Skip to main content

Air Pasang Surut


Air Pasang Surut

Oleh Muhammad Azli Shukri


Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam – apabila dengan sengaja menyamakan perkataan “Tuhan” dengan “Allah” dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia – yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita – mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA .



Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik – harus bertegas dan serius mempertahan agama Allah ini dari terus diperlekehkan oleh pihak yang berniat jahat. Sudah semakin biadab dan berani mereka menghina agama kita. Masih segar di dalam kotak minda kita bagaimana suatu ketika dahulu, nabi junjungan kita juga menerima nasib yang sama, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar karikatur Nabi Muhammad SAW - satu penghinaan yang sangat jelek dan kurang ajar. Kali ini - wujud segolongan lagi yang cuba menghina dan menyamakan Allah dengan takrifan "Tuhan" yang mereka fahami. Sangat berani mereka mempermainkan nama Allah secara terang-terangan. Sudahlah hati kita masih terluka dengan penghinaan karikatur Nabi Muhammad pada satu ketika dahulu masih belum sembuh. Dan kini, nama Allah pula menjadi sasaran mereka. Kebiadaban ini tidak boleh dibiarkan lagi. Ayuh! mari sama-sama kita protes dan pertahankan Tuhan dan Nabi kita! Allahuakbar!


Kerjaan harus melakukan langkah-langkah ini dengan segera :


1. Tutup penerbitan akhbar Herald Catholic dengan segera.


2. Gunakan ISA kepada mereka yang jelas berniat jahat dan mempunyai agenda menghancurkan Islam.


3. Satukan umat Islam di Malaysia dalam menentang penghinaan tersebut.


4. Gubal undang-undang anti-Penghinaan Islam dengan segera. Pastikan hukuman yang berat ke atas mana-mana pihak yang cuba mencemarkan kesucian Islam.


5. Kerah dakwah dan penerangan Islam secara besar-besaran di seluruh negara, agar masyarakat bukan Islam memahami Islam secara dekat dan betul - lakukan "target" atau sasaran dakwah dalam bentuk jangka masa, seperti sebulan, setahun dll, dari aspek jumlah sasaran kemasukan orang bukan Islam ke dalam agama Islam (bukan paksaan). Selama ini, para da'i atau pendakwah tidak meletakkan sasaran terhadap berapa ramaikah yang mereka mahu dalam tempoh setahun atau sebulan untuk orang bukan Islam menganut agama Islam. Kita hanya berserah semata-mata tanpa ada "target". Hakikatnya, kita bijak berdakwah tetapi tiada strategi. Tetapkan sasaran jangka pendek dan jangka panjang dalam memastikan jumlah penganut agama Islam bertambah saban tahun. Kita menjadi lemah disebabkan cara kita berdakwah tanpa mempunyai strategi dan sasaran kerja. Meminjam kata-kata Saidina Ali - "Kejahatan yang disusun dengan baik, mampu mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun."

Comments

Anda adalah Syaitan bertopengkan manusia dan kononya warak. Negara negera Arab tidak pernah melarang orang Nasrani menggunakan ALLAH. Hanya Mahluk UMNO yang jijik sahaja yang melarangnya.
Pok Li said…
Dahulu ia hanya berlaku di luar lingkungan kita. Namun kini kita menyaksikan bahawa antara masyarakat bukan Islam juga mempertikaikan soal-soal Islam seperti persoalan pengkid, Mahkamah Syariah dan beberapa hak orang Islam. Penghormatan terhadap Islam diancam dari luar dan dalam.
Najwa Raz said…
Di sini saya tertanya-tanya kepada akhbar Herald Catholic mengapa akhbar tersebut tidak menggunakan nama Tuhan mereka sebagai "Jesus Christ" atau sekadar "Jesus" sahaja. Saya juga merasakan dunia hari ini semakin berani menentang hukum Allah...Kalaulah suatu hari nanti bala akan menimpa kita seperti kaum Nabi Lut atau Nabi Nuh yang menentang hukum Allah walau tidak sedasyat hari ini. Semakin meruncing dan keterlaluan.
abdrahim kassim said…
Apa salahnya mereka menggunakan nama Allah. Allah itu bukan milik orang Islam dan Allah juga tidak mengkhususkan orang Islam sahaja yang boleh menggunakan namanya.

Musyrikin Mekah sebelum Nabi Muhammad lahir telah menggunakan nama Allah. Jadi apa masalahnya.

Orang UMNO sahaja yang tidak mahu orang lain menyebut nama Allah, sedangkan dalam Islam ianya tidak dilarang.

Pemimpin UMNO ini, orang nak sebut nama Allah dia tidak bagi, orang nak laksanakan hudud, dia tidak kasi, orang nak buat negara Islam dia tidak mahu.

Apa nak jadi dengan UMNO ni>
Unknown said…
Salam...
Saya setuju dengan langkah-lagkah yang patut diambil oleh kerajaan seperti yang dicadangkan di atas. Ia wajar kerana selagi kita tidak bertindak selagi itulah mereka bebas menghina Islam. Siapa lagi yang nak bela Islam kalau bukan diri kita sendiri...
fital said…
Perbuatan mereka sungguh biadap.Kerajaan mesti bertindak tegas kalau perlu sumbat saje dia kat kem Kemunting. Kalau ada kaki pukul lagi bagus tempeleng aje dia.
add said…
Acahan terkini dari gerakan anti Islam terhadapan kepimpinan negara yang lembik (bapanya kah) atau menantunya yang "keras" dalam hal bukan berkaitan agama. kalau dah betul anak jantan (kj) gunakan kuasa anda sebagaimana anda menggunakan kuasa semasa pru 12 yang lalu... baru ramai yang tabik... kepada Mukhriz, ayuh aman malaysia, gerakan tenaga menghapuskan mereka ini...
azlishukri said…
Kulindod - saudara boleh cakap apa sahaja. tetapi saya tetap berpendirian akidah umat akan terpesong apabila nama Allah digunakan dalam penulisan yang cuba menggambarkan Allah juga seperti tuhan2 mereka. sudah berbuih mulut ulama Malaysia yang mewajibkan umat Islam berjihad mempertahankan agama Islam jika mencemarkan nama Allah. Nampaknya saudara tidak faham membezakan antara hukum syariat yang boleh terdapat kelonggaran sedikit dalam pelaksanaannya berbanding dengan urusan akidah yang sangat bahaya jika dicerobohi.
azlishukri said…
adrahim - Allah adalah Tuhan sekalian alam bukan milik UMNO dan bukan milik PAS - tetapi adalah wajib mempertahankan nama Allah apabila terdapat unsur yang mencemarkan kemuliaannya. Seperti apa2 yang telah berlaku. ini bukan soal Allah itu milik semua atau bukan milik semua. Tetapi ini persoalan menyamakan Allah dengan Tuhan mereka - itu satu dosa besar dan membawa ke arah kesyirikkan. Apa nak jadi dengan generasi akan datang apabila mereka memahami Allah itu sama saja dengan tuhan2 lain yang disembah oleh orang kafir? tak nampakkah kita akan bahayanya hal tersebut?
gotahlantun said…
HAL2 LAIN KAU BOLIH SENTUH, TETAPI DENGAN HATI2.

PASAL AKIDAH, KAU JANGAN BUAT MAIN2
EDEN BELASAH KAU NANTI..

KALAU DI NEGARA IRAN DAH LAMO MAMPUS ORANG YANG MENCADANGKAN ISU INI.
pada saya, hanya satu saja.. umat islam, melayu perlu bersatu tidak kira PAS atau UMNO, buang segala ego dan barulah kita boleh berjihad mempertahankan agama kita. Kita harus berjihad untuk muhasabah diri kita.. saya sering berkata muhasabah diri.. ini amat penting untuk kita menilai dimana kita berada.. dimana kedudukan kita dikaca mata bangsa lain, di mana kedudukan kita di dalam Islam itu sendiri..

Yang paling penting ialah penguasaan ilmu. Masalah dengan politik malaysia ialah semua ahli politik buta ilmu... Jadi sebagai generasi muda, saya menyeru kepada semua umat islam untuk menguasai ilmu untuk kita berjihad menentang musuh-musuh islam. Mata pena itu lebih tajam jika dibandingkan dengan mata sebilah pedang..

Sakam Perjuangan,

Hidayat Rashid.

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
gotahlantun said…
Tindakan Herald Catholic untuk menggunakan nama Allah SWT dalam edisi terbitan Bahasa Melayunya adalah satu tindakan yang amat biadap dan tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

Penggunaan nama Allah SWT boleh mengelirukan ramai penganut Islam terutamanya yang masih kecil dan muda remaja.

Jangan cuba memprovokasi dan mencabar kesabaran umat Islam. Jangan mempersendakan nama Allah SWT di negara ini.

Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap penerbit Herald Catholic dan mereka yang menyokong usaha penggunaan nama Allah dalam Herald Catholic.
Fatin Baharum said…
salam singgah..`
herald catholic sj nk cr psl kot..
nk bg gaduh sbb isu agama mmg sensitif..
mrk sj cr psl sbb mrk tau, buat cmtu pun, if sultan² murka @ terguris hati, kerajaan xbuat ape..
nk slhkn dieorg, xjgk, sbb kerajaan skrg mcm liat nk amik pape tindakan..
tgk time bar council buat forum dulu, bila ramai org islam berkumpul kt dpn, bila dh mcm kecoh, br nk stop..
dieorg suke bila tgk gado², kot?

:: xbrape kenan komen dr kulindod, ni bkn mslh parti, ni mslh agama..

nway, me linking this blog too..`
azlishukri said…
add - saya setuju

gotahlantun - betul sangat tu, hal2 akidah jangan main2

nabila - saya sependapat
Doyok said…
kalau org yg kononnya islam sendiri yang bagi sokongan camna? camni ke cara dorang tegakkan islam di bumi sendiri? jangan asyk berpolitik tapi agama tergadai. napa mesti guna Allah? bukannya diorang sembah Allah. ada muslihat disebalik ni

p/s: kalau bukan umno, sapa lagi nak bela islam? pas sendiri kasi lampu hijau. guano tu?
Anonymous said…
abdrahim kassim said...
Apa salahnya mereka menggunakan nama Allah. Allah itu bukan milik orang Islam dan Allah juga tidak mengkhususkan orang Islam sahaja yang boleh menggunakan namanya.

Musyrikin Mekah sebelum Nabi Muhammad lahir telah menggunakan nama Allah. Jadi apa masalahnya.

Orang UMNO sahaja yang tidak mahu orang lain menyebut nama Allah, sedangkan dalam Islam ianya tidak dilarang.

Pemimpin UMNO ini, orang nak sebut nama Allah dia tidak bagi, orang nak laksanakan hudud, dia tidak kasi, orang nak buat negara Islam dia tidak mahu.

Apa nak jadi dengan UMNO ni>

----------------------------------

Ini seorang lagi sampah pembangkang yang jahil soal politik negara. Tahu bercakap tapi otak kosong, boleh tak kalau memberi komen, dengan ilmiah?

Siapa orang UMNO yang tak bagi orang lain sebut nama Allah? Ini satu fitnah dan dosa, orang UMNO maksudnya semua. Macam mana nak buktikan. Dalam soal agama ni, biarlah beradab sikit dan berhati-hati, nanti akidah sendiri yang rosak.
Anonymous said…
Blogger Kulindod tidak lebih kepada seorang yang sakit mentalnya dengan tuduhan syaitan dan celaru. Nampaknya blogger ini tidak dapat membezakan Ungkapan Pelacur secara umum dan tuduhan bahawa ibunya seorang pelacur.

Contoh :

Siti Kulindod (Nama ibu si Kulindod). Apabila kita orang berkata terdapat kegiatan pelacuran. Kita tidak begitu marah, cuma ingin tahu betul atau tidak. Tetapi kalau orang kata Siti Kulindod seorang pelacur, takkan si kulindod diam membisu dan terhegeh-hegeh seperti kerang busuk. Saya harap blogger ini faham apa yang dibincangkan.
hans said…
politik skrg sangat memualkan....
semua pentingkan perut sendiri
azlishukri said…
hans - saya sependapat. mungkin makin ramai yang membenci UMNO kelak.
Anonymous said…
RAGAM DUA MINGGU PENUH EMOSI

1. Saya bercuti pada Tahun Baru Cina. Pada masa itulah anjing bandar (Blogger Budak Bandar) menyalak. Anjing pondan ini hanya tahu menyalak apabila Kuala Lumpur sudah kosong kerana orang pulang ke kampung bercuti. Tetapi selepas itu membisu kerana malu. Saya faham,dan tidak marah anjing yang menyalak ni, mungkin dia malu-malu ketika orang ramai kerana kepalanya busuk, atau ekornya tiada. Tapi atas apa yang dilakukannya, jika saya melihatnya ditepi jalan, saya akan kata kepada pemandu saya, langgar "anjing bandar pengacau itu". Mungkin kereta Volvo saya mampu meranapkan tulang-tulangnya.

2.Blog ini blog Apa? Saya hairan dan kagum. Blog ini sering sahaja mendahului media. Contoh dalam kes Perlantikan Senator Datuk Dr Firdaus atau isu Penghinaan nama Allah. Selepas dua tiga hari dibahas dalam blog ini, barulah pihak media menyiarkannya. Tahniah.

3.Rancangan ALLY (TV3) tentang Bahasa Rojak. Teringat DBP. Namun daripada maklumat yang disebutkan Ally, katanya tiada siapa yang berani tampil membahas isu itu pada malam tersebut. Semua yang Ally hubungi asyik menolak. Akhirnya Datuk atau Dr Noressah (saya kurang pasti gelaran beliau) tampil setelah dihubungi. Persoalan saya, kenapa takut sangat bercakap soal bahasa, tetapi berani "menganiaya" orang lain? Kemudian disebut tentang majalah yang menjadi wadah menyampaikan maklumat. Disebut ada majalah Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat. Itu yang saya tergelak. Setahu saya majalah yang menjadi hebahan tentang bahasa ialah:
1. Pelita Bahasa
2. Dewan Bahasa
3. Dewan Sastera
4. Dewan Budaya
5. Dewan Siswa
6. Dewan Pelajar
7. Tunas Cipta
8. Dewan Ekonomi (Majalah Korporat Terbaik semasa Azli menjadi Editor)
9. Dewan Kosmik

Ini ikhlas, semua majalah itu ada bicara soal bahasa sama ada penggunaan istilah dan lain-lain. Tetapi Majalah Dewan Masyarakat yang disebutkan tiada pula saya perhatikan. Yang ada ruangan Mat Letup dengan gaya penulisan yang rojak.
Patutkah Majalah Masyarakat dengan ruangan Mat Letup dikatakan sumber rujukan bahasa?
Saya cuba menghubungi Ally pada Malam itu tetapi gagal untuk beri pandangan ini dan bertanya kepada penal. Tetapi saya kagum dengan tokoh dari DBP itu, beliau sangat hebat dan santun berbahasa serta berani pula tampil, tatkala orang lain menikus, seperti Majalah Dewan Masyarakat yang masuk ke Lubang Tikus.

4.Pengajaran Politik Perak. Pengajaran amat mudah dalam hal ini. Saudara Azli lebih faham kerana beliau asal dari Perak. Jadi bersedialah orang yang pernah menjatuhkan orang lain suatu ketika dahulu. Kalau kita berani menjatuhkan orang lain, kita akan jatuh. Saya tidak berminat mengulasnya dari sudut politik kerana masih terlalu awal. Tetapi maklumat yang saya perolehi akan ada tsunami berlaku di tempat kerja lama Saudara Azli. Nantikan. TSUNAMI JAWATAN DAN PERUNDANGAN.


Dato Adil
Bangsar, KL.
azlishukri said…
Dato' adil - berkenaan blogger yg bernama budak bandar tu saya dapati blogger tersebut sudah tidak masuk lagi ke blog ini. mungkin sudah penat mencaci dan mencarut saya serta dato'. malah untuk pengetahuan dato' budak bandar juga menunduh dato' salah seorang staf di bahagian majalah DBP. Dan lebih jauh lagi blogger budak bandar telah memfitnah dato telah bersengkongkol untuk menjatuhkan seseorang di bahagian majalah.
azharjaafar said…
Kita kena jelas...

Satu; politik dalam Islam.
Satu lagi; Islam dalam politik.

Politik dalam Islam adalah cabang dalam agama iaitu cara Nabi SAW bangunkan dan tadbir kerajaan Islam.

Islam dalam politik adalah berniat membangunkan Islam tapi menggunakan kaedah bukan Islam.

...sekadar pandangan peribadi.

*Terima kasih sudi singgah dan komen di blog saya.
a s m said…
apa komen anda isu menteri besar sekrang ini
Mohd Shubhi said…
Berkenaan nama Allah. Saya tak pasti apa takrif "Allah" yang di letak dalam kamus Dewan Bahasa mungkin saudara Azli boleh rujuk.

Tapi saya pasti kalau takrif yang diberikan dalam kamus dewan bahasa jitu dan lengkap menggambarkan atau mengtakrifkan Allah itu sebagai salah satu nama Tuhan yang bersifat sebagaimana akidah pegangan umat Islam, yang tidak menyamai sesuatupun, yang tidak bermula tidak berakhir, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan lain-lain lagi, sudah tentu agama lain tidak dapat menggunakan nama Allah sewenang-wenangnya di negara kita ini melainkan takrifan nama Allah yang dimaksudkan olehnya bersesuaian dengan yang telah ditakrifkan oleh kamus dewan bahasa dan di iktiraf sebagai rujukan.
Sudah tentu agama lain (di Malaysia) takrifan Tuhan atau Allah itu bertentangan dengan yang diiktikadkan oleh umat Islam.
Saya bercakap dalam konteks negara kita, bahasa kita, kitalah yang takrif dan kita guna pakaikan.
Mungkin dengan ini selesailah pertikaian penggunaan nama Allah di Malaysia.
Tak apalah sekiranya kulindod, abdrahim kassim dan sekutu sekutu mereka tidak mahu mempertahankan kemulian nama Allah S.W.T.

Sekiranya kita merasa sayangkan agama dan iman kita, kita bersatulah menghalang penggunaan nama Allah S.W.T untuk agama selain Islam. Aku lebih rela mati syahid daripada membiarkan orang kafir mempersenda nama Allah S.W.T

Aku percaya setiap kebaikan yang kita dilakukan walaupun sebesar zarah tetap akan mendapat manafaat di akhirat kelak.
assalamualaikum warahmatullahi wb saudara azli,

kes 'Herald Catholic' yang jikalau terbukti telah menghina agama Islam' itu sama-samalah kita nantikan pihak yang berwajib untuk melaksanakan tugasan-tugasan.

selain ini, sama-samalah kita juga melaksanakan tugasan-tugasan kita dan seperti salah satu contoh tugasan yang perlu dicontohi adalah seperti saudara yang menulis dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran,

maka benarlah, 'berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran', jikalaulah tida lagi kesabaran, maka sudah tentulah kena belasah teruk lah mereka-mereka yang menjual akhbar tersebut dijalanan.

Islam itu halus dan segala hukum-hakamnya amatlah perlu dihalusi.

kepada pihak berwajib yang bakal melaksanakan tugasan-tugasan,
kami merasakan bahawasanya, mereka sudah tentu faham benar dengan apa yang dikatakan sebagai 'amanah'.

'jangan kamu meminta-minta jawatan, melainkan diamanahkan'
-hadis soheh drpd Nabi Muhammad SAW.

selain itu,
[rujukan azli:
'Kita menjadi lemah disebabkan cara kita berdakwah tanpa mempunyai strategi dan sasaran kerja. Meminjam kata-kata Saidina Ali - "Kejahatan yang disusun dengan baik, mampu mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun."
posted by Muhammad Azli Shukri at 8:55 AM on Feb 4,2009]

diulang sebut:
"Kejahatan yang disusun dengan baik, mampu mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun."

benar, kami bersaksi,
telah kami bertanya kepada beberapa rakan dan taulan, apa itu 'auraad madaniah'?

ada diantaranya yang tiadalah pernah mendengarnya, dan ada yg tidak mereka mengetahuinya,

maka terbuktilah yang kita ini yang tinggal di bumi Malaysia tanah bertuah ini, kebanyakkannya sudah melupakan kitab-kitab lama, pesanan-pesanan dan penyampaian daripada yang terdahulu,

persoalan terbuka:
apakah kita ini sudah berani menempuh kekacauan seperti yang berlaku di tanah Gaza?

atau, apakah kita ini sudah berani untuk menempuh kekacauan seperti yang telah berlaku di Bosnia-Hz suatu waktu dulu.

kembalilah kepada yang Haq',


takut kepada Allah SWT,
-tti
Anonymous said…
Saya agak emosi dengan Politik Perak. Dan kebetulan saya ke pejabat walaupun cuti kerana ada sedikit kerja, maka biarlah saya menulis komen ini.

1. Soal Isu Penghinaan Sultan sebenarnya tidak timbul. Sultan yang adil patut disembah, yang zalim patut disanggah. Kalau BN-UMNO kata Pakatan tidak hormati sultan, kenapa pada tahun 1993, pindaan perlembagaan oleh Tun Dr Mahathir tidak dianggap menghina sultan. Sultan pun jangan buat-buat bodoh dan membisu seribu bahasa. Soal Pakatan bertidak demikian kerana mereka ingin undang-undang dipatuhi. Saya rasa kalau lagu lompat si katak lompat ini berterusan, sangat memalukan negara kita di mata dunia. Rakyat sekarang mula "tidak menghormati" sultan kerana tindakan mereka sendiri.
Kata seorang rakan usahawan dari negara lain, "semoga selepas buat perjanjian perniagaan dan usahasama, saudara tidak melompat seperti pemimpin politik di negara saudara". Mana pergi maruah kita?
Antara BN dan Pakatan, biarlah berpolitik dengan sopan.

Kesimpulannya, biarlah Dewan Masyarakat masuk Lubang Katak untuk membongkar Misteri Lubang Katak ini. Sama-sama kita tunggu MISTERI LUBANG KATAK oleh mereka.

Sekian,
Dato Adil
Unknown said…
Salam sdr. Azli,

Maaf lambat komen dah lama tak berkunjung.

Saya sokong saranan saudara, cuma bab kenakan ISA itu saya tidak setuju.

Bila undang-undang Hina Agama Islam sudah digubal, maka mereka ini mesti di dakwa dan dihukum mengikut undang-undang yang ada. ISA tidak diperlukan.
azlishukri said…
saya tak sempat untuk memjawab semua komen2 yang baru..terima kasih sudi memberi komen.
Rania Escova said…
for me is simple.. Allah is a ultimate god for Islam.. Its not other regular gods for other religious believe. their gods have their own names.
singamaraja said…
Alah senang je nak cari setan tu bang ! setan tu kan dari UMNO yang tak mahu pulihkan UMNO tu la, dulu saya sokong juga tapi la ni idak le
singamaraja said…
Salam bang !

Allah tu bukan Tuhan orang UMNI kan bang ! kalau Tuhan UMNO mengapa tak ikut hukum Allah tu, saya setuju lak dengan Abdul Rahim tu belajo le sirah baru la boleh cakap kan kan
azlishukri said…
singamaraja - belajarlah sirah dulu, agar tidak terpesong akidah kita. Kita harus tahu bezakan antara menghina nama Allah dengan niat untuk mempelajari nama-Nya.
CikYana(",) said…
sedap ke??erm xtau la sdap ke x..kna rse sndiri bru tau:))

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh