Skip to main content

BLOG SAYA INI, INGIN MERAKAMKAN SELAMAT PENGANTIN BAHARU KEPADA RAKAN SEKERJA DAN RAKAN BLOG, SAUDARA MOHD KHAIRULANUAR MANSHOR DAN ISTERI TERCINTA NOR FADHILAH AHMAD ATAS PERKAHWINAN MEREKA PADA 17 OGOS 2008 BARU-BARU INI.


DOA SAYA AGAR KALIAN BAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU. AMIN. MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA BERPASANG-PASANGAN.

Comments

NieZearm said…
selamat pengantin baru
Anonymous said…
Azli bila lagi?
azlishukri said…
kak ritah..saya calon pun tak ada lagi..mcm mana nak kahwin..doa sahaja la setakat ini.
Artozy said…
li, carikan calon untuk aku sekali. dan selamat pengantin baru untuk sahabat tu.
azlishukri said…
ok la artozy, sama2 kita mencari. tapi, mcm mana test perempuan yang ko suka?
Ros Xerra said…
Awak tu yang banyak songeh. Memilih sangat. Terima la seadanya. Kan ramai calon kat keliling perut tu. Takkan malu nak cakap kot. Dah boleh kahwin dah. Nak tak nak je.
azlishukri said…
siapa la pulak si ros xerra ni? confius aku...mana ada ramai calon..kalau ramai dah kahwin la aku ni..
Ros Xerra said…
He..he..he..Jangan maree aaa. Mana ada ramai calon? maknanya ada la gak. Buat istikharah je la ya. Selesai masalah u tu. Who am i? Rahsia........
azlishukri said…
buat istikharah? belum boleh lagi. kalau ada calon nanti bolehlah buat.
hans said…
Selamat pengantin baru pada berkenaan..
saudara bila plak?
jgn lupa jemput
huhu3
azlishukri said…
hans - saya tak tahu lagi bila.
mariahsj said…
InsyaAllah, jodoh akan ada tu. Cuma mungkin belum bertemu lagi. Sama-samalah kita berdoa banyak-banyak agar Azli dapat bertemu jodohnya dengan segera di luar sana tu....
azlishukri said…
kak Ton - di luar sana? mcm jauh aje bunyinya..
mariahsj said…
Ha ha ha. Tak jauh, cuma belum ketemu. Apabila dah berjumpa, anda sendiri yang akan tahu inilah orangnya. Di bulan ramadhan ini, banyakkan doa agar Azli disegerakan pertemuan dan jodoh ini. Doa yang baik dimakbulkan Allah.
azlishukri said…
Kak Ton kena doakan juga..
Tak mengapa Azli, insyaAllah ada jodohnya nanti. Kalau tidak, dah lama kita berbiras. Saya doakan supaya cepat jodoh Azli.
azlishukri said…
terima kasih saiful, doa sahabat yang mustajab dan cadangan yang baik.
mariahsj said…
InsyaAllah. Ya Allah, segerakanlah pertemuan Azli dengan jodoh yang serasi dengannya. Semoga mereka hidup berkekalan. Amin.
azlishukri said…
terima kasih kak ton. amin
Denanz ... said…
li ... dead line dah dekat. cepaaat!

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...