Skip to main content

Maha Suci Allah



MAHA SUCI ALLAH


Oleh Muhammad Azli Shukri



Maafkan saya, kerana agak lambat sedikit untuk memberi komen berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan dengan agama Kristian - kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut sebenarnya tidak hanya "mengejutkan" Mufti Perak, Datuk Seri Harussani semata-mata, bahkan sekalian monyet, beruk, beruang dan semua haiwan dan binatang di hutan-banat pun akan terkejut "beruk" dengan keputusan tersebut. Apakah jenisnya manusia ini jika hal yang sangat asas dalam agama Islam pun, kita seolah-olah masih jahil dan tidak tahu membezakan antara niat menghina dengan niat untuk berdakwah. Kita harus faham kalimah Allah bukan daripada perkataan Melayu yang boleh diterjemahkan menjadi perkataan "Tuhan", itu salah dan terpesong jauh daripada kebenaran. Kalimah Allah adalah daripada bahasa Arab - ia mengandungi makna dan pengertian tertentu - tidak seperti pengertian umum perkataan "Tuhan" itu. KDN harus memahami hal ini semua. Jika tidak arif tanyalah para mufti, jangan bertindak mengikut logik akal.




Sebab itu, kita dari sekolah menengah lagi sudah diajar asas-asas tauhid dan mengenal Allah yang Esa - tak akan kita masih tidak tahu semua itu. Malah, agak ganjil jika para pegawai di KDN tidak tahu membezakan antara kalimah Allah dengan perkataan Tuhan secara umum. Apakah kita begitu jahil sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengenal Allah yang Maha Esa? Apakah kita selama ini tidak pernah belajar tentang tauhid Rububiyah (yakni menyakini bahawa Allah yang tunggal menciptakan langit dan seluruh alam ini dan menyakini bahawa tiada sebarang persamaan dari segi kuasa yang menyamai kekuasaan Allah ini. Allah yang mencipta, mentadbir, mengurus, memiliki dan menguasai alam ini) dan tauhid Uluhiyah (yakni menyakini Allah yang tunggal yang berhak untuk dicintai, dipatuhi, ditunduki secara mutlak. Dan tiada lain yang boleh disifatkan sedemikian.) Malah, apakah selama ini, kita juga tidak pernah belajar erti tauhid Asma wa Sifat (yakni meyakini bahawa Allah yang tunggal memiliki semua sifat sempurna. dan tiada sifat Allah yang sama dengan sifat ciptaan-Nya.)




Lantaran itu, jika kita memahami konsep tauhid ini, maka bagaimanakah kita boleh terfikir dan mengizinkan orang lain memandai-mandai mentakrif kalimah Allah itu sama dengan perkataan "tuhan" yang mereka fahami dalam agama mereka? Kebodohan yang semacam mana lagi yang hendak kita katakan kepada diri kita andaikata hal yang semacam ini pun kita tidak fahami? saya tiada masa untuk meleret-leret panjang dalam soal ini, saya semakin sakit hati - apabila ada segelintir orang Islam yang beria-ria pula menyokong, agar diizinkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah agama Kristian. Jika tujuan untuk menerangkan tentang Islam dan ajarannya - itu lain, tetapi jika untuk menterjemahkan takrif Allah kepada perkataan "tuhan" yang difahami oleh agama kristian - itu sudah melampau. Malah itu adalah jelas untuk menghina atau ada niat tersembunyi bagi merosakkan pemikiran dan aqidah umat Islam di negara ini.



Saya fikir sudah semakin ramai yang berani mempermainkan nama Allah dan agama kita. Sudah tiba masanya agar umat Islam di Malaysia bersatu hati menolak segala macam penghinaan kepada agama Islam yang suci ini. Kerajaan harus bertindak dan bertegas, khususnya dalam soal aqidah. Wallahualam.

Comments

Salam Azli Shukri,

Allah Ada Dua Ajaran Agama ?



Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian. Jika Melayu dan Islam kuat keadaan ini tidak berlaku. Mudah sahaja, BN perlu sokongan daripada Kristian di Sabah dan Sarawak kerana di situ undi penentu BN dalam pilihanraya akan datang.

Apapun alasan yang diberi oleh umat Islam, suara mereka bukan lagi majoriti. Kehendak orang lain seperti puak kristian dengan sokongan PKR dan PAS sudah cukup membuatkan BN tertekan. Jadi sekarang ini Bible boleh dibaca di dalam Bahasa Melayu dan perkataan 'God' dalam Injil telah diganti dengan perkataan 'Allah'.

Bagi pemahaman orang kampung seperti saya, 'Allah' yang pertama adalah Allah bagi tuhan orang Islam dan membawa ajaran dan segala undang-undang serta peraturan-peraturan Islam seperti mana yang terkandung di dalam Al-Quran. Allah yang 'kedua' adalah yang membawa ajaran Kristian dengan segala peraturan dan undang-undang mengikut versi Kristian seperti yang tertulis dalam kitab Injil.

Allah bukan lagi satu, tetapi Allah sudah menjadi dua iaitu tuhan bagi orang Islam dan tuhan bagi orang Kristian. Allah bagi Islam meletakkan Muhamad s.a.w sebagai nabi terakhir dan Al-Quran itu telah melengkapkan dan menyempurnakan Islam. Bagaimana Allah dan Nabi Isa a.s di dalam kitab Injil? Allah yang mana satu yang betul? Bagaimana pemahaman umat Islam jika membaca versi Injil Bahasa Melayu dengan suruhan dan larangan Allah kristian?

Umat Islam boleh mengiktiraf agama Kristian kerana separuh penduduk dunia beragama Kristian tetapi kita tidak boleh mengiktiraf kitab Injil yang telah 'dirosakkan' itu dengan bersetuju menerima perkataan 'Allah' atas dasar leberalisasi di dalam versi Bahasa Melayu.

Saya pasti, ramai Melayu akan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan Kristian kerana Allah Kristian lebih mudah daripada Allah Islam. Allah Islam ada menyebut hukum hudud yang menjadi polimek yang tidak berkesudahan bagi umat Islam di Malaysia, kemungkinan besar Allah Kristian tidak menyebut langsung hukum hudud di dalam ajarannya. Jadi Kristian adalah lebih mudah ,flexsibel dan selamat.

Bagaimana kita hendak menghalang umat Islam daripada membaca Injil versi Melayu ini. Kekecohan begini pun sudah merupakan suatu iklan dan promosi tentang wujudnya Injil Versi Melayu ini. Selepas ini ramai orang tercari-cari dan cuba membacanya. Lebih-lebih lagi jika telah 'dihalalkan' oleh sebahagian pemimpin-pemimpin Islam.

Saya tidak mahu membincangkan tentang rasional atau tidak perkataan 'Allah' digunakan dalam Kitab Injil Versi Melayu ini. Jauh disudut hati ada perkara yang tersirat menjadi agenda tersembunyi golongan tertentu apatah lagi perkataan 'Allah' ini hanya untuk kitab Injil versi Melayu sahaja dan ianya dituntut oleh Kristian di Malaysia bukannya Kristian di seluruh dunia.

Tidak mustahil KDN membenarkan penggunaan 'Allah' kalau BN mendapatkan tekanan politik daripada kumpulan yang diiktiraf lebih Islam seperti yang ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam-PAS ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. (www.belantan.blogspot.com)

Lebih lama dari itu, "Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.(www.belantan.blogspot.com)

Ini lah bencana paling besar yang akan dihadapi oleh orang Melayu. Satu usaha secara bersepadu, licik, bijaksana dan mengikut undang-undang untuk mengkristiankan Melayu di Malaysia. Kekuatan Melayu adalah terletak kepada Islam dan Jihadnya. Secara tersiratnya mereka telah berjaya memecahbelahkan Melayu daripada segi politik dengan meracik-racik Melayu itu kepada Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS. Hari ini sekali lagi mereka meracikkan Melayu itu kepada Melayu Islam dan Melayu Kristian.SIAPAKAH MEREKA ITU?

Penjajahan kepada umat Melayu pada 1511 hingga 1957 berjaya mengubah politik Melayu, mengubah lanskap ekonomi Melayu, mengubah prasarana penduduk Tanah Melayu tetapi mereka tidak berjaya mengubah akidah dan tauhid Melayu daripada Allah dan Islam. SIAPAKAH MEREKA DAN KUNCU-KUNCUNYA ITU?

Jika saya khilaf atas pemahaman saya, saya pohon maaf. Jika saya keliru memang benar saya terkeliru dan memang sah penggunaan perkataan 'Allah' dalam Injil mengelirukan.


Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Cheguman said…
Salam,
Setakat hari ini kita masih mampu menggunakan kuasa bagi menahannya. Kenyataan menteri berkenaan petang tadi barangkali melegakan orang Islam. Bagi saya kelegaan itu hanya untuk sementara. Dan keputusan itu juga bukan selamanya.

Bagaimana jika kita sudah tiada kuasa sebagaimana berlaku pada kerajaan Andalusia. Apa 'plan B' kita?
Unknown said…
salam,
salah ke kalau penggunaan Allah itu sebagai kepercayaan mereka?

maksud saya,mereka juga percaya Allah tetapi Allah bagi mereka hanyalah roh kudus,memang sangat becanggah dengan Ajaran Islam,

jadi sebagai orang Islam yang berpendidikan,saya rasa kita boleh berfikir sendiri dan tahu mana betul dan mana salah

tidaklah dikatakan,terus percaya Kristian dan murtad dari Islam!

betul tak?ada sangkalan?
Unknown said…
Lihat AlFatihah:

1:2. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.

Adakah Allah hanya Pemelihara manusia yang Percaya sahaja?

Tetapi jika mereka bertujuan untuk mempermainkan ini selaran Allah untuk mereka:

6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

Dan ini pula amaran dari Allah:

6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang mengambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Peringatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia mengusahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia menebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka mengusahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.

Biarlah mereka bermain, berhibur dan menipu dengan berselindung disebalik nama Allah kerana sebenarnya mereka telah tertipu tanpa sedar

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.

Lalu sekiranya kita berdampingan dengan AlQuran, tidaklah hati menjadi gundah, malah terus tenteram, walau apa sekalipun mainan mereka

8:62. Dan jika mereka menghendaki untuk menipu kamu, maka cukuplah Allah bagi kamu; Dia mengukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan dengan orang-orang mukmin.

Inilah amaran keras Allah terhadap selruh manusia:

31:33. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan membela anaknya, dan tiada juga anak membela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.

Lalu jika mereka mahu juga menggunakan kalimat Allah, maka gunalah, bukannya Allah fakir kepada manusia sekeliannya, malah seluruh manusialah yang fakirkan Allah.

35:15. Wahai manusia, kamulah yang memerlukan (fakir) Allah, dan Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.

47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk menafkahkan (membelanjakan) di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa yang kikir, dia kikir hanyalah terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya; kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan menukarkan kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.

Marilah berdampingan rapat dengan AlQuran, Kalamullah. Jangan berharap kepada orang, kepada perantara untuk mengikat diri terus dengan Allah, fahamilah sendiri ayat-ayatNya yakinlah, buanglah keraguan baik terhadap AlQuran kerana

2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),

Dan jangan juga meragui diri sendiri bila mahu berhubungan terus dengan Allah kerana Allah sentiasa dekat dengan setiap makhlukNya, lebih dekat daarei pembuluh darah.

Biarlah mereka terus leka bermain semasa kita terus memperkemaskan perhubugan dengan Robb(Pemelihara) kita iaitu Allah.

Hendak guna kalimah Allah? Gunalah. Tapi kemana?

*Hizbullah Malaysia
Salam Ziarah!

Mohon pautan di blog saudara

terima kasih
MisZ SuE said…
em...
seharusnya peranan kerajaan itu sangat penting untuk semua..
Anonymous said…
"jadi sebagai orang Islam yang berpendidikan,saya rasa kita boleh berfikir sendiri dan tahu mana betul dan mana salah" ~ Miccalamcka

Saudara, anda beruntung kerana saudara dapat belajar ilmu agama dengan sempurna, tetapi, cuba fikirkan kepada yang cetek ilmu agamanya. Apakah mereka mampu membezakannya?

Beginilah. Walaupun sekadar ayat, apakah saudara tidak terfikir mereka boleh menggunakan sedutan ayat-ayat sebagaimana biasa kita mengambil ayat-ayat Al Quran? Itu sahaja, jika kita tidak sedari, boleh menyimpangkan kita.

Anda berilmu, tetapi tidak semua beruntung mendapat ilmu sedalam saudara. Fikirkan mereka yang tidak bernasib baik.

Bayangkan, jika mana-mana ustaz, ustazah, imam-imam berfikir "aku dah tahu, sekurang-kurangnya aku dah tahu, apa nak takut.", apa akan jadi kepada masyarakat Islam yang lain? Terutama sekali yang cetek ilmu agamanya? Anda pun, dapat ilmu agama daripada mana? Sudah tentu yang berilmu bukan? JIka cikgu anda tidak mengajar anda, apakah mungkin anda dapat membezakan Allah dan tuhan agama yang lain?

Wallahualam...
azlishukri said…
amirhamzah - saya percaya ada niat lain untuk menghancurkan Islam dalam keadaan yang halus


wadaat - itu yang saya bimbangkan.


MIcca - sebenarnya Islam itu mudah, namun sangat tegas dalam hal ehwal aqidah. Sebab itu kita harus hati2 apabila memperkatan berkenaan Allah.


Datuk Seri - saya linkkan, terima kasih kerana singgah.


ondastreet - saya mempunyai pandangan asas dalam hal ini, pada saya maksud cetek ilmu agama adalah mereka yang tidak mendalami hal2 agama yang sukar seperti kedalam ilmu syariat, ilmu hadis dan yang lain cabang ilmu agama. Tetapi - dalam soal aqidah, semua orang yang harus mempunyai ilmu asas yang sempurna, kita belajar hal2 aqidah dengan sangat jelas ketika kita berumur belasan tahun, khususnya di tingkatan 1-5, saya fikir kita sudah patut tahul hal ehwal tersebut, apa yang membuat saya marah ialah pegawai2 di KDN mereka harus tahu soal2 ini, kerana mereka adalah pegawai dan sudah pun masuk universiti. Tiada alasan untuk mengatakan bahawa kami tidak tahu asas2 aqidah. Inilah maksud saya - iaitu soal aqidah adalah asas setiap yang mengaku beriman kepada Allah harus dan wajib mempelajari soal ini dengan sebaik2nya. Saya faham memang ada yang cetek ilmu agamanya - sama seperti saya, namun dalam soal aqidah jika kita cetek asasnya - saya bimbang bagaimanakah amalan kita kelak? asas islam adalah aqidah yang betul. wallahualam.
azlishukri said…
Dilarang guna Allah (utusan)

Oleh HAMDEN RAMLI

KOTA KINABALU 28 Feb. – Pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.

Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.

“Dalam perkara larangan penggunaan nama Allah itu, kita tidak akan mengatasi keputusan kerajaan yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama lain selain Islam dan kita juga tidak akan mendahului keputusan mahkamah.

“Saya mengaku berlaku kesilapan dalam pewartaan larangan penggunaan nama Allah itu dan kita akan mengambil tindakan untuk membetulkannya,” tegas beliau kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, kesilapan tersebut berlaku di peringkat ‘penggubalan maksud arahan’.

“Apa yang diberitahu pada saya dan apa yang akhirnya berlaku adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, berlaku kesilapan dan kesilapan itu membawa implikasi yang amat mendalam,” katanya.

Beliau menambah, keputusan kerajaan sangat jelas bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain daripada Islam.

Ditanya sama ada ruang untuk membetulkan pewartaan itu, Syed Hamid berkata: “Pewartaan itu dibuat oleh saya. Oleh itu saya akan membatalkan pewartaan tersebut”.

Mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, kementerian akan membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya menunggu keputusan mahkamah.

“Kita sudah membuat keputusan sebelum ini tetapi mereka cabar dengan membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum mahkamah buat keputusan, kita tidak akan membuat apa-apa keputusan,” katanya.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.

Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katholik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.
Anonymous said…
Betul Saudara Azli. Namun, perhatian saya lebih terhadap oorang yang sedang cuba mengenali Islam. Andai pembacaan/pembelajarannya salah, adalah tidak mustahil bait-bait Bible yang diambil. Kita yang tahu, insyaAllah boleh membezakan, tetapi bagaimana pula budak umur bawah 10 tahun yang baru cuba mendalami Islam?

Secara tidak langsung, saya juga sependapat dengan saudara mengenai sikap pegawai KDN (dan mungkin yang lain juga dalam mengatakan "Tak Apa"). Mereka ada ilmu, tetapi tidak gunakan untuk berfikir jauh untuk mereka yang masih baru.

Inilah yang cuba saya sampaikan. Bukan terhad kepada orang dewasa mahupun remaja, tetapi budak kecil yang cuba memahami Islam setelah mengenalinya melalui ibu bapa.

Wallahualam
azlishukri said…
ondastreet - sekarang baru saya faham maksud saudara. jika begitu saya sama sependapat seperti saudara.
MHK said…
KDN pd masa2 akan datang pd sy mesti merujuk kepada ilmuan Islam yg mahir dlm isu-isu yg berkaitan agama Islam. Jgn belakangkan org2 yg lebih berilmu.
assalamualaikum warahmatullahi Ta'ala wabrakatuh,

salam sayang kepada saudara kami azli shukri,
salam sejahtera kepada semua rakan dan taulan,
salam hormat kepada semua hadirin dan hadirat,

sala'mun alaih',
salam kepada nabi Muhammad Rasullullahi SAW,
salam kepada seluruh ahli keluarga Muhammad SAW, serta
salam kepada para sahabat Rasulullahi SAW dan para anbiya yang terdahulu,


Allah,
Allahu Allahu akh'bar,
Allahu Allah,
Allahu, Allahu,
Allah hu
Allah,
La ilaha illAllah,...

La ilaha illAllah,
muhammadar rasullulah,

La ilaha illAllah,

(segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Sub'hanahu WaTaala...)

rujuklah kembali kepada apa yang diajarkan kepada kita melalui perantaraan kalam,
rujukkanlah kembali kepada apa yang kemudiannya telah diajarkan kepada kita oleh yang terdahulu,

'dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'

telah berfirman Allah SWT,

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(١٠)

[10] doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulillaahi Rabbil `aalamin."
(QS:Yunus Ayat 10)
-petikan ayat ini telah dihimpunkan didalam 'auraadul madaniah'.
-inilah jua doa selepas solat iani doa penutup yg telah diajarkan oleh yang terdahulu,

ampunkan kami semua Ya Allah.


usahlah kita pertikannya,
usahlah kita menyedihkan lagi keadaan yang telah sangat sedih ini,
usahlah lagi kita menyedihkan mereka-mereka yang terdahulu,
usahlah lagi kita menyedihkan hati kita yang selalu merindui kasih sayang Allah,

sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah,
Maha Pengampun,
lagi maha Penerima taubat,


insyaAllah,

Salam hormat,
salam penuh kasih sayang jua daripada kami kepada semua,
-taman taman ilmu
Abuwar said…
Salam.......

Inilah susahnya bila ada Ulamak & Tuan Guru(kononnya...) turut menyokong kelulusan tersebut. Orang yang alim tentang Islam harus memikirkan tentang kemaslahatan'orang awam'. Jangan syok sendiri! Ingat2lah sikit, bukan semua orang faham macam awak faham (faham ke?)!

Inilahlah susahnya bila kita merasakan yang kita ni terlebih Islamnya....Islam sangat2, orang lain tak Islam....yelah partinya pun Parti Islam(apa ada pada nama)

Imam Shafie bila ditanya 'Hal anta Muslim' dia menjawap 'Insya Allah, ana muslim' Ini tak! Geng2 ni confirm sgt2....maklumlah syurga tu dia yang luluskan!

Semuanya ini akan membuka ruang kepada golongan2 tertentu (saya anggap orientalis) untuk meminta yang lain pulak (biasalah dah dapat betis...). Ini semua bertitik tolak daripada sokongan dan dokongan daripada manusia2 yang mengganggap dirinya faham sangat2 tentang agama..

Kita faham kalimah 'Allah' itu merujuk kepada Tuan Pemilik Langit dan Bumi, sudah digunakkan oleh orang Arab (sebelum datangnya lagi Rasulullah SAW). Akan tetapi kita rujuklah juga tempat kita berpijak...disitulah langit dijunjung! Kalimah itu kan sinonim dengan Islam keseluruhannya begitulah juga kita di Malaysia!

Semoga Allah mengasihani hamba2 Nya yang lemah lagi hina ini! Berilah bantuan kepada kami yang sentisa memerlukan-Mu! Amiin!
Ghuroba' said…
kalu kita tak benarkan agama lain menggunakan perkataan Allah sbg tuhan, kite mengatakan mrk ada tuhan lain, maksudnye seola-olah kite mengaku ade tuhan selain Allah (nauzubillah), sedangkan tuhan sekalian alam itu cuma ALLAH yg satu, tiada tuhan selain dpd ALLAH.
wallahualam..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y