Skip to main content

Harakah 2009 : Hantu Di Gandola


HARAKAH 2009
Hantu Di Gandola


KOTA BHARU, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja. Menurutnya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain.



Kata beliau "aqidah Umno" yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri. "Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar," katanya di pejabatnya hari ini. Baru-baru ini Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kuala Krai meminta PAS jangan menuduh Umno Islam pada luaran sahaja.


Beliau juga mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah orang Umno. Ini, kata Najib, boleh timbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat. Nik Abdul Aziz berkata, apabila Umno membuat aqidah sendiri, ia jelas menggambarkan aqidah baru ciptaan parti itu. "Kalau pun kita ada dasar parti, dasar parti itu mesti diselaraskan dengan Islam dan bukannya membuat aqidah sendiri," ujarnya. Kata beliau apabila dasar parti mengikut acuan Islam sudah tentu ia tidak memberikan masalah kepada sesiapa juga. Katanya, kerana itu beliau sering mengingatkan pemimpin Umno supaya mengubah dasar parti dari kebangsaan kepada Islam kerana ia selaras dengan aqidah sebenar. "Kerana itu tiap-tiap orang mukmin akitivitinya kerana Allah, jadi saya hairan bila Umno menyebut istilah 'aqidah Umno'," ujarnya. Kata Nik Aziz juga, apabila manusia menolak hukum Allah, tarafnya seumpama setinggan di bumi ini.


Ulasan Saya : Harakah dan Nik Aziz semakin melampau akhir-akhir ini, dahulu puak ini jugalah yang menuduh kononnya akhbar media perdana yang dikuasai UMNO suka mengadu domba pakatan rakyat, dan sekarang, Hakarah pula yang jadi tukang bawa fitnah atas nama Islam. Nik Aziz juga sama, apabila beliau suka cakap yang bukan-bukan berkenaan Islam, mulalah tuduh kononnya media putar belit kenyataannya. Padahalnya budak sekolah rendah pun tahu bahawa tak ada bezanya perkataan antara “Ahli UMNO dengan Penyokong UMNO” – maksudnya sama sahaja, tetapi ini yang menjadi isu Nik Aziz, sehingga menyaman media rasmi kerajaan kononnya memfitnah beliau.


Masalah teknikal diperbesar-besarkan untuk menutup kelemanan diri sendiri. “Penyokong UMNO tak masuk syurga” itu kenyataan Nik Aziz, apakah ada bezanya dengan “Ahli UMNO tak masuk syurga”? Jika diamati, individu yang menjadi ahli UMNO sudah tentulah menyokong UMNO, manakala yang menyokong UMNO pula belum tentu menjadi ahli UMNO. Tak banyak beza pun antara penyokong UMNO dengan ahli UMNO, tetapi itu yang Nik Aziz pertikaikan. Malah, kita juga harus faham, penyokong UMNO belum tentu akan mengundi UMNO dalam pilihanraya. Jadi, yang sebetulnya Nik Aziz harus berkata, “Orang yang mengundi UMNO tak masuk syurga” – barulah tepat dengan apa yang Nik Aziz ingin sampaikan. Tetapi, apabila Nik Aziz berkata, “Penyokong UMNO tak masuk syurga,” kita harus soal balik kepada Nik Aziz, “Masuk syurgakah dengan menyokong DAP?”.


Dan sekarang, sekali lagi Harakah dan Nik Aziz buat hal. Jika mereka menuduh Berita Harian dan Utusan Malaysia suka buat fitnah berkenaan PAS dan pakatan pembangkang, maka janganlah Harakah dan Nik Aziz buat hal yang sama. Apabila Nik Aziz mengupas kata-kata DS Najib yang mendakwa “Jangan pertikai Aqidah UMNO”, bukanlah maksudnya UMNO mempunyai Aqidah selain daripada Islam. Dalam hal ini, terlalu mudah untuk memahami kenyataan DS Najib tersebut, maksud DS Najib adalah jelas, bahawa “PAS jangan pertikai Aqidah orang-orang UMNO yang beragama Islam itu”. Itu sahaja. Tak lebih dan tak kurang.


Soalnya, mengapa Nik Aziz dan Harakah memutar belitkan cerita seolah-olah maksud DS Najib ialah UMNO mempunyai Aqidah selain daripada Islam. Apakah DS Najib terlalu bodoh dan nyayuk dalam isu ini? Hanya orang-orang yang tidak ikhlas sahaja yang suka menabur fitnah dan mahu memburukkan orang lain, khususnya pemimpin negara dan membuat fitnah di bulan mulia ini. Inilah ciri Khawarij yang menyelubungi parti PAS. Nah! Sekarang semakin jelas Harakah sudah menjadi saluran media yang begitu galak menimbulkan fitnah dan bukan lagi untuk mencari kebenaran. Jika Harakah tidak suka suratkhabar perdana memutar belitkan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS, maka janganlah Harakah pula yang menjadi seperti itu. Jika tidak, maka sudah tidak ada bezanya lagi antara Harakah dengan Utusan Malaysia.

Comments

Anonymous said…
Harakah mesti di tamatkan riwayatnya.Majalah komik fitnah no1malaysia lagi buruk tulisannya dari majalah roket DAP.Nak bandingkan dgan Utusan & berita Harian emmm Jauh beza.

nik najis pun mesti di tamatkan riwayat juga biar dia berhadapan dgn Allah dan tahu apa kesalahannya.
Zulkarnain said…
dah nama pas, ape nak heran? "tok guru" dah spare tiket syurga utk pengikut2 dia. ape nak takut? kawan ngan setan boleh, orang bukan islam kutuk islam boleh (sebab tak paham konon. kalu sini negara brazil logik la gak.), upacara vigil lilin boleh. maki mufti boleh. fuihh macam2 la sampai nak taip pun tak selera.

yang pelik, punya la zalim umno ni, sampai skang ni orang leh beli harakah. zalim, zalim.
Unknown said…
YERLAH SEKARANG NI NIK AZIZ NI DAH SEMACAM JER SEKARANG...INI LAH JADINYA ULAMA YANG BERPOLITIK.HARAP HARAP PRU 13 NANTI KELANTAN JATUH KE TANGAN UMNO...BARULAH TERKEJUT...
azlishukri said…
betul tu sahabat2 semua.
amirrash said…
apa nak pelik dengan harakah ini, memang suka menghancurkan malaysia. lihat sahaja ibnu muslim yang menjadi penulis dalam harakah. Dia adalah pengkhianat tanah melayu dengan menjadi tali barut indonesia waktu zaman konfrantasi. itu pun masih diambil bekerja oleh harakah. jadi nak percayakan si harakah ni lagi ke?

p.s ini semua ada rekod bertulis. tak percaya? tanya si zainudin maidin mantan menteri penerangan.
azlishukri said…
amir - saya sependapat
Anonymous said…
Dulu semasa Al Juburi di pecat drp Kabinet & UMNO, Harakah lah tempat saya mencari info..masa tu tak ada blog-blog mcm ni utk buat comparism..

Nak baca Utusan...mmm..Berita Harian lagi lah..sebab apa?? Sebab puak-puak PAS ni dah racun dlm kepala saya..akhbar-akhbar & media-media mainstream adalah jahat dan suka putar belit..

Tetapi selepas 2 tahun membaca Harakah & mengikuti perkembangan Al Juburi, ada satu peristiwa yg menghentak kepala otak saya pada masa itu..dimana Harakah terus memainkan sentimen kebencian terhadap kerajaan & suka menabur fitnah..mereka sahaja yg betul & benar..

Selama 2 tahun saya di hasut oleh Harakah..selama 2 tahun jugalah saya di hasut kaset-kaset ceramah pemimpin-pemimpin PAS supaya membenci UMNO.

Yang buat saya terfikir adalah..kenapa PAS membenarkan fitnah berlaku..memburuk-burukkan orang lain terutamanya musuh politik?

Mereka-mereka ini pernah kata di Afghanistan ada Hamid Karzai..di Malaysia juga ada Hamid tetapi Hamid Keldai (merujuk kepada Hamid Othman)..

Apakah dengan menghina orang dgn perkataan keldai membolehkan seseorang itu masuk syurga?

Apakah memangkah PAS itu boleh membuatkan seseorang itu masuk syurga?

Itulah sentimen yang berlaku sejak drp tahun 1998 hingga sekarang.

Golongan muda pada masa itu (berumur 10-18 tahun) sekarang ini rata-ratanya beralih arah menyokong buta tuli Al Juburi dan PAS.

Mereka-mereka ini tak kenal siapa Al Juburi.

PAS sendiri dah menterbalikkan prinsipnya sendiri..

Tengok Khalid Samad dlm isu Gereja & Kuil..
Kalau orang UMNO yang buat mcm tu..agak-agak tuan semua..ada tak mcm protes BERSIH & PPMSI?

Lu PK La Sendiri..
al-bihaj said…
Yg penting berita hairan dan utusan meloya lg tggi tahap sampahnya. Kurang2 kalo baca harakah ade gak balance die. Cerita ilmu agama ade dselitkan. Xmcm sokkabar arus pdana yg tiap hari tayang artis x mnutup aurat...Buat tmbh dosa je...cite agama secubit je buat syarat je... senang cite, sokkbar dunia je la...
Admin CCZ said…
baca harakah tu ibarat baca kata-kata mencarut yang telah diterjemahkan secara bermoral. kalau ikut betuk-betul, ianya samalah dengan novel SHIT tue..apa yang ada dalamnya? membina ketamadunan islam dan emlayu atau menhancurkan penyatuan melayu!!berita harian dah terpalit gara-gara kj..hanya utusan malaysia yang masih boleh dipercayai!!yang lain, hampeh!!
Anonymous said…
HARAmKAH...akhbar ni sama jer dengan SUARA KEtidakADILAN...saya pernah terdengar cakap cakap beberapa orang di gerai makan tempat saya..sebelum pru12 memang diorang tergilakan akhbar ni..sekarang katanya..baca harakah dah banyak tak betulnya..baca suara keadilan dah tak adil katanya..takleh pakai dah katanya...
Anonymous said…
Saudara al-bihaj,
benar kata saudara..Utusan & Berita Harian sedikit sebanyak memaparkan artis yg tak tutup aurat..

Harakah adalah tempat untuk check & balance..tetapi itu 10 tahun lepas saudara.

Harakah sekarang lebih kepada memfitnah & putar belit. Nak sedap dengar SPIN cerita.

Kenapa saya cakap begitu? Sebab saya pun adalah pembaca Harakah yg tegar. Cuma sejak akhir-akhir ini, saya kurangkan Harakah.

Menyampah dan memualkan. Penuh dgn fitnah dan putar belit.

Saya dah mula baca Utusan & Berita Harian..alhamdulillah..tak de pulak dengar cacian & makian..dan spin cerita..

tukar-tukarlah media saudara tu..sesekali keluarlah drp tempurung kelapa..

baru Sedar
silent MP said…
NIk Aziz masuk syurga tak naik lif mcm gembar sebelum ni..

Naik roket!!





Harakah...tulis ni dalam akhbar anda..
azlishukri said…
saya juga peminat harakah sekitar tahun 1996, namun harakah masa itu ceritanya lain, banyak unsur nasihat, tetapi sekarang harakah sudah jadi surat khabar pengadu-domba
Anonymous said…
Salam Tuan,

Orang Pas sering membandingkan perlembagaan parti Pas mengikut Islam sebenar sementara Umno mengikut sekular. Saya belum baca perlembagaannya tapi saya assume betullah tu.

Saya tidak akan pertikaikan itu tapi yang boleh diperdebatkan - apakah sebagai ahli parti yang punya perlembagaan bercirikan Islam secara otomatis ahli itu mengikut cara Islam yang sebenar ? Apakah ahli2 Pas benar2 tingkahlaku, percakapan, perbuatan dan cara berpolitik/berdakwah mereka itu mengikut cara Islam yang sebenar ?

Benda inilah yang selalu orang Pas perasan... perasan yang mereka dijalan Islam HANYA KERANA perlembagaan parti Pas mengikut Islam. Ramai yang mengkritik mereka adalah kerana sifat mereka itu bukannya apa yang termaktub dalam perlembagaan Pas.

Nordin MatTop adalah pengganas no1 dari Malaysia. Adakah boleh diterima tindakan beliau sebagai mencerminkan sifat seorang rakyat Malaysia ? Sudah tentu tidak !

Pas adalah parti Islam, tapi cara ahli dan pemimpinnya dah terpesong dari apa yang termaktub dalam parti mereka sendiri. Mereka sendiri keliru kerana bila dikritik perbuatan mereka, mereka akan gunakan nama parti untuk menghalalkannya.
Anonymous said…
al-bihaj said...
Yg penting berita hairan dan utusan meloya lg tggi tahap sampahnya. Kurang2 kalo baca harakah ade gak balance die. Cerita ilmu agama ade dselitkan. Xmcm sokkabar arus pdana yg tiap hari tayang artis x mnutup aurat...Buat tmbh dosa je...cite agama secubit je buat syarat je... senang cite, sokkbar dunia je la...

September 10, 2009 4:10 PM

Aku mintak sapa-sapa leh komen dosa menfitnah orang dan dosa tak tutup aurat. Orang Pas yang konon pandai agama tolong terangkan tapi jangan SPIN pulak ye..
Anonymous said…
Salam Azli,

Pada pendapat ana, ini la akibatnya kalau ada org yg fikir dia lebih bijak dari Allah SWT.

Allah SWT dah ckp semua umat islam bersaudara. apa maksud bersaudara dan apa tuntutan kalau kita bersaudara.?? itu perkara asas yg Allah SWT tetapkan. Tapi kita tak mau ikut.

PAS ambil perkara lain menjadi asas, PAS tetapkan kalau nak ikut islam kena ikut semua, kene ikut kesempurnaan ciptaan PAS.

nampaknya PAS keliru antara matlamat umat islam (ultimate) yg mahukan kesempurnaan dlm beragama/kehidupan dan perkara asas dlm soal perpaduan.

PAS letak ultimate jadi perkara asas?? logik ke,?? kalau mcm tu PAS tak akan jumpa apa yg dia cari sampai bila2. dan sbb itu apa yg dibuat oleh k'jaan semua salah berlaka.

apa kata kalau PAS perintah m'sia, tapi ada satu lagi kumpulan yg kata PAS tak cukup sempurna, dan kumpulan tu nak cari kesempurnaan ciptaannya. mcmana??

Allah SWT dah tetapkan perkara asas dlm perpaduan. jgn sekali2 pandai merubahnya.

soal dunia, soal maslahah dunia, kena berbincang untuk diselesaikan.

pandangan ana.

khairul.
KLIA
Anonymous said…
nik aziz la yg sebenarnya cipta akidah PAS, dia kata kalau undi umno masuk neraka. mana dia belajar agaknya?

kulit tak penting, yg penting isi.

kalau kulit cantik berkilat, tapi dalam busuk lunyai tak guna juga. luar npk islam, jubah, kupiah dan doa berjela2. tapi halalkan non-muslim menghina agama islam. kapirkan sesama umat.

sama mcm ustaz ashaari, kehebatan dunia, mers, kilang, bas, aset beratus juta tapi mengaku ustaz shuhaimi terima aurat muhamadiah secara sedar didalam kaabah.

habis, semua habis. tak guna baca al-quran berbuih mulut kalau itu akidahnya.
Anonymous said…
Harakah sebagai tabloid hanya menyebarkan berita secara spekulatif. Manakala media perdana harian lebih cenderung twist statement (partial context to spin real content). Contoh klasik ialah isu wanita cantik tak boleh kerja di Kelantan back to early 90's.
Memang media perdana masih mengekalkan ciri-ciri batil seperti pendedahan aurat (killing posing) spt majalah hiburan dan masih menayangkan result 4D. Tahi sebesar debu dlm air suci tetap was-was dan dianggap sumber fasik.

DR NO
Mereka memang suka mencari kesalahan orang lain :-)













Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan
;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<
hahaha memang dah sesat nik aziz ni..sejak bila pula umno ada akidah selain islam..yang beriya iya benar buat akidah baru cuma pas je..sokong pas masuk syurga..tak ke itu akidah yang disebarkan oleh pas dan nik aziz..

biarkanlah..kita serahkanlah soal akidah ni pada Allah s.w.t..biarlah Allah s.w.t mengadilinya.

kita orang umno teruskanlah ibadat mengikut agama kita iaitu islam..biarkanlah orang PAS nak menyembah apapun..semoga Allah s.w.t memberikan hidayah kepada mereka..
Anonymous said…
DR.NO

bagi aku harakah pun sama kebenaran sebesar debu dicampakkan kedalam lubang taik yg penuh fitnah.

aku baca harakah dari dulu lagi tapi dulu spekulatif masih bersifat islam, mereka hanya berani bermain ditepian sahaja.

tapi sekarang bukan spekulatif lagi mereka terang terangan memfitnah dan di aminkan oleh mereka2 yg buta.

sekarang harakah dah bersikap seperti org kafir, seperti kaum jew/yahudi yg menyembunyikan kebenaran.

satu cth yg klasik, harakah beri liputan besa2an bagi laporan RPK kata rosmah yg bunuh altantuya. berbulan2 isu ini melekat dlm harakah.

tapi harakah senyap sepi dlm melaporkan sumpah saiful, video hyranny, meor, ismail, norlaila.?? kenapa tak disaman mereka ini kerana memfitnah anwar??

kenapa tidak mau cari kebenaran??? aku cabar keluar dlm headline harakah kalau benar2 harakah perjuangkan kebenaran. jawab2 jgn senyappp...????

nasib baik skrg ada bermcm2 blog yg dapat kita ketahui berita yg benar dan berkecuali. kalau stakat baca harakah saja boleh masuk wad gila kita. haha..

Amir
JB
Anonymous said…
lupa nak ckp, aku syorkan supaya harakah disaman sampai muflis.

jadikan harakah sebagai pengajaran kepada lidah pemfitnah yg nombor wahid serta tidak mau dikenang langsung dlm sejarah malaysia.

amir
JB
parjo_7 said…
salam...
maap mencelah sedikit...
saya tertarik dgn komen dinturtle...dan saya suka menjelaskan bahawa...
parti dan ahli parti adalah berbeza...walaupun dasar parti bagus..lengkap dan sempurna sekalipun...ahli parti belum tentu bagus atau mampu mengikut dasar parti itu...
kita boleh paham dgn lebih mudah begini...walaupun islam itu syumul...lengkap dan sempurna..tapi berapa ramai umat islam yg baik akhlaknya...yg mampu memahami dan melaksanakan syariatnya...malahan berapa ramai yg benar2 beriman dan bukannya munafik yg hanya mengaku berimaan...
jgn samakan parti dgn ahli parti...x kira la parti PAS ke..UMNO ke...PKR dan DAP ke...kita jgn hilang fokus dlm membicarakan sesuatu perkara..kena pandai membezakan sesuatu keadaan...sbg contoh...antara ahli parti dan penyokong parti juga adalah berbeza...penyokong parti tidak semestinya menjadi ahli parti...ini yg perlu jelas kita pahami terutamanya sesiapa yg menjadi pimpinan di dlm sesuatu parti itu...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...