Skip to main content

Penulis Bersama Tan Sri Muhammad Ali Hashim
di pejabatnya.


Seorang Guru,
Seorang Sahabat
dan Ahli Korporat


Pertama kali saya mendengar “Orang Kuat” Johor Corporation ini berucap adalah sewaktu beliau membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu III di Hotel Legend, Kuala Lumpur 17 bulan yang lalu. Saya turut sama menyertai persidangan yang berlangsung selama dua hari itu. Sejak mendengar ucapan Tan Sri Muhammad Ali Hashim tersebut, rasa hormat dan kagum terhadap idealisme dan konsep korporat Islam yang ingin beliau terapkan dalam kalangan kakitangannya di JCorp semakin saya sokong dan dukung.



Sebelum ini, saya hanya mengenali beliau melalui buku-bukunya seperti Bisnes Satu Cabang Jihad dan lain-lain. Konsep seperti “Jihad Ekonomi” dan “Jihad Perniagaan” cukup sinonim dengan beliau. Sukar untuk menemui tokoh korporat yang berjiwa Islam dan mempunyai misi Islam yang sangat jelas dan tepat. Yang lebih menarik, beliau tidak hanya bercakap, sebaliknya turut mempraktikkan apa-apa yang telah beliau sampaikan.



Akhirnya, banyak yang saya pelajari daripada Tan Sri Ali Hashim ini, seorang guru, seorang sahabat dan seorang tokoh korporat yang sangat berjaya. Malaysia memerlukan tokoh korporat seperti beliau, yang berupaya membuktikan agama Allah dan sunah Rasul-Nya adalah sesuai untuk setiap zaman dan di mana-mana keadaan sekali pun. Antara pengajaran yang saya peroleh dengan beliau setelah beberapa kali saya bertemu dan berbincang dengannya, adalah seperti berikut:



  1. Jangan ikut teori ekonomi dan budaya korporat bangsa lain, sebaliknya orang Melayu jika ingin berjaya harus kembali kepada akar budaya kita dan agama kita sendiri, iaitu Islam.
  2. Bina budaya korporat cara Islam, kita pasti mampu mengalahkan perniagaan-perniagaan bangsa lain. Kita gagal kerana meninggalkan agama kita sendiri.
  3. Membina organisasi perniagaan berasaskan kepada tanggungjawab, tanggungjawab kepada Tuhan, masyarakat, keluarga dan diri sendiri.
  4. Perniagaan Orang Melayu harus berasaskan kepada konsep “Jemaah” baru boleh berjaya dan maju. Jauhkan organisasi daripada sikap individualistik.
  5. Jangan mengamalkan pengurusan perniagaan melalui peminjaman budaya kerja bangsa lain. Ambil mana-mana yang secocok dengan Islam dan Sunah.
  6. Mengutamakan kepentingan ummah dan selalu bermusyawarah, kerana itu merupakan asas kejayaan sesebuah perniagaan.
  7. Jadikan ekonomi dan perniagaan sebagai satu cabang jihad dalam jiwa orang Melayu, InsyaAllah peniaga-peniaga Melayu akan bangkit menguasai ekonomi.

Comments

guru yang baik berhasil jua.
NieZearm said…
sy juga pernah bertemu dengan tan sri beberapa kali.. :-)
azlishukri said…
betul tu danielle...

niezearm...betul jika kita bertemu dan berbicara dengan beliau banyak kita akan pelajari..
Denanz ... said…
d budaya pernah, lama dulu, wawancara beliau masa beliau di JB. Beliau suruh kami cover sekali Pulau Sibu. Kami ke sana, semua ditanggung. kami 4 org. ni bukan rasuah tau.
azlishukri said…
Ha ye Nan? janji makan minum diaorang tanggung...
Anonymous said…
WORD VERI TU BUANGLAH SAUDARA
man_helang said…
salam...selalunya 'baka' sebegini baik amat sukar atau 'rare' sekali utk dijumpai...kalau ade pun 1 dlm sejute...
Salam,

Bagi saya Tan Sri adalah tokoh ulong dan lagenda korporat yang masih hidup untuk kita belajar banyak perkara daripadanya.
Mohd Radzian said…
Saudara Azli,

Terimakasih kerana sudi add "link" saya di blog saudara.

Saya juga add link saudara di blog saya.Saya berharap saudara dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman dengan hasil tulisan saudara.

Salam hormat.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Dua : Lombong Emas En. Ferderhof 1. Saya agak sedikit kecewa, tidak banyak. Tetapi kecewa. Begitu banyak respons yang saya terima ekoran tersiarnya Hikayat Dewan Ekonomi di blog saya baru-baru ini. Baik respons positif mahupun respon negatif. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. 2. Rupa-rupanya hikayat tersebut telah menyebabkan sesetengah orang “melompat” dan terasa dengan apa-apa yang pernah mereka ucapkan kepada saya. Malah, ada sesetengah pihak yang tidak mahu mengaku dengan apa-apa yang telah mereka katakan kepada saya pada suatu ketika dahulu. 3. Namun demikian, itulah adalah sikap manusia – dan lumrah manusia untuk menjaga “periuk nasi” mereka sendiri. Dan saya sama sekali tidak akan mempedulikan semua itu, kerana kebenaran perlu didedahkan. Tidak kurang juga yang mahu agar hikayat ini tidak diteruskan lagi, kerana kononnya ia hanya membuka pekung dan keburukan organisasi kita sendiri, khususnya tentang apa-apa y...