Skip to main content

Apa Salahnya Mukhriz?


Apa Salahnya Mukhriz?



Nampaknya, apabila fikiran sudah tidak waras lagi, maka yang datang menghantui fikiran adalah sifat amarah dan berburuk sangka. Inilah yang berlaku apabila terdapat banyak blogger yang mendakwa, kenapa dengan tiba-tiba sahaja, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dihormati dan disanjungi sebagai pemimpin agung dalam eranya (kata-kta ini terbukti satu fitnah kepada Mukhriz, beliau tidak pun menyebut pemimpin agung)?, hal ini menurut para blogger yang membenci Tun Mahathir dan keluarganya – membuktikan sikap talam dua muka Datuk Mukhriz Mahathir, yang menurut mereka, Mukhrizlah orang pertama yang beria-ria mahukan Abdullah meletakkan jawatan dengan segera, dan kini beliau pula yang memohon agar Abdullah dihormati selepas beliau bersara kelak sebagai pemimpin UMNO yang berjasa kepada parti.



Apakah salah kenyataan Datuk Mukhriz itu? Lihat laporan tersebut :



“Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli Umno menghormati Perdana Menteri itu sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.



Beliau berkata, apa-apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi, sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.



"Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.



"Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal calon-calon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.



Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata, adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.”




Saya tidak nampak di mana kenyataan yang menunjukkan bahawa Mukhriz bersikap talam dua muka, beliau bercakap secara jujur dan berterus terang, agar kita menghormati keputusan Abdullah untuk bersara dan jangan ulang apa-apa yang pernah dilakukan oleh para penyokong Abdullah sewaktu Tun Mahathir bersara dahulu – mereka menghina, malah mengutuk jasa-jasa Tun Mahathir seolah-olah Tun Mahathir tiada jasa kepada negara. Ini yang berlaku sewaktu Tun Mahathir bersara – macam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya, semua ini diketahui oleh Mukhriz. Jadi beliau menasihat, selepas Abdullah bersara, jangan buat Abdullah sebagaimana para penyokong Abdullah memperlakukan Tun Mahathir selepas beliau bersara.




Memang betul, Mukhriz yang pertama menyuruh Abdullah meletakkan jawatannya, tetapi itu bukan bermakna beliau membenci Abdullah. Mukriz mahu agar Abdullah memahami mesej rakyat dan ahli UMNO akar umpi terhadap kepimpinannya selama ini. Soal hormat dan sanjungan, itu soal lain, dan tiada kena mengena dengan saranan Mukhriz, agar Abdullah meletakkan jawatannya secepat mungkin. Sikap Mukhriz sangat jelas, berterus-terang dengan suara akar umbi dan bukan membodek sampai mati. Namun demikian, berterus-terang tidak bermakna Mukhriz harus hilang hormat dan sanjungan kepada Abdullah, bukan semua kerja-kerja Abdullah tidak elok selama ini – manusia bukan sempurna, ada cacat-cela. Dan memberi penghormatan kepada Abdullah sebagai pemimpin agung (terbukti ini suatu fitnah kepada Mukhriz, beliau tidak menyatakan sedemikian) – merupakan kata-kata manis Mukhriz kepada Abdullah sebagai penghormatan dan sanjungannya kepada jasa-jasa Abdullah kepada negara. Hal ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah “orang muda” yang sanggup melebelkan Tun Mahathir dengan gelaran “Monyet” – tiada rasa hormat dan tiada rasa terima kasih.




Yang dapat saya simpulkan di sini, Jelas Mukhriz bersikap sebagai seorang pejuang dan pemimpin yang ada prinsip dan jatidiri. Beliau tidak mahu Abdullah dihina dan dicerca selepas persaraannya, seperti mana yang pernah berlaku terhadap ayahnya dahulu - dihina, dikutuk dan dimaki semahu mungkin setelah beliau bersara. Mengapa kita masih buta mata hati melihat hal ini? Semoga kita mendapat rahmat Ilahi. Dan bagi mereka yang terus menerus menabur fitnah kepada Mukhriz dan Mahathir - semoga Allah mengampuni dosa tuan-tuan. Wallahualam.

Comments

najamarine said…
yup...
betul tu..sebagai manusia biasa kita perlu menghormati keputusan setiap org dan jgn lah di herdik,di maki,di cerca selepas mereka mengambil keputusan.sebab bukan mudah membuat keputusan yg terlalu berat tuk di lepaskan..
tak kira lah dari kerajaan ataupun dari pembangkang.kene respect each other..
amalkan politik secara sihat.trus pandang ke hadapan.tanpe bangkitkan isu yg terkebelakang.
jgn jadi seperti si munafik anwar ibrahim..suke mengalihkan perhatian masyarakat jika terdapat isu mengenai dirinya.
tidak berape setuju dengan DAP dan PAS tetapi terlalu benci kepada PKR.(parti kehancuran rakyat)
AloQStaQ said…
Salam kepada semua peminat blog Azli,

Petang semalam (Ahad : 22/02/2009 : 6PTG) aku menghubungi Dato' Mukhriz untuk bertanyakan berkenaan perkara ini yang disebut-sebut akhbar "Hormati Abdullah sebagai pemimpin agung - Mukhriz" (Siaran Bernama Online) dan "2008 Mukhriz kecam Pak Lah, hari ini mahu dihormati "pemimpin agung" (Siaran MStar Online) ...

Beliau mengesahkan bahawa beliau meminta semua untuk menghormati PakLah selepas PakLah bersara nanti, agar perkara yang pernah berlaku kepada Ayahandanya tidak berulang kembali (kepada PakLah).

Ini kerana, walaupun selama ini beliau adalah orang yang utama/terkedepan meminta PakLah turun dari jawatan PM (demi kebaikan parti/rakyat/negara), tetapi untuk beliau bersikap tidak hormat dan menyimpang dari batas tatasusila sopan santun adat Melayu adalah amat jauh sekali, ini adalah sifat/budaya Melayu. Jadi jelaslah beliau meminta semua menghormati PakLah yang akan melepaskan jawatan Mac nanti.

Dan kita semua seeloknya menerima kenyataan Mukhriz ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Secara sopannya, apa yang Mukhriz nyatakan tersebut merupakan sebaiknya untuk kita menghargai PM yang sanggup berundur awal untuk mengelakkan banyak lagi kerosakan berlaku kepada negara dan rakyat.

TETAPI, ingin ditegaskan bahawa Dato' Mukhriz petang semalam ada memberitahu aku bahawa beliau hanya menyebut agar semua MENGHORMATI PAKLAH. Tetapi, beliau tidak pula menggunakan istilah PEMIMPIN AGUNG! - Istilah "pemimpin agung" yang menjadi tajuk-tajuk berita adalah tokok tambah yang ditambah sendiri oleh Akhbar tersebut. HARAP MAKLUM.

Aku copy-paste kenyataan ini dari laman blog aku sendiri. TQ!

Ikhlas;
AloQStaQ
azlishukri said…
najamarine - terima kasih atas komen tersebut.

AloqStaq - sekarang sudah terdedah kisah yang sebenar. terima kasih atas maklumat yang berguna ini.
Anonymous said…
Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Agak lama juga saya tidak berkomunuikasi lewat blog yang berinformasi ini. Untuk pengetahuan saudara Azli, sepi saya bukan sepi biasa, tetapi sepi kerana terpaksa menstruktur banyak perkara berkenaan syarikat, lantaran kemelut dan tempias ekonomi global yang melanda.Sebab itulah saya banyak menghabiskan masa membaca Majalah Ekonomi yang pernah saudara keluarkan dahulu kerana banyak menyentuh perihal kegawatan ini.

Namun yang berlaku sekarang adalah "sampah-sarap" menjadi bahan
pilihan untuk dikeluarkan oleh pewaris legasi saudara dahulu. Sebab itu saya tidak lagi membeli Majalah Ekonomi.

Nampaknya Isu politik kembali panas menjelang Perhimpunan Bulan Mac. Saya yakin saudara adalah antara perwakilan penting yang akan mencorak iklim politik UMNO yang kini ada jerebu dan kabus. Kabus dan Jerebu UMNO ini jikan berterusan akan merosakkan UMNO.

Kalau UMNO yang berjerebu ini dibiarkan Pemudanya diterajui oleh Khir Toyo (Datuk Seri), maka rosak dan binasalah parti kerana beliau hanya sibuk dengan penyapu dan makan tempe sahaja.

Tetapi kalau pula diberikan kepada Khairi Jalamuddin (Tiada Gelaran), maka yang berlaku hanyalah menguntungkan monyet dan beruk-beruk di Malaysia ini. Kerana beliau suka dengan perkara tersebut.

Maka kenalah kita menyokong Datuk Mukriz Tun Mahathir ini. Kata Tun, kepala anaknya botak sebab rajin sangat membaca. Maka kita perlu pilih pemimpin ini kerana sudah tentu beliau lebih berilmu daripada dua orang ini.

Namun Kata Tun Seri Lanang (saya baca masa belajar 20 tahun lalu).

"yang pekak memasang meriam, yang buta menggiling cili," maksudnya kita jangan buang 2 orang tokoh ini. Katakanlah mereka nanti kalah, kita jangan buang, kita jadikan mereka :

Khairy
menjadi ketua kepada penyokongnya yang suka yang suka mengemis. Saya sedih melihat penyokong Khairy ni, Khairy ni hidup senang, tetapi penyokongnya mungkin makan pun tak cukup, tapi tetap jadi penjilat dan pengampu Khairy (pinjam kata-kata seorang blogger).

Khir Toyo
Biar Datuk Seri ni membekalkan penyapu dan menjadi tukang sapu semasa setiap majlis-majlis UMNO. Atau sapu sampah masa pilihanraya, baru rakyat sokong UMNO sebab nampak imej bersih. Maka betullah kata Tun Seri Lanang.


Akhirnya,

Mat Letup Menjala Ikan
Mami Jarum mencari umpan
Kalau dah jelas Khairy Tak Siuman
Pemimpin begini patut di Pinggirkan


Budak Kampung Makan Roti
Budak Bandar tiada gigi
Khairi dianggap macam pencaci
Tengok mukanya bertambah benci


Mat Letup nama diberi
Meletup-letup setiap hari
Datuk Mukriz bijak bistari
pemimpin begini yang kita cari


Encik Azli editor hebat
Editor tua menjadi dengki
Dewan Ekonomi ada Hikayat
Hingga kini ternanti-nanti


Sekian

Dato' Adil
Bangsar, KL.
AloQStaQ said…
Azli, it's OK ... Sama-samalah kita untuk menyatakan yang benar.

Mulanya aku pun agak terkejut dengan tajuk Akhbar (masuk Online sejak petang semalam) yang menyebut seolah-olah kenyataan Mukhriz tersebut agak 'drastik' sehinggakan sanggup meletakkan seseorang yang pernah beliau kritik sebagai "pemimpin agung", jadi hati tak begitu tenteram, terus aku hubungi Dato'Mukhriz sendiri semata-mata ingin mendapatkan kepastian dari empunya diri.

Jawapannya jelas, memang Dato'Mukhriz meminta semua menghormati PakLah sebagai seorang pemimpin, supaya tidak berulang kembali perkara yang sama pernah berlaku terhadap Ayahanda kita, Tun Dr.M dan penghormatan kepada PakLah yang juga sanggup untuk meletakkan jawatan lebih awal.

TETAPI HARUS DIJELASKAN KEPADA SEMUA, Dato' Mukhriz tidak langsung menggunakan ISTILAH "pemimpin agung" ! ... Ianya tokok tambah Akhbar itu sendiri.

Sama-sama kita uwar-warkan perkara yang sebenar ... demi mengelokkan keadaan dan menjelaskan kepada sahabat handai dan kenalan, apa yang sebenar yang disebut oleh Dato' Mukhriz.

Sekian, terima kasih.


AloQStaQ
Kunjungi laman KELAB MAYA UMNO :

www.KMU.net.my

ATAU

www.UMNO.org

-Bersatu,Bersetia,Berkhidmat-
-Berani Berubah!-
Anonymous said…
PANTUN Dato Adil
(Jawapan kepada Saudara Azli tentang fitnah orang tertentu kepada saya)

by Dato Adil

Jalan-jalan di kebun bunga
Ternampak cicak menggaru kepala
Aku bekerja dan berniaga
Tapi dituduh editor bahasa

Mat Letup marah menyinga
Mami jarum tambah nak cucuk
Dato adil bukan apa
Tidak suka menyamar menjadi datuk

-------

Saudara Azli, saya pernah menghiasi Majalah Keluaran Saudara sepanjang saudara 2 tahun mengemudinya. Saudara berjumpa saya melebihi 2 jam.

Tidakkah saudara ingat?

Dato Adil
Bangsar, KL.
add said…
Inilah keistimewaannya MM berbanding Keling Jalanan dan Khir Tempe. Dalam blog Khir Tempe tak de kerja lain asyik menyalahkan Khalid Ibrahim dan mencari salah khalid saje...padahal masa Tempe ni jadi MB tak delah sebersih manapun. Kalau dalam blog Keling Jalanan ni tak payah cakapla kalau pasal mengutuk TDM serta MM. Kutukan kepada Tempe kurang sikit,,, Dalam blog penjilat KJ (SUKJ) lagi la,,hancing,bacing semuanya ada ..ye la blog GoBlog..

Kepada perwakilan ,,,ingatlah corak pentadbiran negara berada ditangan anda semuanya untuk hari-hari mendatang,,, kalau memilih MM maka hidup aman damailah kita semua,,, kalau memilih KJ alamatnya jadi macam Melayu diSingapuralah kita semua... kalau memilih Khir Toyo...alamat sekadar muka sahajalah yang berseri,,, tapi hati masyaallah,,, hitam berlegam....
Anonymous said…
thx f0r the c0mment 0n my bl0g. shukri, thx. salam 2 u 2. tp sy sbnr nya dh mula nak b0ik0t starbucks nie. kan nie pr0duk israel.. hmm..
azlishukri said…
add - saya sependapat.

dunnyaku - thanks
bersama sama lah kita tegakkan yang benar,,,
mn said…
1. Cis berdebah...siapa yang berani berkata Mahathir 'monyet'?

2. Mahathir bukan monyet...KETAM jer. Nak tegur orang tapi dia sendiri kaki belit.

3. Mukhriz pula ular lidi jer...taaaakut. HAHA..
fital said…
Caci maki dan umpat keji adalah lumrah biasa orang berpolitik.Apa yang saya kesalkan ialah cacian tersebut sampai hilang panduan dari akal budi yang luhur. Mukhriz tak salah, tak ada skandal pun yang saya dengar tentang beliau.Biarlah pencaci dan pencacai tu terus mencacai kerana itu hobi dia.
Anonymous said…
Blogger SUKJ, daripada cara anda berhujah nampak sangat kedangkalan pemikiran saudara ini. Memalukan bangsa sahaja. Duduk dengan gaya tak tahu malu dan pakai cermin mata hitam. Saya rasa cermin mata hitam itulah yang menghitamkan pemikiran anda. Sebab itu muka anda sama hitam dengan Khairy.

Saya nak tanya awak, berapa ringgit awak dapat daripada Khairy ni? Cukup untuk beli cermin mata hitam di pasar malam atau bersamaan dengan harga seluar dalam anda?

Kalau anda mengatakan seorang NEGARAWAN seperti Tun Dr. Mahathir seperti ketam, maka saya tidak dapat gambarkan sampah sarap seperti anda harus dipanggil apa?
Saya rasa binatang pun tak layak untuk dijadikan gelaran anda.

Pergilah bertaubat dan hentikan perbuatan hina anda ini. Dalam Islam sendiri tidak membenarkan kita menggunakan gelaran yang tidak baik kepada orang lain. malah mengaibkan juga ditegah. Apa lagi perbuatan saudara ini langsung tudak bermoral.

SUKJ nama diberi
Menyokong Khairy tidak terperi
Dirinya tak kisah walaupun mencaci
Asalkan dapat beras sekati

Sorong papan tarik papan
Kepala SUKJ ditarik-tarik
Apalah gerangan untungnya badan
Menyokong "ketua segala beruk"

Sekian
azlishukri said…
sukj - apa2 pun Tun Mahathir tetap berjasa kepada negara

fital - betul tu

dato adil - saya setuju
GELIgeli said…
Tahniah kepda yb..mukhriz..satu pandangan yang baik dan bermoral.
Sebenarnya inilah sepatutnya yang UMNo dari dulu dan kini lakukan.
Tapi telah menjadi budaya UMNO tidak mahu mengenang budi dan jasa pemimpin berjasa dan berbakti.Mungkin semangat ikhlas memimpin dah hilang gamaknya.
Teman pernah mengesyorkan cadangan ini..di peringkat cawangan utk ketua cawangan baru menghormati/mengdakan majlis dan penghormatan kepada ketua cawangan lama..yang melepaskan jawatan secara sukarela.
Hampa..sampai sekarang ketua kampung/ketua cawangan lama tidak dihargai..walaupun jasanya terlalu banyak.
Teman tanya kpd ketua caw baru..jawapanya....jasa kita dikenang jika kita ada jawatan dan kita perwakilan.
toksetiu said…
baguslah ri back up berita tentang Mukriz tu, semoga rakyat mendapat berita yg betul
azlishukri said…
tok setiu - begitulah mereka putar belitakan berita dan cerita.
Anonymous said…
Khairy Lebih Baik Jadi Ketua Pemuda UMNO?

Kata seorang kawan, KJ lebih baik menjadi Ketua Pemuda untuk mengurangkan malapetaka dalam negara. Kawan saya menyanggah pendapat saya bahawa Khairy tidak layak.

Hal ini menurut beliau, jika Khairy kalah, dia telah mengatur Strategi Tingkat 4 untuk bertindakbalas terhadap banyak pemimpin termasuk Najib dan Mukriz. Apa benarkah apa yang beliau katakan atau sebaliknya.

Dakwaan beliau disokong dengan andaian bahawa Datuk Seri Abdullah bukan mahu berdiam diri. Beliau kini membiarkan Najib melakukan "banyak kesalahan" dan tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Ingat, Presiden UMNO tidak semestinya menjadi Perdana Menteri. Melainkan ada usul undi tidak percaya di Parlimen oleh Najib atau mungkin Mukriz. Namun siapa yang menyokong? Mungkin sokongan akan berbelah bahagi 50/50 manakala pembangkang pula akan menyokong Datuk Seri Abdullah mengekalkan jawatan Perdana Menteri kerana Najib telah melakukan "banyak kesalahan" kepada pembangkang.

Maka patutkah Khairy diberi jawatan Ketua Pemuda atau menggunakan Tingkat 4 untuk mengatur politik Malaysia?

Dato Adil
Bangsar, KL.
.@blogger.com said…
Salam,
terima kasih lawat dan komen diblog saya.
Benar apa yg dikata oleh Mukhriz, ibarat sebuah pertarungan apabila musuh sudah diluar gelanggang apa gunanya kita memperkatakannya lagi. sepatutnyalah kita menghormati kawan dan lawan kita. kita boleh hentam sesiapa PM semasa dia PM tetapi apabila ianya telah berlalu kita patut lupakan dan maafkan segala kesilapannya. dalam hal ini kita tidak dengar bangsa lain mengata dan mengutuk TDM, tetapi yg ada adalah dari kalangan bangsa kita sendiri. malangnya melayu.
BERANIKAN HATI http://braveheart-blogger.blogspot.com
Pak Pelandok said…
Saudara Azli

MUkhriz bakal pemimpin besar negara, mewarisi ciri dan gaya Tun Mahathir, kurang bercakap tapi banyak berfikir dan bekerja....

inilah Pemimpin yang UMNO, orang Melayu dan Negara perlukan......

Sewajarnya Mukhir dicalonkan di Bukit Selambau......dah tentu rakyat akan menerimanya...... selepas tu
ambil alih Pengerusi Perhubungan Kedah......inilah peluang dan kaedah mengembalikan Kedah kepangkuan BN.......orang UMNO kenalah rasional dan objektif.....perlu jujur dan ikhlas.......guna pakai strategi Idris jusuh semasa nak rampas kembali Terengganu dulu.....
APPLE PIE said…
salam sahabat,
saya melihat kenyataan Dato mukhriz sebagi satu seruan dan contoh yang terbaik perlu diamalkan oleh seluruh ahli pemuda pada mereka yang berjasa pada parti dan menghhormati mereka terhadap jasa-jasa yang disumbangkan, yang lebih penting zaman beredar pusaka bergilir.
Unknown said…
mane2 pemimpin pun mesti tidak dpt lari dari fitnah dan hasad dengki. harap2 Mukhriz dpt bertahan dan Encik Azli perlu sentiasa dibelakang beliau. insyaallah..
leiah said…
suke2 hati je diorang ni menokok tambah berita ye...
azlishukri said…
appel pie - betul sangat tu

khairul anuar - InsyaAllah

leiah - mereka main cakap saja
hayati said…
trime kasih krane bgi comment kat blog sya..dlu sya bermint juga trhdap plitik...tpi setelh mlihat senario politik masa kini, sya lihat dua2 pihak ada kekurngan masing2..dan bgi sya rkyat tiade hak sepenuhnya untk menentukan pucuk pimpinan pemerinthan..maaf jika sya mengtakan begitu..terima ksih juga kpda pihk kerajaan yg bnyak membntu rkyat selama ini..xdpat dinafikan bnyak sumbngan kerajaan kpda kita...
zedmagel said…
Saudara Azli Shukri,

YB MUkriz tidak bersalah, manusia lain juga tidak berslah dalam memberikan pandangan masing-masing. Mukriz boleh menjadi menteri kabinet.

Tetapi Mukriz bukalah pilihan untuk menjadi KPUM penggal ini. Kerana pemuda memerlukan seorang ketua yang benar-benar mampu memimpin UMNO menaluki persada seni politik tanah air pada masa akan datang. Jika dibuat pilihan saya bios kepada KJ.

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Yang Cuit Dan Mencuit : Terima Kasih Zaini Hassan

Yang Cuit Dan Mencuit Terima Kasih Zaini Hassan Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang semakin mula dihargai - sekurang-kurangnya diberi pernghargaan dengan pujian. Pada perkiraan saya, ini merupakan satu permulaan untuk semua bloggers kerajaan diberi pengiktirafan yang sewajarnya atas pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Sebagai bloggers picisan, sekali lagi saya merakamkan kegembiraan dan sekalung tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang terbukti menjadi barisan utama bagi menggempur barisan Pakatan Rakyat yang semakin kucar-kacir sejak akhir-akhir ini. Walaupun saya tidak dapat hadir pada majlis tersebut, sekurang-kurangnya, semua bloggers pro-kerajaan sudah meluahkan rasa hati mereka. Semoga Allah juga yang membalas jasa baik tuan-tuan semua, Wallahualam. Baca tulisan Zaini Hassan di sini...