Skip to main content

Penulis bersama Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Pejabatnya.

Tahniah Tun!


KUALA LUMPUR 11 Mei 2008- Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid yang dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang mahu orang Melayu memiliki lima bentuk minda bagi menjamin kejayaan serta daya tahan mereka pada masa depan. Beliau berkata, minda tersebut ialah minda berdisiplin, minda sintesis, minda kreatif, minda menghormati dan minda beretika. Sehubungan itu, beliau berharap UMNO menjalankan penyelidikan tentang cara-cara memperkasakan akal fikiran atau minda orang Melayu demi kepentingan bangsa dalam jangka panjang. ''Saya juga berikrar akan terus berkhidmat dengan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO selagi hayat di kandung badan," katanya.



Beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Dengan penganugerahan itu, beliau menerima hadiah pingat emas, wang tunai, plak serta sijil penghargaan. Pemilihan Ahmad Sarji, 70, adalah berdasarkan sumbangan beliau terutama dalam pembangunan negara melalui bidang pentadbiran awam, ekonomi dan perkembangan intelektual Melayu dan negara.-Utusan



KUALA LUMPUR 6 Jun 2008 - Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Penasihat Parti Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik dianugerahkan gelaran “Tun” sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.-Utusan



Ulasan Saya : Saya begitu kagum dengan cara kerja Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, pertemuan saya dengan beliau pada tahun lalu membuatkan saya faham mengapa Tun Mahathir melantik beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara dahulu. Kerjanya yang cekap, cermat dan pantas membuatkan sesiapa sahaja yang bekerja dengan beliau akan bersikap proaktif dan maju ke hadapan. Sekarang beliau merupakan Pengerusi PNB dan IKIM. Saya pernah bertanya kepada beliau, apakah falsafah kejayaan beliau selama ini, jawabnya, ”Gunakan akal ketika bekerja dan jadikan kerja sebagai satu amanah.” Jujur dan ikhlas merupakan tonggak yang memacu kejayaan beliau selama ini, itulah yang saya belajar daripadanya. Belum terlambat rasanya bagi saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas penganugerahan gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini. Tahniah Tun!

Comments

Mohd Faizal said…
Sepanjang kerjaya, saudara sudah banyak mewawancara tokoh-tokoh besar tanahair..Tentu banyak buah fikiran dan ilmu yang tersirat dapat dikutip sepanjang menemubual mereka. Elok juga kalau dibukukan apa yang tersirat :-)..
Walau apa pun, tahniah dan syabas dari saya. Dewan Ekonomi semakin menarik!
azlishukri said…
terima kasih, InsyaAllah, akan saya cuba laksanakan idea yang baik itu. Malah sememangnya itu hasrat saya sejak sekian lamanya..
Masih terkenang mantapnya Tunggak 12. Wow!!
I'm Mr. Leo said…
Menarik artikal yang terdapat pada blog saudara, terima kasih atas kunjungan & komen yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.
Muhammad Azli Shukri, blog Saudara ini pada saya, *rare*. Saya datang melawat lagi, InsyaAllah. Saya telah pun link URL blog Saudara ini di blog saya. A Total Blog. Terima kasih.
Unknown said…
Salam Bro....

INSYALLAH saya akan terus mengikuti dan memberi sokongan pada blog saudara seperti juga pada blog jawi peranakan..

Diharap bro akan terus memberi pandangan dan infomasi yang bernas untuk dikongsi bersama.....

carcoon
azlishukri said…
terima kasih zubli dan joe..salam perkenalan.
kuanderas said…
Saudara Azli,
saya membaca blog anda semasa melihat komen pada blog Bung Karno.

Isi kandungan & wawancara dengan pelbagai pemimpin amat menarik. Keep it up & maintain your freedom of writing.

Ulasan tentang minyak.
Sebenarnya, kenaikan harga minyak ini adalah rentetan & sebahagian masalah yang berlaku di zaman Pak Lah.

Saya selaku ahli UMNO berasa amat malu di bawah kepimpinan Pak Lah.Perkara-perkara seperti :-
1.Kenaikan harga minyak melampau selepas jaminan berlaku pada Ogos ini.
2.Kekalahan Pulau Batu Puteh
3.Gambar tertidur sana sini
4.Gambar dengan Michelle Yeoh
5.Isu MB Terengganu
6.Perlantikan Zaid Ibrahim
7.Tiada rasa hormat pada Tun Dr.M
8.Kehilangan kuota yang banyak dalam JPA untuk anak Melayu
9.Kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 BN.
10.Serta pelbagai perkara lagi yang tidak tersenarai.

UMNO kini menjadi perlekehan ahli lawan & juga ahli komponen BN.

Sewaktu saya dulu Universiti dahulu, ketika ramai rakan-rakan saya menyokong Anwar Ibrahim & pembangkang, amat senang untuk berhujah dan menjelaskan rasional & tindakan Tun Dr.M

Kini, apa yang mahu diperjelaskan. Pak Lah begitu naif sekali, membisu & sibuk dengan perasmian situ sana sini.

Peralihan kuasa dalam UMNO adalah wajib.. jika tidak malapetaka akan menimpa UMNO & BN
Syam said…
salam,
sebuah blog berkenaan politik tanahair. satu lagi blog yang pasti akan kerap saya kunjungi

p/s: terima kasih kerana meninggalkan komen di blog saya.

---------------------------------
syam @ http://aeropama.blogspot.com
~ mizzAmy ~ said…
~ salam perkenalan buat tuan rumah. hasil penulisan anda amat baik. :) ~
salam saudara,

agak terkejut tiba-tiba saudara singgah... kita pernah kenal kah?
tidak mengapa rajin2 lah sesama kita bertukar pendapat. :-)
mohad said…
salam.. apa khabar

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Mahathir Belum Mati

Do You Still Remember Me? Pada hari ini, semua suratkhabar perdana menyiarkan gambar Tun Mahathir berdiri bersama-bersama dengan saf kepimpinan baru UMNO yang dilantik oleh para perwakilan, dan seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu dengan secara tiba-tiba "dikembalikan" semangat mereka untuk bersungguh-sungguh memenangai ketiga-tiga pilihan raya kecil yakni di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau. Ribuan penyokong UMNO dan BN mengiringi calon BN di Bukit Gantang, iaitu Ismail Safian ke pusat penamaan calon - rasanya belum pernah semangat sebegini rupa yang ditonjolkan oleh para penyokong UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil - malah tidak syak lagi , BN mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut. Jelaslah, kehadiran Tun Mahathir di Persidangan UMNO semalam , dan janjinya untuk kembali kepada UMNO, sekurang-kurangnya telah menyunting semangat baru dalam kalangan ahli UMNO, untuk melihat parti tersebut kembali pulih dan bertenaga semula, malah untuk seketi...

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...