Mengapa Kita Takut?
Saya mendapat beberapa panggilan yang menunjukkan rasa kurang senang dengan pendedahan yang saya lakukan. Kononnya kisah Hikayat Dewan Ekonomi akan mendedahkan banyak perkara dan kepincangan di Bahagian M yang tidak diketahui umum. Malah, tidak kurang juga ada yang menuduh saya seorang yang pendendam. Sudah saya jelaskan sebelum ini, bahawa kepada mereka yang tidak suka membaca blog saya, maka tutup sahaja. Tidak perlu susah-susah ingin membaca kisah yang saya tulis ini. Golongan ini bertanyakan kepada saya, apa yang saya mahukan sebenarnya dengan mendedahkan hal yang sebenar? saya jawab mudah. Saya mahu orang yang bertanggungjawab atas penganiayaan saya serta bersengkongkol dengan mereka tampil ke hadapan dan meminta maaf secara terbuka. Isu yang terjadi kepada saya merupakan isu kecil, jika tiada batu api yang sanggup mencetak blog saya untuk dihantarkan kepada pihak pengurusan - agar saya disingkirkan, maka hal ini tidak akan berlaku. Semua orang tidak dapat menerima dengan apa-apa yang berlaku ke atas saya selama ini adalah disebabkan kerana isu blog.
Menurut mereka hal ini boleh diselesai dengan mudah jika tiada manusia yang bertopeng menjoloknya daripada bawah. Kononnya dengan alasan bahawa saya terlibat dengan politik UMNO maka saya harus diambil tindakan. Saya bekerja di sebuah organisasi milik kerajaan UMNO, maka tiada sebab mengapa saya tidak boleh terlibat dengan UMNO. Saya menyokong kerajaan dan bukan menyokong pembangkang. Nombor ahli UMNO saya adalah jelas - 03038889. Malah saya juga merupakan orang kuat UMNO. dalam keadaan UMNO lemah, apabila mereka mengambil tindakan sebegini kepada saya, maka tidak mustahil fitnah akan melanda parti UMNO serta generasi muda akan lari daripada UMNO. Sama ada saya menyokong Mukhriz atau Khairi Jamaluddin - itu adalah hak saya. Mengapa mesti ada yang melompat mengalahkan menteri?
Saya mungkin akan kehilangan ramai kawan gara-gara saya mendedahkan perkara yang sebenar - tetapi sudah ramai yang teraniaya dan tiada sesiapa yang hendak membelanya. Namun itu merupakan asam garam kehidupan, saya tidak meminta simpati atau menyokong saya. Apa yang saya tahu, saya perlu bercakap benar dan berterus-terang. Selama ini tiada sesiapa pun yang peduli blog saya, tetapi kini ramai yang mencari dan ingin mendapatkan penjelasan daripada saya - setelah fitnah al-Kubra menimpa saya. Pelik dan hairan - manusia menjadi takut jika hal yang sebenar diketahui, tetapi gembira jika manusia tahu kisah pembohongan dan penganiayaan. Saya juga tidak gemar untuk menceritakan kisah ini, tetapi malang, makin saya diam - makin kuat fitnah kepada saya. Sedangkan selama ini, golongan inilah yang juga menggembar-gemburkan isu blog saya kepada pihak atasan - sehingga saya diminta untuk menutup blog saya, tanpa menunjukkan mana satukah enterinya yang salah dan bercanggah.
Raja Petra sekalipun dikenakan ISA - tidak pula kita dengar bahawa pihak kerajaan menyuruh beliau agar menutup blognya - cuma diminta memadam artikel berkenaan kes Altantuya. Dan pada hemat saya - rupa-rupanya menyokong Mukhriz mungkin menjadi satu dosa dan mengkritik Khairi Jamaluddin - mungkin menjadi sesuatu yang sukar diampunkan. Maka - bagaimanakah kita harus menjadi editor yang hebat seperti "Datuk Johan Jaafar" dan "Datuk Noor Azam" pada suatu ketika dahulu? jika semua perkara tidak diizinkan dan takut untuk ditulis? Maka janganlah lagi selepas ini kita bercakap bahawa kita bekerja di sebuah organisasi yang lahir daripada api suatu zaman, yang lahir daripada sebuah perjuangan - tetapi kubur kita, akhirnya dikencing oleh generasi akan datang lantaran sikap penakut untuk bercakap benar dan tidak mahu orang lain menjadi pejuang. Moga Allah mengampuni kita semua.
"Ya Allah, hambaMU yang kerdil dan lemah ini sangat memohon belas kasihan daripadaMU, sesungguhnya aku benar-benar memerlukan pertolongan daripadaMU - seperti mana sabda nabiMU, manusia yang dianiayai dan dizalimi- doanya tidak akan ada hijab dan dinding lagi untuk sampai kepadaMU. Maka, dengan namaMU, Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Pengasih - Engkau Tunjukkanlah kebenaran dan berikanlah pembalasan yang setimpal kepada mereka yang sama-sama terbilat dalam melakukan kezaliman dan penganiyaan kepadaku. Semoga yang batil dan penzalim insaf atas segala perbuatan mereka selama ini. Dan semoga yang menjadi batu api dan penghasut menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Amin, Amin, Amin Ya Rabbil A'Lamin."
Comments
?????????????????????????????
?????????????????????????????
????????????????????????????? yang ?????????
2. dulu punya main berani buat demo, la ni isu azli pun dah jadi takut.
3. memang dasar orang melayu. berani cakap kat kedai bucu, tapi takut nak ckp berdepan.
Sabar,Redha,Doa dan Tawakal kepadNya... resipi untuk insan yang berjaya....
"mereka" ni sebenarnya dalam kepanasan, teruskan membongkar "kotak-kotak" penyelewengan yang ada, kalau perlu laporkan terus kepada Datuk Seri SPRM...
Mudah-mudahan Allah melancarkan perjuangan saudaran.
Amin.
Bersabarlah saudara kerana kebenaran pasti memihak pada pihak yang benar.
Insya'Allah...
Pensyarah MPW
link u back yeahh