Skip to main content

Kita Tetap Yakin Kepada Allah - BN InshaAllah Menang Besar

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah. David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama. Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya. Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya. Beliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan.

- Bernama

Comments

Unknown said…
KENAPA PERLU PERCAYA KEPADA RAMALAN ORANG KAFIR?

KITA PERLU YAKINI BAHAWA UMNO BN, PASTI MENAWAN SEMUA NEGERI DI MALAYSIA DAN MENGUASAI PARLIMEN MELEBIHI MAJORITI 2/3.

INSYA ALLAH.
SEMEMANGNYA UMNO BERADA DIPIHAK YANG BENAR.

YAKINILAH PERJUANGAN UMNO UNTUK MENGANGKAT SYIAR ISLAM DI MALAYSIA DAN MEMBERI KEMESRAAN KEPADA MASYARAKAT DI BUMI YANG BERTUAH INI.
PLOOM said…
Ya, setuju Istana Bunian!

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw