Skip to main content

DAP Perintah Malaysia 2012?


DAP
PERINTAH MALAYSIA 2012?


Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang?

PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi.


Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.


Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya). Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.


Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka. Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini, selama 52 tahun.


Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasai kuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan Perlembagaan Persekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.


Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjaya diselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihak dalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yang makmur dan mewah. Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah mulai lemah.


Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada beberapa kumpulan. (Baca Cuit: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac 2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam. Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.


Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru, sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa mereka sendiri menguasainya.


Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan raya umum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar Wilayah Persekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor pun jatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysia akan dikuasai DAP.


Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya dengan abang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran, namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.


Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memang boleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asa pembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah di kalangan orang Melayu.


Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.


Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakin nyata sekarang.


Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar dengan permainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.


Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yang majoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licik untuk meminggirkan satu-satu puak.


Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang.


Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengaja menuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan. Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.


Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintah kerana melihatkan mereka ada advantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang India pula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.


Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.


Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kini menuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.


Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya. Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang.


Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Sumber : Utusan Online

Comments

Anonymous said…
itulah kemungkinannya..tidak ada sapa pun dalam dunia ni tak inginkan kuasa..selepas pru 12, itulah yang orang melayu hendakkan..kalau benar ia terjadi kita tidak mampu berbuat apa apa..kuasa politik semuanya terletak kepada majoriti..tidak mustahil majoriti yang ada sekarang akan menjadi minoriti dibumi yang telah mereka bangunkan selama berpuluh tahun...
azlishukri said…
saya setuju, apa-apa pun atas kita...kalau kita nak mcm itu, maka..lakukan sahaja.
Anonymous said…
Silap pemimpin UMNO jugak kerana tidak berubah mengikut kehendak RAKYAT.

Jika mereka berubah bersama TMM tentu RAKYAT terbela dan TIDAK marah. PRU12 dah berlalu, ternyata RAKYAT terlalu marah.

Adekah pemimpin UMNO mengaku mereka silap ? Harakiri macam org Jepun !!!!

Kes kepala lembu, nampaknya rakyat dari pelbagai parti telah bersatu menyuarakan pendapat. Tapi pemimpin pulak yg tak mahu duduk semeja !!!

Ini hakikatnya.

Nani Cheras
Xenan said…
Sebenarnyer senjata makan tuan,

Kesan pd PRU00 zaman reformasi, sempadan semula pd Pru04 di buat.Sempadan tuh banyak jdkan kawasan semua cam 60% melayu n 40% non melayu.Dah tak banyak kwsn yg betul2 dipanggil undi melayu.

Tgk kesan Pru04 mmg berjaya beb...tapi pru08 UMNO kantoi maut nyer.

Undi melayu mmg dr dulu berpecah 60-40 atau 50 - 50.Tapi hanya masa lepas pru2008 saja banyak lak cite2 camnih.Kenapa?

Nak salah kan DAP tuh rase cam klakar sbb ni semua adalah perbuatan UMNO sendiri yg sdg backfire diri sendiri.

Lagi satu BN sendiri tgh hancur n ramai yg sedang jumping ship.Satu ari nanti mungkin tinggal UMNO jek dlm BN.

Dgn act UMNO sekarang yg nampak semakin radical, sila lupakan undi 2/3 anda dulu tuh.
echah_syed said…
org melayu masih jugak tak sedar diri..!

kesian anak cucu kita nanti :(
Anonymous said…
bangkitlah wahai melayu,Allah menjadikan mata kita dihadapan kepala supaya kita pandang jauh ke hadapan,menjadikan akal utk brfikir,dan telinga utk mndengar.Nilailah stuasi semasa skg ni,jgn ikutkan emosi dan ketaksuban pd parti,bersatulah.Melayu hanya kuat bila bersatu.8 tahun sy tggl kat sgpore sedih betul melihatkan nasib melayu di sana bila org cina yg mmrintah.Tiada seorg pun org melayu yg memegang jwtan mnteri/timblan menteri/ahli prlimen /jwatan2 penting pihak kerajaan,melayu di sana hanya sekadar hiasan saja.Padahal asalnya sgpore tu dulu mcm mlaysia melayu yg punya.Menyokong PR sama seperti menyokong bangsa melayu utk rebah.Lihat sndri apa yg jd pd melayu dan islam di penang dan selangor,kontraktor2/peniaga2 kecil.Org melayu terlalu bnyk bertolak ansur pd kaum lain,akibatnya skg melayu sedang ditolak beransur-ansur oleh mereka dan disokong plk oleh segelintir melayu bangsat dan pengkhianat.

Jgn sampai nasi jadi bubur....
Al-Yasar said…
Salam,

Persempadan semula kawasan pilihan raya yang memecahkan kawasan majoriti Melayu di Perak dan Selangor ialah satu kesalahan besar UMNO/kerajaan BN.

Pemimpin UMNO mungkin mengira orang Cina dan India akan terus setia seumur hidup kepada BN, tapi rupanya, tidak.

Jadi apabila orang Cina dan India tidak lagi menyokong BN,tindakan kerajaan membuat persempadanan semula dengan memecahkan kawasan Melayu itu telah menguntungkan DAP atau pakatan pembangkang.

Jadi salah siapa? Atau siapa yang silap perhitungan?
azlishukri said…
yasar dan xenan - jika itu salah UMNO maka haruskah kita redho? kata-kata tuan berdua ini semacam mahu menghalalkan segala tingkah laku pembangkang. Jika sekali pun itu kesilapan UMNO, sekurang-kurangnya orang Melayu-Islam menjadi tuan kepada tanah airnya sendiri. Dan sekarang kedudukan orang melayu tidak lagi seperti dahulu. Dan sekali lagi tuan berdua akan berkata, "Hore..Hore..ini salah UMNO, ini salah UMNO" itukah penyelesaian kita?
Anonymous said…
Aku sedih mendengar perkhabaran ini..betul apa yang Tun M kata Melayu mudah lupa..

Melayu lupa perjuangan anak bangsa.
Melayu makin lemah kini
Melayu dalam dilema kini

Wahai mereka yang tahu diri mereka tu Melayu bangkitlah berjuang..Sedarkan bangsa kita yang belum sedar.

Kita masih belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan...kembalilah kepada perjuangan yang asal..kembalilah
Xenan said…
bro azli,

sorry la..wa ade lah org percaya UMNO=ketuanan melayu=Islam adalah khurafat.

Mcm mana lu org ckp Islam bukan hak milik PAS camtuh jugak wa ckp Melayu bukan hak milik UMNO.Bukan UMNO saje yg boleh perjuangkan Melayu.

Kalu ikut track record pon tak bagus sgt pon.Kalau ketuanan melayu ni cam club dlm EPL, dah lama Umno kne sack..kasi try org lain plak la.

Paling wa menyampah,kalau membela melayu tuh kita kne berkelakuan cam demonstrasi lembu yg UMNO suka sgt tuh..minta maaf banyak2 la.Tak hingin wa turunkan taraf intelektual wa jd buduh cam org2 tuh
Alfie said…
Xenan nie dia cakap ikut kepala dia jer tapi dia tak kenang lansung apa yg berlaku skrg. Org tgh cakap apa nak jadi dgn negara, dgn bangsa, dia pergi salahkan UMNO. Apa yg dia nak buat untuk halang sesuatu yg lebih buruk berlaku dia tak sebut (ataupun dia tak ada idea sebenarnya). Camnilah perangai org yang taksub, tahu salahkan org lain.
Unknown said…
SERAM BACA ENTRI NI. TAKUT SUATU HARI NANTI KITA JADI REPUBLIK PULAK.
PUTRAKENCANA said…
Mulai detik ini, marilah kita menyedarkan semua Umat Melayu agar bersatu.

Kepada Kaum Cina dan India.....
hendaklah anda ingat, Melayu tidak akan menyerahkan kuasa dengan senang.

Melayu akan berjuang sehingga darah bterakhir mempertahankan Tanah Melayu ini dijajah kembali oleh bangsa yang tidak sedar diuntung ini.

Allah Maha Besar......

Daulat Tuanku.
azlishukri said…
putrakencana - hamba sokong!
bakmaipungkoq said…
sudah sifat melayu, sering alpa dan bodoh membaca strategi org lain. apabila dh tersungkur nanti bila kepala dh kena hempuk dgn buluti, itu jam baru nk sedar..tp dh terlambt bro. melayu ni mmg suka berlambat2an. ada otak tak mau pakai, harap belajar saja tinggi. pandai pulak panggil indon emosional tp diri sendiri emosi tak tentu pasal, tidak mau sedar. sedarlah org melayu skg sdg diketawakan! dan jgn lupa, selepas itu nnti, melayu akan menangis tak berkesudahan jika masih mengamalkan otak bengap tolol mcm sekarang.
Zulkarnain said…
xenan:

salam

alahai tak habis2 nak kaitkan umno ngan kepala lembu ke? kes kuil ape cerita? senangnya mentaliti pakatan riot ni, takyah susah2 tadbir negeri, kalu tak reti urus terus salahkan orang lain. oi, itu tipikal sangat la. taktik lain la pulak. yang kene dakwa pasal demo aritu pun orang melayu umno/pkr/pas yang duduk kawasan seksyen 23 tu. ke ko nak cakap orang umno je duk seksyen 23 tu?

nama pun United Malay National Union. memang la melayu. pastu undang2 Malaysia ni Melayu kene beragama Islam. ape yang khurafatnye bai? ko nak kuarkan fatwa gak ke? kalau syarat masuk UMNO ni kene melayu dan islam, ape yang khurafat? bukannya macam pas, masuk pas dapat syurga. jgn tunjuk sangat mentaliti budak2 dalam ni. malu.
Mathematician said…
Apa nak dikata, Encik Azli..

Golongan Melayu muda sendiri yang pilih begitu..
Sedih tengok keadaan hari ni..
PAS hancurkan orang Islam.
PKR hancurkan orang Melayu.
Kita diasak dari segenap sudut.

Yang sedang bergembira, Lee Kuan Yew and the gang.
Mathematician said…
Saya juga bersetuju dengan cadangan Putra Kencana. Oleh itu, kita patut lakar strategi dari sekarang.

1. Kenal masalah-masalah utama orang Melayu.
2. Combat the problem.

Kita perlu duduk semeja (online pun boleh) untuk bincangkan perkara ni.

Bila nak mula?
Xenan said…
alfie..melayu tertindas kenapa?Apa bukti nya?

cite sket kat wa?

Melayu tertindas sebab kuil dibina di seksyen 23?

Atau

melayu tertindas sbb moral rendah n pemakan rasuah?

Melayu tertindas sbb selepas 50 tahun mengharapkan pagar, pagar makan lagi banyak padi n bina banglo mewah banyak?

Negeri melayu tertindas seperti kelantan sbb disekat hak royalti minyak?

Korang tgh cite melayu tertindas ke tengah cite UMNO nak sungkur nih?

lu org le taksub sbb anggap UMNO tuh sama cam Melayu.

Patutnya kene berani ckp camnih.

"Andai kata UMNO nih lah sebenarnya barah perosak bangsa Melayu..mmg patut ianya di hapuskan"

utk org PAS pulak

"Andai kata PAS nih lah sebenarnya barah perosak agama ISLAM..mmg patut ianya di hapuskan"

ade berani ke?
Anonymous said…
MACAM MANA ORANG MELAYU NAK MAJU DAN BERSATU ..... SEDANGKAN PENYAKIT HASRAT DENGKI, IRI -HATI, CEMBURU MASIH TERPALIT KAT HATI NURANI NYA ...... DARI ITU 'ALL THE BEST - LAH ORANG2 MELAYU' nama je negeri MELAYU (MALAYSIA) pemerintahan CINA .......????????????
Anonymous said…
yang aku hairan hingga ka hari
ini mengapa orang2 melayu dah tak boleh bersatu? apa susah sangat ke nak bersatu ... mengapa begitu taksub sangat hingga tak boleh berfikir .... mana baik mana buruk .... nanti dah terhantuk baru lah dia terngadah ..... INGAT !!!!!!!!! SEBELUM TERLAMBAT.......HIDUP MELAYU ...... HIDUP MALAYSIA
PenaKiri said…
ini semua langkah untuk menakutkan orang-orang melayu.

DAP menang di P.P,N9 dan Perak adalah dikawasan orang2 cina. DAP rampas kerusi dari MCA dan GERAKAN. Bukan kerusi UMNO. UMNO kalah dengan PAS dan PKR. PAS dan Melayu PKR itu bukan Melayu kah? Bukan Islam kah? Sekarang baru umno nak sedar setelah kehilangan kuasa. Masa dulu PAS buat bantahan soal persempadanan semula dan PPSMI, umno begitu bongkak, seolah-olah mereka sahaja Melayu, dan tidak perlu pandangan pihak ketiga

JIka umno mengaku salah dah memang umno salahpun berkenaan persempadanan semula 2004, buatlah satu undang2 yang hanya orang islam boleh bertanding di majaroti orang islam.
Anonymous said…
ini memang benar tapi org melayu matanya dah dibutakan dgn sentimen. mereka masih tidak sedar, lihatlah sekeliling mereka siapa yg sebenarnya perintah m'sia ini??

siapa yg punyai gedung2 besar di seluruh bandaraya di m'sia. bangsa lain kaya beratus kali ganda dari org2 melayu. tapi org2 melayu terus terusan di lenakan dgn slogan samarata, konspirasi, rasuah, jahat, transperasi, kebobrokan, depressive, kata2 yg kita selalu dgr dari mulut pembangkang.

tapi bila di beri peluang, mereka hanya indah khabar dari rupa. jauh lebih hina dari mereka2 yg dihinanya.

sham
Anonymous said…
xenan,

memang sedap menjadi watak mcm ko ni , salahkan semua org dlm pada ramai org yg nak betulkan keadaan.

atau dgn lain perkataan, ramai org yg entrynya nak perbetulkan keadaan dan bersimpati dgn nasib melayu islam.

tapi ko punya watak terus2an salahkan org lain. mcm tu.

itu sikap typikal PAS atau mungkin sikap org yg pendiriannya dibayar?? dan juga sikap org yg berckp tak npk muka.

kalau ditunjukkan muka mcm FB, aku rasa ko tak berani pun nak ckp mcm tu.

ramai org disini boleh menilai, kalau nak berhujah , keluarkan la hujah yg bernas, ramai org disini boleh dijawab mana yg lebih baik boleh di ikut.

bukan mempunyai sikap keanak2kan yg hanya berani meyalahkan semua org, itu bukan sikap yg membina.

dan tampa ko sedar sikap ko tu meruntuhkan semua institusi di sekeliling ko.

nak runtuh ,memang senang, bakar aje , modal cuma sekotak mancis, harga pon 20sen.

tapi nak membina ...bayangkan kena ada jurukur, perancang, arkitek, engineer, kontraktor dan makan berjuta ringgit.

zul
shamshul anuar said…
Saudara Xenan,

Dalam demonstrasi di shah alam , ianya disertai oleh orang Melayu dari PAS, UMNO dan PKR. Jadi isu UMNO mainkan isu lembu tak tapat.

Masalah terbesar umat Melayu pada saya bukan hasad dengki. Masalah kita ialah sikap pelik Melayu yang suka mendengar fitnah. Dan disamping itu kita suka menyebarkan fitnah yang kita dengar. Dan paling teruk kita suka tokok tambah.

Ironinya semua Melayu bahawa "fitnah lebih dahsyat dari membunuh'. Tapi itulah yang kita buat. Allah berfirman supaya kita menyelidik apatah perkhabaran dari orang fasik seperti Raja petra atau Mohd sabu.

Tapi itulah orang yang kita dewa-dewakan. Kita jadi taksub. Tak tahu hujung pangkal pasal altantuya, terus kita tuduh Najib walaupun bukti tiada.

Taksub menyebabkan kita buta. taksub jadikan kita memilih apa yang mahu kita dengar. Taksub jadikan kita boleh lupakan 10000 jasa orang hanya kerana tak setuju 1 perkara.

Taksub jadikan kita tergamak memaki hamun Kerajaan( UMNO) yang hantar kita belajar diluar negeri. Kita terlupa tanpa biasiswa, mak bapa kita yang begitu sederhana hidup mereka tak mampu hantar kita belajar di Eropah, USA atau Jepun.

Taksub jadikan kita menyampah saudara seagama tetapi sanggup memyembah DAP yang begitu anti Melayu dan anti islam( ya agama yang kita anuti).

Taksub jadikan kita mempertahankan kawan walaupun bersalah tetapi menolak kebenaran hanya kerana dari parti berbeza.

Taksub jadikan mahu percaya fitnah tetapi menutup otak dari berfikir. Taksub jadikan kita sanggup gadaikan kuasa politik dengan berbaik dengan musuh hakiki. Kita sudah beratus kali diingatkan akan malapetaka yang akan menimpa bila tidur sebantal dengan DAP( musuh hakiki Melayu). Tapi kita masih berdegil.

Kita tidak mahu menerima nasihat yang sokongan DAP pada kita tak ikhlas. Hanya mahu menjatuhkan UMNO. Bila kuasa runtuh, maka kita pun akan ditendang macam sampah.

PAS lupa yang ianya bukan teras PR. Teras PR ialah DAP. Tak seperti UMNO, PAS hanyalah melukut ditepi gantang dalam PR. Kebenaran rupanya pahit untuk diterima walaupun sibuk melaungkan mahu tegakkan Islam.

Dan PAS jugalah( melaui Mohd Sabu) satu ketika dulu memaki hamun anwar Ibrahim dan cabar Dr Mahathir pecat beliau kerana liwat.

Dan jika kita taksub, maka kita boleh "berpura-pura" tak ingat cabaran Mohd sabu itu.

Dan jika begini sikap kita maka bersedialah untuk diterima bala; iaitu kehilangan kuasa politik. Bila ianya hilang, ianya mungkin untuk selama-lamanya.
Ir.MIM NUSANTARA said…
KITA PERHATIKAN BEBERAPA ASPEK KEADAAN ORG KITA SKRG INI:
1)ORANG MELAYU SKRG INI AMAT TERCABAR DARI SEGI UGAMA,POLITIK,SOSIAL DAN EKONOMI...walaupun jumlah penduduk MIM >60%,PENCAPAIAN EKONOMI cuma 18% SAJA.(up till 2009)not even 30%
..PENCAPAIAN POLITIK..2008:55% undi BN VS 45% undi PR
..PENCAPAIAN UGAMA..TGK SAJA KES BUANG ANAK,BUNUH DIRI,RASUAH,MURTAD
..PENCAPAIAN SOSIAL..KES LARI RMH, PENAGIHAN DADAH,ROGOL,JENAYAH,PATI MELEBIHI 2JUTA,PENCEMARAN DLL...
2)Org MELAYU melalui UMNO DAH KURANG KEKUATAN & ADA TANDA2 MEROSOT DAN CADANGAN2 UBAH SUAI DAN BAIKPULIH...TGK SAJA REAKSI ORG2 MUDA TERHADAP UMNO...DPM MUHYIDDIN PUN ADA MERASA TENTANG PERSEPSI NEGATIF INI....
3)KONSEP PERPADUAN DIANTARA UMNO DAN PAS,PRO & CON,BOLIH DAN TAK BOLIH...HALANGAN DSB..APA DIA?? PERLU DIANALISAKN & DIDALAMI/DISELAMI
4)KALAU TAK BOLIH BERPADU,OPTION NYA,...2 PARTY SYSTEM,KEMANA ARAH PUN "MIM MESTI PEGANG TERAJU MEMERINTAH"
WAJIB,ORG2 MUDA MIM WAJIB TENTUKAN DAN BERJUANG SEKERAS2NYA MIM PEGANG TAMPOK PERMERINTAHAN.....
5)BAGI 60% MIM,GALAKAN EKONOMI 50% UNTUK MIM,BUKAN HANYA SETAKAT 30%..
AJE DIMANA CUMA CAPAI 18%...TGK SAJA SINGAPURA;75%CA,EKONOMI90%...
INDONESIA,THAILAND,PILIPINA;CA 5%-10%,control 70%-80%EKONOMI....
6)KESTABILAN SISTEM SOSIAL KITA KENA ADA UNSUR2 POSITIF..CARA ORG2 MELAYU,..BUKAN HANYA TIRU DAN IKUT CARA2 BARAT DGN BUDAYA KUNING MEREKA SAJA...KITA PERLU ROMBAK SEMULA DASAR2 SISTEM SOSIAL KITA..
KALAU KITA KENEGERI JEPUN,KITA TGK SISTEM SOSIAL,BUSHIRO MEREKA DPT MEMBENTING DIRI RAKYAT MEREKA DARI PENGARUH BARAT,CUMA AMBIL YG BAIK DAN BERMUNAFAAT AJE...TAPI KITA DIMALAYSIA TIDAK...KALAU IKUT BARAT,ORG MIM LEBIH TERROR(HEBAT)DARI ORG2 BARAT DAN KALAU TIRU ORG ARAB,LEBIH ARAB DARI ORG ARAB!!!

##SATU NASIHAT: UMNO perlu tukar image, REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn diIndia,Taiwan,Germany, Australia dll...
##SATU NASIHAT:UMNO KENA LAH REVAMP Segera..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU &BUMIPUTERA....2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..,,3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA...
##SATU NASIHAT:KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE???
Ada sebahgian rakyat yg ingin melihat terjadinya sistem 2 parti atau 2 coalition di Malaysia;BN vs PR,mcm di USA,UK, AUSTRALIA dan kebanyakan negeri diEUROPE & negeri2 demokrasi lain didunia ini. Mungkin perkara ini perlu dilihat dari sudut,Kerajaan memerintah MESTI diterajui olih MIM...jadi kalau BN,org kita perintah;dan PR, MIM juga perintah!!
NANTI JADI LAH MALAYSIA DUA PARTI SISTEM:BN VS PR..MCM DI USA,UK,EURO DSB...BAGUS JUGAK KAN?? LEPAS TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN DAH TAK GUNA LAGI DAN ORG MIM KENALAH TERIMA HAKIKAT PERIT,MCM PARTI LDP DIJEPUN,CONGRESS PARTY DI INDIA, KUOMINTANG TAIWAN..!!!
Alternatif nya,UMNO,PAS,PKR >>satu gabungan, DAP,Gerakan,MCA >>satu gabungan, & MIC,PPP,Makkal Sakti,IMP>>satu gabungan.
MAKA JADILAH MALAYSIA SATU DEMOKRASI berunsur PERKAUMAN!!! Mungkin ada masalah lain,yg lama dan yg baru akan timbul,dimasa2 mendatang.....
Dan juga UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH,amacam??
Xenan said…
Please keep on labeling.Cara mcm tuh mmg buatkan org sgt sukaaa ngn pemikrian korg

Bagi wa,

Wa tak pedulik pon sapa perintah.UMNO ker PAS ker sama saja..tapi dgn syarat.

Please majukan Islam N Melayu.

Masalahnya ialah fakta dan maklumat yg telah kita semua gather after 50 tahun merdeka.

Kemajuan Melayu.
Soalan : Ya ada ramai org melayu pergi belajar oversea n jd jutawan.Namun ada kah prinsipal DEB(kuota 30% kekayaan Bumi) sudah berjaya?

Jwpn : Terang2 tak berjaya pon.

Kemajuan Islam
Soalan : Ya kita ada banyak masjid, university tapi adakah Malaysia telah mejadi negara yg seperti yg dikehendaki oleh Al Quran dan sunnah?

Jawapan : Ada org ckp ya sbb dah ada masjid tapi wa ckp tidak sbb soal prinsipal tetap bercanggah bkn soal syiar sahaja.

Ada mcm2 cara untuk penambahbaikan.Salah satu nya ialah mengubah peneraju pemerintah negara.Ini hak demokrasi lu ngn gua sendiri.Got prob with that?

Wa tak rasional.Rase nyer lu yg asyik terbuai dgn sentimen tanpa fakta.

Death of UMNO doesn't mean death for melayu n Islam.Sila jgn risau bukan2
shamshul anuar said…
Saudara Xenan,

Saya ingin ulas tulisan anda
1) Kouta 30%- Kalau diri sendiri, tak mahu usaha, apa saja kerajaan buat pun tak guna juga. Bila diberi peluang, ramai yang ali-babakan. Ini cukup hebat tahun 80an.

Pernahkah saudara terfikir untuk berusaha lebih keras. Kenapa semuanya mesti kerajaan disalahkan.

DEB banyak membantu Melayu. Tanpa DEB, tiadalah professional Melayu. Ramai jurutera Melayu kini sampai kerja di Qatar, sudan. Ini bukan kebetulan. Kerana satu kerajaan prihatin pada bangsanya maka anak petani, nelayan atau penoreh getah berpeluang belajar di Eropah, Canada, australia, USAatau Jepun.

2) Kerajaan boleh bina masjid ratusan juta tetapi kitalah yang memeriahkannya. Ada pernah kerajaan halang kita mengagungkan Allah swt dalam masjid ke? ada macam di Pattani ke , ramai alim ulama, mati ditembak ditangga masjid? Kalau sendiri tak mahu, jangan salahkan orang lain.

3) Memanglah menukar kerajaan itu itu hak masing-masing. Itu semua orang faham. Cuma kadang-kadang yang didepan mata tak dihargai. Bila hilang kuasa barulah sesal tak sudah.

OK siapa nak tegakkan Islam? PAS? Ya PAS cakap nak tegakkan Islam. Setakat cakap saja. Bolehkah? Kalau perangai sendiri tak melambangkan Keislaman. Percayakah kita pada puak macam ini?

Bukankah mereka juga putar belit . Tak percaya? Mereka memutar belit apa Dr Mahathir cakap pada 2007 ketika berucap di Ampang, selangor. Dr Mahathir secara "sarcastic" menyebut pemecatan Anwar. Yang ditunjukkan di video kononnya Dr Mahathir mengakui Anwar difitnah. Perkataan separuh lain tak ditunjuk.

Kalau PAS nak Islam, kenapa berbaik dengan DAP, satu musuh Islam yang nyata ? Bukankah DAP terang-terangan menentang Islam.

Kalau PAS nak Islam, PAS boleh terimakah homoseks macam Anwar. Bukankah Mohd Sabu sendiri cakap Anwar peliwat?

Kenapa PAS sekarang tak percaya Mohd Sabu , ahli PAS sendiri?

Kalau hak demokrasi maksudnya memilih musuh hakiki untuk pertahankan Melayu, tidakkah ini bermakna menempah maut.

"Death of UMNO..." . Betulkah? Ada alternative lebih baik ke? Betul ke? Saya pun bukan ahli UMNO. SAya pun tak dapat kontrak walaupun RM10000 ringgit.

Saya hanya ingatkan, kuasa kalau hilang dari tangan, maka berakhirlah segala-galanya.

JIka saudara fikir PKR akan pertahankan Melayu( atau Islam) saudara bermimpi. Jika saudara fikir PAS juga akan pertahankas Islam, tolong "checK' sikap pemimpin PAS.

Belum apa-apa , dah gadaikan negeri.

Mengikut cara En Xenan bercaskap "Lu fikirlah sendiri".
Anonymous said…
aku tgk penulisan xenan ni dia cenderung nak salahkan org lain. too childish.

traffic light rosak pun nak kata k'jaan yg salah. K'jaan corrupt. terlalu terbuai dgn retorik anwar barangkali.

kepada shamshul annuar, tahniah penulisan saudara npk saudara cukup matang. age above 40 barangkali.

aku pun dulu study oversea dan aku sokong k'jaan dari dulu, cuma terkucil sikit masa tahun 98-03 di sebabkan anwar. haha..

amir
shah alam
Xenan said…
bro shamsul anuar,

For good debat of DEB, sila baca artikel dr datuk Sak

http://sakmongkol.blogspot.com/2009/09/new-economic-policy.html

Anda masih asyik dgn rhetorik terawang awangan.

Bro,
Kita cita soal prinsipal...bukan cita psl pemimpin sana dan sini.Mmg susah org melayu islam nak maju kalu keep on defensive semacm ini

Gua pon buleh bagi list pemimpin umno bla sana..bla sini.Tapi tak membantu pon.

Adekah semua org yg kritikal dan dan tidak menyokong kerajaan ini childish?

Kesimpulan wa..selagi melayu bermantaliti seperti ini...jgn harap akan maju.

Kerana anda org yg lebih suka mengharap dihulur kebaikan dr mencari kebaikan itu sendiri
shamshul anuar said…
Saudara Amir,

Saya berusia 42 tahun.

Seorang rakan saya dari PAS dengan bangga cakap yang dia boleh senaraikan( serta-merta) 10 "dosa" UMNO. Saya jawab, kalau dia beri 10 dosa UMNO, saya akan senaraikan 30 kesalahan UMNO.

"Apa maksud awak?" , tanyanya. Saya jawab kalau dia hendak saya berikan senarai "dosa" PAS , saya boleh beri 100 . Maksud saya kalau terlalu suka cari kesalahan orang tanpa langsung akui kebaikan orang, adakah PAS bersedia dengar orang senaraikan kesalahan mereka.

Sungguh senang salahkan orang. Tak percaya? Tanya Mohd Sabu. Mohd Sabu yang saya kenali( malah semua orang tahu termasuk orang PAS sendiri) dikenali HANYA kerana keberanian mencari dosa memaki hamun orang dan memfitnah.

Kebolehannya yang lain orang tak tahu. Yang dikenali ialah suka memberontak , suka mengata. Itu saja.

Saya tertanya-tanya kenapa budak Melayu yang rata-ratanya baru tumbuh misai begitu benci dengan UMNO. Jahat sangatkah UMNO? Jahat sangatkah sebuah parti yang ( kerana mengusai kerajaan) dapat hantar puluhan ribu anak penoreh getah, pesawah padi, kerani rendah belajar di universiti di Jepun, UK, USA, Australia, Canada dan Jordan .

Teruk sangatkah sebuah parti yang beri kontrak pada ( beribu-ribu kontraktor Melayu) kerana hendak membantu mereka?

Teruk sangatkah parti yang mempertahankan akidah tidak mahu benarkan Orang Kristian guna perksataan "allah:' kerana dibinbangi anak cucu kita mungkin 20 tahun lagi akan keliru antara Allah yang orang Islam sembah dan "Allah" yang Kristian anggap sebagai tuhan.

Teruk sangatkan parti yang benarkan harakah pagi petang siang malam sebarkan fitnah tanpa tindakan diambil Teruk sangatkah UMNO sebagai tonngak BN, sesuatu yang tidak mampu PAS buat dalam PR.

Hina sdangatkah UMNO sampai bekas MB dituduh rasuah kerana mampu beli rumah harga 3 juta ringgit. Segala resit bukti dalam internet tidak langsung kita mahu terima. Sebaliknya tuduhan yang tak tentu hala darri orang "fasik" seperti Speaker DUN selangor kita terima bulat-bulat.

Kalau ada 10 orang UMNO rasuah, adakah bermakna semua ahli UMNO rasuah?

Ramai Melayu terlupa permainan politik dunia. Mereka lekehkasn UMNO yang UMNO cuba takutkan mereka bila UMNO ingatkan mereka bala yang akan menimpa bilas tidur sebantal dengan musuh hakiki, DAP.

Mereka lupa tiada perti melayu sebagai teras dala PR. Yang Melayu dalam PR semua kena minta "perkenan" Ketua tak rasmi, DAP.

Mereka tidak mahu baca betapa MP Rasah dari DAP hina Islam. Mereka tidak mahu tahu yang Kiut siang terang-terang mahu pecahkan undi Melayu.

Ego manusia akan hancurkan kita. Penerangan yang saya beri adalah ikhlas. Apalah gunanya lagi bila kuasa sudah hilang.

Pentingkah kuasa politik? Hari ini kuasa jika hilang, maka melayu jangan harap ada perkataan "bumiputera " lagi. raja-raja melayu yang mengingatkan dunia akan asal-usul negeri ini sebagai Melayu akan dibuang.

Orang melayu suka dengar fitnah. Baru-baru ini saya hadiri "reunion" Sekolah Menegah saya. Beberapa kawan saya kata( tuduh UMNO) habiskann hampir 1 billion buat istana untuk Sultan trengganu di trengganu.

Bila saya tanya dimana dapat berita itu dan benarkah jumlah 1 billion itu, semua tak dapat jawab. Lihatlah betapa mudahnya mendengar berita yang tak tentu akal hujungnya.

Bukan bermakna UMNO tiada salah. UMNO pun ada salahnya. UMNO tidak peka contohnya dengan kebanjiran pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh hingga sukar budak Melayu untuk kerja hatta sebagai "bellboy" hotel sekalipun.

UMNO ada silap juga. Itu saya tak nafikan. Tapi ia amat berjasa pada Melyu dan juga bukan Melayu. Rekod UMNO layan bukan Melayu boleh dianggap satu "world standard". Dimanakah didunia ini orang Cina boleh menang di kawasan Melayu.

Hanya UMNO perlu tidak malu pertahankan Melayu. Pertahan hak Melayu bukan perkauman .

Saudara Xenan pula anggap DAP atau PKR boleh jaga hak Melayu. saya tak pasti dengan satu parti yang dulunya tunjuk penyapu pada Melayu untuk jaga kepentingan Melayu .

Mungkin saudara Xenan tak kisah. Itu juga adalah masalah besar Melayu. tak kisah dan tak peduli
parjo_7 said…
salam..
maap mencelah..
kita disini terlalu byk bercakap...padahal kita sendiri x seberapa dlm memperjuangkan islam dan melayunya...
ada entry berapi-api mempertahankan melayu...dan yg berapi-api mempertahankan islam...tapi pernahkah kita tgk dlm diri kita sendiri...apa sumbangan kita pd islam dan melayu selama ini?...bukan hanya aktiviti pada parti politik saja...
melayu dan islam bukan kepunyaan mana2 parti politik...melayu bukan kepunyaan UMNO dan bukan juga kepunyaan PKR dan PAS...tapi semua bangsa melayu tanpa mengira parti...begitu juga islam...BUKAN kepunyaan PAS dan UMNO sepatutnya perlu turut sama memperjuangkan apa yg PAS perjuangkan selama ini...pada sy hal ini bukanlah rumit sgt...cuma pemimpin politik cuba bermain politik dan menunjukkan kepakaran masing2..
yg sy sedih adalah org2 bawahan spt kita ini yg sering dimanipulasikan oleh pemimpin politik..padahal kita sendiri x tahu dgn jelas apa itu perjuangan islam dan melayu...manakala yg menjadi ahli sesuatu parti politik pula x tahu dgn jelas kenapa dia menjadi ahli dan apa hak2 dia sbg ahli bagi sesuatu parti politik...ini yg rumitnya dlm masyarakat melayu ini...kita sibuk berbicara kuasa melayu dan islam tergugat...tapi usaha asas utk mengukuhkan kuasa islam dan melayu di bumi ini kita tidak gunakan...tapi kita lbh sibuk berbicara pasal parti itu dan parti ini...padahal buku perlembagaan parti yg kita sokong selama inipun tidak pernah kita baca apatah lagi memahaminya...inilah masalah utama kita...cuba kita buat survey antara kawan2 disekeliling kita yg menjadi ahli bg mana2 parti politik...pernahkah dia baca buku perlembagaan parti yg dia sokong selama ini...silap2 kita sendiri pun x pernah baca...apatah lagi utk membaca buku pelembagaan parti lawan...agar kita blh membuat perbandingan...kita lebih sibuk masalah remeh temeh yg lain...
kita terlupa kuasa dan hak2 kita didlm mesyuarat agung parti politik yg kita sertai...sepatutnya inilah medan yg betul utk kita mengukuhkan islam dan melayu...bukannya menggunakan ruang mesyuarat agung ini utk mencela parti lain atau hanya utk menjawat jawatan dlm parti demi kepentingan sendiri...
fikir-fikirkanlah...masih ramai orang melayu yg x mendaftar sebagai pemilih...tapi sibuk berbicara pasal kuasa politik melayu dan islam...
shamshul anuar said…
Saudara Parjo,

Macam saya cakap, sikap tak peduli dan tak kisah orang Melayu adalah satu perkara yang pelik.

Kita tak kisah. Nak jadi apa pun jadilah. Tak kisah jika kuasa( melalui UMNO) terlepas walaupun ratusan kali diingatkan yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang akan menguasai kerajaan.

Kedua-dua PAS dan UMNO ada masalah. PAS masih enggan terima hakikat yang kerjasama dengan DAP mengundang malapetaka untuk Melayu.

Dan kita dah nampak hasilnya. Tidur sebantal dengan DAP berjaya "menyucikan" DAP pada masyarakat Melayu. Kini sudah ada cawangan DAP untuk Melayu.

Kerjasama PAS dan DAP rupanya menikam PAS juga. Pemimpin PAS sedar. Tetapi dendam membara pada UMNO lebih penting pada mereka.

DEmi kuasa( sebenarnya dibawah telunjuk DAP) , PAS bekerjasama dengan musuh hakiki untuk jatuhkan bangsa sendiri ( yg tentunya Islam macam PAS juga).

Ini bukan perkara luarbiasa. Dah lama pemimpin Islam serata dunia buat perangai macam ni. 1000 tahun lalu Raja-Raja Arab di Andalusia berpakat dengan Raja Kristian untuk jatuhkan Raja Arab yang lain. Mereka terlupa( atau buat-buat lupa) yang setiap kali mereka berpakat, mereka melemahkan Orang arab sendiri.

Akhirnya kuasa terlucut dari tangan. Inilah yang PAS sibuk lakukan.

Dari pengamatan saya, orang Melayu seakan tak percaya yang kini mereka hampir kehilangan kuasa. Mereka tak mahu bayangkan kehidupan selepas kuasa hilang.

Apabila diingatkan, mereka jawab ini propaganda UMNO takutkan mereka untuk kekalkan kuasa.

Apaalahnya mencuba parti lain. Malangnya mereka tak sedar parti yang "lain" itu sebenarnya DAP, musuh hakiki orang Melayu.

Ramai terdiam bila saya ceritakan yang DAP dulu pernah tunjuk penyapu pada Melayu. Oh kami tak tahu itu, jawab mereka.
parjo_7 said…
salam...
kepada saudara shamsul anuar...
sy harap anda paham dgn jelas entry sy sblm ini...
iaitu mengenai hak dan kuasa sbg ahli parti politik yg kita sertai...
entry sy juga turut menyentuh dasar parti agar parti itu sentiasa bergerak mengikut landasan perjuangan penubuhan parti itu...
oleh itu...gunakanlah kuasa ini sebaik dan semaksima mungkin..x kira la kita ni ahli PAS atau UMNO atau PKR...yg penting apakah matlamat kita mempejuangkan islam dan melayu selari dgn dasar parti itu...
x perlu kita nak salahkan parti PAS atau UMNO atau PKR dlm hal ini jika kita sendiri x tahu dgn mendalam apa dasar sesuatu parti itu...jgn disbbkan tingkah laku pemimpin tertentu didlm mana2 parti itu yg tidak menyenangkan hati kita maka kita menghukum parti itu x betul dan sbgnya tanpa kita tahu apa dasar parti itu...
sy tertarik dgn entry fathi ikram yg mengatakan kuasa melayu x terjejas di parlimen...ini kerana DAP menang di kawasan yg ditandingi oleh bukan melayu...manakala PAS menang di kawasan melayu dan PKR pun sama...oleh itu mmg tepat hujah fathi ikram itu...cuma yg kita khuatirnya adakah ahli parlimen melayu yg berada diparlimen itu dpt bertindak bijak dan bersatu hati jika ianya melibatkan kepentingan islam dan melayu...ini yg perlu kita bisingkan dan tekankan...adakah mereka di parlimen ini boleh dijualbeli sehingga menggadai melayu dan islam...
kita jgn hilang fokus dlm berbicara apakah asas kuasa melayu dan islam di malysia ini yg mengamalkan demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan...
jika kita masih sibuk menyalahkan parti itu dan parti ini...ini bukannya cara utk kita menyatukan melayu dan islam..tetapi cara utk kita berkempen utk parti yg kita sokong...
sedangkan hakikatnya...melayu dan islam tetap x berubah walaupun kita menulis berjela-jela dan berapi-api kerana minda dan sikap kita yg x berubah ini...kita x tahu apa yg perlu kita fokuskan
shamshul anuar said…
Saudara Parjo,

Saya bukan berniat menyalahkan sesiapa. Yang salah tetap salah walaupun dari parti mana sekalipun.

Yang selalu saya tekankan ialah sikap kita( Melayu) yang membinasakan diri dengan mempercayai fitnah dari orang orang fasik.

Fitnah jadikan kita taksub. Taksub jadikan kita berperang sesama Islam dan berbaik dengan musuh hakiki.

Ini masalah besar umat Melayu. Ramai tak ambil berat perkara ini. Ramai Melayu anggap kuasa politik akan kekal ditangan Melayu. Hakikatnya, kuasa Melayu di penghujungnya dilihat dari cara kita berpolitik.

Bukan niat saya menghentam PAS. Saya yakin PAS yang sentiasa berceramah( kerja lain tak ada) boleh terima teguran.

Saya "kagum" dengan sikap PAS yang dulu memaki hamun Dr Mahathir dan memcabar beliau pecat Anwar kerana tuduhan liwat, kini menjunjung Anwar.

Kebolehan ahli PAS yang saya temui untuk serta merta tukar topik tanpa sedikit pun rasa bersalah buat saya "terpegun". Tak takut Allah swt ke orang orang PAS ini?

Dan dalam sibuk PAS canangkan kepentingan Islam dalam kehidupan( UMNO dituduh tak Islamik) , PAS sentiasa memfitnah melalui Harakah.

Dan tahniah untuk PAS kerana berjaya "sucikan DAP" . KIni orang Melayu(hasil tidur sebantal) dengan DAP dah sanggup jadi ahli DAP. PAS juga tertikam.

Mengenai Melayu MP, tak seperti MP China, saling berperang antara satu sama lain.

Nampaknya kuasa politik Melayu sudah dipenhujungnya. Kenyataan PM mesti Melayu hanyalah diatas kertas saja. Bila Melayu hilang kuasa, maka jawatan PM pun terlepas dari tangan.

Yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat.
Anonymous said…
test
Anonymous said…
...Dan akhirnya, kacukan melayu cina macam saya juga yang bertuah di bumi malaysia ni...dan juga...saya dididik oleh seorang wanita amerika semasa saya berumur 8 tahun...sekian...wassalam.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh