Skip to main content

KENALI
DATUK MUKHRIZ MAHATHIR


Siri Kedua

"Memperkasakan Bahasa dan Bangsa"

Oleh Muhammad Azli Shukri


Wawancara bersama Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun. Merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia. Wawancara ini sudah disiarkan di dalam Majalah Pelita Bahasa edisi Disember 2008.


Pandangan Datuk tentang bahasa Inggeris?


Kita harus faham, bahawa hanya melalui bahasa sahaja, kita mampu menguasai ilmu. Dan orang yang menguasai ilmu sahaja yang akan berjaya. Asalnya, bahasa Greek digunakan sebagai bahasa yang menghimpunkan segala macam ilmu falsafah, kemudian berpindah ke bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan kemudiannya berpindah ke Eropah, dan sekarang, bahasa Inggerís menjadi bahasa ilmu pengetahuan, kita harus terima hakikat tersebut. Dunia semakin mencabar, mana-mana bangsa yang tidak menguasai bahasa Inggerís akan ketinggalan. Usaha menterjemah agak terbatas, manakala perkembang ilmu semakin pantas, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Mahu atau tidak mahu, kita harus menguasai bahasa Inggerís dengan baik, agar mudah menguasai ilmu pengetahuan.


Pandangan Datuk tentang bahasa Melayu?


Saya tidak bermaksud menidakkan bahasa Melayu. Namun demikian, dalam soal memperkasakan bangsa, menguasai bahasa Inggeri adalah sangat penting untuk generasi akan datang menguasai pelbagai cabang ilmu. Kita harus faham antara memperkasakan bangsa dengan memperkasakan bangsa, terdapat dua perkara di situ. Hari ini, untuk memperkasakan bangsa, mahu atau tidak mahu, kita harus menguasai bahasa Inggerís dengan baik, kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ilmu. Manakala, memperkasakan bahasa pula, adalah dengan menjadikan bahasa Melayu mempunyai nilai yang tersendiri sehingga berupaya menarik minat bangsa lain untuk mempelajarinya, malah pastikan bahasa Melayu tidak hanya terhad dalam bidang bahasa dan sastera semata-mata. Jika diperhatikan negara China dan Jepun pada ketika ini, mereka turut menyedari kepentingan bahasa Inggerís, walaupun negara mereka semakin maju.



Namun demikian, sejak belakangan ini kedua-dua buah negara tersebut telah memberi perhatian yang serius kepada pembelajaran bahasa Inggerís sebagai bahasa ilmu. Begitu juga dengan bahasa Melayu, kita tidak harus menjadikan bahasa Melayu sekadar dalam konteks sastera dan bahasa semata-mata. Sebaliknya bahasa Melayu harus terlibat dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan lain. Selain itu, kita harus mewujudkan istilah-istilah baharu dalam bidang sains, teknologi dan perniagaan dengan cepat dan pantas, jangan kekangkan bahasa Melayu untuk berkembang, dengan meletakkan pelbagai syarat, dan mendakwa itu tidak boleh, ini tidak boleh dan akhirnya yang rugi adalah bahasa kita sendiri. Bahasa Melayu, hakikatnya boleh maju, tetapi kita harus izinkan bahasa Melayu dikembangkan oleh penuturnya sendiri. Oleh yang demikana, kita wajib merelevankan bahasa Melayu dari semasa ke semasa.


Bolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan?


Sudah tentu boleh. Sebagai sebuah negara berdaulat, kita seharusnya mewajibkan setiap warga Malaysia mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik, tidak mengira bangsa dan agama. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya semua kaum di Malaysia mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.


Pandangan Datuk berkenaan isu papan tanda di Pulau Pinang?


Saya selalu tegaskan bahawa saya tidak suka apabila bahasa dijadikan isu politik, dan saya sama sekali tidak bersetuju menggunakan empat bahasa dalam setiap papan tanda di negeri tersebut. Saya tak nampak rasionalnya tindakkan tersebut? Untuk apakah sebenarnya, bukankah kita sudah mempunyai bahasa kebangsaan yang jelas dan mudah difahami semua kaum?


Buku bahasa Melayu yang baru Datuk baca?


Baru-baru ini saya ada membaca kitab hadis dalam bahasa Melayu dan satu set lengkap berkenaan himpunan buku-buku tulisan Prof. Hamka yang diberikan oleh rakan baik saya. Daripada pemerhatian saya, jelaslah bahawa bahasa kita cukup cantik dalam meyampaikan idea yang berunsur falsafah dan agama. Itu harus kita akui.


Pandangan Datuk tentang DBP?


DBP tetap relevan, usaha mengembangkan bahasa harus diteruskan. Namun demikian, ramai yang tidak tahu bahawa, DBP banyak menghadapi cabaran, masyarakat hanya tahu menyalahkan DBP. Tetapi, masyarakat tidak tahu bahawa cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu pada hari ini sangat hebat. Sebagai contoh, amalan seharian kita banyak terdedah dalam bahasa Inggeris, seperti rancangan kartun di televisyen kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Muzik yang dimaikan di radio banyak dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, DBP mempunyai banyak cabaran, tetapi masyarakat tidak nampak semua ini. Mengembangkan bahasa Melayu bukan terletak di bahu DBP sahaja. Semua rakyat Malaysia harus terlibat, dan jangan salahkan DBP semata-mata. Yang penting dan harus dilakuan oleh DBP ialah menjadikan bahasa Melayu mempunyai daya tarikan yang tersendiri, agar berupaya menarik minat orang ramai untuk mempelajarinya. Umpamanya bahasa Jepun, saya belajar bahasa Jepun selama lima tahun di negara tersebut adalah kerana saya sangat tertarik dan ingin mengetahui teknologi yang mereka miliki. Oleh sebab itu saya mesti menguasai bahasa Jepun, jika saya mahukan ilmu teknologinya.


Datuk menguasai bahasa Jepun dan Inggeris dengan baik, apakah ia mengurangkan rasa patriotisme dalam diri Datuk?


Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Sebenarnya, apabila kita menguasai banyak bahasa, ia menjadikan diri kita lebih bersifat patriotik dan sayang kepada bahasa kita sendiri. Hal ini adalah kerana apabila menguasai bahasa lain, kita secara tidak langsung mempunyai perbandingan dan ukuran, malah dapat menilai dengan lebih baik terhadap pelbagai bahasa yang telah kita kuasai tersebut, di samping dapat melihat keunikan dan menghayati kehebatan bahasa kita sendiri berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Hal ini menyebabkan kita lebih berasa bangga dan menghargai bahasa ibunda kita sendiri setelah mengetahui kelebihan dan keunikan bahasa kita berbanding dengan bahasa lain. Hal ini adalah kerana, setiap bahasa di dunia ini dicipta oleh Tuhan dengan keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Lagi banyak bahasa yang kita kuasai, lagi tinggilah nilai patriotik dalam diri kita. Lantaran itu, saya menggalakan agar kita menguasai pelbagai bahasa, agar kita menjadi lebih patriotisme dan mengenali kehebatan bahasa kita sendiri.



Gambar : Penulis sewaktu mewawancara Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen.

Comments

Nasionalis said…
*** Tak perlu siarkan ***

Kalau tuan letak title dalam slotnya, boleh blog list blog aggreagat pick dan lebih pembaca akan menghala kepada tuan.

Headline dalam suratkhabar peting. Dengan technology bloglist, lagi penting headline utk blog.

Kalau tak menjelma headline, lagi rugi. Orang dah tak serajin dahulu utk browsing.

Harap adjust skit tuan. Tkasih.
Unknown said…
Apa emel kau? Kata mahu senarai harga terjemahan itu.
Anonymous said…
akhirnya datoadil terbongkar dan mengaku insaf. tidak mahu lagi menjadi talam dua muka. siasat punya siasat akhirnya datoadil terbongkar bukan dato betul. tapi orang dalam juga. tak perlu sebutlah siapa. memang sedih pasal dia bukan orang lain, kawan-kawan kat bahagian juga.asib baik dia bukan kontrak, kalau tak dah lama kena nasib macam si azli. anywhere, semua dah selesai.
Anonymous said…
yang si bahalul mantan kosmik ni asyik masuk blog org gila ni apasal hah...
Anonymous said…
hoi budak kampung.. apa lu ingat siapa lu, kalau setakat kerani S27, tak usah nak berlagak, nanti lu pula kena pecat. lagi satu kenapa lu suka sebut babi, lu ada makan itu babi ke..
Anonymous said…
saya gembira pasal fitnah dalam blog ni semua dah selesai. saya pun tak kisah nama saya diburukkan, biasalah orang muda biasanya belum matang. mungkin kesalahan yang azli lakukan akan mematangkan dia di tempat baru.
azlishukri said…
nasionalis - saya akan pertimbangkan.

anuar- aku dah sms
Anonymous said…
datoadil : staf dbp tetap kerja kat bahagian juga. dah dimaafkan pasal dah insaf.

budakkampung : kerja di bahagian penerbitan, s27 kontrak, nak kena buang dah tak lama lagi pasal malas kerja sibuk mencarut fitnah burukkan dbp.
Anonymous said…
azli kau dah kalah..........
azlishukri said…
budak bandar - yang tewas tu adalah saudara. kerana saudara telah tersalah masuk ke blog yag mempunyai EJIIT dan boleh mengenal pasti saudara dengan tepat.

jika benar saudara sudah tahu budak kampung itu siapa dan dato adil tu. sebut sahaja namanya. jika tidak saya anggap itu satu tuduhan tanpa bukti apa2 pun. lagi pun semua bloggers pun nak tahu siapa dato adil dan budak kampung tu. atau saudara sebenarnya tak tahu? buat2 tahu?
Ejaylicious said…
HI Azly....salam singgah juga. Blog yang menarik...kritis..ilmiah dan berinformasi..terus menulis.
Budak Kampung said…
ha...ha..budak bandar yang dah giler. konon tahu aku ni sape. sebab itu nama lu gua panggil babi dan setan. sebab apa?

1. lu nama saje budak bandar tapi bodoh dan main tuduh. bila pula aku staf gred 27, biul ape? sebab apa bodoh? sebab makan babi banyak sangat ke?

2. lu nama saje budak bandar tapi orang tahu siapa lu. azli fitnah konon? sape na lu? yg azli tulis dalam hikayatnye? nak ajak gaduh ngan aku. piiiiiirrrrrah bodoh. main tuduh aku budak kerani. mcm aku takut sangat. lu berani sangat, lu ckplah siapa aku sebenarnya? sebab tu nama lu setan. jahat dan sama2 aniaya azli. lu jagn nak pura2 baik la dalam blog ni. kalau dah setan, pakai bedak banyak mana pun muka tetap hitam dan hati tetapi kotor. masuk blog ritah lu pegi carut dengan dia sape punya kerja? dengki tak abis2 dgn staf baru. bodoh dan bangang. lu takut sangat apa brg?

lu yang kalah setan. setan mana boleh menang, ingat sikit la. lu ingat orang tak tahu kerja lu kat DBP ka? lu main kotor jatuhkan org lain. lu lupa kerja2 bodek dan jilat buntut bos lu tu. sudahlah babi..buat kerja sendiri la. lu jgn mimpi la nak tahu sape gua. bodoh dan tolol la lu..
abdrahim kassim said…
Sdr. Azli,
Bahasa menunjukkan bangsa....
azlishukri said…
adrahim - betul bahasa melambangkan bangsa.

budak kampung - bahasa biar beradab sikit.
CIVIC Power said…
Salam Singgah

Bahasa Jiwa Bangsa
mommyAmberena said…
u ni reporter ker??
bnyak jumpe org besar... best3
azlishukri said…
civic - terima kasih

eiza - repoter amatur aje.
mommyAmberena said…
tp berat n pedas2 sungguh komen di sini...
menakutkan...:(
azlishukri said…
eiza - di sini adalah tempat untuk sesiapa meluahkan hati dan perasaan mereka. tiada blog yang sanggup melakukannya. saya sudah biasa bermandikan dengan tomahan, fitnah dan cacian..malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan - itu semua adalah lumrah hidup jgn kita terpengaruh dengannya. di sini adalah tempat untuk sesiapa yg ingin menjadi blogger sejati dan berani..saya menggalu-alukan dunia sebenar blog yg jarang diketahui..dan yg lebih penting..blog ini adalah bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan menyampaikan suara hati sesiapa sahaja. wallahualam.
salam ziarah juga~..btul eh ade kaitan dgn bulan kelahiran 2?hehe..mmg kdg2 kbetulan tu cam betul je..sbb 2 kajian dr.Fadzilah Kamsah..xamek yg khurafat2..huhu

Salam perjuangan saudara~Truskan perjuangan saudara~Ingat:Masih ramai yg setia dgn perjuangan kita :)

InsyaAllah..Allah knows best!!

:)
fahana_ann said…
betul cakap eiza..agak menakutkan tapi inilah manusia..macam puas hati jek duk mengutuk berbalah kat sini..huhu..
saya suka wawancara ni.banyak pandangan untuk subjek MT dan Sains dalam B.I..mulanya saya pun rasa macam tak ok sebab macam2 dengar pendapat orang tentangbahasa melayu juga Jepun yangmasih pertahankan bahasanya tapi tetap maju..bezanya rakyat melaysia bukan rakyat jepun yang rajin bekerja untuk maju..jadi kita ambil alternatif mula dari awal untuk generasi menguasai B.I..(B.I adik saya lebih baik dari saya..segan juga tapi cuab sendiri sikit2)
memang betul dan sokong sangat untuk kata2 Mukhriz ni.kena terus perkasakan BM..nak kuasai ilmu kena tahu juga bahasanya untuk lebih mudah faham..macam nak belajar dengan orang Cina la...
perfectwater75 said…
Salam Azli,

Setuju cadangan Nasionalis....saya banyak tertinggal artikel saudara...

thx!
TULIS ONLINE said…
Salam Blogger,

Sdr, teruskan cara penulisan Sdr.

Saya agak tertarik dgnnya.

TQ


Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT
Cheguman said…
Saya pun rasa seram sejuk baca komen dalam blog ni. Penting sangatkah mengaibkan orang?
fixckqriey said…
http://evertythingisillustrated.blogspot.com

new link...
hihihihi
Anonymous said…
PEGUAM DATO' ADIL MENULIS

Saya menggunakan nama Datuk untuk memberi komen berkenaan perundangan. Saya seorang peguam di syarikat Datuk. Apa yang saya kesal, walaupun datuk memberitahu beliau bercuti sepanjang Tahun Baru Cina, namun beliau dituduh sebagai kakitangan di DBP. Amat melucukan komen blogger budak bandar.

----------------

Setelah berbincang dengan Datuk sebelum cuti Tahun Baru Cina, saya memahami kes saudara Azli sebenarnya boleh dirujuk kepada AKTA 256 (Akta Kerja 1955): Peraturan-peraturan dan Perintah.

Seksyen 12 Subseksyen (1) menyatakan mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberikan kepada pihak yang satu lagi notis tentang niatnya untuk menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut.

Manakala Subseksyen(2) memperuntukkan panjang tempoh notis hendaklah sama bagi kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditetapkan oleh peruntukkan yang dibuat secara bertulis bagi notis tersebut dalam syarat-syarat kontrak perkhidmatan, atau sekiranya tiada peruntukan sedemikian secara bertulis, hendaklah tidak kurang daripada:
a. Empat minggu notis jika pekerja telah bekerja sedemikian selama kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu diberikan.
b. Enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut.
c. lapan minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh tersebut.

PERSOALANNYA : Adakah Penamatan Kontrak Saudara Azli Mengikut Peruntukan Seksyen Tersebut? Jika tidak, Saudara Azli boleh membuat tindakan sepatutnya kepada pihak yang berkenaan.

Manakala Seksyen 14 Subseksyen (1).
Sekiranya majikan memecat pekerja atau menamatkan kontrak pekerja, atas alasan salah laku. Penamatan hendaklah dilakukan mengikut prosedur setelah satu siasatan dilakukan. Kemudian :
a. Memecat Pekerja Tanpa Notis
b. Menurun pangkat
c. Mengenakan apa-apa hukuman ringan sebagaimana yang disifatkan adil dan patut.Jika penggantungan dikenakan, hendaklah tidak melebihi dua minggu.

Subseksyen 2 menyatakan bahawa siasatan hendaklah dilakukan dan ditunjukkan bukti salah laku. Jika majikan gagal, majikan hendaklah membayar setengah upah pekerja tersebut, sepanjang penggantungan. Jika akhirnya majikan gagal membuktikan memang tiada salah laku oleh panel yang melakukan siasatan. Maka Gaji penuh perlu dibayar.

PERSOALANNYA?

1. Adakah Saudara Azli yang dipecat atau ditamatkan kontrak, atas salah laku? Jika salah laku, apa salah laku yang dilakukan, dan apa buktinya. Kemudian Siapa Panel yang melakukan Siasatan. Apa pula hasil siasatan. Jika dipecat dan ditamatkan kontrak sebelum siasatan, maka tindakan tersebut salah.

2. Bedasarkan isu yang dipaparkan daripada komen dan perdebatan, tidak nampak pula Saudara Azli melakukan salah laku berlaku. Malah kalau berlakupun, hendaklah bukan pemecatan atau penamatan kontrak.

3. Kalaupun menamatkan kontrak, hendaklah mengikut tempoh yang dibincangkan diatas.

-------------------

Mungkin jika Saudara Azli Selesai menamatkan hikayatnya, maka lebih mudah bagi saya untuk mentafsir kes ini. Buat masa ini, berdasarkan maklumat yang ada, hal ini yang dapat saya ulaskan.

Peguam Datuk "Adil"
Jalan Mahkamah, KL.
anakpakcu said…
Salam Azli! Aku sokong Dato Mukhriz jadi kp mac nanti! Aku macam ngko jugak support Dato! Mukhriz. KJ kroni/proxy kat Baling dah sack aku, di peringkat cawangan dan juga bahagian. Kalau nak no telefon aku ngko call jer Dato Mukhriz. Mai la masuk blog aku kat http://anakpakcu.blogspot.com "budak baru belajar". Salam.
azlishukri said…
nurfiera - mungkin ia satu kebetulan

farhana - itulah lumrah kehidupan

sarfams - terima kasih

demang - itulah manusia.

eeri - thanks

dato' adil - terima kasih atas info tersebut, dan saya akan mengambil tindakan undang2 selepas ini kepada mereka yg telah menzalimi saya.Peguam dato adalah pilihan saya setakat ini.

anak pakcu - sama2 kita sokong mukhriz
C.H.E Dayat said…
Salam abang, maaf lama tak post di blog saya mahupun di blog abang, maklumlah, baru balik dari kursus di Bukit Tinggi, Nak selesaikan tugas2 hakiki lagi..

Petikan Komen Abang:

" di sini adalah tempat untuk sesiapa meluahkan hati dan perasaan mereka. tiada blog yang sanggup melakukannya. saya sudah biasa bermandikan dengan tomahan, fitnah dan cacian..malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan - itu semua adalah lumrah hidup jgn kita terpengaruh dengannya. di sini adalah tempat untuk sesiapa yg ingin menjadi blogger sejati dan berani..saya menggalu-alukan dunia sebenar blog yg jarang diketahui..dan yg lebih penting..blog ini adalah bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan menyampaikan suara hati sesiapa sahaja. wallahualam."

Respons saya,

Adatlah didalam perjuangan menegakkan yang benar, ada liku-liku yang perlu ditempuhi. Seperti yang selalu saya berikan petua didalam ceramah2 saya, untuk berjaya, kita harus lalui neraka dunia dahulu sebelum kita dapat mengecapi kemanisan di hujung jalan. Jadi, pesan saya kepada abang, bawak bersabar kerana semua ini ada hikmah di sebaliknya.

Pesan saya kepada Budak Kampung, Budak Bandar dan lain-lain, mari kita muhasabah diri dan lihat dimana letaknya bangsa Melayu di kaca mata bangsa lain. Sedang kita asyik memaki hamun bangsa sendiri, bangsa lainlah yang bertepuk tangan melihat gelagat kita. Harap jangan tersinggung, saya cuma sayangkan Agama saya, Bangsa saya dan Negara saya. Jangan sampai kita menjadi pengemis di bumi sendiri...

Sekian,

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
White Rabbit said…
lama tak jenguk-jenguk sini.. masih juga dengan misteri dato adil.. Apa khabar bang azli.. kalau boleh teringin nak tahu kisah sejarah serta perjalanan hidup abang azli.. mungkin posting yang akan datang..
mawar berduri said…
saudara azli, saya adalah salah seorg yang boikot KFC. Tapi saya boikot KFC bukan kerana dikatakan keuntungannya yang disalurkan ke Israel tetapi saya kurang yakin dengan cara penyembelihan ayam KFC. Ini kerana saya telah mendapat satu e-mail yg mengatakan cara penyembelihan ayam KFC adalah meragukan. Ini berdasarkan pemeriksaan yang dibuat oleh beberapa anggota kerja Ustaz Che Ngah Daud apabila KFC ingin menaja sarapan pagi kepada rombongan umrah kelolaan beliau. Dan dikatakan tawaran penajaan tersebut telah ditolak.

So apa komen azli mngenai perkara ini. Macam mana kita nak pastikan KFC menjual ayam yang halal. Tanda halal JAKIM tidak boleh dipercayai jika apa yang dikatakan oleh staff ustaz che ngah itu betul.
Anonymous said…
saya percaya kebanyakan dari kita boleh bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun kadangkala kesilapan tatabahasa atau penyusunan ayat yang tidak berapa betul. Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman yang saya sendiri alami. Saya mempunyai ladang sayuran di Perak dan mempunyai pekerja bangsa asing yang ramai. Antara pekerja asing tersebut hanya seorang sahaja yang pandai bercakap bahasa Melayu. Maka secara automatik saya melantik dia menjadi ketua antara mereka semua. Bahasa punca Rezeki. Lagi byk bahasa ditutur lagi byk rezeki melimpah. i.e. Mahadhir Lokman.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw