Hz Njw said…
Komen no 4 blogger tu memang perfect to the core. Jgnlah PAS kamceng sgt dgn parti yg terang-terang hendak mghapuskan azan 2. Tak rasa jatuh maruahkah? PKR 2 mmg dah trsasar orbitnya mungkin dah terlupa mana titik destinasinya. And plez, never condemn Hadi Awang kerna jika anda telusuri, beliau adalah tokoh paling rasional dan se brilliant Mahathir. Belajar mengenalinya dan wawasannya..[best laa blog ney..baru terjumpa]
Qorie Afifi said…
PAS tidak pernah mengubah dan mengubal perlembangan lama menjadi baru. Samada PAS tahun 1950 dengan yang ada sekarang matlamat dan tujuannya tetap sama.

Berkaitan dengan ejaan PAS harus dijadikan PIS adalah tidak masuk akal kerana perkataan PAS diambil dari ejaan jawi yang mana alif boleh dibunyikan samada dengan baris di bawah ataupun di atas. Keunikan bahasa arab ialah alif boleh menjadi A atau menjadi I dan ianya tidak sama dengan tulisan rumi.

Dari mata kasar memang nampak seolah-olah PAS tidur sebantal dengan DAP tapi pada hakikatnya PAS tidak tidur sebantal dengan DAP.

Perbezaan antara UMNO dan PAS adalah dari sudut AQIDAH. Perbezaan antara PAS dan DAP adalah dari sudut ILLAH. Dalam perjuangan tauhid , mentarbiahkan AQIDAH adalah lebih penting dari berlawan dengan perbezaan ILLAH.Ini kerana perbezaan dan kekeliruan dalam aqidah akan menyebabkan fatal kepada ibadah yang lain.

Menghalalkan yang diharamkan ALLAH adalah sesuatu perbuatan yang menyeleweng dari aqidah.

Mereka yang mempunyai aqidah yang kuat nescaya tidak akan melakukan hal-hal yang diharamkan oleh Islam.
Anonymous said…
PAS hanya wadah utk perjuangan melalui medium siasah. Kalau PAS dah tidak relevant dan menyimpang jauh, boleh diperbetulkan secara syura atau muktamar. Kalau tidak boleh dibaiki lagi dan nama PAS itu dah jadi liabiliti, bubar saja tukar nama lain dgn perlembagaan baru. Apa yg susah, hanya wadah je.
Ini konsep perjuangan. Nik Aziz pun tidak lama lagi nak hidup, Nik Aziz dan PAS boleh hilang di dunia ini, tapi perjuangan fisabillah itu diteruskan sebagai landasan hasanah di akhirat yg kekal abadi.Perjuangan tetap sama atas dasar tauhid, tapi wadah boleh berubah ikut zaman dan suasana.
Adakah ini pun satu kenyataan simplistik?

DR NO
Qorie Afifi said…
PAS adalah wadah Islam yang mengikut usrah pertama yang dibina oleh Rasullulah s.a.w ketika bilangan lelaki Islam menjadi 30 org yang bermula dirumah seorang sahabat bernama Arqam.

Dalam jemaah Islamiah di Malaysia hanya PAS yang diakui oleh jemaah Islam Dunia yang lain. Lain2 jemaah yang tidak membawa kepada perjuangan siasah tidak disenaraikan sebagai wadah perjuangan.

Kalau PAS tak kena jangan jadi jurulatih luar padang. Kenapa perlu hingga menukar nama ? Tak perlu tukar nama sebab nanti jadi nick name saja sedangkan tuan tubuh masih sama.

PAS pada asalnya bukanlah sebuah parti politik namun disebabkan di Malaysia menuntut pilihanraya demi pemerintahan maka PAS pun membuat keputusan membina jemaah melalui parti politik. Jemaah tetap jemaah.......sedangkan Dato ONN Jaafar yang asaskan UMNO pun boleh tinggalkan umno......inikan pula kita yang tak asaskan apa-apa....
azmi said…
"Menghalalkan yang diharamkan ALLAH adalah sesuatu perbuatan yang menyeleweng dari aqidah."

Terima kasih kerana mengingatkan..cuma saya sedikit musykil,sapa yang sebenarnya suka menghalalkan yang haram menjadi halal apabila sesuatu itu berpihak kepada mereka..?sapa yang suka mengharamkan sembelihan orang lain..?siapa yang suka mengharamkan imam dari golongan yg tidak sehaluan..?siapa yang memulaukan menantu disebabkan menantu tidak sehaluan??siapa yang memulaukan suadara sendiri disebabkan tidak sehaluan??siapa yang tidak mahu sembahyangkan jenazah disebabkan orang yang mati itu tidak sehaluan??saya masih ingat kata kata bekas orang kuat PAS Besut.."WALHALALUN WAL BAGI DUA"..Maksudnya,orang PAS ni semuanya akan halal kalau perkara yang haram tersebut memberi faedah kepada mereka...sekian..sekadar bertanya...
Ujang said…
PAS masih tetap dengan perlembagaan lamanya namun pada hakikatnya halatuju Tok Guru mahupun ahli2 bukan sahaja tidak menepati perlembagaan malah tersasar dari perjuangan Islam sebenar!

UB
shamshul anuar said…
Saudara Qorie Affifi,

PAs bukan saja tidur sebantal dengan DAP. Malah jadi kuda tunggangan DAP.

Itulah perkara sebenarnya. Ini adalah kenyataan. Dan tiada seorang pun orang Islam ( atau ugama Islam) yang untung dari sikap pelik PAS ini.

Saya menegur untuk kebaikan. Saya pun bukan ahli UMNO. Saya juga menegur UMNO.

Dengan jadi hamba DAP, sebenarnya PAS berbaik dengan musuh Islam untuk jatuhkan saudara seugama sendiri. Itu saja.

Perangai PAS taklah memeranjatkan. 100 tahun dahulu, orang Arab juga berperangai sedemikian. Gabenor Arab( lantikan Sultan Turki) sanggup bekerjasama dengan Inggeris untuk jatuhkan Kerajaan Osman yang memerintah Tanah arab.

Sekarang nyatakan pada saya atau sesiapa saja siapakah orang Islam( cukuplah kalau seorang)yang dapat untung dalam hal ini.

TIADA. Yang ada semuanya rugi. Dan sampai sekarang menyesal sebab tok nenek buka jalan pada Inggeris untuk buka satu negeri pada Yahudi.

Lebih kurang 900 tahun dahulu, Raja-Raja Arab di Andalusia sibuk jalinkan hububgan dengan Raja Kristian untuk jatuhkan sesama sendiri.

Mereka terlupoa bila seorang Raja Arab jatuh, kawasan Kristian semakin membesar. Berulang kali mereka buat perkara jijik begini. akhirnya seluruh Sepanyol tergadai.

Teruk sangatkah UMNO. Teruk sangatkah? Bila nak ke Mekah tak dapat, terhegeh-hegeh minta Zahid Hamidi ratu Kerajaan Arab Saudi.

Maknanya ada baik juga UMNO.

Nasihat saya WAHAI PAS, janganlah jadi hamba DAP. Kerjasama anda dengan DAP merosakkan umat Islam. Ini termasuk diri anda sendiri.

Dan satu lagi, wahai orang PAs, buanglah sikap riak anda. Jangan ingat anda dipandang lebih beriman( oleh Allah)hanya kerana ahli PAS.

Itu semua kerja Allah swt. Dan sama-samalah kita semua( baik UMNO dan PAS) memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Sudah-sudahlah berceramah pagi petang siang malam. Cukup-cukuplah.
Qorie Afifi,

U ni petah berhujah, tapi u sebenarnya dah 'lost' dalam dalam tempurung kaca PAS.
I fikir u sebenarnya satu simbol kepada majoriti pengikut PAS yang bijak tapi sudah berjaya dijumudkan.
Sesekali ambillah risiko, cuba keluar dari tempurung kaca tu, walaupun mungkin u dan kawan-kawan u akan tercedera sedikit.
U all dah biasa dengan udara busuk di dalam, keluar, rasakan udara segar tepi pantai ciptaan Allah... masyallah...
Anonymous said…
PAS diundi oleh orang Melayu.
Terimalah hakikat itu dengan redha.

Melayu itu ISLAM memang itulah pegangan orang yang menggelarkan diri mereka Melayu dari dulu sampai sekarang.

Orang Melayu tolak BN sebab pinggirkan prinsip Islam.

Tak mustahil orang Melayu tolak PAS dan sokong BN sebab PAS pinggirkan persaudaraan Melayu.

Sampai bila PAS nak faham konsep ini? Tak cukup belajar lagi ke?

Sekarang UMNO kelihatan membina balik semangat Melayu dan berlandaskan Islam pada tahap yang boleh diterima oleh orang Melayu. Jadi dalam pilihanraya yang akan datang PAS boleh balik kampung macam dulu-dulu, taksub sangat.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua.
johari said…
Kerja PAS dari dulu sampai sekarang ialah berceramah, berceramah, berceramah. Isi ceramahnya maki hamun, fitnah, mengumpat dan berbohong. Jadi walaupun dah memegang tampuk kerajaan mereka akan teruskan kerja yang sama iaitu berceramah. Mereka bukan hendak memerah otak bagi memikirkan masaalah rakyat dan masaalah negara.

Itu sebab bila dah menang besar di Trengganu pada tahun 1999 PAS terkejut kerana tidak menyangka sama sekali boleh menang begitu banyak kerusi. BN hanya menang 4 kerusi. Pemimpin2 PAS dah lupa bahawa mereka dah buat macam-macam janji. Satu daripadanya ialah "Selepas ayam berkokok pagi esok kami akan laksanakan hukum hudud di Trengganu". Rakyat Trenggunu menunggu bila kerajaan PAS nak laksanakan hukum Hudud seperti yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu tak ada apa-apa pun. Maka rakyat pun bertanya "Bila nak laksana hukum Hudud di negeri Trengganu?". MB Trengganu jawab, "Hukum hudud tu hanya 0.0001 peratus daripada undang-undang Islam". Hai dulu dok canang bab Hudud di seluruh pelusuk negeri tiba2 kata macam tu. Apa ini?

Sanggup tipu rakyat Trengganu. Maka pada pilihanraya tahun 2004, pengundi2 pun menghukum PAS Trengganu dan bilangan kerusi yang diperolehi sama banyak dengan apa yg diperolehi BN pada tahun 1999 iaitu tinggal 4 kerusi sahaja.

Pada pilihanraya tahun 2008, pembangkang menang besar. Lupa diri, lupa janji, lupa dasar perjuangan. Tubuh kerajaan PR bersama DAP dan PKR. Dulu bukan main hentam BN sebab menubuh kerajaan bersama dengan MCA, MIC dan GERAKAN dan gunakan ayat 28 surah Ali-Imraan untuk menguatkan hujjah mereka. Tetapi apabila menubuhkan kerajaan PR dengan DAP dan PKR pemimpin PAS tak pernah baca ayat itu lagi dimana-mana juga ceramah mereka.

Tepatlah kata bekas penceramah PAS Haji Ghazali bin Ahmad bahawa kepada pemimpin2 PAS kalau menguntungkan mereka hukumnya WAHALALUN. Dan yang merugikan mereka hukumnya WAHARAMUN.

Nyata bahawa matlamat pemimpin2 PAS hanya nak merasa jadi MB dan ahli exco kerajaan negeri dan ahli Parlimen supaya dapat habuan daripada jawatan2 tersebut untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat handai.
Anonymous said…
Memang dalam PAS terdapat golongan opportunist yg lebih berkepentingan diri. Tapi dalam UMNO lagi nampak banyak golongan ini dengan zahirnya rumah besar, kereta besar, projek besar, cerut besar, komisyen besar dan bini glamour siap rambut style.

DR NO
Anonymous said…
Salam.

Nampaknya PAS semakin berkembang dan maju berbandingan dahulu, Perlembagaannya telah dipinda kepada yang islamik.

Perlembagaan itu telah mendorong ahlinya semakin memahami Islam dan mengawal ahli dan para pemimpin supaya mematuhi ajaran Islam.

UMNO pun sering juga meminda perlembagaannya tetapi hanya tertumpu kepada perkara pemilihan jawatan sahaja dan tidak menyentuh tentang dasar Islam di dalam parti mereka.

Mungkin kalau dipinda ke arah itu, ramai pemimpin yang berkelayakan dari segi itu berada di dalam PAS, yang bukan ulamak pun ramai yang istiqamah dengan perjuangan Islam.

Orang Melayu Islam dalam UMNO bersama pemimpinnya tidak berasa bersalah melantik pemimpin mereka yang telah disahkan oleh mereka sendiri sebagai pengamal rasuah oleh itu siapakah nanti akan mencegah rasuah.

Ramai pemimpin bercakap mengenai perpaduan, perpaduan amat mustahak bagi rakyat Malaysia tetapi tidak lebih mustahak dari aqidah.

Parti dan pemimpinnya wajib menjaga aqidah diri dan aqidah pengikutnya, situasi ini menuntut supaya perlembagaan partinya berteraskan Islam.

Kalau sesuatu parti hanya bergantung kepada pemimpin nombor satu semata-mata bagaimana kalau pemimpin itu tidak berminat dengan Islam dan melaksanakan Islam hanya kerana didesak oleh masyarakat dan dilaksanakannya kerana keperluan semasa dan keperluan politik sahaja bukan kerana dasarnya demikian.

Saya syorkan supaya pendukung UMNO pinda dasarnya yang digunakan sekarang kepada dasar Islam dengan itu tiada lagi keraguan di dalam perjuangan parti.
silent MP said…
Terbaru..

Untuk kupasan..


http://alyahya.blogspot.com/2009/10/akibat-keceluparan-nik-aziz-menghina.html
Tinta Rakyat said…
Semua org kencang bercerita tentang PAS bersetongkol dgn DAP tapi lupa UMNO bersetongkol dgn MCA & GERAKAN sampai timbulnya rompakan besar-besaran duit rakyat seperti yg berlaku kes PKFZ...sepatutnya kita lihat apa tujuan PAS berkerjasama dgn DAP bukanya bersikap rasis...Zaman Rasulullah dahulu, nabi juga pernah bekerjasama dgn golongan bukan Islam untuk mempertahankan kota Madinah...Sila lihat kembali sirah rasulullah...Bukan saya nk samakan PAS dgn Rasulullah tapi lebih melihat kepada cara PAS mengadaptasikan Sirah Nabi terhadap tindakan mereka...Tujuannya adalah untuk menghapuskan kezaliman daripada lebih berleluasa...Harta Zakat digunakan sesuka hati...Duit Baitulmal digunakan untuk pilihan raya...sanggup kah kita lihat harta org miskin digunakan sesuka hati...fikir2kanlah wahai sahabatku
Qorie Afifi said…
SALAM PERJUANGAN...

Kerana terbaliknya bola mata hitam tok guru maka kita berbincang di petak ini.

Beginilah sebenarnya , orang Melayu hanya mempunyai 2 wadah parti politik untuk diisi. Melayu layak memilih 2 parti samada menjadi pihak kerajaan ataupun berada di pihak pembangkang.

Didalam sistem mojoriti kuantiti memainkan peranan yang penting. Dari segi ini , PAS dah memang ketinggalan jauh dalam bentuk untuk meraih undi.

Disini mari kita lihat kenapa ada sembelihan yang dipinggirkan , ada imam di singkirkan dan ada banyak lagi hal-hal aneh yang menyelubungi tulisan sahabat kita yang diatas. Seperti saya katakan ianya adalah bersangkutan tentang AKIDAH. Sekiranya AKIDAH nya terpesong maka ibadah yang lain menjadi tidak sah. Perkara ini bukanlah ciptaan PAS tetapi ada termaktub didalam kitab-kitab hadis sahih.

Didalam hadis tersebut ada dicatatkan bahawa akidah adalah anak kunci kepada ibadah yang lain. Sekiranya akidahnya gagal maka ibadah yang turut gagal.

Didalam sembahyang pula jangan katakan akidah malah taik cicak pun boleh merosakan ibadah kita.

Kalau saya diperhatikan seperti jumud maka saya akui mungkin ada benarnya seperti kata seorang sahabat yang diatas ....

Apakah Islam itu jumud? Kira-kira 1400 tahun lalu telah wujud sebuah sistem pemerintahan yang telah digariskan didalam Islam dan didalamnya lengkap dgn hukum dan peraturan. Siapakah yang mula menciptakan hukum pentadbiran kalau bukan Islam.

Siapakah yang telah mengajar manusia untuk membasuh najis dan membersihkan diri?

Siapakah yang menceritakan garis-garis kebersihan dengan nyata dan mendalam?

Siapakah yang mengajar untuk tidak berepecah belah ?

"Wahai orang-orang yang beriman , berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah , nescaya kamu tidak akan berpecah belah "

Apakah tali Allah itu adalah bangsa atau agama? Jawapan bagi tali Allah adalah agama. Sekiranya kita masih terikat dengan bangsa maka nescaya kita akan terus berpecah belah.

Islam adalah satu cara hidup ....namun tidak semua orang mampu menemuikannya....

" sekiranya Allah menghendaki seseorang itu menjadi baik nescaya dia akan di beri pemahamam tentang agamanya..."

Jadilah Islam itu landasan bagi siasah namun jangan jadikan siasah sebagai landasan bagi Islam....
Anonymous said…
tinta rakyat.

kamu dah jauh kebelakang. disini forumer tak jilat bulat2 pemfitnah mcm kamu.

dlm blog PR kamu bolehla memfitnah sesuka hati.

PKRZ tu sapa yg keluarkan laporan audit dalaman. bukankah k'jaan BN yg keluarkan, kalau BN nak rompak , boleh saja BN cop akta rahsia rasmi di dlm semua transaksi PKRZ.

dulu UMNO kerjasama dgn MIC & MCA tapi PAS hukumkan kapir. tapi bila kamu kerjasama dgn DAP yg terang2an tolak islam kamu hukumkan halal.

ingat ya dr.m istiharkan malaysia negara islam di depan semua org cina masa perhimpunan MCA. tak de sorg pun cina MCA bangun dan lawan dr.m.

tapi lim kit siang & kapral siang2 tolak negara islam. tu belum govind, nga& ngeh, gobala, dll.

lain kali jgn suka fitnah UMNO.

zul.
shamshul anuar said…
Saudara Qorie Afifi,

Seronok menilai orang lain. Terleka menghukum orang lain sampai terlupa melihat kelemahan diri sendiri dengan nyata.

Itulah PAs sebenarnya. Begitu mudah menghukum. Masih tak berubah. Masih terbawa-bawa perangai dulu. Terlupa yang kini PAs sudah jadi Kerajaan di Kelantan dan Kedah.

Yang giat dilakukan ialh berceramah. Pagi petang siang malam. Masa sembahyang terawih pun nak mengumpat juga berselang seli dengan ayat Kuran.

Dulu sibuk menghukum UMNO kafir sebab UMNO terima hakikat yang masyarakat bukan Islam( 40% rakyat Malaysia) mesti dimasukkan dalam sistem politik.

Saya sendiri dengar dari kawan saya yang taksub PAS . Ini bukan rekaan. Kini PAS lebih teruk lagi. Bukan saja tidur sebantal dengan DAP. Malah sanggup jadi hamba DAP.

Hukum PAS bolewh berubah. Dulu Mohd Sabu memaki hamun anwar sbagai ho,oseks dan cabar Dr Mahathir pecat beliau.

Kini Mohd Sabu sudah berubah dan memaki hamun Dr Mahathhir kerana memecat anwar. Dan pemimpin PAS pun diam membisu.

Kalau saya jadi Hadi, saya tak kan berkerjasama dengan DAP atau PKR. Buat apalah berbaik dengan parti parti yang memusuhi Islam ini.

Oh ya. Saya terlupa. PAS gunakan ugama untuk kepentingan politik, bukan perjuangkan ugama melalui politik.
azmi yusof said…
"Wahai orang-orang yang beriman , berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah , nescaya kamu tidak akan berpecah belah "

-ALANGKAH BAGUSNYA...TAPI APA NAK BUAT KALAU KEPALA YANG HENDAKKAN PERPECAHAN...
Abdul Hayee said…
Saya amat bersetuju dengan komen dan pendapat Sdra Shamshul Anuar. Teruskan usahamu yang murni itu.
Qorie Afifi said…
PAS tidak bersalah kerana PAS meruapakan satu perlembagaan. Melihat individu di dalam PAS menjadi gagal lalu menyimpulkan bahawa PAS itu gagal samalah dengan orang yang melihat nabi Nuh itu gagal berdakwah kepada isterinya , ihat Musa gagal berdakwah pada firaun dan melihat adam itu lemah kerana melakukan kegagalan fatal.

Kalau ada org yang melihat susuk ahli PAS yang gagal lalu menyimpulkan PAS itu gagal maka lihat juga kisah nabi yang terdahulu sebelum Muhammada dan kenapa mereka tidak menyimpulkan kegagalan pada nabi sebelum Muhammad.

Yang dibawa oleh Adam hingga Muhammad adalah Islam. Kalau kita melihat kegagalan individu sebagai kegagalan sebuah perlembagaan maka nabi-nabi terdahulu juga bileh dilihat sebagai individu yang gagal dan tidak perlulah fahaman mereka diikuti.

Kita tidak membela individu kalau ada individu yang mencaci cela sesama muslim. Apa yang kita mahu agar difahami adalah tentang institusi PAS yang menjadikan Islam sebaga satu perlembagaannya.

Kepadaa Shamsol Anuar tolong lihat dan bukakan hati dengan baik. Kalau nak di salahkan individu maka hancurlah hidup ini.......lihatlah Islam dengan mata burung bukan lihat dengan mata tempurung.

Mohon maaf kalau terkasar dan penulisan saya tidaklah mewakili mana-mana sebagai wakil Pas. Pendapat saya adalah berbentuk individu dan tidak mewakili mana-mana institusi.
shamshul anuar said…
Saudara Qorie Afifi,

Terimakasih atas peringatan saudara. Saya hanya mengkritik. Tak kan tak boleh .

Mengkritik PAS bukan bermakna mengkritik Islam. PAS dan Islam adalah 2 perkara berbeza.

Jangan samakan Nabi Muhammad, Nabi adam dengan PAS. Mereka jujur dalam perjuangan. Prinsip mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Bagaimana dengan PAS. Berubah-rubah mengikut kepentingan politik. Pada yang mahu berfikir, tentu ingat betapa puluhan tyahun PAS menghukum UMNO kafir bila berbaik dengan MCA dan MIC.

Kini apa dah jadi? Kenapa sekarang PAS bukan setakat ada kerjasama politik dengan DAP tapi sanggup gugurkan perkataan "Islam" dalam manifesto. Apa maknanya?

Maknanya PAS tak jujur dalam perjuangan. Demi kuasa, sanggup pula berkerjasama dengan musuh ugama. Berbuih orang tegur termasuk Mufti dan ulamak.

Bila Mufti senada dengan PAS, disanjung-sanjung Mufti. Bila Mufti tegur, Mufti yang sama dihina. Kenapa tak boleh terima teguran.

Sampai sekarang tak pernah saya dengar pemimpin PAS tegur penceramah cari makan yang gemar memfitnah dalam siri ceramah di masjid dan surau.

Jadi apa yang diperjuangkan oleh PAS? Setakat cakap, sesiapa pun boleh. Tapi kenapa tak ikut peribadi Rasulullah SAW .

Nabi tegas memperjuangkan ugama. PAS bagaimana. Tegas atau biadap. Inikah cara yang hendak dibawa.

Demi jaga hati DAP, sanggup tabur fitnah mengenai Penduduk Sek 23 Shah Alam berkenaan isu kuil

Dah terbalik. Nampak gaya UMNO lebih simpati.

PAS bercakap pasal Islam tetapi perangai jauh dari Islam. Itulah masalahnya.

Satu soialan saya pada PAS. TIdak ingatkah PAS pada ceramah Mohd Sabu yang mencabar Dr Mahathir memecat Anwar kerana liwat.

Kenapa orang begini yang PAS junjung. Jujurkah Nik aziz . Jujurkah Hadi dalam hal ini.

Dan tiada siapa dalam PAS yang dapat jawab soalan saya ini.

Dan saya akan terus tanya setiap ahli PAS. Termasuk pada anda sendiri.
Qorie Afifi said…
Kepada khairul anuar...

Apa yang hendak anda tanya pada saya? InsyaAllah kalau hal itu dalam wewenang saya maka saya akan jawap.

Dalam amalan ibadat fekah taubat merupakan satu hal yang layak diterima dan dipercayai. Dalam ajaran Islam kita wajib menerima org yang telah bertaubat walaupun taubat merupakan satu rahsia antara Khalid dan hambanya.

Sekiranya seseorg yang melakukan dosa pada tanggapan kita dan datang dia kepada kita lalu dia bersaksi bahawa dia telah bertaubat atas kesalahan dan kekhilafannya maka kita wajib membenarkan kata-katanya sehinggalah ada kesalahan pada kedua kalinya.

Inilah antara sebab-sebab maka adanya 'rujuk' dalam penceraian.
Abdul Hayee said…
Qorie Afifi: Saudara tidak menjawab persoalan atau hujjah yang dikemukakan oleh Shamshul Anuar bukan Khairul Anuar.

Kenapa dulu PAS kutuk UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi hari ini PAS sanggup pula bersekongkol dengan DAP yang menentang secara terang-terang penubuhan negara Islam.

Dulu PAS kutuk Anwar Ibrahim dengan memberi gelaran yang tidak sedap didengar dan mendesak Dr. Mahathir supaya menyingkirkannya dari jawatan TPM tetapi hari ini PAS menerima dia jadi Ketua Pembangkang.

Kepada sdra Shamshul Anuar teruskan berkata perkara yang benar walaupun pahit bagi PAS menerimanya.
Qorie Afifi said…
Minta maaf sebab tertulis khairul anuar sedangkan shamsol anuar. Minta maaf byk2....

Saya rasa soalan kenapa PAS bergabung dengan DAP tidak layak dijawap oleh saya kerana saya sama sekali tidak mempunyai wewenang (kuasa ) untuk menjawapnya.

Dap yang kita ketahui sekarang ini telah memerintah Pulau Pinang dan menjadi kerajaan negeri namun sehingga sekarang kita belum menghadapai masalah berkaitan hak beragama di Pulau Pinang.

Masalah yang timbul di Pulau Pinang bukanlah ditimbulkan oleh DAP sebaliknya AJK masjid masih belum berpindah milik.

Tentang anwar saya rasa saya dah jawap bila saya mengatakan bahawa apabila sesorang itu bertaubat maka masyarakat wajib menerimanya.

Tentang percantuman antara PASA dan DAP saya rasa ini adalah jalan yang di rancang dalam Pakatan Rakyat bagi melumpuhkan UMNO.

Dengan bergabung bersama DAP byk kerusi2 UMNO telah dibolot oleh DAP lalu menjadikan PAS sebagai parti peneraju dalam negeri Perak dan Kedah.

Sebenarnya saya tidak berminat dalam politik dan perkara yang menjadi penyakit kepada kaum melayu sekrang ini adalah harus memilih antara Melayu atau Islam.
shamshul anuar said…
Saudara Qorie afifi,

Tak perlu memilih antara bangsa dan ugama. Kedua-duannya penting.

Menyuruh seseorang menidakkan faktor bangsa samalah seperti menyuruh seseorang berhenti bernafas. Saya adalh orang Melayu.

Saya berbahasa melayu. Saya tidak malu menyatakannya. Saya tidak malu menafikan yang sya sayangkan bangsa saya.

Malah negeri ini pun dulu bernama Tanah Melayu. Bukan Tanah islam.

Bukan saya hina ugama. Tidak. Agama sangat penting. Ia asas kehidupan kita.

Jangan buang masa pertikai kemelayuan atau keislaman seseotrang. islam bukan hak milik eksklusif seseorang.

Ingin saya NASIHATKAN PAS yang kerjasama PAS dengan DAP( atau lebih tepat jadi pecacai DAP) hanya akan merosakkan kuasa politik Melayu.

Itu saja. Tiada orang Islam yang beruntung dengan Pakatan jahanam ini. Yang ada semuanya rugi kerana ianya melemahkan kuasa umat Islam.

DAP pun menyampah dengan PAS. Maklumlah PAS terdiri dari orang Islam dan berbangsa Melayu. Jadi DAP pun berbaiklah dengan PAS. tujuannya satu, untuk melemahkan UMNO.

Jika ditakdirkan UMNO rruntuh, maka DAP pun naik tocang. PAS akan ditolak ketepi. ala alan sekarang juga Melukut ditepi gantang.

Samalah macam bila Empayar Osman runtuh 100 tahun dulu. Orang Arab yang lemah serba serbi berhadapan dengan kezaliman Zionis secara berdepan.

Jika dulunya mereka ada Sultan turki yang ratusan tahun melindungi mereka, kini tiada lagi.

Barulah menyesal tak guna. Nampaknya begitulah Melayu sekarang. Berbaik dengan musuh sendiri menjatuhkan saudara seagama.

Walau macam mana kita cakap pasal UMNO, UMNO masih benarkan Harakah yang pagi poetang menghina UMNO diterbitkan. Jangan harap Harakah boleh survive kalau DAP perintah.

Ramai Melayu masih tak mahu sedar yang DAP begitu anti Melayu. Kebencian terhadap saudara seagama mengatasi segala-galanya.

IngatlAH BILA KUASA POLITIK BERAKHIR, MAKA BERAKHIRLAH SEGALA-GALANYA.
Anonymous said…
Sdra Qorie Alfifi,

Bagus kerana mengakui bahawa memang benar Anwar seorang peliwat and pengamal haomoseks. Sdra kata Anwar sudah bertaubatkan? Jadi sebab itu ia dijadikan ketua oleh PAS sebg ketua pembangkang.

Persoalan saya, Bila Anwar Ibrahim bertaubat? Mungkin saya terlepas pandang tentang pengakuan Anwar Ibrahim bertaubat dari melakukan peliwat dan menjadi homoseksual.

Sdra Qorrie Alfifi,

Saya sebenarnya hanya menahan gelak membawa jawapan2 tipikal pentaksub PAS seperti sdra walaupun sdra menyatakan sdra bukan penyokong PAS.

Jawapan-jawapan saudara ini hanya membuktikan kepada saya bahawa memang mentaliti seperti sdra inilah yang sangat sesuai menjadi kuda dan keldai tunggangan musuh Islam
Anonymous said…
Saya setuju dengan shamsol anuar.

Melayu dan Islam tidak perlu dipisahkan.

Satu perkara lagi, masyarakat perlu diperbetulkan pemahamannya.

PAS bukan jemaah Islam tetapi hanya sebuah parti yang menggunakan perkataan Islam dalam namanya.

Sdra Qorrie Alfifi, jangan kelirukan masyarakat dengan menyatakan PAS adalah rentetan perjuangan RSAW kerana perjuangan RSAW amat berbeza dengan perjuangan PAS. PAS hanya sebuah parti politik dan kemaruk dengan UNDI pengundi, sedangkan RSAW membawa masyarakat kepada Kecintaan kepada Allah dan kasih sayang sesama manusia.

Tolonglah jangan menfitnah RSAW dengan menyatakan PAS seperti perjuangan RSAW.

Sdra yang perlu bertaubat dari terus bersikap riak menuduh org lain tidak Islam hanya semata-mata mereka tidak bersekongkol dengan PAS.
Qorie Afifi said…
Pas mengambil dasar dari Ikhwanul Muslimin yang mana diasaskan oleh Hassan Albanna. Dan dasar Ikhwanul Muslimin mengambil dasar dari Dakwah Islamiah. Ini jelas didalam PAS.

Untuk melihat perjuangan Islam kita tidak boleh melihat perjuangan individu.Sekiranya PAS di tiadakan parti manakah lagi yang akan mempertahankan hak-hak Islam dalam siasah?

Tolong bagi jawapan. Kalau bangsa tak nak di pisahkan dari agama maka agama itu tiada gunanya pada sesuatu bangsa....

Di Malaysia Melayu adalah Islam. Itulah kata-kata dewan bahasa dan pustaka dan juga beberapa insan Melayu yang lain. Agama diturunkan adalah sebagai jalan hidup dan salah satu tujuan agama diturunkan juga adalah ujian kepada sesuatu bangsa.

Melayu di Malaysia ada sesetengahnya terus menjadi Melayu , sesetengahnya memang mahu menjadi Islam dan sesetengahnya Melayu pun tak berapa Melayu dan Islam pun tak berapa Islam. Golongan yang terakhir inilah yang sering buat kacau bilau dalam masyarakat Melayu.
shamshul anuar said…
Saudara Qorie Afifi,

Saudara cakap PAS perjuangkan Islam. Betulkah?

Kalau PAS perjuangkan Islam, kenapa tidak ikut cara Nabi Muhammad SAW. Bak kata orang puteh, "No need to reinvent the wheel".

Nabi Muhammad SAW tak memaki hamun sesama Islam. Nabi Muhammad SAW tidak riak.

Dan Nabi Muhammad SAW menanamkan kecintaan pada Islam. Apa ceramah PAS buat? Memfitnah UMNO sepanjang manusia. Menanamkan kebencian sesama Islam.

Baru-baru ini seorang Hamba Allah berkata darah Dr Mahathir halal kerana beliau menghina Nabi Muhammad SAW.

Masyaallah. Saya bertanya dari siapa dia dengar. Dia terdiam . Lantas saya berkata jangan mudah menerima berita apatah lagi dari orang Fasik.

Saudara berkata siapa lagi kalau tak PAS yang perjuangkan Islam? Apa Islam hak milik eksklusif PAS?

Kalau PAS menyokong Islam, kenapa Harakah fitnah penduduk Sek23 Shah Alam kononnya mereka didalangi UMNO. Walhal tentulah tak logik kedudukan kuil ditengah penduduk Islam.

Apakah peribadi ahli PAS melambangkan keislaman. Cara MOhd Sabu bercakap seolah-olah dia tak takutkan Allah SWT.

Apakah hinanya berbangsa Melayu. Apakah hinanya bangga menjadi Melayu yang tebal keislamannya , sopan santun dan berbudi bahasa.

Apa hinanya berbangga dengan anugerah Tuhan . Apakah menidakkan ciuri Kemelayuan menjadikan kita lebih Islam.

Itulah indahnya Islam. Islam tidak menafikan identiti bangsa. Islam tidak menekankan kearaban atau kemelayuan. Islam praktikal dan mengiktiraf faktor bangsa.

Seorang Melayu berbaju Melayu Teluk Belanga tidak hina dibandingkan dengan Arab berjubah dan berserban. Allah SWT tidak menilai samada saya berbaju Melayu atau berpakaian seperti orang Islam di Afrika.

Yang dinilai ialah iman. Yang ditekankan menutup aurat. Jadi janganlah keliru dengan faktor bangsa.

Seluruh dunia terima negeri ini adalah negeri Melayu. Orang putih dahulu kala juga iktiraf negeri ini negeri Melayu kerana Raja dan penduduknya Melayu.

Malah masa nak merdeka pun, akhirnya tandatangan Raja-Raja Melayu juga dipinta. Orang luar menerima kita sebagai Melayu. Saudara pula malu dengan identiti saudara.

Kenapa? Kerana kita diracun supaya menganggap sayangkan bangsa adalah asabiyah. Tidak . Taksub adalah asabiyah. Sayang bukan asabiyah. Ianya adalah melambangkan keimanan.

Dan soalan saya belum dijawab. Lupakah PAS yang Mohd Sabu dulu memaki hamun Anwar dan mencabar Dr mahathir memecat Anwar.

Bila Anwar dipewcat, Mohd Sabu memaki hamun Dr Mahathir pula . Jujurkah beliau. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jujurkah saudara?
diktatormedia said…
Salam ziarah & salam taaruf. Jemput ke blog ana & mohon tunjuk ajar. Sama2 kita lebarkan jaringan dakwah~
azlishukri said…
salam, wah! panjang sungguh hujah antara tuan qorie dengan samsul anuar, semoga kebenaran akan terselah juga akhirnya. wallahualam.
Qorie Afifi said…
Kalau beriman maka mereka tahu mana yag sunnah dan mana yang punah....jangan kata iman bukan berada di pakaian.....jangan,,,

JIKA TERDAPAT WALAUPUN SATU PERBEZAN MAKA IANYA BUKALAH SEBUAH PERSAMAAN............jangan kata Islam ini universal,,,,kalau tidak maka tidak lahirlah 4 mazhab,,,
shamshul anuar said…
Saudara Qorie Afifi,

Mungkin saudara tak faham apa yang saya ulas. Ulasan saya ialah
1) PAS tidak berjuang untuk agama PAS hanya gunakan ugama untuk kepentingan politik.

2) PAS tidak mahu guna pendekatan yang dibawa Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan ugama. Nabi Muhammad SAW tidak memaki hamun dan memfitnah. Fitnah begitu berleluasa dalam Harakah, contohnya.

3) PAS tidak konsisten. Dulu sentiasa menghukum UMNO kafir kerana kerjasama politik dengan mCA, MIC. Kini PAS lebih teruk. Jadi hamba pada DAP, satu parti yang begitu anti Melayu dan anti Islam.

4)PAS tidak berniat mengajar melayu pasal Islam. Yang ditekankan ialah kebencian terhadap UMNO. Hasilnya jadilah anak muda yang begitu bencikan UMNO seolah-olah pemimpin UMNO ialah Firaun.

5) Pemimpin PAS mengajar budaya mengumpat dan sentiasa membangkang tanpa sempadan.

6) Kerjasama PAS dengan PKR dan DAP hanya ada satu kesan yang pasti iaitu BERAKHIRNYA KUASA POLITIK ISLAM di Malaysia. Lain tak ada.

7) Kerjasama PAS dan DAP dan PKR memakan diri PAS. Kesannya sudah dapat dilihat. Sokongan Melayu pada PAS merosot.

Manakala, undi bukan Melayu masih ada kerana ada mesej tertentu. PAS yang tidak dominan dalam PR lebih baik bagi musuh Islam dari UMNO yang sentiasa jadi "Big Boss" dalam BN.

8) Apa yang dilakukan oleh PAS bukan asing pada umat islam. Gabenor Arab 100 tahun dahulu juga bekerjasama dengan British untuk jatuhkan Kerajaan Osman.

Kesannya masih sampai hari ini. Palestin terlepas ditangan Yahudi.
Mahukah PAS dikenang sebagai pembuka jalan untuk kejatuhan kuasa politik Melayu( yang juga Islam).

Janganlah kebencian menghalang kita sesama Islam melihat kebenaran. Ini buka bermakna PAS tidak boleh bersuara. Cuma tak perlulah jadi hamba DAP.

Masih tak faham lagi? Atau mahu diingatkan dalam pilihanraya akan datang. Tepuk dada tenya selera.
Anonymous said…
budak qorie ni tulis :

Tentang anwar saya rasa saya dah jawap bila saya mengatakan bahawa apabila sesorang itu bertaubat maka masyarakat wajib menerimanya.

kahkahkah...nak tersembur air kopi aku minum ni...kahkahkah....

alahai qoriee qoriee.... jawab pun terloncat2, ada ati nak bela nuar. hehehe...

lantak kau la qorieee oiii....

azli shukri, salam ziarah ya.

DIN
Qorie Afifi said…
Dalam Siasah Islamiah setiap soalan dijawap berpandukan al-quran dan hadis.

Kalau jawapan saya masih samar maka bolehlah dirujuk pada mereka yang lebih arif. Wallahualam
Anonymous said…
shamsul anuar ni cakap hanya menggunakan logik akal. kalau benar2 anda berpihak kebenaran, silakan bersandar kepada AlQuran Dan Sunnah atau kata2 ulama' yang lain.
Anonymous said…
To Lemang Lebar Daun :

Cerita tu bukan orang alim but orang abid. punyai perbezaan tu.

Abid: orang yang hanya beribadah
Alim: orang yang kuat ibadah dan turut berilmu.

cek dulu sumber sebelum melontar idea.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh