Skip to main content

Ibrahim Ali 2009 : Jalan Pintas Sejarah


Ibrahim Ali 2009
Jalan Pintas Sejarah


KUALA LUMPUR 21 Okt. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, belum terdapat sebarang keperluan untuk beliau menyertai semula UMNO dalam masa terdekat ini. Menurutnya, terdapat beberapa sebab mengapa beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas termasuk tidak mahu dituduh kembali menyertai parti itu kerana ia semakin kuat.

"Saya suka membuat penjelasan secara muktamad hari ini iaitu walaupun saya menyambut baik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya berpendapat atas beberapa sebab, belum lagi ada keperluan bagi saya menghantar borang menyertai UMNO.

"Saya tidak mahu orang ramai membuat andaian saya menyertai UMNO kerana parti ini sekarang bertambah kuat, disebabkan kepentingan peribadi, mengejar pangkat atau pun dibeli mana-mana pihak," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu semalam bahawa parti berkenaan tidak pernah menyekat sesiapa yang berhasrat menyertainya termasuk Ibrahim.

Bagaimanapun, kata Muhyiddin, kemasukan itu masih tertakluk kepada prosedur, syarat serta peraturan terutama melibatkan permohonan daripada bekas ahli.

Menurut Ibrahim, sebab lain beliau tidak menyertai UMNO ialah kerana ingin menjaga kewibawaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diterajuinya supaya ia tidak dituduh menjadi alat pada mana-mana kumpulan. Dalam pada itu, katanya, beliau kini cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan negara dan rakyat kerana parti itu sekarang bersikap lebih terbuka untuk dikritik berbanding Pas.

"Saya menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin. Saya suka dengan suasana UMNO sekarang di bawah pimpinan baru yang lebih terbuka dan boleh menerima apa jua kritikan.

"Kerjasama dengan Pas pula hanya ketika pilihan raya umum lalu. Saya tidak menjadi ahli parti itu kerana apabila saya memberi teguran dan kritikan yang saya rasa patut, nampaknya mereka tidak boleh terima sebaliknya mendesak supaya saya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat," ujarnya.

Mengenai kemungkinan beliau menyertai UMNO suatu masa nanti, beliau berkata, perkara itu akan dipertimbangkannya jika beliau melihat parti itu semakin lemah dan perlu dibantu.

"Apabila saya mendapat ilham dan saya kira sudah bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik apatah lagi UMNO yang menjadi parti saya dahulu, maka saya akan buat keputusan.

"Mungkin dua bulan, enam bulan, setahun atau sampai kepada tempoh Dewan Rakyat yang ada sekarang ini dibubar untuk diadakan pilihan raya umum," kata Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

Katanya, dengan kekal sebagai wakil rakyat Bebas, beliau boleh menjadi mata dan telinga rakyat dan akan memberi teguran membina jika terdapat kesilapan dilakukan kerajaan.

"Walaupun saya orang kecil, saya menganggap diri saya sebagai orang perjuangan. Saya boleh hidup di padang pasir dan di lautan luas. Saya yakin dengan semangat juang yang ada, saya boleh menghadapi cabaran-cabaran ini," ujarnya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan pemimpin UMNO Kelantan, ujarnya, hubungan itu amat baik dan beliau bersedia membantu sekiranya diperlukan.

"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan semua pemimpin UMNO Kelantan kerana mereka juga rakan-rakan saya dulu. Apa yang boleh saya bantu saya akan bantu, apatah lagi untuk kebaikan rakyat Kelantan," katanya.


Ulasan Saya : Biarlah saya berterus-terang bahawa, saya lebih gemar jika Ibrahim Ali kembali ke pangkuan UMNO - hati, jiwa dan mindanya adalah UMNO. Walauapa pun tuduhan yang dilemparkan kepadanya, seperti ahli politik yang suka melompat-lompat, tetapi Ibrahim Ali sehingga kini masih belum kedengaran bahawa beliau adalah seorang perasuah, berumah besar dan "main perempuan" - yang penting Ibrahim Ali mempunyai prinsip yang jelas berkenaan politik. Keikhlasan beliau sangat jelas selepas tidak lagi bersama UMNO - dan bergerak memperjuangkan nasib orang Melayu, khususnya orang Kelantan melalui NGO (Perkasa) yang ditubuhnya sendiri. UMNO sangat-sangat memerlukan ahli seperti ini - yakni ahli yang tidak mudah dicucuk hidung dan pandai angguk sahaja. Walaupun Ibrahim mempunyai sejarah politik yang sangat dramatik - tetapi itu hanya melibatkan soal prinsip perjuangan. Jika seorang perasuah boleh diterima semula menjadi calon pilihan raya kecil, maka tiadalah masalah rasa untuk UMNO menerima semula Ibrahim Ali - kerana beliau bukanlah membuat dosa sebesar seorang perasuah, peliwat atau pun penzina. Dan pada fikiran saya, DS Najib dan TS Muhyiddin cepat-cepatlah memancing semula Ibrahim Ali, agar beliau kembali ke pangkuan UMNO, sekali gus mengukuhkan UMNO Kelantan. InsyaAllah, dengan kelibat batang tubuh Ibrahim Ali di dalam UMNO, mungkin sejarah kekalahan UMNO di Kelantan berubah wajah. Wallahualam.

Comments

azmi said…
kita memang nampak keikhlasan Ibrahim Ali berpolitik...
Ryzal72 said…
Assalamualaikum Bro,
U janganlah provok macam ni...i penyokong kuat Nuar Musa, Alwi dan Badzlan...u nak letak bos-bos i dimana nanti jika si Brahim bernafas semula di Kelantan. Bos-bos i sekarang ni dah la takde "god Father"..so u jangan main fasal ok....i pun nak cari makan juga!
Orang Kelante said…
sy stuju bro ryzal72, bro jgn buat mcm, aku xstuju brahim masuk blk umno. harap bro jgn buat provok lagu ni.
azlishukri said…
azmi - saya sependapat

ryzal - bukan itu niat saya...

orang kelantan - saya mahu melihat UMNO kembali kuat dan kukuh.
Anonymous said…
kita lebih minat ibrahim ali bebas agar beliau dapat memperjuangkan orang melayu tanpa terikat dgn parti,ini krana parti berjuang untuk 1malaysia.1rahim
Anonymous said…
Aku lebih suka Dato Ibrahim Ali terus jadi Ahli Bebas kerana dia boleh menegur tak kira siapa. Kalau dah masuk parti dia terikat.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya bersyukur kerana ada MP seperti Ibrahim Ali. Dia giat pertahankan hak melayu disaat ramai pemimpin Melayu membisu bila Melayu diperlecehkan.

Samada dia sertai UMNO atau tidak bukanlah perkara pokok. Yang penting ialah pertahankan kebenaran.

Budaya berdiam diri bila Melayu difitnah akan merosakkan kuasa politik Melayu.

Contoh bila ADUN Skudai dari DAP yang tuduh Malaysia amalkan apartheid. Tuduhan ini mengarut tapi tiada tindakan diambil terhadapnya.

Bagaimana pula bila MP Rasah, dari DAP yang hina Dr ridwan tee sebagai pecacai UMNO hanya bila Dr ridwan tee mempertahankan hak Melayu. Beliau dihina teruk dalam akhbar Cina.

Saya kecewa tiada tindakan diambil terhadapnya. Sebaliknya dengan pantas orang melayu yang protes cadangan kehadiran kuil ditengah tengah masyarakat Melayu dihadapkan ke mahkamah.

Dan tiada seorang pun dari pemimpin UMNO yang menegur Dr Azmi sharom yang menyamakan penamaan Isa samad sebagai calon di bagan pinang sebagai seperti meletakkan seorang "pedophil" sebagai guru tadika. Masyaalah. Kenapa hina sangat Melayu . Dan kenapa tiada seorang pun pemimpin UMNO yang tegur kebiadapan Dr azmi sharom. Nampak sangat beliau anti UMNO.
Unknown said…
Cara mudah untuk menyertai persaudaraan Illuminati di dunia. Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau seorang artis, Ahli-ahli politik dan anda ingin menjadi besar, kuat dan terkenal di dunia, bergabung dengan kami untuk menjadi salah satu ahli rasmi kami hari ini. Anda akan diberikan peluang yang ideal untuk melawat illuminati dan wakilnya selepas Pendaftaran selesai oleh anda, tidak ada korban atau kehidupan manusia yang diperlukan, persaudaraan Illuminati membawa kekayaan dan terkenal dalam kehidupan, anda mempunyai akses penuh untuk membasmi kemiskinan daripada kehidupan anda sekarang. hanya ahli yang dimulakan ke dalam gereja illuminati mempunyai kuasa untuk membawa mana-mana ahli ke gereja, jadi sebelum anda menghubungi mana-mana badan anda mesti dihubungkan oleh siapa sudah menjadi ahli, Sertai kami hari ini dan merealisasikan impian anda. kami juga membantu ahli kami dalam perlindungan ubat yang mendorong Whatapps 16083529056 Email: richymoore382@gmail.com

Pilihan Pembaca

Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh. Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begi...

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...