Tetamu Kehormat...

November 21, 2011

Mereka Akan Dihukum!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini. Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.

Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.

''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.

''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut.

''Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,'' katanya lagi.

Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini.

''Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,'' katanya. Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

''Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,'' katanya. Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini.

''Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.

''Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,'' jelasnya.

19 comments:

Anonymous said...

kerana suka memfitnah, pembangkang kekalkan status quo.

Anonymous said...

Ya haji nakempru telah berkata pasal dosa & pahala..takut la woit...kahkahkahkah..

Kahkah kah dia tak kata pula pasal dosa bini dia tidak menutup aurat..kahkah

woit masa di mekah tutup aurat pula kahkahkah...apa dia fikir Tuhan hanya berada di mekah saja kut..kahkah..

Suami yang dayus bila bini tak tutup aurat..kahkahkah....

Nak pimpim bini sorang tutup aurat pun tak boleh kahkah mcm mana mau pimpin 27 juta rakyat kahkhakah..kahkah.....

Kahkah rembat duit lembu tak berdosa pula..rembat komisyen kapal selam tak berdosa pula....kahkah

Perintah soldadu pukul rakyat masa bersih 2.0 tak berdosa pulak.......kahkahkahkah

Anonymous said...

kenapa dataran Tahrir terus bermandikan darah?

kerana pihak yang hendak naik memfitnah pihak yang satu lagi.

makanya depa dapatlah apa yang mereka kerjakan.

kah kah kah

Anonymous said...

kahkah..Apa hukum nya guna duit yang kerajaan bagi pinjam untuk menternak lembu, bagi menjamin supaya daging lembu mencukupi untuk rakyat tetapi Duit tersebut di salah guna....
-Beli Kondo...
dan terbaru pergi umrah dengan duit tersebut....

mohon tuan blog tanya Tuan Hj. yang baru tu atau tanya Hajjah bik mama

Anonymous said...

orang Islam tak sepatutnya memfitnah pemimpin Islam. namun media sosial membuatkan mukmin lupa diri dan lupa daratan.

lebih bobrok kalau orang Islam menjatuhkan pemimpin Islam bagi memberi laluan kepada kafir harbi. mereka ini patut dihukum mengikut hudud.

pro-hudud

Anonymous said...

kenapa negara Teluk berakhir dengan ganaish?

kerana depa naik secara ganaish!

dalam konteks lokal, kenapa pembangkang tidak berumah di Putrajaya?

jawapannya ringkas: depa cakap tak serupa bikin!

Mhuahhaahhha!

Anonymous said...

Pembangkang kata pemimpin Islam yang ada sebagai tidak lurus.

Cumanya, sedarkah mereka siapa pemimpin mereka? bengkok, beb!

kuang kuang

Anonymous said...

Anom 3:42pm,

Duit yang beli condo itu untuk pelaburan yg lebin untung dan keuntungan itu tidak dimasuk ke akaun mana2 individu. Tuan boleh mintak auditor bertauliah tuan semak akaun2 tersebut.
Kenapa pula air di Kelantan masih kotor lagi tak cukup2 sejak 20 tahun lalu? nak kata tak cukupair, kelantan selalu banjir. Nik Aziz tido ker?

Anonymous said...

anon 3:58 PM

kandungan E.coli yang terdapat di dalam air di :

Kelantan 0.88%. Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).

Tahap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%

lain kali cari fakta bukan auta..

Anonymous said...

nampaknya ada sekor spesis haram memberi komen, kalau tuan puan nak tahu spesis haram ni tak terima kebenaran makanannya hanya fitnah semata-mata jangan harap lah spesis ini akan berubah.

Anonymous said...

orang luar kalau tak percaya bab air kelantan sila hantar penyelidik kedaerah pendalaman mereka mendapatkan air bersih dari bukit ala-ala zaman purba hasil kepintaran tok nenek mereka tapi sekaran sumber air mereka terganggu hasil pembalakan tak terkawal.

Anonymous said...

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 di bawah pentadbiran Najib, hutang awam mencatat kadar kenaikan 12.3 peratus iaitu kenaikan sebanyak RM44.72 bilion dan menjadikan hutang berjumlah RM407.11 bilion pada 2010.

Mengulas isu itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, ia merupakan lonjakan besar jika dibanding dengan jumlah sebanyak RM362.39 bilion pada tahun 2009.

Paling dikesali, pentadbiran Najib gagal mendedahkan elemen perjanjian dengan IPP walaupun beliau tahu TNB sudah mengalami kerugian sebanyak RM453 juta kerana TNB membeli dari IPP pada harga yang jauh lebih mahal.

Setiap tahun kira-kira RM19.7 bilion dibayar kepada IPP yang semuanya dikawal oleh kroni sedangkan risiko akhir akan ditanggung rakyat yang berdepan peningkatan harga elektrik mungkin dalam masa terdekat, katanya.

Mohd said...

Puak2 Pakatan Rakyat janganlah mengharap sangat akan kebaikan dgm Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
Yg pastinya, Malaysia akan dijadikan Republik, Raja-Raja Melayu akan dimansuhkan, DEB akan dihapuskan. Malaysia sebiji akan jadi macam Singapura di mana orang Melayu mengemis di tanah air sendiri.
Anak cucu kita akan kencding atas kubor kita.
Tak percaya - tunggu dan lihat!

Anonymous said...

parti isle patut dihormati tetapi parti isle yang ada pada hari ini tak lebih isle berbanding parti buke isle.

kesilapan parti isle dalam konteks kuasa ialah berkawe dengan golongan kafir harbi dan golongan songsang untuk menjatuhkan pemimpin Islam.

parti isle ada dirinya sendiri untuk dimuhasabahi kalau mukmin tidak lagi menghormati mereka seperti satu masa dulu.

pro-pasLama

Anonymous said...

Anon,

November 21, 2011 4:19 PM

kualiti air bukan saja terletak pada kandungan bakteria tetapi kandungan benda terampai.

adalah malang buat warga serambi meka kalau air paip yang dijual pada mereka oleh pemimpin umat adalah air yang sarat dengan benda terampai.

Anonymous said...

juak melayu pembangkang mahukan pemimpin umnu yang mampu memimpin isteri walhal pemimpin melayu pembangkang dari segi kewanitaan jauh terpesong dari amalan bertamadun. ini menunjukkan betapa hipokritnya melayu pembangkang.

Anonymous said...

pembangkang melebihkan bulu isteri kengkawan berbanding bulu mem sendiri.

pembangkang melebihkan jamban LBGT berbanding jamban mem sendiri. sudah tentu mereka akan dihukum oleh pengundi.

anti bohmau said...

tak semestinya hanya orang2 pas shj yg boleh bercakap psl dosa & pahala. manusia ni jika berbuat jahat, sebeszar zarah pun akan dihitung oleh Allah SWT. jgn ingat mengumpat2 PM kamu terlepas dosa semata2 jd ahli pas!!

dosa bini dia, dia yg tanggung. kamu nak tanggung ka sama?

jaga mak, kakak, anak, isteri, anak2 sedara pompuan kamu terlebih dulu..

DS Najib dah pun membuktikan dia berjaya memimpin rakyat Malaysia selama ni, apa kamu tak nampak?

pasal lembu, pasal kapal selam, benda dah jelas. kamu yg buta perut. polis pun dah mulakan siasatan. kes2 salahlaku orang2 pas ada kamu berani siasat? tak payah nak spin. semua orang tau mat sabu punya kes...

masa bila polis pukul penunjuk2 perasaan? penunjuk2 perasaan yg perasan nak provoke polis sampai ada yg MATI DUA KALI!!???? mati dua kali tu utk dua bini kut!!??

kenapa bebal sgt kamu ni?

DS Najib nak pergi haji ambik duit rakyat buat apa? MasyaAllah. kalau dah bekerja tentu ada gaji. gaji DS Najib sebagai PM berapa? kamu mungkin tak pandai kira. dia nak pergi naik haji 4 kali pun boleh dgn gaji sebulan dia.

sebab tu nwar nak sgt jadi PM!! tp nwar takkan pergi naik haji. dia kan ke sana kemari sesuka hati dia cari keseronokan duniawi...

kalau orang kerja dgn kerajaan dg48 gaji sebulan RM5ribu lebih, dah boleh pergi Mekah naik haji kalau himpun gaji cukup tiga, empat bulan...apa nak peliknya? kamu yg gaji ciput tak payahla tunjuk komen seposen kat sini!!

leceh aa layan...

anti bohmau said...

ralat:

kes lembu NFC polis dah mulakan siasatan, NFC beri penuh kerjasama tp bukan NFC yg akan kena nnt. juak2 penfitnah yg akan kena dulu...

kes kapal selam dah jadi sejarah.. DYMM Agong pun dah naik & kapal memang boleh menyelam...