Skip to main content

Bagan Pinang 2009 : Jembalang Di Depan Pintu

Bagan Pinang 2009
Jembalang Di Depan Pintu


Perkara yang paling susah dan payah untuk diterima adalah kebenaran! Sekali pun sudah dibentangkan hujah dan dalil yang kukuh, namun demikian, hati manusia sangat tidak gemar mendengar dan menerima kebenaran. Isu berkenaan siapakah calon yang paling layak untuk diketengahkan sebagai calon UMNO di kerusi Bagan Pinang masih menjadi tanda-tanya dalam kalangan ahli-ahli UMNO. Masih ramai yang keliru apakah yang harus diperjuangkan oleh UMNO pada ketika ini - yakni pada saat UMNO dilihat sebagai parti yang lemah. Jawapan saya sangat mudah - UMNO pada saat ini perjuangannya hanya satu sahaja, iaitu membuang dan mengorbankan semua ahlinya yang jelas terlihat dengan politik wang dan rasuah - tidak kira seramai mana sekali pun - hatta jika UMNO hanya tinggal seorang sahaja ahlinya yang bersih maka lakukanlah, itu lebih baik.



Percayalah UMNO sama sekali tidak akan rugi menolak dan membuang mana-mana ahlinya yang terbukti terlibat dengan politik wang dan rasuah - hanya dengan cara ini sahajalah UMNO akan kembali seperti asalnya - memperjuangkan agama, bangsa dan negara seikhlas mungkin. Kepada DS Najib dan TS Muhyiddin, janganlah rasa gentar dan bimbang jika jawatan yang tuan berdua sandangkan itu tergugat lantaran kerana bertegas terhadap ahli-ahli UMNO yang melakukan rasuah dan politik wang - yakinlah tiada sesiapa pun yang mampu menjatuhkan tuan berdua selagi Allah tidak mengizinkannya.



UMNO tidak akan rugi apa-apa seandainya pemimpin UMNO yang mengamalkan politik wang seperti Khairy jamaluddin, Tan Sri Isa Samad dan Datuk seri Ali Rustam dikeluarkan daripada UMNO - dan UMNO tidak akan runtuh dan musnah kerana ketiadaan mereka dan para penyokongnya, sebaliknya UMNO akan semakin segar bugar dan kukuh. Malah, jika semua Ketua UMNO Bahagian mengamalkan politik wang dan mereka dipecat serta dikeluarkan daripada UMNO sekali pun, saya tetap yakin UMNO tidak akan hancur. UMNO hanya akan hancur selagi budaya "hulur" dan "salam berisi" menjadi amalan harian ahlinya.



Saya akui, UMNO akan menderita untuk seketika apabila kita mengambil tindakan tegas ke atas ahli-ahli UMNO yang mengamalkan politik wang dan rasuah - UMNO akan dikecam dengan pelbagai tohmahan, umpamanya mengambil tindakan terpilih dan sengaja ingin menjatuhkan "orang-orang tertentu"- tetapi percayalah, penderitaan itu hanyalah bersifat sementara bagi UMNO - yakni sementara menanti ia dipulihkan kembali dengan kehadiran ahli-ahli UMNO yang bersih dan ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara menerajui kepimpinan bahagian masing-masing.



Tahukah kita bahawa di mana kita boleh menemui ahli-ahli UMNO yang ikhlas berjuang? Golongan ini banyak terdapat dalam kalangan ahli jawatankuasa UMNO cawangan - hakikatnya golongan inilah yang banyak membuat kerja sewaktu berlaku sesuatu pilihan raya, mereka tidak mengharapkan imbuhan, cuma inginkan sedikit penghargaan - namun demikian, yang sering naik mencanak dan menjadi AJK Bahagian adalah golongan yang pandai membodek dan menghulurkan duit - tetapi tidak tahu buat kerja dan berucap. Sedikit demi sedikit golongan yang ikhlas berjuang disisihkan oleh ketua-ketua bahagian. Ketua-ketua bahagian lebih gemar mendampingi golongan yang kuat membodek, mengampu dan mudah dibeli - akibatnya UMNO kehilangan begitu banyak pemimpin pelapis dan ahlinya yang kental dalam perjuangan parti -manakala yang naik menjadi pemimpin adalah dalam kalangan perasuah dan pengamal politik wang. Maka secara tidak langsung terbentuklah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian yang terdiri daripada para perasuah dan pengamal politik wang! Walau pun kita hanya menerima RM20, untuk mengundi si fulan atau si fulan, itu tetap dikira duit rasuah!



Maka, apabila kita bercakap soal transformasi di dalam UMNO, adalah menjadi harapan rakyat dan golongan ahli UMNO yang ikhlas berjuang, untuk melihat tindakan tegas daripada DS Najib dan TS Muhyiddin dalam membersihkan UMNO sebersih yang boleh - malah, kita tidak perlu ada rasa kasihan kepada mereka yang melakukan dosa rasuah dan politik wang - golongan ini adalah musuh dalam selimut untuk UMNO, bahkan inilah musuh NO 1 UMNO yang harus dihapuskan terlebih dahulu - dalam Islam sesiapa yang menghulurkan rasuah dan menerima duit rasuah, tempat mereka adalah di dasar kerak neraka - apakah golongan ini harus dikasihani lagi?
------------------------------------------------------------------------------------------
Soal mereka sudah bertaubat atau pun tidak - itu soal kedua dan merupakan hubungan rahsia mereka dengan Allah SWT- kita tidak tahu sama ada taubat mereka sudah diterima atau pun ditolak oleh Allah - tetapi, dosa rasuah yang telah mereka lakukan itu sudah pun meninggalkan kesan negatif dan fitnah kepada UMNO dan ahli-ahlinya yang ikhlas berjuang, bak kata perpatah - kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan kerana seekor lembu bawa lumpur habis semua lembu terpalit.



Saya tetap berpendirian bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk UMNO membetulkan dirinya. Inilah masanya untuk UMNO menjadi kuat semula. Dan inilah masanya untuk kita humba ke luar para perasuah yang masih bertenggek untuk meraih simpati. Tiada masa yang lebih sesuai - selain inilah masanya. Memang, tindakan ini agak sukar - tetapi percayalah UMNO hanya menderita untuk sekita sahaja dan "sakit"nya hanya sementara - biarlah jika sekali pun para perasuah ini mahu menyertai parti pembangkang - mereka akan tetap gagal dan tewas. Sama ada mahu atau pun tidak - UMNO terpaksa mengorbankan semua pemimpinnya yang jelas terlibat dengan rasuah dan disabitkan kesalahan sebagai pengamal politik wang.



Jika mereka masih mahu juga kekal dengan jawatan masing-masing, kita harus melakukan sesuatu, yakni menggugurkan atau menyisihkan mereka, secara bijak dan terancang. UMNO harus segera menunjukkan rasa benci terhadap perlakukan mereka itu - jika tidak, para perasuah akan tetap kekal dan bermaharajalela di dalam UMNO. Kita tidak harus ada rasa takut dan bimbang dengan ugutan para penyokong mereka - percayalah para penyokong mereka pun hanya berani bersorak sahaja - mereka bersorak kerana duit dan bukan untuk parti dan perjuangan yang suci. Sekali pun golongan ini membawa keluar para penyokongnya daripada UMNO, biarkanlah. Lagi pun UMNO tidak memerlukan para penyokong perasuah untuk menguatkan dan mengukuhkan UMNO. UMNO hanya akan kuat melalui ahli-ahlinya yang ikhlasUMNO tidak perlu rasa bersalah dan kehilangan jika terpaksa mengorbankan nama-nama pengamal politik wang seperti Khairy Jamaluddin, Tan Sri Isa Samad, dan Datuk Seri Ali Rustam - janganlah kerana terdapat rasa kasihan, maka kita tidak rela menghukum perbuatan mereka.



Yakinlah, seksa Allah terhadap pengamal rasuah adalah jauh lebih pedih dan menakutkan daripada hukuman yang dijatuhkan oleh UMNO! Golongan yang menyokong para pelaku rasuah juga harus segera disisihkan daripada UMNO, tiada bezanya mereka itu, yang memberi dan yang menerima sama sahaja dosanya. Mereka yang telah terbukti terlibat dengan politik wang harus segera dinasihat agar segera meletakkan jawatan dan berehatlah daripada politik - itu adalah lebih baik untuk mereka, walau sehebat mana pun kerja dan hubungan mereka dengan rakyat, namun soal rasuah tiada kompromi sama-sekali. Selagi UMNO tidak mengambil tindakan tegas dalam soal ini, maka janganlah bermimpi bahawa UMNO akan pulih untuk selama-lamanya. UMNO hanya memerlukan ahli-ahlinya yang bersih sahaja, hatta tinggal hanya seorang ahli UMNO sahaja yang bersih, maka itu adalah jauh lebih baik daripada 99 peratus ahlinya yang mengamal rasuah. Maka, fikir-fikirkanlah siapa yang harus kita pilih untuk calon UMNO di Bagan Pinang. Kita bukan menyokong UMNO kerana pemimpinnya, tetapi kita menyokong UMNO kerana keikhlasan dan amanah pemimpinnya! Wallahualam.

Comments

Faiz Farhan said…
marilah kite bdoa supaya amalan buruk ini terus hilang dr UMNO..amt bstuju dgn pndpt tuan dlm perkara ini wlaupun sy tdk mnykg UMNO
azlishukri said…
saya ikhlas mahu melihat UMNO bersih dan kembali kepada perjuangan asal serta menjadikan dunia dan akhirat sebagai pertimbangan untung ruginya...
CHAIRMAN KAGA said…
GAMBAR HANTU GEMPAK WOOIT!
MUHAHAHHA
Xenan said…
selamat hari raya n maaf zahir batin.Kalau terlebih ckp tu harap maafkan.

Thanks utk artikel nih bro.Ini stand bersama kita.Gua doakan moga Umno dpt bersihkan diri.
Zorro.Team.2010 said…
ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????
RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....

Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!

FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!
Yan said…
Kalo nak buang pemimpin UMNO yang amalkan politik wang, rasanya UMNO akan tinggal nama sahaja....tanya orang Johor 'jasa' Muhyidin ketika menjadi MB johor...
Abu Khalid said…
Salam ziarah tuan
Selamat hari raya
Maaf zahir dan batin

Maaf jika ada sebarang keterlanjuran,
Terlanjur taip dan sebagainya
Semoga ukhuwwah islamiyyah yang terjalin tetap kukuh

Saya terkedu bila membaca artikel tuan kali ni,
Rasa nak menangis pun ada,
Alangkah indahnya andai kesmua yang terlibat dalam politik ini, berkefahaman seperti tuan.

Semoga tuan tsabat, ikhlas dalam perjuangan.

Teruskan berjuang tuan, semoga Allah memberikan kekuatan.
Dan mengganjari syurga di akhirat kelak.
Anonymous said…
Secara perspektifnya, materialisma adalah nadi perjuangan UMNO kini. PAS parti miskin, tapi masih ada pengikut dan pejuang kerana nadinya berbeza.
Eid Mubarak

ikhlas,
DR NO
shamshul anuar said…
Saudara Zorro,

Saya merujuk pada ulasan saudara. rasuah walau dimanma sekalipun , di Jepun atau malaysia atau Korea adalah keji.

1) UMNO tidak melemahkan institusi Raja-Raja. Jika tidak , dah lama sistem itu dibuang.

UMNO hanya ingin pastikan yang sikap buruk beberapa keluaga diraja ditangani. Institusi Raja-Raja bertahan kerana orang Melayu sendiri inginkan sistem itu. Dan orang akan menyampah tengok perangai beberapa keluarga diraja bergaduh dalam bar atau kahwin dengan model tak tentu hala atau cuba paksa MB beri tanah balak yang kemudiannya dijual pada Tokeh Cina.

Dr Mahathir hanya menangani isu tersebut. Bukankah itu ajaran ugama Islam.

2) Meritokrasi. Bukankah itu yang orang melayu mahu? Bukankah ramai Cerdik Pandai" melayu menghina DEB kononnya UMNO galakkan budaya bergantung pada kerajaan. Bukankah ramai Melayu ( yang naik hasil dari dasar yang dituduh perkauman) memaki hamun UMNO di luar negara dengan memfitnah UMNO zalim pada bukan Melayu.

3) Bila pula UMNO hapuskan Bahasa melayu. Dr mahathir hanya mahu orang Melayu bijak bertutur dalam BI untuk senang kuasai Sains.

Apapun yang Dr Mahathir buat dalam hal ini, tiada siapa dapat nafikan yang niat adalah baik.

4) "Royalti" Kelantan. Persisir pantai lingkungan 3 batu hak negeri. lebih dari 3 batu hak Kerajaan persekutuan. Sila dapatkan fakta yang benar. Jangan bulat-bulat terima "fatwa" tok Guru kerana di akhir zaman, ada orang jual ugama untuk kepentingan politik.

5) UMNO banyak tolong Sekolah agama. Namun ada sekolah yang tak ada kerja lain kecuali fitnah. Sampai sekarang bantuan masih diberi. Perkara biasa didunia ini bila khatib maki hamun UMNO dalam masjid yang dibina oleh kuasa politik UMNO. Sanggupkah saudara biaya penumpang rumah saudara bila dia suka maki hamun tuan rumah.

6) Apa yang kelirunya Islam Hadhari? Islam Hadhari cakap padsal ugama baru kah? Ada Rukun Islam barukah.

Yang kelirukan Islam ialah PAS yang berpuluh tahun maki hamun UMNO kerana jalin kerjasama dengan bukan Islam( MCa dan MIC) . Kini PAS tidur sebantal( atau lebih tepat jadi kuda tunggangan) DAP, satu parti yang memusuhi Islam. Siapa yang kelirukan orang Melayu?

7) Krisis MB di Perlis dan Trengganu terjadi kerana Pak Lah tidak tegas. Hak melantik MB ialah pada PM( dinegeri yang dimenangi). Sultan adalah Raja Berplembagaan.

8) UMNO menolong jutaan Melayu. Tanpa kuasa politik UMNO jangan mimpi anak petani boleh belajar enginering di UK, Australia atau Jepun.

Nizar adalah anak penoreh getah. Kuasa politik Melayu membolehkan beliau belajar di UK. Adakah saudara fikir DAP akan beri peluang sedemikian?
Unknown said…
Salam sdr. Azli

Pandangan yang tepat tetapi redikal. Saya menyokongnya. Tetapi pastinya ramai yang menentang.

Tetapi kita kena yakin yang menentang itu hanyalah daki yang seharusnya dibuang dari kulit sebelum menjadi panau dan kurap.

"Selamat Hari Raya"
reek said…
Hear the stupid animal Khinzir Toyol grunting like a mad pig.
This Toyol is now the cause of much problem in Selangor. Balik ke Indonesia.
kentanjim said…
You are so damn right. From day one I am still trying to figure out what Najib meant by 1Malaysia. Every stooge in UMNO including his deputy is surely anti 1Malaysia if my interpretation is right.

As for PR, not only the dickhead Zulkifli Nordin, but Hassan Ali should be sacked from the parties for dragging PR through mud, with their uncalled for press releases, and idiotic stand on sensitive matters.
yuking said…
Never mind, because UMNO already brought us disaster for last 30 years! No one would be worst than this.
coolooc said…
Yes, a lot of non-malays in Malaysia are leaving this country. But what the hell, they (babiputras) don't care. They are happy that we leave.

I do agree with you of those mentioned, our country is stepping backward, we are loosing in all aspects and yet overdue and retarded ministers are still available on shelf. The ministers think that they are the only ones capable and qualified to be there and not replaceable, otherwise the country could collapse.

Looking at Afghanistan, Iran, Iraq likes looking at this country future. The well connected babiputras are getting richer. This government is spoon feeding the babiputras at this nation expense. I am sick of this country too.

My advise is let them rot in their own stew.
vesewe said…
Najib is the son of bitch and he is also scrap of the earth!

He definitely will get the punishment from God!
azlishukri said…
selamat hari raya maaf zahir batin, kepada semua.
Anonymous said…
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Saya juga ingin ucap tahniah kerana...

" SEKALI LAGI BLOG SAUDARA DI PETIK OLEH UTUSAN MALAYSIA DAN HARAKAH".

Ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan.

Tahniah sekali lagi.


Balik menemui saudara mara di Perak, Kedah dan Perlis baru-baru ini menemukan saya dengan seorang waris yang bekerja di DBP.

Nantikan cerita-cerita yang beliau sampaikan kepada saya tentang bagaimana Ketua Bahagian M, pernah meminta kerani mencetak blog saudara Azli semata-mata ingin meniru gaya penulisan saudara Azli mungkin buat mendidik editor-editor yang tidak pandai menulis artikel.

Maka tidak hairanlah Utusan dan Harakah kalau tak silap saya sebuah stesen TV pernah memetik idea dari blog ini.

Persoalannya mengapa perlu dicetak blog yang begitu panjang, kenapa tidak diminta sahaja artikel daripada saudara Azli?
Saya akan sampaikan pendapat waris saya itu.

Sekali lagi tahniah!

Dato Adil
Cyberjaya
Anonymous said…
Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/
perfectwater75 said…
Salam,

Jembalang sudah ketuk dan masuk rumah UMNO!!!! Apa boleh sdr, suara kita setakat di sini sahaja yang dibaca...Rakyat didahulukan konon....tak faham...

thx!
perfectwater75 said…
Salam,

Jembalang sudah ketuk dan masuk rumah UMNO!!!! Apa boleh sdr, suara kita setakat di sini sahaja yang dibaca...Rakyat didahulukan konon....tak faham...

thx!
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua.
parjo_7 said…
salam..
selamat hari raya...maap zahir dan batin kepada semua yg melayari blog ini...semoga segala manfaat yg kita dapati didlm blog ini diberi ganjaran oleh Allah kepada empunya blog ini...
saya agak terharu dgn keikhlasan artikel kali ini...menggambarkan penulisnya benar2 ingin melihat UMNO spt yg dicadangkan oleh dr MAZA...Allahuakbar...untuk pengetahuan kita bersama...inilah impian para ulama2 yg mendokong PAS dari dahulu hinggalah sekarang...tetapi disbbkan UMNO tidak pernah berubah...maka PAS tetap diwujudkan untuk mengimbangkan kuasa dan suara dalam kerangka dakwah islamiyah kepada masyarakat dibumi bertuah ini...jika kita layari sejarah dengan jujur dan ikhlas hati untuk mencari kebenaran kerana Allah..kita akan menjumpai betapa murninya penubuhan PAS dalam kerangka dakwah secara menyeluruh ini...
kita akan menjumpai penglibatan ulama2 tersohor tanahair pd waktu sebelum merdeka dalam menubuhkan PAS...samada ulama itu berada didlm kem UMNO atau tidak ianya tetap dgn satu hasrat dan niat utk kepentingan islam...
oleh itu kita yg masih digelar pemuda pada hari ini mestilah mengamal dan menunjuk contoh berpolitik yang digariskan oleh islam...parti sbg wadah sahaja...kepentingan islam dan umatnya adalah keutamaan kita...
jangan kita berpolitik caci dan maki orang lain...sebaliknya kita tunjukkan cara berpolitk yg terbuka dan bersopan...jangan kita meniru sikap pemimpin yg tidak baik...kita adalah diri kita yg perlu mengikut apa yg nabi SAW tinggalkan sbg panduan...dan yg akhirnya...janganlah kita turut menyokong atau mengundi tindakan pemimpin parti kita jika ianya melanggar syarak...kita boleh mengkhianti parti dan pemimpin jika ianya melanggar perintah Allah...tapi kita tidak boleh melanggar perintah Allah hanya kerana kita perlu patuh dan setia pada sesuatu parti.... ingatlah...parti politik itu sbg wadah sahaja...islam matlamat kita...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma