PUTRAJAYA 28 Mei – Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, perkembangan positif lain memperlihatkan kadar pengangguran yang kian berkurangan sebanyak empat peratus manakala kadar pinjaman bank meningkat 10 peratus. Serentak itu, beliau menegaskan, kerajaan akan terus memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua serta perbelanjaan peruntukan bajet tahunan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara.
“Kesan positif ini turut disokong oleh harga komoditi, pasaran saham dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.
“Dengan perkembangan ini, diharapkan ekonomi negara beransur pulih pada penghujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Ulasan Saya : Saya rasa sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia menghentikan perbalahan politik dan bersama-sama kita tumpukan perhatian kepada ekonomi negara. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab dalam menyumbang tenaga bagi membangunkan negara, khususnya dari aspek ekonomi. Saya cadangkan agar seluruh rakyat Malaysia menyahut lima seruan saya ini.
1. Semua parti politik diminta mencari titik persamaan dan bukan perbezaan dari aspek membangunkan negara.
2. Parti pembangkang khususnya PAS diminta menghentikan caci-maki kepada kepimpinan negara, sebaliknya taat kepada pemerintahan yang sedia ada. Ajak seluruh ahli-ahli PAS berdoa agar kepimpinan negara menjadi lebih baik dan bukan memaki-hamun mereka.
3. Seluruh ulama di Malaysia mesti mempromosikan konsep bersatu padu, dan seru seluruh umat Islam bersatu dan bukan berpecah belah. Berlainan ideologi politik adalah perkara biasa, tetapi bersatu padu adalah wajib.
4. Setiap parti pembangkang diminta mengemukakan model ekonomi yang holistik bagi membantu pihak kerajaan. Kita tidak mahu parti pembangkang hanya pandai mengkritik sahaja, tetapi apabila diminta membantu mereka mengelakkan diri.
5. Semua parti politik di Malaysia harus mengadakan "Musim Tidak Berpolitik" hal ini penting agar rakyat di negara ini tidak lagi disogokkan dengan hal-hal politik saban hari. Sudah tiba masanya, kita sibuk bekerja daripada berpolitik semata-mata. Wallahualam.
* Di sekitar Ampang teh seperti di atas disebut sebagai Teh Candu, tetapi di sekitar KL Sentral ia dipanggil Teh Dandut. Harap maklum.
Comments
Bagus cadangan 'Musim Tidak Berpolitik' tu.
Kali ini saya nak tumpang blog saudara untuk menguar-uarkan HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA, iaitu pada hari Ahad ini, 31 Mei 2009.
Marilah kita sama-sama berhenti merokok pada hari tersebut, demi kesihatan diri, keluarga dan negara.
teh candu tarik satu..........
mungkin sebab sekali minum nak lg...
macam gian pulak ek..>
alamanda - wah bagus kempen tu..mari kita sama2 sebarkan...
Jai - aku setuju sesangat tu..
Sekarang ni saya nak ulas sikit je pasal titik pertemuan yang saudara cakapkan di dalam artikel saudara!
Sebenarnya tuan selagi Anwar dan PAS bersertakan DAP masih bermain politik bagaimanakah pihak kerajaan nak tumpukan perhatian terhadap ekonomi?
Saudara bayangkanlah, setiap apa sahaja yang berlaku pembangkang akan menyalahkan kerajaan hatta kucing belakang rumah mereka bunting pun disalahkan kerajaan juga!
Boleh kritik, takde masalah, seeloknya kerajaan dikritik supaya mereka tidak alpa, tapi kita kritikan yang membina, bukan kritikan pasal C4 la, pasal konspirasi la...nak kritik untuk bangunkan negara sialakan, saya pun akan bantu sekali, tetapi kalau nak kritik sebab nak ;political mileage' elok hentikan ajelah!
Marilah kita rakyat Malaysia bersatu dan mengahdapai permasalahaan ekonomi ini. Udah-udahlah politicking ni! Kita tunggu pilihanraya nanti ok!
cadangan yang baik.Tiba masa untuk mencari solusi mengatasi kegawatan ekonomi dan suasana politik yang stabil dapat menarik pelaburan asing. Semua harus bekerjasama tak kira kerajaan atau pembangkang untuk sama-sama selamatkan rakyat
ini antara punca utama kenapa melayu berpecah belah.
this is my boss' blog u should check it out..
if u are already a follower im thankin u on his behalf =)
puu-umno.blogspot.com
yg dlm gmbar tu mmg tu lah teh candu? perghh, mantap tu. telan air liur teman nengoknye.
cabaran utk kita (yang ingin berehat seketika dr berpolitik, fokus pada ekonomi negara) ialah berdepan dengan 'politik candu' Anwar & DAP.
Candu politik anwar melekat kuat kat benak penyokong taksubnya.
alangkah baiknya jika media juga bertindak tidak mensensasikan game politik yg dimainkan anwar, sudah tentu tenang Malaysia. (Kecuali harakah & suara keadilan yg mmg 'candu' power utk penyokong Anwar)
cuma kita juga apakata tidak melayan provokasi penyokong pembangkang hatta di alam maya ini pun kita buat tak tau je, biarkan mereka umpama anjing menyalak ke bukit, bukit tak bgerak anjing yg penat...lepas tu stop lah deme.
tak perlu layan provokasi deme, dan kita pun tenang seketika MENYERANG MEREKA.
bab menyerang deme tu bro parpu susah nak stop kot...hehehe.
HE HE HE HE HE
Apetah Lagi Merasainya Kan.....
Sebagai kerajaan yang memerintah negara ini, harus menumpukan tenaganya pada menyelesaikan krisis rakyat
Saya harap UMNO dapat sedar daripada terus melakukan rasuah, merampas kuasa dan menyalahgunakan duit rakyat..
Tumpukanlah pada pembangunan masyarakat...
dari menimbulkan isu memarahkan rakyat..
Teh candu.. LOL
KAU MEMANG LAYAK JADI PENYOKONG PEMBANGKANG, KAT MANA PUN BOLEH NAMPAK KAU KAN?
YOU ARE ADDICTED TO UMNO BLOGGERS AREN'T YOU?
MUAHAHAHAHHAHA