Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka?
(Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain)  
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Skop perniagaan Tan Sri Syed 
Mokhtar Al - Bukhary yang luas dari gula sehingga syarikat komposit 
telah menjadi topik utama dalam kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR),
 menandakan siapa dan apakah sasaran blok pembangkang itu jika mereka 
menang Pilihan Raya 2013. Dalam hampir keseluruhan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 
beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin de facto PKR itu menerangkan 
tentang pengaruh Syed Mokhtar yang berleluasa dan kesannya terhadap 
ekonomi. 
Dengan menilai sambutan daripada hadirin kebanyakkannya Melayu semasa
 ceramah Anwar dan acara lain mengenai subjek tersebut oleh PAS dan DAP,
 kelihatan tiada kasih sayang yang banyak terhadap hartawan ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu, parti tersebut bukan 
hanya bercakap mengenai Syed Mokhtar akan tetapi termasuk juga Tan Sri 
Ananda Krishnan dan mereka yang mengawal kumpulan YTL dan Genting. "Kerana salah satu cabaran besar ... adalah untuk menangkis dakwaan 
Umno, PKR dan PR cuba untuk melemahkan kedudukan Melayu dari segi 
ekonomi dengan pendekatan yang berasaskan keperluan," kata Rafizi kepada
 The Malaysian Insider. "Memberi tumpuan kepada Syed Mokhtar adalah untuk mengubah minda dan menangani propaganda Umno ... " tambah beliau.
Rafizi berkata hartawan itu dibangkitkan kerana usaha PKR untuk 
menjelaskan keperluan beralih daripada dasar ekonomi semasa kerajaan 
bagi mencapai sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera. Beliau mengatakan kerajaan boleh mencapai sasarannya dengan membantu 
segelintir Melayu secara ekonomi, akan tetapi menurutnya majoriti 
daripada komuniti Melayu tidak mendapat manfaat daripada polisi 
tersebut. Rafizi memberitahu, sepanjang tiga tahun lepas PKR telah menerangkan 
kepada masyarakat Melayu alternatif lebih baik adalah untuk memperbaiki 
pendapatan isirumah bagi semua orang, menyedari majoriti orang miskin 
terdiri daripada masyarakat Melayu. "Apa yang kita tidak mahu adalah satu atau dua jutawan Melayu, kami 
mahu lihat semua orang mempunyai kehidupan baik dan pendapatan baik," 
kata Rafizi menerangkan mengenai ikrar pilihan raya PKR untuk 
memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apabila ditanya tentang langkah yang akan diambil PKR selepas 
berkuasa, Rafizi mengatakan terdapat keperluan untuk memperkenalkan 
undang-undang anti monopoli dan anti persaingan yang lebih keras. "Apabila ini dapat dilakukan, kebanyakkan syarikat yang dimiliki oleh
 kroni.... perlu berhadapan dengan undang-undang ini dan akan melemahkan
 cengkaman terhadap ekonomi kita," katanya. Malaysia pada ketika ini mempunyai Akta Persaingan 2010 yang mula 
digunakan pada 1 Januari 2012 dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya 
Persaingan Malaysia (MyCC). 
Rafizi juga berkata akan terdapat sebuah suruhanjaya awam untuk 
meneliti kontrak kerajaan dan bebas menentukan jika terma kontrak adalah
 terbaik untuk kepentingan rakyat. Awal bulan ini, Rafizi mendakwa penjualan firma aeroangkasa yang 
lumayan CTRM Sdn Bhd kepada unit DRB-Hicom milik Syed Mokhtar tidak 
dilakukan melalui tender terbuka, mendakwa usaha untuk menswastakan 
syarikat berkaitan kerajaan akan meminggirkan tenaga kerja Bumiputera. CTRM merupakan anak syarikat Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF) 
dan telah menunjukkan prestasi kukuh dengan kontrak bernilai RM8.26 
bilion dari 2012 hingga 2017. Akhbar The Edge Financial baru-baru ini melaporkan hartawan 
logistik itu  akan bersaing untuk projek baru rel kelajuan tinggi 
berjumlah berbilion-bilion ringgit, projek kereta api yang menghubungkan
 Kuala Lumpur dan Singapura. Syed Mokhtar sudah memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, 
termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor, dan dilaporkan 
sedang berusaha untuk mengambil alih syarikat keretapi nasional KTM. 
MMC Corp kini secara mempunyai usahasama dengan Gamuda Bhd  untuk 
Massa Rapid Transit (MRT), projek rel terbesar di Lembah Klang, 
dijangkakan  akan siap pada tahun 2017. Kedua-dua syarikat juga 
bekerjasama untuk projek 329km rel elektrik berkembar menghubungkan 
Perak dan Perlis yang dijangka akan siap pada tahun ini. Syarikat Syed Mokhtar telah dituduh mengawal perdagangan beras dan 
gula di Malaysia, dan kepentingan perniagaannya termasuk Malakoff Corp 
Bhd, pengeluar tenaga bebas terbesar negara.(sumber klik sini).


Comments
1. Melayu dengki Melayu yang berjaya
2. Cina yang mendokong PR pasti tidak suka ada Melayu berjaya dalam bidang perniagaan yang mahu dimnopoli mereka. Mereka mahu Melayu gagal dalam ekonomi supaya mereka dapat memegang kuasa politik dan juga ekonomi. Mereka mahu Melayu menjadi seperti Aborigini di Australia dan Red Indian di USA. Merempat di negara sendiri
Perjuangan penoh dgn dendam kesumat mnghijabkan hati mrk....
Memerintah Malaysia sebenarnya menguruskan bangsa. Namakan apa saja polisi DEB atau apa saja, ianya akan ada impak pada semua. Dari tiada apa2 polisi atau polisi yg tidak menepati aspirasi kaum majoriti atu minoriti..
yang rafizi ni apa dia buat..surau brapa buah dah..sejadah berapa bnyak sedekah kat masjid dah..buat la amlan baik..jgna dok mengata orang ja..islam ada kat ic ja..tapi dalam hati mcm apa