Skip to main content

Bagan Pinang 2009 : Di Sini Putih Bukanlah Warna


Bagan Pinang 2009
Di Sini Putih Bukanlah Warna



Saya diminta oleh banyak pihak untuk membuat sedikit ulasan berkenaan calon BN di Bagan Pinang - iaitu Tan Sri Isa Samad. Jawapan saya mudah - saya tiada apa-apa lagi yang hendak dikomen. Rakyat lebih bijak dan tahu siapa yang lebih mereka suka. Mungkin untuk masa hadapan, akhlak pemimpin bukan lagi jadi ukuran untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon UMNO/BN dalam pilihan raya. Sama ada perasuah ke, pelacur ke, perompak ke, penzina ke atau peliwat ke - semua boleh dipilih menjadi pemimpin, akhlak adalah soal kedua, yang penting sekarang ini ialah kuasa - tidak kiralah siapa calon kita itu, sekali pun seorang perompak atau pencuri atau seorang perasuah, tetapi jika rakyat suka, maka pilih sahajalah. Lagi pun nak buat macam mana, kalau dah rakyat sendiri yang mahukan wakil rakyat mereka dalam kalangan perompak, pencuri, perasuah dan peliwat - apa lagi yang boleh kita buat, balun sajelah. Yang penting "akar umbi" happy.



Tanpa disedari, masyarakat kita semakin rosak dan dirosakkan. Dalam keadaan sekarang - untuk berasa kecewa pun dah tiada gunanya. Kata orang, itu kehendak rakyat, kehendak akar umbi - harus diutamakan. Tidak kiralah betul atau pun tidak pilihan akar umbi itu - yang penting, kita ikut sahaja apa-apa yang dikehendaki oleh mereka, kebenaran tolak ke tepi. Doa saya hanya satu - semoga BN menang, atau kita harus belajar semula untuk mengenal diri sendiri. Rupa-rupanya putih bukanlah warna bersih di Bagan Pinang. Nampaknya, kita masih takut terhadap ugutan boikot calon yang dicanag hebat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di Bagan Pinang, sehinggakan kita lebih mengutamakan kuasa daripada kepentingan rakyat keseluruhannya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua ini. Wallahualam. Tahniah Tan Sri!

Comments

ZULKIFLI said…
Salam, Tuan;

Hendakku nangis....
Tiada a ... a....
Berair mata....

Rupa-rupanya pimpinan tertinggi UMNO-BN tiada kata pemutus kerana tampaknya kata pemutus UMNO-BN di Teluk Kemang itu lebih kuat, lebih berkuasa, lebih diyakini.

Betul kata Tuan, sekarang pelacur, penzina, perasuah pun sesuai diangkat oleh parti UMNO-BN sebagai calon.

Mulai sekarang, terpaksalah TS Muhyiddin dan gerombolannya mengangkat-angkat "calon itu" dalam kempennya. Alangkah payahnya!
Anonymous said…
saya berasa tidak selesa bilamana calon pilihan raya kecil bagan pinang diumumkan.

Bg saya calon yang dipilih memberi liabiliti kepada UMNO-BN.

Apapun..komen saya ini hanya pandangan insan kerdil yg tak akan dipandang oleh pimpinan parti2 politik di Malaysia.

Kesimpulannya..kita tunggu jawapan dari pengundi.
Anonymous said…
Bro. Azli,
Jangan risau, BN kemungkinan besar akan menamg. Head-counting sudah dibuat.

DR NO
RantauAnakDesa said…
...Apa nak di kata...,
Pemimpin No. Wahid dalam UMNO telah mengotakan katanya..."Rakyat (pengundi) didahulukan, Pencapaian (Kemenangan) diutamakan"....kita tengok keputusan perjudian di Bagan Pinang....
azmi said…
jika melihat kepada tumbuhan, terdapat 2 jenis akar umbi..satu yang tunjang dan satu lagi yang serabut..dalam hal ini saya merasakan UMNO hanya mendengar dan mengikut kata akar umbi yang tunjang..bukannya yang serabut..maksud saya disini sepatutnya UMNO perlu melihat kepada akar yang serabut..tengok dan dengar bukan sahaja kepada penyokong UMNO di kawasan berkenaan sahaja..tetapi orang lain di sekelilingnya..pengundi atas pagar misalnya...memangla akar tunjang kuat dan kukuh..namun kelemahannya ianya tidak mempunyai "support" yang kuat...keputusan telah dibuat..apakan daya..akar tunjang yang dipilih..yang serabut akan terus serabutla...
Unknown said…
Usah bimbang menang tetap menang walaupun letak pelacur ke, peliwat ke, perompak. UMNO/BN adalah sebuah parti yang menghasilkan pemimpin yang berkaliber dalam bidang rasuah dan Rasuah dianggap suci dan kemestian jika ingin menjadi pemimpin yang berjaya..tanyalah pada Najib dia lebih tahu, tetapi apa yang aku tahu PRU13 rakyat akan membuat keputusan meleyapkan UMNO/BN dari sejarah.
CHAIRMAN KAGA said…
HABIH SOKONG KE TAK SOKONG??
AKU DAH NAK SOKONG PERJUANGAN PUAK ENGKAO KAO TULIS SEMACAM
PENING!!PENING!!PENING!!
Anonymous said…
apa nak di hairankan...???

tu..si nuar al juburi...dah kena penjara 6 tahun ..tup tup..keluar penjara jadi calon MP Pmtg Pauh...

sebabnya..akar umbi pmtg pauh suka...peduli apa...sama ada peliwat ke..atau pengkhalwat ke..opps...

tentang berkhalwat ni..si mat sabu pun serupa juga....akar umbi dah suka..tak kira lah.. samaada khalwat ke ..apa ke...ni orang PAS yang memperjuangkan Islam...tapi pilih juga orang yang bersalah..
ikan emas said…
Persoalan yg sy cdg saudara cari jawapannya adakah " ada tangan-tangan lain yang telah mewarnakan supaya warna hitam jd putih ...agenda mereka lah!!

....klu jwpnya, kat NS ada 8 bhg UMNO..!!! gali! gali!
Unknown said…
BUAT APA KALU MENANG TP MARUAH UMNO TERGADAI.

SEDIH..
Anonymous said…
Isa telah didapati bersalah dan telah pun dihukum oleh parti atas kesalahannya. Dia juga menjalani hukumannya dengan patuh. Jadi menutup terus peluang kepadanya bukanlah sesuatu yang wajar. Dia tidak boleh dihukum berterusan. Islam tidak menganjurkan tindakan seperti itu. Masyarakat juga akan menjadi sangat bercelaru kalau setiap pesalah yang telah dihukum dan telah insaf terus disisihkan.
perfectwater75 said…
Salam,

UMNO Rosak!

UMNO Hancur!

UMNO Punah!

Semua kerana apa yang kita terpaksa telan, Najib dan Muhyiddin 'Play Safe', imej parti biar tercalar kerana Melayu Mudah Lupa!

Kalau menangpun apa hebatnya? Kalau bertanding Naib Presiden pun boleh sogok...takkan kali ini nak kedekut duit lagi?

Apapun, Muhyiddin dan Najib sudah boleh 'close' dengan KJ dan Ali Rustam lepas ni..

Saya hormat pendirian sdr Azli.

thx!
Anonymous said…
Pemimpin PR tak kira PASberg, DAPigs atau PKRabies hampir kesemua ADUN atau AP ada kes salah laku. kes liwat, kes jenayah, kes syariah, kes dadah, kes rasuah, kes salah guna kuasa, kes makan duit rakyat, kes telanjang/bogel, kes liwat bini tapi tetap menang juga dalam pilihanraya. Mengapa semua yang buruk jari semua menghala kepada UMNO/BN. PR yang korup mengapa tidak dicerca malah dipandang molek belaka. Manusia boleh berubah la brother... jika ada tanda keinsafan, mengapa tidak wajar diberi peluang kedua...??
Unknown said…
salam
kita senada..kita sependapat dalam isu ini.Moga Tuhan merahmati kita
Detguaq said…
Salam Azli,

Sebagai individu saya menentang

Sebagai ahli saya serbasalah

Sebagai pendokong parti saya akur

Atas asas rasional......

Terimakasih kerana 'being my follower'. It is a big honor to me. Pls add me at your blog link.

Salam.
Qorie Afifi said…
Ana rasa ada pemimpin Umno yang sokong PAS ni...sebab tu dia letak calon tuuuu. Sajer nak bagi PAS menang ke?
azlishukri said…
kita akui para pemimpin Pembangkang juga bermasalah, namun demikian itu bukanlah alasan untuk UMNO juga berbuat sedemikian. UMNO jangan ikut rentak pembangkang, kita mahu UMNO berjuang dengan para pemimpin yang bersih, biarlah pembangkang dengan cara mereka, dan kita cara kita, tak kanlah jika calon pembangkang terdiri dalam kalangan perasuah dan perompak, maka UMNO juga nak ikut seperti itu, kita harus faham, pada hari ini yang lemah ialah UMNO, jadi kita harus berhati-hati.
Anonymous said…
KEKALUTAN

Tan Sri Isa Samad mungkin akan menang. Saya berpandangan bahawa beliau punya pengaruh yang agak kuat.

Apabila beliau menang, beliau ingin kembali sebagai Menteri Besar. Maka akan wujud dua puak dalam UMNO di Negeri Sembilan, sepertimana di Terengganu.

Dalam hal yang lain, rakyat semakin marah dan benci kepada UMNO. Ingat, bukan pengundi di kawasan bagan Pinang sahaja yang benci umno, tetapi pengundi di kawasan lain.

Teguran Tun Dr Mahathir dan Tengku Razali tentang calon di bagan pinang turut memberi persepsi dan pengaruhi serba sedikit selera pengundi.


Saya juga mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi yang semakin banyak melanda sejak akhir-akhir ini. Adakah ini tanda kiamat semakin hampir?


Dato Adil
Jun said…
diwar2kan, inilah pilihan rakyat..agak2 rakyat mana yg diorang tanyer ek? kalau semua rakyat ditanye, mungkin lain jadinya kot..hehe
dr pemerhatian org rumah ni..susah betul nak cari org yg betul2 layak di undi skarang ni..kita dah kepupusan wakil yg betul2 berjuang dijalan yg betul k? hmm....
pakngah santan said…
peliwat pun pas boleh terima. dulu hentam peliwat macam orang gila. siap bagi gelaran lagi.

simple saja. kalau kita buat tak apa tapi orang lain buat semuanya salah.

setuju sangat dengan komen anon(30 sept 3:16pm & 6:58pm).
Unknown said…
Kalau nak dibandingkan kesalahan TSIS dengan ANWAR IBRAHIM Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PKR dan Mohd Sabu mantan Ahli Parlimen dari PAS teman rasa kesalahan TSIS tidaklah seberat mereka berdua.

Oleh itu janganlah ahli2 PAS dan PKR nak ek sangat. Cermin dulu muka sendiri. Tengok ada panau, kurap atau kudis ke. Jangan meludah ke langit nanti tertimpa muka sendiri. Jangan kuman di seberang sungai nampak, gajah di depan mata tak nampak. Jangan mengata dulang paku serepeh, mengata orang sendiri yang lebih.

Fikir dulu sebebelum menghina orang. Terima kasih.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y