Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran.
* Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi), dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa).
* Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi), dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa).
Comments
Saya nak minta tolong tuan sampaikan salam kepada Khaled Nordin dan minta dia atau panel blog dia supaya kemaskini blog dan baca aduan saya dalam blognya kepada beliau. Tak guna kalau ada blog sekadar retorik apa yang disampaikan dalam blog tersebut.
Mohon menyampaikan...
thx!
p/s: apa komen tuan tentang kenyataan Mufti Perlis tentang ISA...saya tak belajar tinggi seperti tuan...
Saya ada membaca ulasan Dr Asri berkenaan ISA, berkali-kali dan saya secara peribadi tidak setuju dengan pandangan beliau kerana :
1. beliau masih menggunakan ijtihad beliau sendiri untuk menolak ISA
2. Dalam keterangan beliau itu, tidak terdapat nas dan hujjah yang berlandaskan dalil Quran atau hadis. Beliau lebih banyak meggunakan kaedah ijtihad.
pada pandangan saya, selagi ada contoh yang diamalkan sama ada daripada nabi atau para sahabat, maka itu lebih saya terima. Dalam hal ini, Umar pernah melakukannya.kisah Saidina Umar yang telah dicatat di dalam kitab Asbabul Wurud karya Ibn Hamzah al-Husaini,telah menjadi hujjah saya berkenaan ISA, saya tidak akan menukar pendirian sehinggalah ada nas atau dalil yang lebih kukuh daripada itu. Wallualam.
Saya setuju dgn pendapat Azli dlm soal ISA. Sedangkan peperangan lagikan dibenarkan inikan pula menangkap org yg memporakperandakan negara melalui tulisannya. Kalau dia bawak pistol bolehlah kita dakwa di mahkamah. Orang cerdik dan licik jika dibiarkan akan mendatangkan musibah pada masyarakat yg mudah terpedaya.
Pada pendapat saya, Dr Asri benar dlm konteks menghindari fitnah terhadap Islam . Beliau juga benar apabila menyatakan org yg menghina Islam perlu diminta penjelasan sebelum dihukum (begitu juga dlm kes-kes lain). Namun pihak berkuasa bertindak atas kepentingan umum (masyarakat dan negara). Tindakan Teressa Kok boleh dieksploitasi oleh pihak yg berkepentingan bagi menghuru-harakan negara. Setidak-tidaknya isu tersebut adalah sensitif terutama pada masa sekarang. Justeru adalah wajar beliau 'disimpan' di suatu tempat sehingga isu ini menjadi reda. Semasa ditahan, Teressa perlu diinsafkan betapa tindakan beliau itu tidak bijak dan mampu mengundang bahaya kpd negara.
Perlu diingat bahawa isu azan adalah sgt sensitif. Jika kerajaan gagal bertindak tegas, ini akan mengundang bantahan keras yg boleh membawa kpd rusuhan kaum.
Saya fikir Dr Asri kurang hemat dalam membina pertalian kes sebenar dgn hujah beliau. Namun tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ada hikmahnya bagi meredakan kemarahan org ramai terhadap Teressa.
Seperkara lagi, hujah yg mengatakan ISA hanya utk komunis sahaja adalah tidak tepat dan saya kira gagal melihat maksud sebenar akta tersebut. Mungkin komunis sudah tidak menjadi ancaman (namun perlu diingat betapa isme tersebut masih dianut ramai orang hingga kini), namun yg tersirat ialah apa sahaja keadaan yg menyerupai bahaya komunis perlu digunakan ISA.
Wallahu'alam.
Demang - hujah saudara saya setuju, ada kebenaran di situ. wallualam.
InsyaAllah...ada jodoh tak ke mana...ke nak suruh saya tolong carikan...hehe..wish you all the best ..May Allah bless you...
HIDUP INI PENUH DENGAN NAN INDAH....
Saya yakin, DLD tak ikuti sepenuhnya kenyataan sebenar Teressa. Awak dengar dan baca daripada akhbar tertentu yang berat sebelah. Sebab itu pandangan anda selalu melencong.
Saya nasihatkan bergaullah dengan ulama dan ahli agama, belajar tentang konsep jiran dalam Islam, semua ini penting dalam memahami hidup bermasyarakat. Jangan fikiran sempit dan nyatakan Mufti kurang hemat. Awak ni siapa jikan nak banding dengan mufti. Kita kena adil dalam banyak perkara.
Perlu juga baca Akta ISA, biar faham akta tersebut, jangan tahu sebut je ISA tapi baca pun tak. Kita kena jadi orang berilmu.
Saya salah seorang daripada mereka.
Saya tidak mahu dedahkan siapa di sini. Saya takut saudara rasa bersalah dengan komen saudara kepada saya. Blogger lain juga pasti mengetahui siapa saya jika saya mendedahkan nama sebenar.
Saya pertama kali melawati blog saudara bertitik tolak daripada artikel dalam majalah saudara yang nampak menarik, berbicara soal ekonomi negara. Tujuannya untuk mengetahui adakah artikel itu juga boleh didapati dalam internet.
Tetapi yang saya temui blog saudara dan saya terkejut bilamana blogger lain yang memberi komen nampak seperti kurang pengetahuan dalam sesetengah itu. Saya bukan menghentam, tapi menasihati.
Kenapa, kerana saudara sebagai editor dan pemikir generasi muda perlu bijak menapis komen penulis lain.
Saudara punya gagasan dan masa depan yang cerah untuk menjadi sebahagian daripada orang bertanggungjawab membangunkan Malaysia pada masa hadapan. Maka tidak seharusnya bicara dan lontarkan komentar kepada komen yang tidak matang. Itulah maksud saya.
Biar saudara mengumpulkan rakan-rakan blogger yang matang dan membina, bukan yang mengarut tak tentu pasal. Saya mungkin jarang akan melawati blog ini kerana sangat sibuk dengan urusan dalam dan luar negara, tetapi kerana kebetulan, maka saya memberi komen ikhlas.
Soalan saudara, Siapa saya?
Memadailah jika saya katakan, tidak mustahil untuk saudara menghubungi saya untuk diwawancara sebagai tokoh bulanan dalam majalah saudara.
Saya juga dapat mengesan bakat dan kepimpinan saudara dalam politik tanah air.
Seperti kata blogger lain yang menghentam saya,
"siapa saya dan berapa umur saya ketika Dato Seri Anwar dalam kerajaan"?
Saya sebahagian daripada Politik dan Ekonomi Malaysia.
Terus-terang mummy katakan, mummy juga kurang setuju dengan beberapa komen bloggers yang lain termasuk saudara Azli yang terang2 penyokong kuat UMNO/BN hingga kadang2 mummy merasakan pandangan Azli nampak tidak rasional terutama kecaman2 beliau terhadap DSAI yang masih belum terbukti salahnya (jangan marah ye Azli). Tapi itu pandangan dia, apa hak mummy nak 'paksa' dia menukar pendiriannya. Hidayah tu kan dari Allah.
Anda katakan anda komited dengan perjuangan PR. Mummy nak tahu juga, 16 September yang lepas apa yang anda buat? Mummy bukan menuduh, tapi harap2 anda bukan the next Ezam ye.
Sehingga hari ini mummy juga masih percaya dengan DSAI tapi percaya mummy bukanlah atas dasar manusia itu Anwar Ibrahim sebab mummy tak kenal pun siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ni. Percaya mummy pada dia berpandukan sedikit ilmu yang mummy ada. Tuduhan, cemuhan, kejian ke atas DSAI hanya sekadar tohmahan kerana sehingga hari ini penyimpan2 bukti dan saksi2 sentiasa berdolak-dalik (macam kes kotak hitam Ezam satu masa dulu).
Kita di sini bukan untuk mencari musuh atau mencari siapa yang lebih pandai. Kita jadikan medan ini untuk berhujah secara berhemah.
Saudari mummybosan, perjuangan tetap perjuangan. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Saya ingin tegaskan pendirian, sebenarnya perjuangan membentuk Malaysia baru berterusan dan bukan tidak perlulah saya katakan satu persatu apa yang saya lakukan untuk negara. Perjuangan untuk membela rakyat, bukan untuk mendapat pangkat dan habuan.
Saya bukanlah insan seumpama Ezam, yang meninggalkan Keadilan kerana kecewa. Kekecewaannya kerana dia tidak mendapat jawatan yang dia inginkan dalam keadilan. Dia meninggalkan keadilan kerana merasakan Parti itu tidak diterima dan akan kalah. Tetapi sebaliknya berlaku. Maka untuk dia kembali setelah keluar dari Keadilan, tidak semudah itu.
Akhirnya dimemutuskan untuk menyertai UMNO. Apa yang berlaku, dia tambah meningkatkan barah dalam UMNO dan mengundang sedikit perpecahan. Kemasukannya juga tidak mengikut prosedur dalam UMNO (Saudara Azli lebih tahu, kerana dia ahli UMNO)kerana tidakpun diputuskan mesyuarat sepertimana pemimpin lain daripada Semangat 46 dulu.
Pandangan dan komentar saya ikhlas, bukan untuk mencari musuh, tetapi untuk membawa paradigma baru pemikiran, khususnya bagi mereka punya masa dan kelapangan untuk berdialog dalam blog.
Memang saya sibuk, tetapi dalam perjalanan di dalam kereta, saya gunakan untuk melayari internet dengan kemudahan teknologi yang ada pada hari ini. Namun kesibukan saya tidak bermakna saya melupakan komitmen kepada negara.
Tuntasnya, disebalik perjuangan mana-mana parti, terdapat ramai pemikir, ahli ekonomi, ilmuan dan profesional lain. Maka, tidak semestinya kita menunjuk muka setiap hari di televisyen untuk maklumkan rakyat, tetapi lebih baik kita buat kerja dan tolong rakyat, beri sumbangan, itu lebih baik. Kalau beri membantu dengan tangan kanan, jangan sampai tangan kiri tahu.
Sekian, salam hormat.
Mummybosan - terima kasih sudi menjawab komen2 en adil dalam blog saya, inilah fungsi blog saling memberi hujah agar kita menjadi lebih matang. Tetapi saya tetap rasional berkenaan kes Anwar ini, kerana, bukti2 yang telah saya sendiri tengok dan tidak boleh lagi saya meragui dan menipu diri saya sendiri. wallahulam.
azli, mummy nak tau/tengok sangat2 bukti2 yang azli maksudkan berkenaan DSAI ni. jika betullah wujud bukti2 seperti yang dikatakan, kenapalah susah sangat nak memerangkap DSAI ni? bijak sangat ke DSAI ni atau mereka yang mengawal sistem perundangan Malaysia yang bodoh sangat?
nan, aku dah lama cari dewan budaya tak jumpa-jumpa. malah dewan-dewan yang lain pun. dah tukar market kedai buku besar je ke? (aku cut n paste jek)
Saudara (Faizal) adalah orang UMNO, berhubunglah terus dengan Khalid Nordin, barulah namanya satu parti. Apa yang menarik sangat dalam blog saudara dan apa kepentingannya kepada seorang menteri.
Saudara, kalau nak masuk dalam sembang blog, janganlah pandai suruh orang je, berilah komentar bernas, pendapat dan pandangan matang untuk manfaat semua pengunjung.
Saya harap tiada lagi orang seperti saudara yang "menyemak" dan hanya menjaja "Tin Kosong".
Saudara Azli, saya minta maaf kerana menggunakan blog saudara untuk memberi pandangan pedas saya.
IZINKAN SAYA MEMBERI KOMENTAR DAN LONTARAN BUAH FIKIRAN SAYA.
Saya bukan menghentam, tetapi menasihati budak-budak hingusan dan berpolitik seperti saudara faizal. Beliau seorang pemuda UMNO tetapi tidak beretika, maka saya tegurlah sikit.
Kalau nak guna lambang UMNO, gunalah slogan atau cogan kata UMNO iaitu BERSATU BERSETIA DAN BERKHIDMAT.
Tetapi dia guna UMNO, BERANI DAN MACHO. Orang seperti ini perosak ketuanan Melayu. Kalau nak guna slogan sendiri, jangan guna lambang UMNO.
Ini memalukan dan membuatkan orang lain menyampah. Terpulanglah pada blogger lain nak membidas saya, itu perkara biasa, cuma saya ingin tegaskan...
Kalau nak jadi manusia biul, jadilah, tetapi biar dengan kebodohan sendiri. Jangan beri kesan pada orang lain. Saya sarankan Baca Cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk, kemudian ikutlah...
Jangan guna lambang UMNO. Sekian
Memang ada yang dikatakan oleh En Adil tu ada benarnya. Tapi bak kata org tua2..ckp siang pandang2..ckp malam dengar2.
Selamat saya ucapkan kepada En Adil.
Apa yang saya katakan bukan benda remeh-temeh. Saya bukan penulis nyamuk dan bodoh. Saya kritis dalam tulisan saya.
kalau saudara suruh saya cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Mesej saya tak akan sampai kepada para blogger yang lembik dan bagai pokok tidak berbuah.
Saudara janganlah jadi penulis nyamuk yang tiada berperinsip.
Saya nak tanya saudara Saiful, siapa saudara yang cuba saya mengajar saya. Darah baru setampuk,baru setahun jagung melayari kehidupan ini. Jadi kena belajar banyak baru nasihati orang lain.
Saya hargai ucapan selamat daripada saudara, tetapi lihatlah bagaimana terhegeh-hegehnya beberapa blogger yang menulis dalam blog ini.
Azli, bukan niat untuk menasihati Encik Adil, bahkan tidak layak sama sekali. Pun begitu, tidak bermaksud saya tidak bersetuju dengan beberapa komen beliau.
Walaubagaimanapun, masih banyak buah fikiran & pandangan Azli yang tidak dapat saya setuju.
Cukuplah setakat ini. Saya tidak mahu menjadi penulis nyamuk sebagaimana yang dimaksudkan Encik Adil.
En Adil - saya tidak berhasrat untuk menghentam saudara dalam blog saya ini. tetapi saudara perlu matang dalam memberi komen2 kepada para blogger yang singgah di dalam blog saya ini, kerana mereka merupakan tetamu yang harus dihormati.
saiful - adat dalam apa-apa percanggahan pendapat. tetapi nilaikannya dengan al-Quran dan Hadis shahih yang telah saya gunakan. janganlah kerana kita menyokong seseorang maka, kebenaran al-Quran dan hadis shahih kita tolak. semoga sama-sama kita mendapat manfaat dan ilmu daripada apa-apa yang telah saya tulis. tidak terniat untuk menggentam sesiapa termasuk Anwar Ibrahim, tetapi saya sama sekali tidak akan berkompromi dengan kebatilan. sesiapa sahaja yang tidak mengikut kebenaran, saya terpaksa tegur khususnya pemimpin. saya bukanlah jenis menuduh membuta tuli, tetapi setelah mengkaji dan mencari bukti barulah saya mengeluarkan pandangan dan pendapat berasaskan nas dan ijtihad ulama. wallahulam.
seperti yang pernah mummy kata, hidayah itu hak Allah, sememangnya sukar & payah nak menukar pemikiran manusia2 fanatik kepada DSAI (sama macam fanatik MAWI). jadi kita biarkan saja orang2 seperti mereka. moga2 mendapat hidayah Allah segera. walau bagaimanapun, masih ada ramai lagi orang yang mempercayai DSAI atas dasar ketelusan undang2 yang diperkotak-katikkan oleh pihak2 tertentu yang berkuasa. kalau benar ada bukti sahih, nah tunjukkan, buktikan! jangan jadi macam ezam yang kecoh dengan kotak hitamnya. salah seorang manusia yang begitu fanatik dan memuja2 DSAI satu masa dulu. apa dah jadi sekarang? rupa2nya kotak hitam hanya sekadar kotak hitam sahaja.
ramai orang sanggup berjuang tetapi sanggupkah kita berkorban demi perjuangan? jika ya, kotakan apa yang dikata.