Skip to main content

MB Selangor : Baru Dapat Kuasa Sebesar Kuman, Sudah Lupa Daratan

SHAH ALAM 3 Ogos – Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono tidak menolak dakwaan kemungkinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan arahan supaya beliau melucutkan jawatan tiga pegawai kanan universiti itu. Menurutnya, secara teknikal, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan sedemikian kepadanya sebagai Naib Canselor.

“Saya menerima arahan untuk menurunkan jawatan ketiga-tiga individu tersebut tetapi saya tidak bersetuju kerana pada saya, ia perlu dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan bukannya boleh dibuat sesuka hati.

“Untuk menyelamatkan keadaan, saya berundur diri supaya pihak yang mempunyai kuasa itu dapat meneruskan hasrat mereka. Mudah-mudahan ia memudahkan kerja mereka dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Rosti mengulas peletakan jawatannya semalam yang berkuat kuasa hari ini kerana dipercayai ada kaitan dengan tekanan politik daripada pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Menteri Besar dalam kenyataannya hari ini memberikan alasan Rosti turut terlibat dalam perbincangan mengenai kedudukan tiga pegawai berkenaan dan beliau mengetahui keputusan telah dibuat, malah menandatangani keputusan tersebut.

Rosti berkata, beliau tidak setuju untuk menurunkan pangkat ketiga-tiga individu terbabit kerana sepanjang berkhidmat bersamanya, mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.

“Kita perlu menilai setiap pekerja daripada apa yang telah dicapai mereka dan saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan ketiga-tiga individu ini serta tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai mereka daripada pekerja lain, malah mereka sentiasa melaksanakan tugas dengan baik.

“Jika hendak tukar mereka ke jabatan lain sekali pun, ia mestilah bersebab. Jika seseorang itu tidak melaksanakan tugas yang baik atau dia boleh melaksanakan tugas yang lebih baik di tempat lain, itu kita boleh terima, tetapi sekiranya perkara itu berlaku secara mendadak dan tidak ada sebarang alasan kukuh, takut nanti orang salah anggap,” katanya. Beliau percaya perkara tersebut perlu dibuat dengan adil bagi menjaga maruah pihak yang terbabit.

“Sebagai umat Islam kita kena hormat-menghormati di antara satu sama lain terutama pada bulan puasa ini,” jelasnya. Rosti mula dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008. Semasa baru dilantik, beliau berazam untuk tidak menjadi ‘pak turut’ kepada mana-mana pihak bagi memastikan institusi pengajian tinggi swasta itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hatinya Terlalu Mulia

Saya sangat terharu dengan kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Utusan Malaysia hari ini. Inilah cara dan gaya seorang pemimpin yang mulia hatinya. Tiada benci dan tiada dendam sesuai dengan nama beliau sendiri iaitu Najib yang bermaksud keturunan yang mulia. Najib terlalu penyabar, walau dikutuk, dicaci dan dihina - beliau tetapi bersikap lembut dengan sesiapa sahaja - termasuk dengan Pakatan Rakyat. Pendekatan politik lembut Najib ini sangat digeruni oleh Anwar Ibrahim dan kncu-kuncunya, Tahniah Datuk Seri! Sebenarnya, pentadbiran kerajaan UMNO/BN tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk berhimpun, tetapi jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan yang menyusahkan orang tua, orang sakit yang mahu ke hospital, kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung yang bekerja - semua ini menyusahkan kehidupan mereka semua. Dengan 2000 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, rakyat secara majoritinya membenci perhimpunan Bersih yang dilihat lebih banyak membawa kerosa...

Ridhuan Tee Abdullah Mengganas Lagi!

Ridhuan Tee Mengganas Lagi! Buku ini kira-kira baru dua minggu berada di pasaran - namun demikian, "kehangatannya" sudah mula dirasai. Sekali lagi, penulis tamu Utusan Malaysia , Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil dengan kritikan bisa dan tajamnya melalui buku terbaru beliau berjudul "Nasib Melayu Di Bumi Melayu" - walaupun buku ini merupakan himpunan artikel-artikel beliau yang telah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia dan majalah al-Islam, namun - yang menariknya buku ini ialah rencana-rencana yang terkandung di dalamnya bebas daripada sebarang suntingan editor. Ia tidak seperti rencana Ridhuan Tee yang biasa tersiar di dalam Utusan Malaysia saban minggu - yang terpaksa disunting dan dipendekkan kerana keterbatasan ruang dan menjaga sensitiviti kaum tertentu. Secara ringkasnya, buku ini adalah kompelasi rencana Ridhuan Tee yang "panas" lagi "memanaskan" - tanpa diedit, tanpa dipotong dan tanpa disunting. Ridhuan Tee menul...