Skip to main content

Tahniah Tan Sri!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan BrandLaureate Legendary Brand ICON Leadership Award 2011, di sini malam tadi. Turut menerima anugerah utama pada majlis anjuran BrandLaureate tersebut adalah Pengerusi Berjaya Corp., Tan Sri Vincent Tan (The BrandLaureate Man of the Year) dan Pengerusi K&N Kenanga Holdings Bhd., Datuk Noor Zakiah (The BrandLaureate Woman of the Year).

Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan berkata, terdapat ramai pemimpin yang hebat di dunia hari ini tetapi antara mereka yang layak digelar ikon adalah sedikit. ‘‘Ikon bermaksud tahap tertinggi dalam sesuatu bidang, berani mengambil risiko dan mengubah budaya pemikiran untuk menjadi lebih baik.

‘‘Sejarah telah membuktikan pemenang hari ini memiliki keunikan luar biasa dalam bidang masing-masing dan berada di kelas tersendiri,’’ katanya di dalam ucapan pembukaan majlis penyampaian anugerah tersebut malam ini. Turut hadir pada malam tersebut adalah 37 pemenang lain dan dimeriahkan lebih 500 orang tetamu. Antara penerima anugerah kategori The BrandLaureate Premier adalah Pengerusi Top Glove Corp. Bhd., Tan Sri Lim Wee Chai dan Presiden Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow.

Sementara itu Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd., (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman telah dianugerahkan The BrandLaureate Most Eminent. Manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd., (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dianugerahkan the BrandLaureate Transformational Corporate Leader.

Turut memenangi anugerah yang sama adalah Pengarah Urusan Bank Islam Bhd., Datuk Seri Zukri Samat dan Pengarah Urusan Kumpulan, Proton Holdings Bhd., Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.

Comments

Anonymous said…
anugrah ape mendeee..dah x yah leee

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...