Tetamu Kehormat...

March 29, 2013

Syed Mokhtar al-Bukhari - Taikun Muslim yang Bernasib Malang!

Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka?
(Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain) 

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Skop perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary yang luas dari gula sehingga syarikat komposit telah menjadi topik utama dalam kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR), menandakan siapa dan apakah sasaran blok pembangkang itu jika mereka menang Pilihan Raya 2013. Dalam hampir keseluruhan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin de facto PKR itu menerangkan tentang pengaruh Syed Mokhtar yang berleluasa dan kesannya terhadap ekonomi. 

Dengan menilai sambutan daripada hadirin kebanyakkannya Melayu semasa ceramah Anwar dan acara lain mengenai subjek tersebut oleh PAS dan DAP, kelihatan tiada kasih sayang yang banyak terhadap hartawan ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu, parti tersebut bukan hanya bercakap mengenai Syed Mokhtar akan tetapi termasuk juga Tan Sri Ananda Krishnan dan mereka yang mengawal kumpulan YTL dan Genting. "Kerana salah satu cabaran besar ... adalah untuk menangkis dakwaan Umno, PKR dan PR cuba untuk melemahkan kedudukan Melayu dari segi ekonomi dengan pendekatan yang berasaskan keperluan," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider. "Memberi tumpuan kepada Syed Mokhtar adalah untuk mengubah minda dan menangani propaganda Umno ... " tambah beliau.

Rafizi berkata hartawan itu dibangkitkan kerana usaha PKR untuk menjelaskan keperluan beralih daripada dasar ekonomi semasa kerajaan bagi mencapai sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera. Beliau mengatakan kerajaan boleh mencapai sasarannya dengan membantu segelintir Melayu secara ekonomi, akan tetapi menurutnya majoriti daripada komuniti Melayu tidak mendapat manfaat daripada polisi tersebut. Rafizi memberitahu, sepanjang tiga tahun lepas PKR telah menerangkan kepada masyarakat Melayu alternatif lebih baik adalah untuk memperbaiki pendapatan isirumah bagi semua orang, menyedari majoriti orang miskin terdiri daripada masyarakat Melayu. "Apa yang kita tidak mahu adalah satu atau dua jutawan Melayu, kami mahu lihat semua orang mempunyai kehidupan baik dan pendapatan baik," kata Rafizi menerangkan mengenai ikrar pilihan raya PKR untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apabila ditanya tentang langkah yang akan diambil PKR selepas berkuasa, Rafizi mengatakan terdapat keperluan untuk memperkenalkan undang-undang anti monopoli dan anti persaingan yang lebih keras. "Apabila ini dapat dilakukan, kebanyakkan syarikat yang dimiliki oleh kroni.... perlu berhadapan dengan undang-undang ini dan akan melemahkan cengkaman terhadap ekonomi kita," katanya. Malaysia pada ketika ini mempunyai Akta Persaingan 2010 yang mula digunakan pada 1 Januari 2012 dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). 

Rafizi juga berkata akan terdapat sebuah suruhanjaya awam untuk meneliti kontrak kerajaan dan bebas menentukan jika terma kontrak adalah terbaik untuk kepentingan rakyat. Awal bulan ini, Rafizi mendakwa penjualan firma aeroangkasa yang lumayan CTRM Sdn Bhd kepada unit DRB-Hicom milik Syed Mokhtar tidak dilakukan melalui tender terbuka, mendakwa usaha untuk menswastakan syarikat berkaitan kerajaan akan meminggirkan tenaga kerja Bumiputera. CTRM merupakan anak syarikat Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF) dan telah menunjukkan prestasi kukuh dengan kontrak bernilai RM8.26 bilion dari 2012 hingga 2017. Akhbar The Edge Financial baru-baru ini melaporkan hartawan logistik itu akan bersaing untuk projek baru rel kelajuan tinggi berjumlah berbilion-bilion ringgit, projek kereta api yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Syed Mokhtar sudah memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor, dan dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil alih syarikat keretapi nasional KTM. 

MMC Corp kini secara mempunyai usahasama dengan Gamuda Bhd untuk Massa Rapid Transit (MRT), projek rel terbesar di Lembah Klang, dijangkakan akan siap pada tahun 2017. Kedua-dua syarikat juga bekerjasama untuk projek 329km rel elektrik berkembar menghubungkan Perak dan Perlis yang dijangka akan siap pada tahun ini. Syarikat Syed Mokhtar telah dituduh mengawal perdagangan beras dan gula di Malaysia, dan kepentingan perniagaannya termasuk Malakoff Corp Bhd, pengeluar tenaga bebas terbesar negara.(sumber klik sini).

9 comments:

Godisuno said...

Mudah saja:

1. Melayu dengki Melayu yang berjaya
2. Cina yang mendokong PR pasti tidak suka ada Melayu berjaya dalam bidang perniagaan yang mahu dimnopoli mereka. Mereka mahu Melayu gagal dalam ekonomi supaya mereka dapat memegang kuasa politik dan juga ekonomi. Mereka mahu Melayu menjadi seperti Aborigini di Australia dan Red Indian di USA. Merempat di negara sendiri

Anonymous said...

Mcm dah jadi kesalahan melayu kaya di Malaysia .... cina kaya langsung tiada isu....

Anonymous said...

Melayu BANGSAT dlm pakatan jubor mmg hidup berlandaskan dengki khianat thdp sesama bangsa...dan yg sadis mrk sanggup pula bertuankan kafir HARBI..

Perjuangan penoh dgn dendam kesumat mnghijabkan hati mrk....

Anonymous said...

PAKATAN RANJANG AKA PR YG DI PIMPIN OLEH PENDUBUR TEGAR AKA PAPA HOMO AKA ANWAR IBRAHIM ALJUBURI MESTI DI LENYAPKAN DARI MUKA BUKI INI DEMI KEBAIKKAN AGAMA ISLAM YG SUCI, BANGSA MELAYU DAN NEGARA "MALAY"SIA!!

Anonymous said...

Bagus la orang Melayu kaya..yg. kerja dengan dia dah tentu la majoritinya orang Melayu..PKR dgn PAS pun buat la usaha yg sama ..bantu anak bangsa..(ops..PAS tak iktiraf Melayu..)

Memerintah Malaysia sebenarnya menguruskan bangsa. Namakan apa saja polisi DEB atau apa saja, ianya akan ada impak pada semua. Dari tiada apa2 polisi atau polisi yg tidak menepati aspirasi kaum majoriti atu minoriti..

Anonymous said...

Itulah sebabnya kita tak boleh mengundi PR kerana terang2 mereka bukan berkhidmat untuk rakyat tapi untuk jaga kepentingan sendiri.

Anonymous said...

Si Rafizi ni org yg lupa asal usulnya dan salah seorang si Ketol moden yg telah dan sedang digunakan oleh taikun cina dlm PR. Ingatkah kita pesanan Sarjan Hassan (P Ramlee) agar jgn ada org spt "BUANG" di tanah air ini?. Inilah salah seorang daripada beberapa orang "BUANG" yg ada dlm PKR dan PAS apatah lagi DAP.










Sakura Itu Bunga Merah said...

syed moktr siap buat masjid lagi.ada university lagi..ada souq albuhary lagi untuk tempat umat2 islam berniaga..
yang rafizi ni apa dia buat..surau brapa buah dah..sejadah berapa bnyak sedekah kat masjid dah..buat la amlan baik..jgna dok mengata orang ja..islam ada kat ic ja..tapi dalam hati mcm apa

Anonymous said...

jangan pandang apa yang Syed Mokhtar ada pada hari ini, tapi lihat semasa di bermula dan bertakteh baru kita faham apa yang dia buat. Tapi hari orang Melayu macam Annuar yang mempertikaikan kekayaan nya. Tak baik buat begitu. Kalau tak tahu asal usul sesaorang itu jangan kita memperbodohkan diri sendiri.