Skip to main content

Mengapa Kita Takut?



Saya mendapat beberapa panggilan yang menunjukkan rasa kurang senang dengan pendedahan yang saya lakukan. Kononnya kisah Hikayat Dewan Ekonomi akan mendedahkan banyak perkara dan kepincangan di Bahagian M yang tidak diketahui umum. Malah, tidak kurang juga ada yang menuduh saya seorang yang pendendam. Sudah saya jelaskan sebelum ini, bahawa kepada mereka yang tidak suka membaca blog saya, maka tutup sahaja. Tidak perlu susah-susah ingin membaca kisah yang saya tulis ini. Golongan ini bertanyakan kepada saya, apa yang saya mahukan sebenarnya dengan mendedahkan hal yang sebenar? saya jawab mudah. Saya mahu orang yang bertanggungjawab atas penganiayaan saya serta bersengkongkol dengan mereka tampil ke hadapan dan meminta maaf secara terbuka. Isu yang terjadi kepada saya merupakan isu kecil, jika tiada batu api yang sanggup mencetak blog saya untuk dihantarkan kepada pihak pengurusan - agar saya disingkirkan, maka hal ini tidak akan berlaku. Semua orang tidak dapat menerima dengan apa-apa yang berlaku ke atas saya selama ini adalah disebabkan kerana isu blog.






Menurut mereka hal ini boleh diselesai dengan mudah jika tiada manusia yang bertopeng menjoloknya daripada bawah. Kononnya dengan alasan bahawa saya terlibat dengan politik UMNO maka saya harus diambil tindakan. Saya bekerja di sebuah organisasi milik kerajaan UMNO, maka tiada sebab mengapa saya tidak boleh terlibat dengan UMNO. Saya menyokong kerajaan dan bukan menyokong pembangkang. Nombor ahli UMNO saya adalah jelas - 03038889. Malah saya juga merupakan orang kuat UMNO. dalam keadaan UMNO lemah, apabila mereka mengambil tindakan sebegini kepada saya, maka tidak mustahil fitnah akan melanda parti UMNO serta generasi muda akan lari daripada UMNO. Sama ada saya menyokong Mukhriz atau Khairi Jamaluddin - itu adalah hak saya. Mengapa mesti ada yang melompat mengalahkan menteri?






Saya mungkin akan kehilangan ramai kawan gara-gara saya mendedahkan perkara yang sebenar - tetapi sudah ramai yang teraniaya dan tiada sesiapa yang hendak membelanya. Namun itu merupakan asam garam kehidupan, saya tidak meminta simpati atau menyokong saya. Apa yang saya tahu, saya perlu bercakap benar dan berterus-terang. Selama ini tiada sesiapa pun yang peduli blog saya, tetapi kini ramai yang mencari dan ingin mendapatkan penjelasan daripada saya - setelah fitnah al-Kubra menimpa saya. Pelik dan hairan - manusia menjadi takut jika hal yang sebenar diketahui, tetapi gembira jika manusia tahu kisah pembohongan dan penganiayaan. Saya juga tidak gemar untuk menceritakan kisah ini, tetapi malang, makin saya diam - makin kuat fitnah kepada saya. Sedangkan selama ini, golongan inilah yang juga menggembar-gemburkan isu blog saya kepada pihak atasan - sehingga saya diminta untuk menutup blog saya, tanpa menunjukkan mana satukah enterinya yang salah dan bercanggah.





Raja Petra sekalipun dikenakan ISA - tidak pula kita dengar bahawa pihak kerajaan menyuruh beliau agar menutup blognya - cuma diminta memadam artikel berkenaan kes Altantuya. Dan pada hemat saya - rupa-rupanya menyokong Mukhriz mungkin menjadi satu dosa dan mengkritik Khairi Jamaluddin - mungkin menjadi sesuatu yang sukar diampunkan. Maka - bagaimanakah kita harus menjadi editor yang hebat seperti "Datuk Johan Jaafar" dan "Datuk Noor Azam" pada suatu ketika dahulu? jika semua perkara tidak diizinkan dan takut untuk ditulis? Maka janganlah lagi selepas ini kita bercakap bahawa kita bekerja di sebuah organisasi yang lahir daripada api suatu zaman, yang lahir daripada sebuah perjuangan - tetapi kubur kita, akhirnya dikencing oleh generasi akan datang lantaran sikap penakut untuk bercakap benar dan tidak mahu orang lain menjadi pejuang. Moga Allah mengampuni kita semua.





"Ya Allah, hambaMU yang kerdil dan lemah ini sangat memohon belas kasihan daripadaMU, sesungguhnya aku benar-benar memerlukan pertolongan daripadaMU - seperti mana sabda nabiMU, manusia yang dianiayai dan dizalimi- doanya tidak akan ada hijab dan dinding lagi untuk sampai kepadaMU. Maka, dengan namaMU, Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Pengasih - Engkau Tunjukkanlah kebenaran dan berikanlah pembalasan yang setimpal kepada mereka yang sama-sama terbilat dalam melakukan kezaliman dan penganiyaan kepadaku. Semoga yang batil dan penzalim insaf atas segala perbuatan mereka selama ini. Dan semoga yang menjadi batu api dan penghasut menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Amin, Amin, Amin Ya Rabbil A'Lamin."

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
400 orang masuk blog ni hari ini...
Anonymous said…
jangan takut kehilangan kawan yang penakut, kerana kawan yang penakut adalah musuh dalam selimut. aku rasa kat dunia ni, kalau kita bawa bincang habis masalah. namun bos tak bincang hal ini dengan semua orang. kalau tak dengan mami jarum mesti dengan editor otai. tolonglah, aku dah bosan. sekarang ni baru berani buka blog azli, ramai dah balik kat majalah ni, kalau tak mampus aku. aku rasa benda ni akan berlarutan dan aku bimbang masuk parlimen, kalau PAS baca blog ni, jadi isu kat k. trgnu dan bn kalah, mampus korang yang bersekongkol ni. aku bimbang yang itu je.
Anonymous said…
siapa sebenanya????????????????????????????????????????????????
?????????????????????????????
?????????????????????????????
????????????????????????????? yang ?????????
Budak Kampung said…
1. baru aku tahu, apabila kena batang hidung puak2 yang nak tegakkan keadilan berhubung isu TKP, jadi penakut.

2. dulu punya main berani buat demo, la ni isu azli pun dah jadi takut.

3. memang dasar orang melayu. berani cakap kat kedai bucu, tapi takut nak ckp berdepan.
add said…
Salam MAS,
Sabar,Redha,Doa dan Tawakal kepadNya... resipi untuk insan yang berjaya....
"mereka" ni sebenarnya dalam kepanasan, teruskan membongkar "kotak-kotak" penyelewengan yang ada, kalau perlu laporkan terus kepada Datuk Seri SPRM...
fahana_ann said…
masih belum merasai segala pengalaman pahit itu tapi,em apa yang boleh saya katakan..em,kalau kita di pihak yang betul juga terus menegakkan yang betul,kita pasti menang.mungkin kalah pada mata mereka tapi,kita sendiri yang tahu tentang kemenangan tu.
Carlos Abdullah said…
Saudara, blog ini sebenarnya menjadi satu isu yang sensitif bagi mereka yang berkepentingan peribadi dalam sebuah perjuangan. Nasib saya sama macam saudara. Tetapi saya yakin ujian saudara jauh lebih berat.

Mudah-mudahan Allah melancarkan perjuangan saudaran.

Amin.
Orang Melaka said…
Assalammualaikum..

Bersabarlah saudara kerana kebenaran pasti memihak pada pihak yang benar.

Insya'Allah...
Anonymous said…
Salam. Berani kerana benar, semoga segala usaha yang abang berbaloi. Memang sebahagian manusia takut rezekinya hilang disebabkan manusia dan tidak memikirkan bahawa rezeki itu sebenarnya datang daripada Allah SWT.

Pensyarah MPW
azlishukri said…
terima kasih kerana memahami
Nvnies said…
thxn fer d link (;
link u back yeahh

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A