Skip to main content

Tarian Akhir Samy Vellu


TARIAN AKHIR
SAMY VELLU


KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai. Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.

Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

‘‘Setakat ini, satu ‘bom’ pun tidak pernah meletup.

‘‘Tetapi saya ada satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia beliau dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Subramaniam adalah salah seorang calon yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti Sabtu ini.

Sementara itu, Samy Vellu turut membidas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencampuri urusan pemilihan jawatan tertinggi parti itu dengan mengeluarkan kenyataan yang didakwanya menjejaskan maruahnya. Beliau menegaskan, Dr. Mahathir atau mana-mana pemimpin selain daripada MIC tidak berhak mencampuri urusan pemilihan jawatan tertinggi parti tersebut.

Menurut beliau, sekiranya bekas Perdana Menteri itu mempunyai masalah peribadi dengannya, ia harus diselesaikan secara baik.

‘‘Saya sangat menghormati beliau tetapi berasa sedih dengan tindakannya yang sengaja memberikan gambaran buruk terhadap diri saya.

‘‘Ini (mencampuri urusan pemilihan MIC) bukan tindakan baik yang boleh dilakukan oleh seorang pemimpin yang kini disanjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat di negara ini,’’ katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir dalam akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai yang berbunyi ‘Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk golongan kaum India di negara ini’.

Dr. Mahathir juga berkata, kaum India tidak wajar menyokong Samy Vellu lagi dan harus memilih calon yang berkaliber seperti Datuk S. Subramaniam yang bakal bertanding bagi jawatan timbalan presiden. Samy Vellu menjelaskan, beliau telah melakukan yang terbaik kepada masyarakat India dan tidak pernah takut untuk menyuarakan pendapatnya ketika berada dalam Kabinet.

‘‘Dr. Mahathir pernah menghadiri Persidangan MIC Kebangsaan sebanyak 28 kali, kami pernah meminta beberapa peruntukan dan permintaan untuk kesejahteraan kaum India.

‘‘Tetapi satu pun tidak pernah diambil kira atau dipertimbangkan olehnya, ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri,’’ dakwanya.


Ulasan Saya :


1. Samy Vellu mesti letak jawatan dengan segera, jangan tunggu sampai orang benci baru mahu turun. Punca utama kaum India menyokong pembangkang adalah disebabkan oleh keengganan Samy Vellu untuk berundur dari kerusi presiden MIC. Pendek kata, kaum India sudah muak dan tidak mahu lagi kepada Samy Vellu. Beliau harus faham mesej ini.


2. Kaum India mudah didekati hal ini adalah kerana kehidupan harian mereka diselubungi dengan emosi, jika BN boleh mengawal emosi kaum India, maka PRU-13 InsyaAllah kaum ini akan kembali mengundi BN.


3. Jika, Samy Vellu masih belum mahu mengundur diri, maka disarankan agar Najib campur tangan, serta melakukan sesuatu agar Samy Vellu segera berundur, dengan cara itu sahajalah MIC akan selamat.


4. Jika Samy Vellu masih berdegil, saya syorkan MIC lantik sahaja beliau sebagai "Mursyidul AM MIC" yang kekal sampai mati.

Comments

RantauAnakDesa said…
Sudah semestinya....Sami Belu ini dah di tahap hukum WAJIB untuk berundur. Selagi Sami Belu ini menjadi presiden, selagi itulah org2 India tidak akan bersatu.

Sami Belu sebenarnya sudah menjadi LIABILITI kepada kaum india dan juga Barisan Nasional.
AKU RASA TERSINGGUNG BILA SAMI VELU MENGATA TUN DR MAHATHIR..
Bakmai said…
MUNGKIN DIA TAKUT AKAN ADA BOM MELETUP BILA DIA LETAK JWATAN..ITU SEBAB DIA MAHU PEGANG JAWATAN TU SAMPAI MENYAHUT PANGGILAN DIA PUNYA TUHAN.

BERANI LAWAN KALO, DISIPLIN PUNYA TINDAKAN JUGA KASI TAROK. BELUM LAWAN LG DIA SUDAH MENANG.
Anonymous said…
Memang kurang manis jika kita suka masuk campur hal rumah tangga jiran... tetapi kalau siang malam asyik bertekak sampai bayi kita nak tidur pun terganggu, perlu juga diberi nasihat sikit. Apatah lagi kalau peringkat bergaduh sampai baling-baling pinggan, pisau, tong gas, bom tangan... silap-silap rumah kita pun boleh meletup sama.
Ashley Ahmed said…
Salam,

Klu dah sedar diri tu liabiliti undurlah demi BN dan kaum sendiri juga, jgn pk perut sendiri saja!
Unknown said…
Salam sdr. Azli

Saya pun naik hairan, apa lagi yang Samy mahu. MIC semakin berkarat di bawahnya. Kerana MIC gagallah Hindraf ambil peluang dan tong sampah PKR yang ambil peluang.
rizuan mh said…
this samy has value no more.
Palaniviel bila diminta memberi komen tentang ulasan Tun terus menyatakan bahawa dia tidak mengetahui ulasan tersebut kerana tidak pernah membeli dan membaca suratkhabar- alasan bodoh itu diberi kerana dia cukup takut menyentuh komen Tun yang menghentam bossnya.

Samy ke arah rebrand parti MIC - Malaysia Indian Cemitry
permatangpasir said…
Samy mesti resign segera sbg Presiden !! dia inipunca MIC ditolak olej org India
hans said…
samy vellu tunggu dia mati jer baru letak jawatan
xpercaya tgok jer lah
CHAIRMAN KAGA said…
ELEH SAMY DIUTAMAKAN, RAKYAT DILEMBUKAN HE HE HE
MUNGKIN WAKIL MIC TAK BACA BLOG TUAN NI, KLU BACA MUNGKIN TAK PAHAM, KLU PAHAM, MUNGKIN TETAP NAK PANGKAH CALON BOS DIA KERANA DAH MELUAT
HE HE HE
PELBAGAI TEORI SEPERTI BIASA TEORI AKU KERANA PARPU SETITIK, ROSA MIC SEBELANGA!
fahana_ann said…
salam tuan,
tak reti nak komen panjang, tapi dengan reaksi2 pengomen ni, ada sedikit pengetahuan yang tak banyak ni..
Carlos Abdullah said…
"2. Kaum India mudah didekati hal ini adalah kerana kehidupan harian mereka diselubungi dengan emosi, jika BN boleh mengawal emosi kaum India, maka PRU-13 InsyaAllah kaum ini akan kembali mengundi BN."

Pemahaman euginics. Samalah kau dengan Lee Kuan Yew yang kata Melayu bodoh pasal keturunan.

Mahathir orang India peranakan, saya juga orang India peranakan. Seolah-olah orang India ni hidup berdasarkan sentimen tanpa gunakan akal.
Poziabb said…
ASSALAMUALAIKUM
1- saya adalah silent reader blog ni, dan amat tertarik dgn tulisan2 saudara Shukri.
2- saya juga menggunakan blogspot sebelum ini.
3- jika saudara berminat menggunakan wordpress, saya tawarkan sub-domain 'percuma' kpd saudara.
4- harap saudara meluangkan sedikit masa melawati blog saya; http://poziabb.com
lihat post menarik: ABB 3315
5- saya amat mengalu2kan kunjungan saudara dan menghargainya.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
Brahim Nyior said…
Deyyy Samy, tara paham kaa? Kasi letak jawatan la.. Awak pun suda lama dudo itu kursi presiden MIC.

Tara ingat mati kaa?

Kawan teman India muda yang sama bertugeh, bila disebut nama Samy, mencebik mukanya.....

Apa maknanyer?
Anonymous said…
dalam sistem politik dan demokrasi, kalau kita tak suka , kita kena ambil bahagian dan merubah apa yg kita tidak suka.

kesabaran/kesedaran begini dan penglibatan didalam berpersatuan amat sedikit dlm masyarakat melayu dan india.

mereka lebih suka baling batu sembunyi tangan.

tak sama dengan masyarakat cina yg rata2 percaya pada persatuan, hidup berpersatuan, percaya dgn tradisi mereka yg sebatang colok tak boleh merubah apa2.

sama mcm sebtg lidi dgn segenggam penyapu bagi org2 melayu. tapi cuma org2 melayu tak menghayati perumpamaan mereka.

org2 cina rata2 patuh pada ketua dan bersikap pragmatik dan sabar. mereka ada illuminiti yg jaga kaum mereka yg agak2 npk mcm nak jual bangsa mereka, illuminiti akan kasi padam.

org2 melayu dan india ada sikap yg berlainan dgn kaum cina, perhatikan kaum india kalau ada yg berjaya mereka dah tak mau mengaku india, mereka akan tukar ke joseph, nazareth dll.

sama juga dgn yg melayu, kalau dah berjaya sikit mana yg naik tangga islam mula la hilang melayu dah nak pakai jubah, serban dan kalu ikut tabligh lebih bangla dari bangla.

kalau yg naik ikut barat mereka dah mula ikut barat dan tak mau ckp melayu dan amal budaya melayu lagi.

yg faham bangsa dia, yg faham tuntutan agama islam, yg berjaya, yg sedar diri pay back to their society sedikit sangat.

jadi kaum india ni mereka kena bersikap realistik. struktur dlm MIC pun sama mcm dlm mana2 parti politik. mereka kena join cawangan, vote dlm bhgn.

hantar perwakilan ke pusat dan say no to samy. kena jatuhkan samy melalui demokrasi. kalau subra tu bagus sangat kenapa dah berpuluh tahun masih tak boleh nak kalahkan samy.

kalau subra kuat kerja di bhgn sudah tentu dia menang. kalau di bhgn samy sudah bayar, maka taja calun yg pro subra. kempen , kerja kuat sudah tentu subra boleh menang.

jgn nak harapkan mereka2 yg kenyang utk pusingkan kepala mereka dari samy.

MIC bukan mcm umno, umno hebat dan demokratik, pemimpin dgr ckp rakyat. dr.m walaupun dia cukup berkuasa dlm UMNO tapi bila rakyat sudah menolak dia, dia berundur dgn terhormat.

UMNO berubah dgr cakap rakyat, gubal perlembagaan dan lucutkan sistem quota yg tidak membantu, dan buka kepada beribu lagi perwakilan dengan sendirinya lumpuh seluruh sistem rasuah dan bodek yg tak bertepi.

hanya pemimpin yg berkarisma/kuat berkerja/ ikhlas sahaja yg akan dipilih dlm hairaki UMNO.

mana2 organisasi yg berpaksikan rakyat dan kehendak rakyat pasti akan survive.

lihat dlm PKR, anwar berkuasa penuh buang org dan ambil org. chu jui ming yg tak da apa2 jasa kpd PKR diangkat tinggi oleh anwar kebarisan elit PKR.

PAS yg dah dgr majoriti ahli maukan perdamaian dgn UMNO tapi nik aziz templak ustaz nasha dgn hina. adakah menggambarkan inspirasi ahli?? haha..

sama2 fikirkan mana yg lebih hebat sambil2 berzikir di bulan ramadhan.

Hj.Yusof
57thn.
Anonymous said…
MIC BIADAP DAN KURANG AJAR

Tatkala ada perwakilan MIC ingin mengalungkan selipar kepada Tun Dr Mahathir, maka ini menunjukkan perwakilan orang india itu biadap dan tidak sedar sejarah diri mereka.

Datang dari India dengan kulit hitam dan badan berbau busuk, kulit mengerutu dan hitam, tetapi sekarang berani bersuara memberi selipar kepada Negarawan Terbilang Tun Dr Mahathir.

Orang India beruntung di Malaysia. Jika mereka tinggal di India, jangan kata bina kuil, minum seteguk susu lembu dari haiwan suci mereka itu mungkin belum tentu kerena kemiskinan.

Sepatutnya orang India sedar betapa jenayah melibatkan orang india sudah membengkak dan bernanah. Muka samy Vellu itu menjadi punca kebencian orang india.

Jika ada perwakilan ingin mengalungkan selipar kepada Tun Dr Mahathir, saya rasa kita orang Melayu perlu mengalungkan alas atau pengelap kaki, selipar dipakai untuk keselamatan manakala alas kali menghimpunkan segala najis dan kotoran yang menjijikkan. Malah sesekali selipar diletakkan di alas kaki itu.

Dato Adil
Cyberjaya.
tabuan said…
padigal...hero tamil tua..pooodah chitt..!!! paria..

tapi bagus biarkan mereka terus bergaduh..bila mereka bergaduh mereka tak buat banyak tuntutan..

Lagi pon mereka tak payah susah-susah nak mintak apa-apa, cth kuil tak payah kalut mintak, melayu tolong bina, bila melayu demo kena tangkap , bila hindraf bikin malu malaysia di lepaskan...

Selepas ni kalau tok sami mereka kat kuil dah tak mahu kerja, pasti ada melayu akan sanggup ganti tok sami mereka, sebab nak jaga hati, nak jaga pengundi...
Anonymous said…
kalu tak ada itu cahaya... itu sami velu punya muka tarak nampak dalam ini posting punya gambar... itu india sama juga sama malam punya gelap... tamil punya muka banyak juga itu gelap...
Basuh Baju said…
Samy vellu mursyidul am MIC? wakaka

Samy vellu ni sape? yg bukak kedai gunting rambut tu ke?

ps: Samy vellu boleh je nak aktif dalam politik..ttp masuk PAS..amacam? haha
Anonymous said…
sami vely puki mak fuck kutuk tun, binatang kau sami bellu.
Norhafsham said…
da ucapan raya tok anda di blog sy
please ur comment k

p/s : tok entry ni sy xder idea nk komen, sebab t kata2 tu kan menjadi bahana...
kita sendiri maklum akan hal ini kan..
wakdanial said…
samy xsedar diri lagi yang majoriti kaum india xleh terima dier...kwn india sye sndiri kata samy neyh kepala gangster...sudah2 la nk pimpin...bg orng laen la pulak
Unknown said…
Assalamualaikum,
I think it has been quite some time I dropped a comment.

Anyway, I would like to take this opportunity to wish you selamat hari raya and maaf zahir batin.

~ OnDaStreet
http://ondastreet.wordpress.com
Unknown said…
Salam Azli,

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...semoga berjaya dalam kerjaya dan juga politik
perfectwater75 said…
Salam AidilFitri 1430 H,

http://2.bp.blogspot.com/_NjZfwZCiUGU/SrTaQxuUtNI/AAAAAAAAAMs/_x_6oswPWHc/s1600-h/SALAM.JPG
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2
Ampuan Awang said…
Semua kita sukakan pangkat. Aduh kebanyakan kita dah kalut sendiri...
azlishukri said…
selamat hari raya kepada semua pengunjung blog ini.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida...