Skip to main content

Azli Shukri Dalam Sejarah : Belajar Daripada Mereka Yang Berjaya, Siri 1


IMPIAN KENCANA


Oleh Muhammad Azli Shukri


(Rencana ini sudah tersiar di dalam Dewan Ekonomi, Januari 2008)



Lelaki ini kurang menyukai publisiti, tidak banyak bercakap dan lebih gemar berdiam diri. Anak ketiga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Malaysia ini cukup mesra sewaktu menyambut kehadiran sidang editor Dewan Ekonomi di pejabatnya baru-baru ini. Kelewatan beliau hadir untuk temu janjinya dengan kami, telah disambut dengan ucapan mohon maaf dan rendah diri. Gaya percakapannya tidak tumpah seperti bapanya, sekali gus mengingatkan kami pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu menerajui Malaysia selama 22 tahun. Jelas sekali, karisma dan ketokohan bapanya turut diwarisi Datuk Mokhzani Mahathir 47 tahun, Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (Kencana) yang kini dilihat oleh pemerhati ekonomi sebagai salah seorang tokoh korporat yang disegani di peringkat antarabangsa. Dewan Ekonomi keluaran Ogos 2007 tidak terkecuali meletakkan Datuk Mokhzani dalam senarai 50 Ahli Korporat Terbilang Malaysia.



Kerancakan industri petroleum dunia yang semakin berkembang ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia yang berterusan, telah membawa keuntungan yang cukup lumayan kepada syarikat yang berteraskan gas dan petroleum. Hal ini tidak terkecuali dinikmati Kencana Petroleum yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada akhir tahun 2006. Kencana Petroleum, yang ditubuhkan lebih daripada 25 tahun lalu telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharungi industri petroleum domestik.



Kencana Petroleum merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan fabrikasi industri minyak dan gas di peringkat tempatan dan antarabangsa, dengan memberi tumpuan khusus dalam perkhidmatan kejuruteraan peralatan pengeluaran fabrikasi, kejuruteraan modul fabrikasi, kejuruteraan sistem proses skid fabrikasi, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan perkhidmatan pentauliahan (EPCC), perkhidmatan reka bentuk, perkhidmatan sokongan bekalan dan pengkhususan fabrikasi.



Melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kencana Petroleum ini, asas yang membangunkan syarikat tersebut ialah tahap kepakarannya yang lebih banyak menjurus ke arah penyelesaian permasalahan struktur kejuruteraan fabrikasi yang sangat kompleks dan rumit, dalam pada masa yang sama tidak berkompromi dengan aspek keselamatan dan kualiti yang telah ditetapkan. Kecemerlangan Kencana Petroleum menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kejuruteraan dan fabrikasi petroleum telah menarik banyak syarikat asing untuk menjalinkan kerjasama yang berterus dengan mereka. Dengan kata lain, Kencana Petroleum menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh industri petroleum semasa. Hal ini termasuklah kepakaran kejuruteraan binaan dalam industri petroleum, kepakaran dalam hal-hal yang melibatkan reka bentuk platform cari gali dan perkhidmatan logistik yang melibatkan tapak fabrikasi di darat dengan platform cari gali di lautan.



Pada Oktober tahun lalu, anak syarikat Kencana Petroleum, Kencana Petroleum Ventures Sdn. Bhd. telah meluaskan operasinya melalui perjanjian sefahaman dengan Mermaid Drilling (Singapura) Pte.Ltd bagi menubuhkan firma usaha sama, iaitu Mermaid Kencana Rig 1 Pte. Ltd dalam bidang penggerudian. Kencana Petroleum menguasai 60 peratus saham dalam syarikat usaha sama tersebut, sekali gus membuktikan pengiktirafan tidak langsung syarikat asing terhadap kemampuan sebenar Kencana Petroleum dalam industri petroleum.



Sebelum itu pada tahun 2006, Kencana Petroleum mengaut keuntungan selepas cukai sebanyak RM27 juta dan keuntungannya meningkat sekali ganda setahun kemudian dengan mencecah RM57.16 juta. Kejayaan yang memberangsangkan ini, sudah cukup meyakinkan para pemegang saham Kencana Petroleum terhadap prestasi dan kekukuhan kewangan syarikat tersebut untuk masa akan datang.



“Alhamdulillah, kita berjaya mengembangkan syarikat daripada status Sdn. Bhd. kepada Berhad dan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada Disember tahun 2006. Nilai saham syarikat juga telah melonjak dari mula dibuka sekitar 41 sen menjadi 81 sen, dan kini mencecah RM2.40 sen seunit. Ini merupakan kejayaan yang cukup penting untuk kami.” Jelas Mokhzani seawal pertemuannya dengan Dewan Ekonomi. Mokhzani yang merupakan graduan dari Universiti Tulsa, Oklahoma di Jepun dalam jurusan Sains Kejuruteraan Petroleum turut merupakan seorang jurutera petroleum yang bertauliah. Beliau berkhidmat dengan Sarawak Shell Berhad dan bertugas di pelantar laut Miri dan Bintulu pada tahun 1987 hingga 1989 sebelum terlibat dalam industri kesihatan dan kejuruteraan petroleum di Kuala Lumpur melalui pelaburannya dalam Tongkah Holdings dan Pantai Holdings sekitar tahun 1990 hingga 2000 .



Mengalami naik turun dalam dunia korporat sebelum menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001. Kegagalan beliau untuk terus mengekalkan pegangan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings dan 32.9 peratus dalam Pantai Holdings sewaktu krisis kewangan pada tahun 1997 sama sekali tidak “melayapkannya” dalam arus dunia korporat tempatan. Dalam keadaan krisis kewangan yang semakin meruncing itu, Mokhzani membuat keputusan meletakkan jawatannya sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dengan alasan untuk menumpukan perhatian terhadap pemulihan perniagaannya yang terjejas akibat krisis kewangan tersebut.



Nasib Mokhzani agak baik, apabila menemui Chong Hin Loon, pengasas Kencana Petroleum dan sekarang merupakan penasihat dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad. Pada ketika itu, Chong Hin Loon sedang berusaha mencari rakan kongsi dalam kalangan bumiputera. Pertemuan dengan Mokhzani yang sememangnya arif dalam hal ehwal kejuruteraan petroleum benar-benar membawa tuah kepada Kencana Petroleum. Sejak Mokhzani menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001, syarikat tersebut semakin berkembang dan memenuhi aspirasi penubuhannya. Impian Kencana Petroleum untuk menjana keuntungan selepas cukai melebihi daripada RM70 juta bagi tahun kewangan berakhir Julai 2008 kelak dijangka akan tercapai. Hal ini menurut Mokhzani, mampu direalisasikan kerana beberapa projek yang sedang dijalankan bakal memberi pulangan yang besar sehingga tahun 2009, selain disokong oleh harga minyak yang terus meningkat.



Kencana Petroleum hanya menjana perolehan tahunan sekitar 10 peratus daripada Petronas kerana industri petroleum di negara ini sama sekali tidak dapat lari daripada Akta Petroleum 1974, yang mengikat semua perniagaan petroleum dan gas di negara ini dengan Petronas. Lantaran itu, untuk meningkatkan pendapatan syarikat, Kencana Petroleum meluaskan operasi perniagaannya ke luar negara termasuk di Sudan, India, New Zealand, Australia dan Thailand. Setakat ini, Kencana Petroleum sedang menambah baik loji pengeluarannya di Lumut agar dapat menampung operasi dan permintaan domestik, di samping mengekalkan daya saingnya di peringkat antarabangsa.



Dengan prestasi kewangan syarikat yang baik dan rekod perkhidmatan yang cemerlang, maka tidak menghairankan, jika keyakinan yang ditunjukkan oleh Mokhzani sewaktu sidang media setelah syarikat tersebut dianugerahkan kontrak bernilai RM240 juta bagi membina projek Pusat Petroleum Asia di Tanjung Bin, Johor pada tahun lalu, dilahirkan dengan nada yang penuh semangat, katanya “Dengan sasaran pertumbuhan pendapatan dan keuntungan sekitar dua angka pada tahun ini (2007) dan tahun hadapan (2008), kami yakin mampu melepasi paras RM1.4 bilion dalam masa beberapa tahun lagi, setelah mencatat tempahan semasa sebanyak RM1.2 bilion. Selepas melepasi paras kontrak tersebut, kami akan mula melabur dalam perniagaan lain di peringkat global, tetapi tetap berkaitan dengan industri minyak dan gas.”



Kekuatan Kencana Petroleum sebenarnya amat jelas melalui kebijaksanaan barisan pengarah yang mengemudi syarikat tersebut, melalui penawaran khidmat yang komprehensif dalam penyelesaian masalah antara integrasi kejuruteraan dengan kelengkapan fabrikasi secara menyeluruh yang melibatkan pentadbiran, projek pengurusan, logistik dan pelbagai aspek kualiti. Selain daripada itu, ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu projek yang diberikan, secara tidak langsung telah menambahkan lagi kepercayaan syarikat lain yang ingin bekerjasama dengan Kencana Petroleum. Hal inilah yang menjadi kelebihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kencana Petroleum berbandingan dengan syarikat-syarikat petroleum swasta yang lain.



Bersesuaian dengan moto “Menjadi Peneraju dalam Penyediaan Perkhidmatan dan Penyelesaian Masalah dalam Industri Petroleum”, Kencana Petroleum semakin hampir membuktikan bahawa mereka sememangnya mampu untuk menjadi syarikat yang disegani dalam industri petroleum negara. Peningkatan pendapatan dan keuntungan Kencana Petroleum sejak tahun 2003 menjelaskan hakikat tersebut. Pendapatan Kencana Petroleum pada tahun 2003 mencecah RM74 juta, setahun kemudian meningkat menjadi RM181 juta. Manakala pada tahun 2005 peroleh pendapatan Kencana Petroleum mencecah hampir sekali ganda daripada tahun sebelumnya dengan perolehan RM271 juta, dan terus meningkat kepada RM437 juta pada tahun 2006 dan RM824 juta pada tahun 2007.



Selain pendapatan Kencana Petroleum yang meningkat saban tahun, tidak terkecuali keuntungan selepas cukainya juga turut meningkat. Pada tahun 2003, keuntungan selepas cukai Kencana Petroleum hanya sekitar RM6 juta. Namun demikian, jumlah tersebut meningkat melebihi sekali ganda pada tahun berikutnya dengan mencecah RM18 juta. Manakala pada tahun 2005, keuntungannya meningkat menjadi RM21 juta dan berterus sehingga tahun 2006 dengan mencatat RM27 juta dan RM57 juta pada tahun 2007. Jelas, keuntungan yang berterusan ini melambangkan impian Kencana Petroleum yang sangat besar untuk menjadi pemain utama dalam industri petroleum negara pada masa akan datang.



Gambar : Penulis Bersama Datuk Mokhzani Mahathir di Pejabatnya.

Comments

sentosa77 said…
Salam.. saya suka entry yng macam ni, nanti saudara Azli terbitlah lagi bersama tokoh2 yng lain pula.
azlishukri said…
ok zaidon, saya akan memenuhi impian saudara itu. sama2 kita ambil iktibar.
PAPA GOMO said…
SALAM BRO...
MANTAP DAH NI...
HE HE HE...

APA PUN KITA HARUS BELAJAR DARI MEREKA YANG BERJAYA...

KHAS BUAT RAKYAT PERAK BAGI MENGETAHU KEBENARAN DI SEBALIK TABIR APA YANG BERLAKU SEMASA PEMERINTAHAN NIZAR BINTANG TIGA INI

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/apa-berlaku-semasa-nizar-bintang-tiga.html

RAKYAT PERLU KETAHUI KEBENARANNYA
mrs shaifull said…
saudara shukri, bapa borek, anak rintik!
Anonymous said…
Apa Khabar Saudara Azli, Saudara Akhirnya "Bertaubat" dengan kembali ke pangkal Jalan (Membahas Ekonomi Bangsa).

Inilah sebenarnya wajah saudara tatkala menemui saya dahulu. Dalam minda saudara 70 ekonomi 30 politik. Tetapi saya agak marah dan benci melihat blog saudara beberapa minggu ini kerana saudara telah hilang wajah keekonomian dan keintelektualan. Semuanya gara-gara kemarahan yang tidak terkawal terhadap politik negara kita, khususnya di Perak.

Saudara Azli yang saya kasihi. Kalaulah Saudara dahulu menerima pelawaan dan tawaran untuk bekerja dengan syarikat saya, saudara kini sudah tentu menjadi orang penting dalam industri minyak. Sebaris dengan tokoh ekonomi yang saudara paparkan gambarnya itu. Tetapi saudara memilih untuk tidak menerima tawaran saya. Saya bukannya apa, jawatan tersebut terpaksa saya berikan kepada seorang yang bukan bumiputera, bukan Melayu. Bukanlah bermaksud saya perkauman, tetapi cinta saya kepada bangsa itu yang utama.

Saudara, saya ingin menasihati supaya kurangkan sedikit berpolitik. Politik ini tidak banyak menguntungkan dan membangunkan ekonomi kita, ekonomi bangsa kita. Banyakkan bekerja dan lihat cabaran ekonomi yang kian parah ini. Blog saudara ini sangat bermanfaat untuk memapar perihal ekonomi. Gerakkan bangsa kita kemercu jaya.

Apabila bangsa kita asyik disogokkan dengan politik, kita sebenarnya leka untuk maju. Jika kita berbicara soal politik, kita sebanarnya menuju dosa kerana caci dan fitnah pemimpin BN mahupun Pakatan Rakyat.

Saya sangat marah dengan salah satu tulisan saudara. Saudara mengkritik sistem kehakiman kerana terlalu taksub dengan UMNO. Tetapi saudara senyap pula apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan.
Saya menasihati supaya saudara bersikap adil dalam memberi komen.

Berkenaan isu saudara dengan DBP, iaitu saudara telah ditamatkan kontrak seperti yang terkandung dalam hikayat panjang yang ditulis, saudara sebanarnya boleh mendapatkan jawatan tersebut semula, sepertimana Datuk Ir Nizar Jamaluddin. Saudara berhak mendapat jawatan tersebut semula atau menuntut ganti rugi. Saya telah mempelawa saudara melalui peguam saya tetapi saudara tidak berminat. Peguam saya sejak 3 bulan lalu cuba mendapatkan saudara, dan akhirnya kami menyedari saudara telah Pahang. Tetapi jika saudara berminat dan rasa perlu mendapat pembelaan, peguam saya sudi membantu saudara.

Soalan

1. Apakah pendapat saudara dengan isu saman antara Perwaja dengan Petronas? Semoga saudara dapat mengulasnya kerana mungkin dapat memberi manfaat kepada ramai staf saya.

Ikhlas

Dato Adil
Bangsar, KL.
PenaKiri said…
Saya bersetuju dengan dato adil, saudara seorang penulis yang baik, tapi emosi telah menggangu saudara.
azlishukri said…
dato adil - saya akan menulis apa-apa yang saya fikir baik untuk negara saya. Tiada niat tersembunyi dalam hal tersebut.

pena kiri - saya sentiasa berdoa agar saya tidak dipengaruhi oleh emosi.
Assalamualaikum,

Saya suka karya saudara.Adakah saudara seorang penulis?Teruskan menulis

W'salam

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .