Wawancara bersama Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun. Merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia. Wawancara ini sudah disiarkan di dalam Majalah Pelita Bahasa edisi Disember 2008.
Pandangan Datuk tentang bahasa Inggeris?
Kita harus faham, bahawa hanya melalui bahasa sahaja, kita mampu menguasai ilmu. Dan orang yang menguasai ilmu sahaja yang akan berjaya. Asalnya, bahasa Greek digunakan sebagai bahasa yang menghimpunkan segala macam ilmu falsafah, kemudian berpindah ke bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan kemudiannya berpindah ke Eropah, dan sekarang, bahasa InggerÃs menjadi bahasa ilmu pengetahuan, kita harus terima hakikat tersebut. Dunia semakin mencabar, mana-mana bangsa yang tidak menguasai bahasa InggerÃs akan ketinggalan. Usaha menterjemah agak terbatas, manakala perkembang ilmu semakin pantas, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Mahu atau tidak mahu, kita harus menguasai bahasa InggerÃs dengan baik, agar mudah menguasai ilmu pengetahuan.
Pandangan Datuk tentang bahasa Melayu?
Saya tidak bermaksud menidakkan bahasa Melayu. Namun demikian, dalam soal memperkasakan bangsa, menguasai bahasa Inggeri adalah sangat penting untuk generasi akan datang menguasai pelbagai cabang ilmu. Kita harus faham antara memperkasakan bangsa dengan memperkasakan bangsa, terdapat dua perkara di situ. Hari ini, untuk memperkasakan bangsa, mahu atau tidak mahu, kita harus menguasai bahasa InggerÃs dengan baik, kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ilmu. Manakala, memperkasakan bahasa pula, adalah dengan menjadikan bahasa Melayu mempunyai nilai yang tersendiri sehingga berupaya menarik minat bangsa lain untuk mempelajarinya, malah pastikan bahasa Melayu tidak hanya terhad dalam bidang bahasa dan sastera semata-mata. Jika diperhatikan negara China dan Jepun pada ketika ini, mereka turut menyedari kepentingan bahasa InggerÃs, walaupun negara mereka semakin maju.
Namun demikian, sejak belakangan ini kedua-dua buah negara tersebut telah memberi perhatian yang serius kepada pembelajaran bahasa InggerÃs sebagai bahasa ilmu. Begitu juga dengan bahasa Melayu, kita tidak harus menjadikan bahasa Melayu sekadar dalam konteks sastera dan bahasa semata-mata. Sebaliknya bahasa Melayu harus terlibat dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan lain. Selain itu, kita harus mewujudkan istilah-istilah baharu dalam bidang sains, teknologi dan perniagaan dengan cepat dan pantas, jangan kekangkan bahasa Melayu untuk berkembang, dengan meletakkan pelbagai syarat, dan mendakwa itu tidak boleh, ini tidak boleh dan akhirnya yang rugi adalah bahasa kita sendiri. Bahasa Melayu, hakikatnya boleh maju, tetapi kita harus izinkan bahasa Melayu dikembangkan oleh penuturnya sendiri. Oleh yang demikana, kita wajib merelevankan bahasa Melayu dari semasa ke semasa.
Bolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan?
Sudah tentu boleh. Sebagai sebuah negara berdaulat, kita seharusnya mewajibkan setiap warga Malaysia mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik, tidak mengira bangsa dan agama. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya semua kaum di Malaysia mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Pandangan Datuk berkenaan isu papan tanda di Pulau Pinang?
Saya selalu tegaskan bahawa saya tidak suka apabila bahasa dijadikan isu politik, dan saya sama sekali tidak bersetuju menggunakan empat bahasa dalam setiap papan tanda di negeri tersebut. Saya tak nampak rasionalnya tindakkan tersebut? Untuk apakah sebenarnya, bukankah kita sudah mempunyai bahasa kebangsaan yang jelas dan mudah difahami semua kaum?
Buku bahasa Melayu yang baru Datuk baca?
Baru-baru ini saya ada membaca kitab hadis dalam bahasa Melayu dan satu set lengkap berkenaan himpunan buku-buku tulisan Prof. Hamka yang diberikan oleh rakan baik saya. Daripada pemerhatian saya, jelaslah bahawa bahasa kita cukup cantik dalam meyampaikan idea yang berunsur falsafah dan agama. Itu harus kita akui.
Pandangan Datuk tentang DBP?
DBP tetap relevan, usaha mengembangkan bahasa harus diteruskan. Namun demikian, ramai yang tidak tahu bahawa, DBP banyak menghadapi cabaran, masyarakat hanya tahu menyalahkan DBP. Tetapi, masyarakat tidak tahu bahawa cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu pada hari ini sangat hebat. Sebagai contoh, amalan seharian kita banyak terdedah dalam bahasa Inggeris, seperti rancangan kartun di televisyen kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Muzik yang dimaikan di radio banyak dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, DBP mempunyai banyak cabaran, tetapi masyarakat tidak nampak semua ini. Mengembangkan bahasa Melayu bukan terletak di bahu DBP sahaja. Semua rakyat Malaysia harus terlibat, dan jangan salahkan DBP semata-mata. Yang penting dan harus dilakuan oleh DBP ialah menjadikan bahasa Melayu mempunyai daya tarikan yang tersendiri, agar berupaya menarik minat orang ramai untuk mempelajarinya. Umpamanya bahasa Jepun, saya belajar bahasa Jepun selama lima tahun di negara tersebut adalah kerana saya sangat tertarik dan ingin mengetahui teknologi yang mereka miliki. Oleh sebab itu saya mesti menguasai bahasa Jepun, jika saya mahukan ilmu teknologinya.
Datuk menguasai bahasa Jepun dan Inggeris dengan baik, apakah ia mengurangkan rasa patriotisme dalam diri Datuk?
Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Sebenarnya, apabila kita menguasai banyak bahasa, ia menjadikan diri kita lebih bersifat patriotik dan sayang kepada bahasa kita sendiri. Hal ini adalah kerana apabila menguasai bahasa lain, kita secara tidak langsung mempunyai perbandingan dan ukuran, malah dapat menilai dengan lebih baik terhadap pelbagai bahasa yang telah kita kuasai tersebut, di samping dapat melihat keunikan dan menghayati kehebatan bahasa kita sendiri berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Hal ini menyebabkan kita lebih berasa bangga dan menghargai bahasa ibunda kita sendiri setelah mengetahui kelebihan dan keunikan bahasa kita berbanding dengan bahasa lain. Hal ini adalah kerana, setiap bahasa di dunia ini dicipta oleh Tuhan dengan keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Lagi banyak bahasa yang kita kuasai, lagi tinggilah nilai patriotik dalam diri kita. Lantaran itu, saya menggalakan agar kita menguasai pelbagai bahasa, agar kita menjadi lebih patriotisme dan mengenali kehebatan bahasa kita sendiri.
Gambar : Penulis sewaktu mewawancara Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen.
Comments
Kalau tuan letak title dalam slotnya, boleh blog list blog aggreagat pick dan lebih pembaca akan menghala kepada tuan.
Headline dalam suratkhabar peting. Dengan technology bloglist, lagi penting headline utk blog.
Kalau tak menjelma headline, lagi rugi. Orang dah tak serajin dahulu utk browsing.
Harap adjust skit tuan. Tkasih.
anuar- aku dah sms
budakkampung : kerja di bahagian penerbitan, s27 kontrak, nak kena buang dah tak lama lagi pasal malas kerja sibuk mencarut fitnah burukkan dbp.
jika benar saudara sudah tahu budak kampung itu siapa dan dato adil tu. sebut sahaja namanya. jika tidak saya anggap itu satu tuduhan tanpa bukti apa2 pun. lagi pun semua bloggers pun nak tahu siapa dato adil dan budak kampung tu. atau saudara sebenarnya tak tahu? buat2 tahu?
1. lu nama saje budak bandar tapi bodoh dan main tuduh. bila pula aku staf gred 27, biul ape? sebab apa bodoh? sebab makan babi banyak sangat ke?
2. lu nama saje budak bandar tapi orang tahu siapa lu. azli fitnah konon? sape na lu? yg azli tulis dalam hikayatnye? nak ajak gaduh ngan aku. piiiiiirrrrrah bodoh. main tuduh aku budak kerani. mcm aku takut sangat. lu berani sangat, lu ckplah siapa aku sebenarnya? sebab tu nama lu setan. jahat dan sama2 aniaya azli. lu jagn nak pura2 baik la dalam blog ni. kalau dah setan, pakai bedak banyak mana pun muka tetap hitam dan hati tetapi kotor. masuk blog ritah lu pegi carut dengan dia sape punya kerja? dengki tak abis2 dgn staf baru. bodoh dan bangang. lu takut sangat apa brg?
lu yang kalah setan. setan mana boleh menang, ingat sikit la. lu ingat orang tak tahu kerja lu kat DBP ka? lu main kotor jatuhkan org lain. lu lupa kerja2 bodek dan jilat buntut bos lu tu. sudahlah babi..buat kerja sendiri la. lu jgn mimpi la nak tahu sape gua. bodoh dan tolol la lu..
Bahasa menunjukkan bangsa....
budak kampung - bahasa biar beradab sikit.
Bahasa Jiwa Bangsa
bnyak jumpe org besar... best3
eiza - repoter amatur aje.
menakutkan...:(
Salam perjuangan saudara~Truskan perjuangan saudara~Ingat:Masih ramai yg setia dgn perjuangan kita :)
InsyaAllah..Allah knows best!!
:)
saya suka wawancara ni.banyak pandangan untuk subjek MT dan Sains dalam B.I..mulanya saya pun rasa macam tak ok sebab macam2 dengar pendapat orang tentangbahasa melayu juga Jepun yangmasih pertahankan bahasanya tapi tetap maju..bezanya rakyat melaysia bukan rakyat jepun yang rajin bekerja untuk maju..jadi kita ambil alternatif mula dari awal untuk generasi menguasai B.I..(B.I adik saya lebih baik dari saya..segan juga tapi cuab sendiri sikit2)
memang betul dan sokong sangat untuk kata2 Mukhriz ni.kena terus perkasakan BM..nak kuasai ilmu kena tahu juga bahasanya untuk lebih mudah faham..macam nak belajar dengan orang Cina la...
Setuju cadangan Nasionalis....saya banyak tertinggal artikel saudara...
thx!
Sdr, teruskan cara penulisan Sdr.
Saya agak tertarik dgnnya.
TQ
Ikhlas,
SARFAMS.BLOGSPOT
new link...
hihihihi
Saya menggunakan nama Datuk untuk memberi komen berkenaan perundangan. Saya seorang peguam di syarikat Datuk. Apa yang saya kesal, walaupun datuk memberitahu beliau bercuti sepanjang Tahun Baru Cina, namun beliau dituduh sebagai kakitangan di DBP. Amat melucukan komen blogger budak bandar.
----------------
Setelah berbincang dengan Datuk sebelum cuti Tahun Baru Cina, saya memahami kes saudara Azli sebenarnya boleh dirujuk kepada AKTA 256 (Akta Kerja 1955): Peraturan-peraturan dan Perintah.
Seksyen 12 Subseksyen (1) menyatakan mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberikan kepada pihak yang satu lagi notis tentang niatnya untuk menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut.
Manakala Subseksyen(2) memperuntukkan panjang tempoh notis hendaklah sama bagi kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditetapkan oleh peruntukkan yang dibuat secara bertulis bagi notis tersebut dalam syarat-syarat kontrak perkhidmatan, atau sekiranya tiada peruntukan sedemikian secara bertulis, hendaklah tidak kurang daripada:
a. Empat minggu notis jika pekerja telah bekerja sedemikian selama kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu diberikan.
b. Enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut.
c. lapan minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh tersebut.
PERSOALANNYA : Adakah Penamatan Kontrak Saudara Azli Mengikut Peruntukan Seksyen Tersebut? Jika tidak, Saudara Azli boleh membuat tindakan sepatutnya kepada pihak yang berkenaan.
Manakala Seksyen 14 Subseksyen (1).
Sekiranya majikan memecat pekerja atau menamatkan kontrak pekerja, atas alasan salah laku. Penamatan hendaklah dilakukan mengikut prosedur setelah satu siasatan dilakukan. Kemudian :
a. Memecat Pekerja Tanpa Notis
b. Menurun pangkat
c. Mengenakan apa-apa hukuman ringan sebagaimana yang disifatkan adil dan patut.Jika penggantungan dikenakan, hendaklah tidak melebihi dua minggu.
Subseksyen 2 menyatakan bahawa siasatan hendaklah dilakukan dan ditunjukkan bukti salah laku. Jika majikan gagal, majikan hendaklah membayar setengah upah pekerja tersebut, sepanjang penggantungan. Jika akhirnya majikan gagal membuktikan memang tiada salah laku oleh panel yang melakukan siasatan. Maka Gaji penuh perlu dibayar.
PERSOALANNYA?
1. Adakah Saudara Azli yang dipecat atau ditamatkan kontrak, atas salah laku? Jika salah laku, apa salah laku yang dilakukan, dan apa buktinya. Kemudian Siapa Panel yang melakukan Siasatan. Apa pula hasil siasatan. Jika dipecat dan ditamatkan kontrak sebelum siasatan, maka tindakan tersebut salah.
2. Bedasarkan isu yang dipaparkan daripada komen dan perdebatan, tidak nampak pula Saudara Azli melakukan salah laku berlaku. Malah kalau berlakupun, hendaklah bukan pemecatan atau penamatan kontrak.
3. Kalaupun menamatkan kontrak, hendaklah mengikut tempoh yang dibincangkan diatas.
-------------------
Mungkin jika Saudara Azli Selesai menamatkan hikayatnya, maka lebih mudah bagi saya untuk mentafsir kes ini. Buat masa ini, berdasarkan maklumat yang ada, hal ini yang dapat saya ulaskan.
Peguam Datuk "Adil"
Jalan Mahkamah, KL.
farhana - itulah lumrah kehidupan
sarfams - terima kasih
demang - itulah manusia.
eeri - thanks
dato' adil - terima kasih atas info tersebut, dan saya akan mengambil tindakan undang2 selepas ini kepada mereka yg telah menzalimi saya.Peguam dato adalah pilihan saya setakat ini.
anak pakcu - sama2 kita sokong mukhriz
Petikan Komen Abang:
" di sini adalah tempat untuk sesiapa meluahkan hati dan perasaan mereka. tiada blog yang sanggup melakukannya. saya sudah biasa bermandikan dengan tomahan, fitnah dan cacian..malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan - itu semua adalah lumrah hidup jgn kita terpengaruh dengannya. di sini adalah tempat untuk sesiapa yg ingin menjadi blogger sejati dan berani..saya menggalu-alukan dunia sebenar blog yg jarang diketahui..dan yg lebih penting..blog ini adalah bertujuan untuk menegakkan kebenaran dan menyampaikan suara hati sesiapa sahaja. wallahualam."
Respons saya,
Adatlah didalam perjuangan menegakkan yang benar, ada liku-liku yang perlu ditempuhi. Seperti yang selalu saya berikan petua didalam ceramah2 saya, untuk berjaya, kita harus lalui neraka dunia dahulu sebelum kita dapat mengecapi kemanisan di hujung jalan. Jadi, pesan saya kepada abang, bawak bersabar kerana semua ini ada hikmah di sebaliknya.
Pesan saya kepada Budak Kampung, Budak Bandar dan lain-lain, mari kita muhasabah diri dan lihat dimana letaknya bangsa Melayu di kaca mata bangsa lain. Sedang kita asyik memaki hamun bangsa sendiri, bangsa lainlah yang bertepuk tangan melihat gelagat kita. Harap jangan tersinggung, saya cuma sayangkan Agama saya, Bangsa saya dan Negara saya. Jangan sampai kita menjadi pengemis di bumi sendiri...
Sekian,
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
So apa komen azli mngenai perkara ini. Macam mana kita nak pastikan KFC menjual ayam yang halal. Tanda halal JAKIM tidak boleh dipercayai jika apa yang dikatakan oleh staff ustaz che ngah itu betul.