Skip to main content

Kepimpinan

Alat Memajukan Ummah

Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI

(Artikel ini sudah diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 30/09/2004)

Selepas Saidina Hussien mati terbunuh di tangan Yazid bin Muawiyah, orang-orang Syiah telah bersatu membuat pakatan untuk menggulingkan kerajaan Umaiyyah. Fitnah dan hasutan menjalar dan mempengaruhi umat Islam pada saat tersebut. Bahkan Bani Umaiyyah pasti hancur jika sikap ini tidak dibendung.


Hal ini membawa ingatan kita kepada sikap tegas Khalifah Abdul Malik bin Marwan demi membendung hasutan-hasutan dan fitnah yang semakin meruncing, ``Sesungguhnya umat ini tidak mungkin dapat kuubati melainkan dengan menggunakan pedang sehingga kamu semua bersikap lurus terhadapku.


``Ketahuilah sesungguhnya kami sanggup bersabar di atas segala tindakan kamu melainkan memberontak melawan pemerintah atau menegakkan bendera sendiri. Demi Allah jangan sesiapa berani menyuruhku supaya bertaqwa kepada Allah selepas ucapanku ini, kerana kalau ia lakukan juga akan kupenggal leher-nya''.


Pidato tegas ini, menggambarkan sikap dan bentuk kepimpinan Bani Umaiyyah dalam menangani unsur-unsur pemberontakan yang sedang bergiat cergas pada waktu tersebut. Dalam hal-hal tertentu ketegasan adalah perlu.


Kepimpinan yang cemerlang bermaksud, kepimpinan yang berpaksi kepada kebenaran. Tiada kompromi dalam soal-soal kebenaran. Jika sesuatu perkara itu sudah jelas bercanggah dengan syariat Islam, ketegasan mesti digunakan. Dan kepimpinan seumpama inilah yang bakal memajukan ummah.


Oleh kerana itulah kepimpinan bukanlah sesuatu yang boleh diminta-minta. Kerana ia merupakan amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak.


Hal ini mengingatkan kita kepada sabda Rasulullah s.a.w., "Janganlah kamu meminta kepimpinan, jika kamu menjadi pemimpin dan dipertanggungjawabkan dengan sesuatu masalah, maka ia akan membinasakan kamu. Dan jika kamu menjadi pemimpin tanpa memikul sesuatu masalah, maka ia akan memberatkan kamu." (Riwayat Bukhari)


Kepimpinan pada dasarnya merupakan unsur penting untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Bahkan ia merupakan alat atau medium yang paling berkesan dalam menyampaikan risalah tauhid. Kepimpinan yang utuh merupakan kombinasi kekuatan iman, akal, ilmu, tindakan dan kebijaksanaan.


Kesilapan umat memilih pemimpin mereka, bermakna membiarkan diri mereka di ambang kehancuran. Umat Islam akan menjadi kuat dan maju, jika barisan kepimpinan yang dipilih bersikap tegas dengan hal-hal yang mungkar di samping berfikiran terbuka terhadap idea-idea baru dan mengelakkan diri daripada menjadi penghukum semata-mata.


Malah, amaran keras telah disampaikan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Sesiapa yang memimpin, namun tidak mengendahkan nasihat, tidak akan mencium bau syurga.


Kepimpinan yang cemerlang, merupakan simbol tidak rasmi kepada kekuatan sesuatu bangsa dan negara tersebut. Perebutan kuasa serta kepimpinan yang tidak berkesudahan, mampu membawa masyarakat dan negara ke arah kebinasaan.


"Sesiapa dalam kalangan kamu yang terlalu ingin memegang jawatan, nescaya akan menyesal pada Hari Kiamat." (Riwayat Bukhari).


Amaran Rasulullah s.a.w. ini, seharusnya menginsafkan diri kita. Bahkan menjadi kesedaran terhadap beratnya tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. "Kepimpinan adalah amanah, bencana dan penyesalan pada Hari Kiamat melainkan mereka yang memimpin dengan hak dan menunaikan kewajipannya." (Riwayat Ahmad).


Kembali kepada garis kasar perbincangan di atas. Oleh kerana kepimpinan merupakan elemen penting dalam memajukan ummah, maka mahu atau tidak, setiap pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin perlu meningkatkan prestasi, ilmu serta kewibawaan mereka dari semasa ke semasa, di samping mengukuhkan idealisme diri dan prinsip kebenaran yang telah dituntut oleh Islam.


Kita sama sekali tidak mahu menjadi pemimpin yang mengkhianati amanah, lantaran itu sabda Rasulullah ini harus dijadikan ingatan, "Celaka para penguasa, celaka para cendekiawan, celaka para pemegang amanah yang berangan-angan. Ketika Hari Kiamat, rambut mereka disulam dengan bintang timur, terawang-awang di antara langit dan bumi, sedangkan mereka tidak melakukan sesuatu pun." (Riwayat Ahmad).


Selain kewibawaan, saf-saf kepimpinan juga harus meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi mereka. Pengabaian ilmu ini bakal membawa kepada kekecohan, kelambatan tindakan, kelewatan menyelesaikan masalah dan pelbagai lagi kerumitan yang akan bertambah-tambah sehari demi sehari.


Justeru itu, ilmu pengurusan tidak boleh dipandang ringan akan kepentingannya. "Jangan kamu tangisi agama jika ia diuruskan oleh ahlinya. Tetapi tangisilah agama jika ia diuruskan oleh orang yang bukan ahlinya." (Riwayat Ahmad).


Walauapa pun, pemimpin yang menunaikan amanah dengan cemerlang dan jujur akan tetap memperoleh janji Allah, seperti yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah, "Tujuh golongan yang mendapat lindungan Allah pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan-Nya, (antaranya) pemimpin yang adil." (Riwayat Bukhari dan Muslim) dan "Sesungguhnya manusia yang paling dikasihi oleh Allah pada Hari Kiamat dan yang paling rapat dengan-Nya adalah pemimpin yang adil." (Riwayat Ahmad).


Kepimpinan, selain daripada alat untuk membangunkan negara dan bangsa, ia juga merupakan medium untuk mentadbir dan menguruskan manusia. Kepimpinan yang lemah, bermakna membiarkan agama, bangsa dan negara berada di dalam keadaan yang bahaya.


Pada hari ini, kepimpinan yang baik, adalah kepimpinan yang menguasai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja. Pendek kata, barisan kepimpinan yang baik adalah barisan kepimpinan yang mewakili pelbagai pihak, umur, pendidikan dan latar belakang sosioekonomi sesuatu masyarakat itu. Dan gabungan yang pelbagai inilah, insya-Allah mampu membawa sesebuah negara dan bangsa itu ke mercu kejayaan.

Comments

Akar Umbi said…
Daripada dapatlah disimpulkan 'fitnah' harus ditangani dan seboleh-bolehnya dielakkan. Dengan tiada sebarang usaha apatah lagi gagal menangani 'fitnah' maka lebih menyerlahkan kelemahan kepimpinan. Malah lebih teruk lagi, 'fitnah' demi 'fitnah' timbul.

Satu lagi yang amat penting, kewujudan 'fitnah' adalah disebabkan kelemahan pemimpin itu sendiri!
Wandy said…
Kita perlu belajar dari sejarah. Pemimpin yg baik perlu tegas & bijak serta menerima nasihat drpd orang2 yg betul.
hans said…
thanks 4 da comment...
bleh ceritakan lebih lanjut latar belakang saudara dekat blog saya...
are u really Ketua Penerangan UMNO Talang Masjid, Kuala Kangsar?
I'm so excited to know more about the UMNO situation now about Pak Lah as Malaysia Prime Minister...
are u like him?
NieZearm said…
Artikel yang menarik. Kalau tak di ambil iktibar. Sesebuah masyarakat itu bole musnah dengan tindakan mereka sendiri. :-)
Yana Ismail said…
saya setuju!sambil angkat tgn tinggi2.em, kepimpinan yg baik adalah kepimpinan yg menguasai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. :)
azlishukri said…
niezem dan liayana..betul kata-kata saudara berdua tu..
HANA said…
Salam..

T.kasih kerana singgah di laman saya, glad that we hv young ppl like you..berfikiran kritis dan membina..teruskan Azli..


Kak Hana..
Cheguman said…
Assalamualaikum,
Tahniah kerana pandangan positif saudara. Amat jarang saya tidak menurunkan komentar dalam blog yang saya singgah. Blog ini? Saya masih meneka-neka adakah saya perlu bersetuju atau kekal dengan pendapat saya. Namun saya percaya mimpi kita serupa. Teruskan perjuangan.
zukeri said…
Salam,
Sebagai pemerintah, kita tak dapat memenuhi selera semua rakyat. Bagi rakyat pula, pemerintah seharusnya memenuhi segala kehendaknya. Inilah yang menyebabkan khulafa ar-rasyidin pun mati kena bunuh.
Unknown said…
Dah lama tu Yop!
man_helang said…
salam...

nice article, keep writing...
RinG said…
kiranya, islam menyaran kita supaya menjadi pemimpin kerana dipilih (sistem khilafah) bukannya dipilih sebab memimpin(amalan demokrasi)? wallahua'lam
Unknown said…
Surah Al-Imran (3.26). Qulillaa-humma maalikal-mulki tu’til-mulka man tastaa-‘u watanzi-‘ul-mulka mimman- tashaaa’ watu-izzu man- tashaa-‘u watuzillu man tashaaa biyadikal-khayr,’innaka alaa kulli shay-in Qadiir.

Katalah: “ Hai Tuhan yang memiliki (sekelian) kekuasan ! Engkau beri kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki , dan Engkau cabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki,dan Engkau muliakan siapa yang engkau kehendaki, dan Engkau hinakan kepada siapa yang engkau kehendaki.Di tangan Mu lah ada (sekelian) kebaikan kerana sesungguhnya Engkau Berkuasa atas tiap tiap sesuatau.”(Al-Imran : surah 3-ayat 26)
Memang betul! kepimpinan teguh dengan pengetahuan luas pemimpin! Namun ada satu sisa yang menyakitkan sering berlaku di tempat kita lahir ini. KUASA meributkan keadaan! Siapa ada kuasa dia kita julang, siapa hilang kuasa dia kita julang dan hempaskan!

Legasi! satu lagi perkara penting dalam apa yang berlaku! cukup sukar membuang legasi buruk daripada orang yang terdahulu! hingga kadang2 terus mengganggu perjalanan yang sepatutnya lancar!
Ki Kiey said…
terima kasih kerna melawat blog saya..

ya,saya pn bersetuju dengan tuan..

sejarah telah membuktikannya
“Inflation ?? Women & Micro Economy, The Dinar & Dirham Solution”

Penceramah: Umar Vadillo (Cendikiawan Islam Sepanyol)

Tempat: Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Tarikh: 6 Julai 2008 (Ahad)

Waktu: 5 petang.

Semua dijemput hadir....

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang.
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, na

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seper