Mahkamah Tinggi 2009
Kebenaran Di Perkuburan
Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar - akan menimbulkan implikasi yang sangat besar kepada badan kehakiman negara pada masa akan datang. Jika sebelum ini, mahkamah dan perundangan negara sering dituduh oleh pihak pembangkang kononnya dipengaruhi oleh parti pemerintah, lantaran itu, pada kali ini pula, saya melihat seakan-akan badan perundangan dan mahkamah telah dikuasai oleh sentimen dan emosi pro-pembangkang.Kebenaran Di Perkuburan
Selama ini, apabila Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya sering mendakwa bahawa para hakim dan badan perundangan negara tidak lagi boleh dipercayai kerana mereka mudah sahaja dibeli dan dirasuah oleh pihak kerajaan atau dengan nama lainnya ialah para pemimpin UMNO . Anwar juga selalu berhujah kononnya UMNO/BN/Kerajaan acapkali campur tangan dalam sistem kehakiman di negara ini, tetapi sejak akhir-akhir ini, apabila banyak kes yang memenangkan parti pembangkang, maka badan kehakiman atau perundangan yang dulunya didakwa oleh mereka tidak adil dan saksama, kini dengan tiba-tiba bertukar dalam sekelip mata menjadi adil semula.
Hal ini bermakna, mana-mana hakim atau peguam, jika mahu dilihat bersikap adil dan saksama, maka pastikan apa-apa sahaja kes yang melibatkan pembangkang, berikan sahaja mereka kemenangan dan pasti selepas itu, hakim tersebut akan dipuji seperti raja kerana kononnya membela keadilan dan kebenaran. Mahkamah atau badan perundangan dan juga segelintir ahli-ahli agama sudah dikuasai oleh sentimen dan emosi yang sudah pastinya bukanlah berpaksikan kepada kebenaran dan kenyataan, sebaliknya lebih banyak dipengaruhi oleh minda Anwar Ibrahim. Pengamal perundangan, para hakim dan ahli-ahli agama (khususnya ahli PAS) sudah merasakan bahawa mereka terlalu berkuasa dan perkasa. Mereka juga seolah-olah mendakwa, keadilan dan kebenaran itu hanya berada dihujung lidah mereka semata-mata, dan tiada pada lidah orang lain. Semua orang UMNO dan BN - adalah pesalah, sekali pun mereka membuat kerja yang betul dan baik.
Keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi semalam adalah jelas seolah-olah menunjukkan bahawa mahkamah dan hakim-hakimnya sudah dikuasai oleh sentimen dan emosi yang diciptakan oleh Anwar Ibrahim selama ini - dan jika mereka mahu dilihat sebagai manusia yang berlaku adil, maka pastikan pembangkang menang di dalam mahkamah. Sebaliknya, apabila berlaku beberapa kes yang membela pihak kerajaan, maka hakim dan badan perundangan akan dicerca dan dikutuk, kononnya tidak bersikap adil dan berat sebelah.
Nah! sekarang saya ingin bertanya kepada para penyokong pembangkang - apakah keputusan kes MB Perak ini adil kepada tuan-tuan? Tuan-tuan pasti menjawab, ia amat adil dan tepat, sebaliknya, apabila saya bertanyakan, apakah keputusan kes Altantuya baru-baru ini adil kepada tuan-tuan?, maka pasti tuan-tuan akan berkata, ia sangat tidak adil, banyak kekeliruan, kerajaan campurtangan dan sebagainya. Bukankah begitu sikap dan pemikiran pembangkang? Jadi, benar atau pun tidak sesuatu kes itu sikap pembangkang tetap sama, yakni kerajaan dan UMNO tetap bersalah - itu keputusan muktamad. Oleh sebab itu, hakikatnya, pembangkang bukan mencari kebenaran, sebaliknya mencari kemenangan semata-mata.
Agak pelik, apabila majlis peguam dan organisasi seangkatannya dilihat kurang menegur sikap dan tindakan parti pembangkang, seolah-olah segala perbuatan mereka selama ini semuanya betul dan mengikut lunas undang-undang. Yang dimasukkan ke dalam ISA akan dinobatkan sebagai pejuang, dan diraikan sebagai manusia yang teraniaya. Tiada langsung dalam minda penyokong pembangkang bahawa terdapat juga yang ditahan itu merupakan penjenayah. Dunia makin terbalik, pada hari ini, seseorang hakim atau mahkamah jika mahu dilihat sebagai bersikap telus dan betul, maka pastikan keputusan mereka kelak memihak kepada pembangkang - sekaligus keadilan akan dikatakan telah wujud. Tetapi, awas! jika mana-mana keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi pembangkang, maka mahkamah serta seluruh hakim yang mendengar perbicaraan tersebut akan dikira sebagai penerima rasuah dan dipengaruhi oleh konspirasi peringkat tertinggi.
Tanpa kita sedar, inilah sindrom selesema Anwar Ibrahim yang sedang menyular dalam sistem kehakiman dan perundangan negara. Untuk dilihat sebagai adil - segeralah menyokong pembangkang atau Anwar Ibrahim, dan jika mahu dilihat sebagai perasuah pula, maka sokonglah kerajaan. Oleh sebab itu, keputusan hakim akan lebih banyak dipengaruhi oleh sentimen dan sindrom yang telah saya sebutkan seperti di atas tadi.
Namun demikian, sedikit harapan muncul kembali apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan Datuk Dr Zamry meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak, setidak-tidaknya mengambalikan semula maruah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dikaca mata rakyat, yang sebelum ini dilihat seakan-akan baginda telah "tersilap langkah" dalam melantik Dr.Zamry sebagai MB Perak, padahalnya Sultan Perak merupakan bekas Ketua Hakim Negara - dan sudah semestinya baginda tahu dan arif akan hal-ehwal undang-undang negara, apatah lagi undang-undang di negerinya sendiri.
Kesimpulannya, saya perhatikan terdapat segelintir hakim-hakim Mahkamah Tinggi yang lebih mudah dipengaruhi oleh sentimen dan emosi - malah lebih condong untuk membuktikan bahawa mereka sudah bebas daripada mana-mana pengaruh orang politik - tetapi, hakikatnya minda mereka tetap dijajah oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kita harus ingat, hakim dan peguam bukannya maksum, mereka bisa sahaja dikritik - dan keputusan mereka belum tentu menggambarkan ketepatan dan keadilan - andaikata ia masih disulami dengan pandangan serta pengaruh Anwarisme dalam perundangan dan kehakiman negara. Para hakim harus faham, jika mereka membenci pengaruh Mahathirisme dalam perundangan negara, maka mereka juga harus membenci pengaruh Anwarisme dalam memberi perspektif dan persepsi kepada masa hadapan perundangan dan badan kehakiman negara. Sistem perundangan dan keadilan negara tidak harus dilihat dari kaca mata Anwar Ibrahim sampai bila-bila. Para hakim dan peguam harus faham semua ini.
Jangan kita jadikan Anwarnisme sebagai pencorak dan kayu ukur terhadap badan kehakiman di negara ini. Sudah tiba masanya, badan kehakiman dan mahkamah bebas daripada mana-mana pengaruh individu tertentu, yang jelas lebih mementingkan politik daripada keamanan. Kita tidak mahu melihat fahaman Anwarisme dalam mewarnai dan mempengaruhi pandangan-pandangan hakim terhadap seluruh sistem perundangan dan kehakiman di negara tercinta ini. Kita juga tidak mahu para hakim, menjadikan Anwarisme sebagai simbol keadilan dan indikator bahawa sesuatu kes itu benar atau pun salah. Buka mata besar-besar dan lihat dunia ini dengan lebih luas.
Kita juga tidak mahu melihat badan kehakiman dan perundangan negara seolah-olah memperjuangan kebenaran yang sebenarnya hanya berada di tanah perkuburan. Para hakim begitu bersemangat melaung-laungkan kebenaran, tetapi kebenaran yang mereka sendiri definasikan dan bukan kebenaran yang sebenar. Kebenaran seperti ini, adalah kebenaran yang sudah mati. Ingat! Hidup ini bukanlah Anwar Ibrahim semata-mata! Banyak perkara lain yang harus difikirkan. Takbir!
Comments
sampai bila-bila pun saya tidak akan menyokong saudara Anwar Ibrahim. Kalaupun dia menjadi PM(minta dijauhkan) saya rela dibuang negeri kerana menentang beliau. Pada saya, isu beliau menyokong Salman Rushdie pada satu temubual November 1993 dengan Asiaweek sudah cukup membuktikan dia tidak layak menjadi PM.
Hakim pun manusia juga. Mereka pun pasti ada sentimen politik juga.
Anonymous - siapa lebih biadab? siapa yang ajar rakyat agar bangkit dan bersikap kurang ajar dengan badan perundangan selama ini?
mama mia - setiap daripada kita ada biasnya. ini adalah pandangan saya semata-mata.
Koboi BM - saya senada dengan saudara.
Zharif - sama, kita sependapat dalam hal itu.
Tahniah untuk anda kerana berjaya memberi pandangan yang bernas dari kacamata seorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Tahniah!
aku sebagai rakyat (bukan perak) berasa rimas dan merasakan sepatutnya krisis ni jangan dibiarkan berlarutan lagi.. (sampai maleh nak baca paper lg skang, asyik2 politik..)
kep. mahkamah adalah berdasarkan perlembagaan.. kalo tengok kat tv pun mana2 pakar perundangan bebas semuanya kata kudeta itu tidak sah.. inya salah disisi undang-undang.. yang kata sah ialah peguam umno sahaja.. betoi x??
aku x setuju rampasan kuasa di perak, mcm mana aku x setuju brader anwar bin braheem nak jd PM ikut jalan belakang 16sept dulu..
kepada zharif, xde sapa nak buang negeri awak melainkan awak mengganas menggunakan senjata api.. takat nak menentang pendapat je biasalah, mana ada manusia sama pendapat kan..
Saudara Azli, janganlah ikut rentakpembangkang yang menuduh mahkamah mengikut emosi...
Bila saudara kata macam tue, saudara tak ubah seperti Anwar yang tak menerima keputusan mahkamah... Tak gitu?
Benar beruk-beruk pembangkang bukan mencari kebenaran tetapi mencari kemenangan. Bila menang barulah mahkamah adil dan saksama. Bila kalah mahkamah "bias" kononnya dipengaruhi kerajaan pemerintahlah dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah.
Pendekata pembangkang lahanat ni semuanya cokiau bertaraf pemimpin kaki lima. Eloklah tu berKETUAkan Anwar Al-Juburi Ibni Al-Liwati dari salasilah Azazil Al-Neraka Jahannam.
Namun, masih ada rakyat lagi yang mempertikaikan isu tersebut...
Sewajarnya, isu ini telah pun selesai kerana mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Azlan Shah..
Tetapi institusi beraja dilihat lemah kerana diketepikan..
Perkenan DYMM Sultan Perak dilihat hanya seperti boneka kerana pembangkang tidak mengendahkannya dan mengungkitkan keadilan sahaja..
Jelas memperlihatkan bahawa institusi beraja di HINA..
Bukannya malaikat tetapi ada sifat malaikat. Bukan juga iblis tetapi ada perangai iblis. Bukannya robot tapi ada perangai robot.
Apatah lagi mahkamah buatan manusia. Undang-undang pun buatan manusia. Hakim pun ada perasaan dan nafsu, sebab itu syarat utama jadi hakim mestilah manusia waras dan bukan dari robot, malaikat, jin atau iblis! Demokrasi pun ciptaan manusia. Dalam semua Kitab Tuhan takde sebut 'demokrasi'. Pemerintah Adil dan Tidak Zalim ada laa.
Tu laa fasal ada kitab tak nak fakai! Undang-undang dalam al-Quran tu dibuat untuk manusia bukan untuk robot, iblis, jin dan malaikat.
Dah nak mual tengok gelagat 2 Mangkuk Hayun tu keluar-masuk bangunan SUK. Malu la Dunia dok tengok politik Malaysia macam politik kera-luku!
Pejabat MB kembali menjadi milik Zambry Abd Kadir.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk menangguhkan keputusan terdahulu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
adakah saya penyokong UMNO/BN??
adakah saya ahli UMNO??sehingga sekarang saya bukan ahli mana2 parti politik.
sebenarnya cerita AnwarIbrahim ni saya dah bace sejak di bangku sekolah lagi di mana beliau sangat2 rapat dengan sekutu kuat orang islam seluruh dunia(amerika & Yahudi).
tidak dapat saya bayangkan jika AnwarIbrahim menjadi PM MALAYsia,dimanakah saya ketika itu.dimanakah ibubapa dan keluarga saya,apakah rupa kehidupan zuriat2 saya.masedepan MALAYsia akan hancur dengan fahaman yahudi yg dibawa AnwarIbrahim.
ketakutan saya sejak dari bangku sekolah lagi kerana di masa itu anwaribrahim sedang mempunyai rancangan untuk menggulingkan allahyarham tun ghafar baba.ketakutan saya semakin memuncak apabila anwaribrahim menjadi TPM.
saya juga pernah bercita2 berjuang dengan PAS(walaupaun ibubapa ahli UMNO) melawan AnwarIbrahim semasa beliau berada dalam kerajaan.saya juga tahu pemimpin2 ulama di dalam PAS mempunyai rancangan untuk mendedahkan sifat peribadi seorang munafik ini.
mengapa saya membenci AnwarIbrahim?kerana rancangan2 beliau adalah sealiran dengan ajen2 yahudi yg ingin menakluk dunia.
saudara azli,sama2 lah kita berdoa supaya kita sentiasa di lindungi daripada anasir2 yahudi yg sedang menular di dalam politik MALAYsia ketika ini.
jadi, dalam kes perak ni, kena terima lah.
kalau kita dah ada majoriti, buat apa kita nak bubar dun. kita perintah lah sampai pu 13.
buat apa nak buang duit. nampak bodoh kan?
tak payah cakap pasal hak rakyat dan entah apa-apa lagi. itu semua karut dan retorik saja. bukan semua rakyat perak sokong pr pun.
saya gerenti puak pr pun akan buat seperti bn kalau depa dalam keadaan yang sama.
by the way, kalau bubar dun, puak pr ni ada banyak duit ke nak belanja? kalau ada, mana depa dapat sumber?
tak kan puak pr tanam pokok duit belakang rumah kot?
fikir-fikirkanlah...
pak ngah santan
fajridil - mungkin itu dahulu, sekarang pkr sudah menguasai mahkamah.
penakiri - benar kenyataan saudara
najamarine - sama2 kita berdoa
maka benarlah kenyataan ini suatu waktu dulu di bumi melaka,
maka benarlah seperti jua kata-kata demang lebar daun;
"Elok kata murni jiwa harum budi
peribadi yang budiman orang puji...
Elok rupa kaya harta miskin budi buruk sikap tak beradab orang keji..."
salam hormat,
first of all,thanks for join my blog..saya spendapat dengan saudara.
Pembangkang akan sentiasa begitu dan tidak akan mengaku kelemahan mereka.
Kerusi DUN di Perak mampu membuktikan segalanya pada kita. masa mula2 PR menang di PRU12 lalu,kedudukan kerusinya UMNO 25,PAS 6,DAP 17,dan PKR 7..
orang boleh menilai sebenarnya,tapi puak2 melayu pembangkang ni masih tak sedar..
Maka dengan penulisan 'Anonymous' (yang hanya berani lempar batu sembunyi tangan) disini ianya telah terbukti tentang penulisan ribuan tahun iani bukti penulisan dulu-kala,
penulisan siapa?
Penulisan Ilmu Perang,
Tsun Zu, The Art of War:
apa katanya?
"If your enemy is angry, irritate them"
Jadinya saudara azli sudah membuktikan bahawa si 'Anonymous' ini terkesan dengan penulisannya.
Jadi, kalau 'Anonymous' sudah ter-irritated, jadi dia pun akan marah,
jadi jikalau dia marah, apa akan jadi?
sakit jantung, naik darah, darah tinggi, tekanan dan tak hensem.
keputusan yang bakal dibuat oleh 'Anonymous' juga adalah didalam keadaan marah-marah,
marah-marah berapi-api itu sifat siapa?
marahlah sampai ber-api2,
kemudian? boleh padam, jadi siapa yang bunuh 'Anonymous' ini?
belum lagi masuk perang, sudah K.O di tengah medan yang belum bergerak,
mati di tengah jalan, siapa yang ganggu gugat dia?
bukan azli,
tapi dia 'Anonymous' lah yang membunuh hati, jiwa dan nuraninya sendiri.
kata azli tadi:
'siapa lebih biadab? siapa yang ajar rakyat agar bangkit dan bersikap kurang ajar dengan badan perundangan selama ini?' -Azli Shukri.
itu kenyataan Azli, jawablah dengan berhemah tinggi kalau 'Anonymous' pandai.
nah sekarang 'Anonymous' akan lagi bertambah-tambah ber-api-api,
lepas itu siapa yg datang mendampingi?
makhluk ciptaan Allah yang Taqbur kepada Allah SWT, yang berapi-api yang dilaknati,
kemudian 'Anonymous' membuat keputusan dengan bisikan-bisikan dari yang ber-api-api itu,
dan apabila keputusan sudah dibuat oleh 'Anonymous',
maka, keputusan itu akan keluar dari mulut siapa?
tentulah dari mulut 'Anonymous' itu sendiri,
yang si makhluk yg ber-api-api apa pula katanya?
entah, bukan aku yang kata, dia si 'Anonymous' itu yang kata, cerca, maki hina, bukan aku,
jadi wahai si 'Anonymous',
'fikir dulu sebelum buang'
kalau dah buleh tulis tu, tulih la bok baik sikit, jangan la bagi malu orang Penanti,
Lontaran suara itu penting, tapi disini, lotaran idea adalah sanagt dialu-alukan,
lontarkan...
(maafkan saya azli, sudah banyak bicara, hari ini dalam sejarah)
Agak terkilan saya membaca post Sdr kali ini (harap-harap jangan ada yang berkata: “Kalau begitu, tak payahlah baca, Sdr Atan. Saya yakin bukan demikian sifat Sdr).
Sdr telah meletakkan satu objek (sudah tentulah DSAI) serta menggunakan istilah Anwarisme untuk “mengulas” keputusan mahkamah itu. Di awal post, Sdr berkata:
“... saya melihat seakan-akan badan perundangan dan mahkamah telah dikuasai oleh sentimen dan emosi pro-pembangkang.”
Di penghujung post Sdr menyimpulkan:
“Saya perhatikan, terdapat segelintir hakim-hakim Mahkamah Tinggi yang lebih mudah dipengaruhi oleh sentimen dan emosi – malah lebih condong untuk membuktikan bahawa mereka sudah bebas daripada mana-mana pengaruh orang politik – tetapi, hakikatnya minda mereka tetap dijajah oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim.”
(Tentang DSAI yang menjadi sasaran Sdr, tidak perlulah kita ulas. Kadang-kadang peribahasa Melayu ini memang tepat: “Hendak tahu kebaikan orang, tanyalah kawannya; hendak tahu keburukan orang, tanyalah musuhnya”. Tetapi, ingatlah: “Janganlah kita mencela musuh kita kerana besok mungkin dia akan menjadi sahabat kita. Janganlah pula kamu memuji sahabat kamu kerana besok mungkin dia akan menjadi musuh kamu”. Dalam hal ini, berdasarkan Hikayat Dewan Ekonomi itu, Sdr sendiri telah mengalaminya.)
Yang membuatkan saya terkilan ialah hanya kerana seorang hakim merujuk kepada kes Stephen Kalong Ningkan (yang menjadi asas pertimbangannya) tentang kes Nizar dan Zambry ini, badan perundangan dan mahkamah (pada pemahaman saya sistem kehakiman keseluruhannya) telah Sdr cop sebagai dikuasai sentimen dan emosi serta propembangkang. Gambaran yang dapat dicerap daripada kata-kata Sdr itu ialah badan perundangan dan mahkamah mudah dikuasai oleh sesiapa pun.
Jika tindakan DSAI dan konco-konconya, yang menurut pandangan Sdr. sering mempertikaikan keputusan mahkamah, tidak Sdr persetujui, janganlah sampai Sdr memperlekeh badan perundang-undangan di negara kita ini hanya kerana keputusan sekali ini tidak memihak kepada BN.
(Mereka, Nizar dan pengikutnya bersolat hajat untuk memohon keadilan, barangkali doa dalam solat hajat mereka itu diperkenankan Allah.)
Wallahua’lam.
Atan - maafkan saya jika pandangan saya kali ini agak ekstrim sedikit. Ini hanyalah pandangan dan pendapat saya semata-mata. Mungkin boleh sedikit sebanyak memberi ingatan kepada kita.
Terima kasih atas kesudian saudara meninggalkan jejak di ruang blog saya. Amat menghargainya.
Komen saya hanyalah kepada 'posting' ini sahaja atas dasar ianya adalah terbaru. Pada ketika ini senario sudah pun berubah. Kita semua juga tahu akan perkara itu.
Cuma, sama ada kita suka atau tidak, arus pemikiran masyarakat kini, khususnya yang sedang menjalar-jalar diperingkat pertengahan dan orang muda melihat tindak tanduk, tindakan dan tingkah persilatan yang condong kepada struktur pemikiran pembangkang itu adalah lebih suci dari menyokong kerajaan.
Mengubahnya adalah tidak terlalu berat, dengan syarat tiap tindakan balas itu, sama ada secara konsep dan falsafahnya perlulah kepada keberhasilan yang hakikat dan tidak berpilih-pilih seperti matahari, di puncak atau dilembah, tetap terasa panas pancaran cerahnya.
Nizar cuba bubarkan DUN tetapi tak diperkenankan oleh Sultan. Malangnya Nizar tak dapat terima kenyataan yang kuasa sudah hilang.
Nizar mungkir janji . Dia walaupun dari Parti PAS yang sibuk melaungkan Islam( setakat melaungkan saja) enggan menerima keputusan Sultan.
Itulah masalah sebenarnya. Perlembagaan Perak menyebut yang MB yang hilang majoriti dan cuba bubarkan DUN JIKA tak diperkenankan oleh Sultan, maka hendaklah letak jawatan.
Apa yang susah sangat nak faham. Bubar DUN adalah kuasa mutlak Sultan. Tiada siapa yang boleh pertikaikan.
SAya sedih lihat perangai orang Melayu yang sanggup biadap kepada Sultan . Mereka lupa mereka sedang berperang dengan satu-satunya "living proof" yang menunjukkkan pada dunia yang negewri ini asalnya milik Melayu.
Kita lupa bila kita biadap dengan Sultan, maka kita buka jalan pada orang yang begitu ingin hapuskan Raja-Raja. Yang rugi kita juga.
Saya menyampah dengan ulasan PAS yang "UMNOI punkurang ajar pada Raja". Jadi kalau UMNO dituduh kurang ajar pada raja, adakah PAS yang sibuk cakap pasal Islam pun nak ikut sama.
PAS selalu tuduh UMNO tak hormat MUfti. Bila Mufti Perak tegur PAS, Mufti pun dibantainya.
10 tahun yang lepas, Mohd Sabu memaki hamun Anwar Ibrahim dengan gelaran "Aljuburi". Mohd Sabu yang hanya dikenali kerana suka mengumpat( itu saja yang dia buat) mencabar Dr Mahathir pecat Anwar.
Jujurkah PAS dalam hal ini. JUjurkah PAS. PAS mengajar kebencian terhadap UMNO tetapi sanggup berbaik dengan DAP yang terang-terang memusuhi Melayu.
Mungkin elok diterangkan apa yang dibuat oleh PAS bukanlah ganjil. Itulah yang Raja-Raja Arab di Andalusia buat 800 tahun yang lalu. Mereka bersekutu dengan Raja Kristian untuk jatuhkan Raja Arab yang lain.
Kesannya amat buruk. Akhirnya Islam hilang kuasa di Sepanyol.
Renungkanlah wahai saudaraku sekalian.