Skip to main content

Sivakumar 2009 : Tanah Dari Bumi Yang Lain


Sivakumar 2009
Tanah dari Bumi yang Lain



Saya masih boleh bersabar tatkala melihat cara V. Sivakumar melakukan watak biadab dalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam. Selain, saya sempat memerhatikan wajah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah seolah-olah kecewa dengan sikap ADUN pembangkang yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang suara majoriti, malah berlagak dan bongkak dengan menunjukkan sikap kurang ajar dan biadab di dalam dewan persidangan. Saya masih berupaya sabar dengan itu semua. Namun demikian, apabila mendengar sidang media yang dilakukan oleh V. Sivakumar pada hari ini, hati saya tiba-tiba berasa sangat benci dan menyampah melihat wajah dan lagak seorang bekas Speaker yang merasakan dirinya terlalu berkuasa dan berpengaruh. Tiada langsung menunjukkan rasa hormat kepada sultan dan perlembagaan negeri, sebaliknya, keangkuhan dan keegoanya terselah dalam sidang medianya petang tadi. Akhirnya, saya mahu mengajak agar seluruh masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya agar berfikir kembali, apakah yang kita mahu untuk negara ini? Apakah hidup kita hanya memikirkan soal politik sepanjang masa? Mari sama-sama kita fikirkan enam perkara ini dengan jujur.


1. Apakah yang akan terjadi kepada Malaysia dan negeri Perak jika manusia degil dan angkuh seperti Sivakumar itu menjadi MB Perak atau memegang sebuah kementerian? Jika titah sultan Perak sanggup ditentang, apakah manusia jenis ini akan mendengar suara rakyat seperti kita ini? Manusia yang bongkak dan kasar seperti V. Sivakumar ini tidak layak menjadi pemimpin, kerana tiada kesabaran dan tidak upaya mengawal kemarahannya - orang macam ini tidak layak dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin.


2. Bagi masyarakat Melayu, khususnya PAS, apakah mereka berfikir orang seperti Sivakumar ini akan mendengar nasihat Presiden PAS atau Tuan Guru NIk Aziz? Apakah orang-orang PAS boleh menjamin bahawa Majlis Syura Ulama mereka berupaya mengawal keangkuhan dan kesombongan Sivakumar yang jelas sangat biadab kepada institusi Kesultanan Melayu Perak? Apakah PAS hanya mengajar Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran yang tunggang langgang tajwid dan mahrajnya, tetapi tidak mendidik ahli-ahli DAP bahawa Islam mewajibkan rakyatnya taat kepada pemerintah, khususnya sultan? Apakah tiada dalam kalangan ahli-ahli PAS yang berfahaman salaf yang mahu bercakap benar bahawa haram hukumya mereka memberontak dan engkar dengan keputusan pemerintah, khususnya sultan yang jelas tidak bercanggah dengan hukum syarak?


3. Tidak bolehkah PAS dan DAP bersabar? dan menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang kuasa majoriti bagi membentuk kerajaan negeri - mana konsep redho dan tawaduk yang selama ini PAS laung-laungkan dalam setiap siri ceramah agama mereka? Jika PAS dan DAP berasa terlalu hebat dan bongkak kononnya rakyat Perak berada di pihak mereka, maka tunggu sahajalah tiga atau empat tahun lagi dan buktikan dalam PRU yang akan datang. Mengapa mesti mahu menegakkan benang yang basah pada masa ini juga?


4. Jika saya mempunyai anak, saya sama sekali tidak mahu anak saya membesar dalam sebuah kerajaan yang jelas menunjukkan sikap kurang ajar dan langsung tidak memiliki rasa hormat kepada adat dan budaya hidup orang Malaysia yang selama ini berpegang kuat kepada konsep menghormati sultan dan perlembagaan.


5. Semua sikap keras kepala yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kanan pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada lagak dan keangkuhan Anwar Ibrahim, yang merasakan bahawa beliau adalah manusia yang terlalu perkasa dan boleh buat apa sahaja. Contoh dan perilaku yang ditonjolkan oleh Anwar selama ini, akhirnya telah membentuk sebuah generasi Malaysia yang tidak hanya angkuh dan sombong terhadap sultan, bahkah terlalu taasub dengan istilah kuasa rakyat. Padahalnya, tidak semua perkara boleh diserahkan kepada rakyat, ada peranan tertentu yang harus dimainkan oleh pemerintah, khususnya sultan. Demokrasi tidak akan hidup subur, jika pendukungnya adalah manusia seperti V. Sivakumar ini.


6. Melihat wajah S.Sivakumar, saya teringat raja samseng yang pernah diburu polis dan ditembak mati pada suatu ketika dahulu, iaitu P. Kalimuthu. Apakah V. Sivakumar mahu menghidupkan kembali sikap dan cara samseng P. Kalimuthu itu dalam bentuk dan wajah yang lain? Yakni menunjuk samseng kepada sultan Perak dan Raja Mudanya pula? Sama-sama kita fikirkan. Wallahualam.



Yang jelas, Sivakumar seolah-olah dibentuk oleh acuan tanah dari bumi yang lain. Masyarakat Malaysia tidak dapat menerima cara dan sikap yang ditunjukkan oleh seorang bekas Speaker DUN ini. Sikapnya sangat berbeza dengan budaya dan cara hidup bangsa Malaysia yang mementingkan kesabaran, penghormatan dan tatasusila. Agak-agaknya dari tanah manakah Sivakumar ini diciptakan oleh Tuhan?

Comments

Anonymous said…
aslkm.saya tertarik dengan ulasan anda mengenai tajuk diatas.saya sendiri melihat kejaidan tersebut...dan secara jujur saya rasa malu pada diri sendiri kerna diperlekehkan oleh bangsa lain....saya tidaklah terlalu taksub pada politik cuma kali ini rasa kecewa ,terhina dan mcm2 lagi..
Mana Keadilan said…
Saudara tidak adil.

UMNO Barisan Nasional yang memulakan huru-hara ini terlebih dahulu.
kamikaze501 said…
saya setuju kata saudara.... saya tidak paham kenapa lah pembangkang tidak menunjukkan sikap yg baik kepada umum??? saya berasa malu mempunyai pemimpin mcm tu.... Saya juga ade terbaca 1 n3 blog penyokong yg boleh saya katakan taksub kepada anwar..., sampaikan dia kata kecohan di dun perak tu ditimbulkan oleh bn dan Dato najib.... padahal kita sedia maklum, yg memulakan kecoh adalah pihak pembangkang.... tu la dia.. klu dah taksub, sampai sanggup buat pembohongan... ni saya sertakan link pro pejuangan demokrasi yg banyak pembohongan

http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/

semoga kita bersama2 mengekalkan keamanan utk anak cucu kita.. wasalam...
pesawah padi said…
salam tuan blog.

tuan melayu, saya juga melayu. cuma, jangan racist sangat. tak bagus untuk kesejahteraan negara.
Anonymous said…
org klate

kalau tuan hamba duduk disituasi pihak pakatan rakyat, agaknya lebih teruk dari YB siva tu dibuatnya.

tuan tak payah cakap banyak lah org muda sekarang lebih tahu nilai yg mana buruk baik untuk bangsa mereka.
Zawir Al-Hamidi said…
Harap-harap Encik Sivakumar cepat=cepatlah sedar akan kesilapan dirinya itu. Saya pun ada tengok jugak sidang tu yang memang agak kecoh, sehinggakan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nadzrin merasa tidak dihormati lagi oleh wakil-wakil rakyat ini. Kalau bukan mereka yang menjadi teladan kepada rakyat, siapa lagi?
en azli...

saya ni mmg malas nak baca berita... balik balik politik... pening... mana melayu yang mempertahankan Tanah sendiri... penat penat tok nenek kita juangkan... kini kacau bilau...

PAS... saya rasa (saya rasa je tau)... seperti umpan je buat DAP...

saya mmg tak pandai berhujah...

tapi saya ada perasaan... ye pembangkang memang perlu ada... tapi kalau dah jadi begini... susahlah...

kalau kita ada pertandingan debat di sekolah... kan ada sokong dan bantah... dan ada sistem penjurian... mereka boleh je ikut... tak de pulak yang buat hal...

saya risau bagaimana nasib generasi akan datang...

takkan melayu hilang di dunia
Anonymous said…
Ingin saya jelaskan disini yang saudara maslin sham yang menjadi ketua bidan terjun juga adalah orang yg dibenci orang kampung beliau sendiri...
layakkah orang ini diangkat sebagai ketua...? terdesak sangatkah pekembar hingga orang yang tidak habis sekolah ini diangkat sebagai ketua...?
mari kita pertimbangkan bersama...
Unknown said…
salam saudara,
PR tidak berlapang dada untuk menerima kekalahan.Kemenangan dalam pilihanraya kecil membuatkan mereka semakin angkuh. Tapi pelik ya di hadapan sultan tak berani pula melawan, melawan pun bila sidang dah habis.
Mana perginya Anwar Ibrahim dalam isu ini?
Anonymous said…
Kuliauan kulit muka (hitam legam dan berkilat)sivakumar ni tak ubah macam hero tamil di tamil nadu je. Maka KDN tukarkan lah kerakyatan beliau...
Anonymous said…
Untuk mengembalikan MARUAN, ia nya bermula dengan kemuafakat Melayu itu sendiri....

Semua kena galas tanggungjawab ini dengan menghayati semula konsep dan teras perjuangan Melayu...

Kita tidak pernah dididik untuk menderhaka kepada SULTAN!!!

Kenapa dia begitu berani??Semua tahu...mereka-mereka itu ada di belakangnye....
saya sangat bersetuju dengan entri ni..
zaman sekarang ni, orang Malaysia terlalu taksub dengan pemimpin,
terlampau leka dengan politik,
padahal banyak lagi benda pentin yang perlu kite bagi perhatian..
SoLeHiN said…
Salam. Saya setuju dengan pendapat kamu. Apa yang Sivakumar lakukan seperti tidak dapat menerima bahawa mereka bukan lg kerajaan di Negeri Perak. Diharap, mereka-mereka bukanlah pemimpin masa depan negara kita. Apa-apapun, nantikan keputusan Mahkamah tinggi, mengenai krisis di Perak.

http://jendeladunia-solehin.blogspot.com/

http://solehin89.blogspot.com/
ikan emas said…
Dalam benak sy sebagai rakyat Perak..msh tak dpt lg jawapan kenapa Kjaan BN Perak pilih Speaker dari 'sedara' Siva tuu jg dan Timbalannya plk 'kakak' tu ??
PenaKiri said…
pandangan orang pas
http://idhamlim.blogspot.com/2009/05/bijak-bijak-kita-perintah-dulu.html
kini mereka takut pada bayang bayang sendiri
Unknown said…
Salam Azli,

Saya tidak mahu menyentuh tentang komen peribadi Sdr Azli terhadap Sivakumar.

Cuma ingin menyatakan di sini bahawa saya rasa seperti jawatan speaker itu terlalu banyak kuasa, sehingga nampak lebih daripada Menteri Besar sendiri.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan kuasa speaker. Sebagai contoh, jika majoriti besetuju terhadap sesuatu usul, speaker tidak boleh menolak. Pindaan harus dilakukan untuk mengurangkan kuasa speaker di semua negeri dan juga di Parlimen.

Pada pendapat saya, krisis di Perak dapat mendedahkan beberapa kelemahan dalam sistem yang perlu diperbaiki segera, bukan sahaja dalam soal kuasa speaker, tetapi juga soal kaedah peralihan kuasa tanpa pilihan raya dan cara menukar speaker.
azlishukri said…
o5/02/09 - saya juga berasa seperti saudara

Kamikaze501 - benar pembangkant tidak menunjukkan contoh yang baik


zawir - sama2 kita berdoa

zharif - itu yg menghairankan
Anonymous said…
i cant believe that he just sit there for almost 8 hours!? gilee.
PAPA GOMO said…
NIZAR DAN KOMUNIS MENGGANAS MENGHAPUSKAN ISLAM http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/nizar-bintang-tiga-dan-konconya.html
saya setuju dgn sdr dan ia tepat dgn tajuk iaitu Tanah dari Bumi yang lain

sivakumar ini seperti tidak tahu langsung hormat kepada raja yang dia tinggal iaitu sebuah negeri yang diketuai oleh seorang Raja Melayu .sebelum tok nenek dia dapat ke tanah melayu ini pun sudah ada kerajaan Melayu yang diketuai oleh Raja Melayu .

kekecohan berlaku di Perak ini adalah bukan dr BN malah dia bermula dr Pakatan yang Adun2 nya datang serbu Zambry dan saya tabik kepada belaiu yg juga bukan calang2 orang boleh berdepan 5 orang bukan Melayu di hadapannya .

semoga orang2 Melayu dapat sedar dan tidak diperbodohkan oleh Pakatan yang sanggup menghina Raja Melayu
azlishukri said…
gomo - dah baca, menarik

pejuang bangsa - saya sependapat
Cikgu Ibrahim said…
TQ kerana follow blog saya. Blog tersebut adalah hasil permintaan pelajar-pelajar saya yang mahu saya membangunkan blog. Lama tidak mendengar dan jumpa sejak saya melanjutkan pelajaran ke UM. Kalau ke KL sudi-sudilah bertandang ke bilik saya yang di atas bukit itu. Kan dah pernah datang dengan Rafik dahulu semasa anda berdua mewawancara Prof Khoo Kay Kim.
azlishukri said…
ibrahim - tahniah dah ada blog semoga lebih berjaya lagi buat duit.
Anonymous said…
Mana Keadilan said...
Saudara tidak adil.

UMNO Barisan Nasional yang memulakan huru-hara ini terlebih dahulu.

May 8, 2009 11:23 PM
---
anwar yg mulakan dulu..sapa yang laungkan lompat2 parti?????
Cikgu Ibrahim said…
This comment has been removed by the author.
mrs shaifull said…
too much, tu je perkataan yg blh keluar masa ni, mmg geram gila.

mana keadilan, naper lak UMNO yg mula dulu, sah2 dlm tv tu tunjuk sapa yg mulakan kekecohan dulu.
Sally said…
Salam..
saya tak begitu ambil pusing hal politik..cuma nak luah rasa kecewa dgn apa yg sedang berlaku dikalangan org Melayu..sesama agama bertelagah..yg tak seagama hanya tersandar dan bertepuk tangan..
Anonymous said…
Sama la saya kecewa dengan Pandikar Amin dulu masa dalam Parlimen tapi sebab dia Speaker dan berkuasa dia kena tunjukkan la.

Aku tak kisah sapa bangsa atau agama asalkan dia berlaku baik tapi kalau nama aje Muslim tapi perangai macam hantu aku pun tak hormat.

Merampas, merasuah, mengugut itu bukan nilai yg baik apatah lagi rasis.

Aku kalau ada anak pun aku tak mahu anak aku membesar didalam rasuah...menerima...meminta dan menghalalkannya diatas nama matlamat.

add
Anonymous said…
nizar menang... xbrani komen ke....
PUTRAKENCANA said…
Terimalah hakikat yang sebenarnya.

Jangan terlalu biadap terhadap Kesultanan Melayu dan Umat Melayu .

Ingatlah esok adalah 13 Mei 2009,

Genap 40 tahun Tragedi Berdarah.

Jangan anggap kami diam , kami rela........
x said…
azli,
aku rasa kepala hotak lu hanya boleh menerima pemikiran cap dacing.
cuba buka mata.
baca & fahami dari keduadua belah pihak.
lepas tu nilai.
baru la kita boleh maju.
jangan jumud sangat.
aku bukan geng manamana.
aku cuma pemerhati dari luar.
aku non-partisan.

maaf kalau tersinggung.
tiada niat.
hanya bagi pendapat.
azlishukri said…
dewakomunis - saya menilai secara objektif
"Elok kata murni jiwa harum budi
peribadi yang budiman orang puji...

Elok rupa kaya harta miskin budi buruk sikap tak beradab orang keji..."

yang bernama itu bolehlah pergi ke Pulau Namoyaki.

yang bernama itu boleh belajar di sana.

yang bernama itu boleh pergi tunggu sampan atau bot penanmbang untuk ke Pulau Namoyaki.

yang bernama itu boleh lihat dengan mata kepala sendiri;
disitu, langitNya tinggi ataupun rendah,

selamat datang kepada yang bernama itu,
kebenaran akan datang menjemputmu,

tetapi jikalau kamu masih engkar,
maka, neraka pulalah yang bakal menjemput kamu,

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...