Skip to main content

Kenyataan Juanda Jaya : Dosa Selepas Jumaat

Dalam hal ini - saya agak bersetuju dengan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mahu PAS mengetuai Pakatan Pembangkang. Sudah begitu lama, PAS dijadikan sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR bagi bertembung dengan UMNO - hakikatnya orang Melayu juga yang rugi. Sejak setahun lalu, PAS sudah mencanang agenda "PAS Ganti UMNO" - soalnya apakah PAS mampu menjadi parti tulang belakang dan mengetuai Pakatan Rakyat sebagaimana UMNO mengetuai Barisan Nasional? Jika PAS tidak mampu menjadi "ketua" dalam Pakatan Rakyat, maka jangan bermimpi mahu menggantikan UMNO.

PAS seharusnya terlebih dahulu membuktikan bahawa mereka benar-benar disegani dan mampu menerajui Pakatan Rakyat, dan bukannya masih berkepit di celah ketiak DAP dan Anwar Ibrahim. Realiti yang sedang berlaku sekarang sama sekali tidak menunjukkan bahawa PAS mampu menggantikan UMNO. Sekiranya PAS masih bersujud dan mengikut rentak tari politik Anwar dan DAP, hal ini bermakna PAS masih lemah dan terpaksa menagih simpati daripada DAP dan PKR. PAS boleh menggantikan UMNO, dengan syarat - PAS terlebih dahulu menerajui dan mendominasi Pakatan Rakyat, atau dengan kata mudahnya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim perlu lebih banyak mendengar kata-kata PAS daripada menyanggah kehendak serta aspirasi parti tersebut.

Mahu atau pun tidak, hala tuju politik Pakatan Rakyat perlu diterajui oleh parti yang berideologikan Islam dan bukan dengan ideologi yang "iras-iras" seperti ideologi Islam atau ideologi yang cuba diselaraskan dengan kehendak Islam - Hakikatnya, ideologi Pakatan Rakyat yang perlu mengikut Islam dan bukan ideologi PAS yang terpaksa "diselaraskan" dengan kehendak ideologi Pakatan Rakyat, itu salah! - Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Ideologi "keadilan" yang diperjuang dan difahami oleh DAP dan Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan konsep keadilan Islam - PAS tidak boleh mendakwa kononnya "kita sudah menemui titik temu dengan Pakatan Rakyat" apabila semua parti pembangkang kononnya telah bersetuju sebulat suara untuk memperjuangkan "keadilan" secara holistik, tetapi pada masa yang sama DAP dan Anwar Ibrahim menolak pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang terbukti merupakan sebaik-baik keadilan untuk negara ini. Hal yang sama dapat dihidu tatkala PAS seolah-olah bersetuju untuk memperjuangkan "Negara Berkebajikan", sedangkan negara berkebajikan sama sekali tidak sama dengan negara Islam yang digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah! Adalah sesuatu yang tersasar jauh, sekiranya PAS menyamakan negara Islam itu ialah negara berkebajikan dan negara berkebajikan itu ialah negara Islam.

Justeru itu , tafsiran keadilan dan negara berkebajikan bagi Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebenarnya sangat berbeza dengan apa-apa yang digariskan oleh Islam - dan PAS jangan sesekali terperangkap dalam hal ini. Hakikatnya, keadilan yang sebenar-benarnya adalah merujuk kepada keadilan yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah, lantaran itu, keadilan Islam sama sekali tidak mengiktiraf golongan Gay dan Lesbian seperti mana yang diterima dalam konsep demokrasi ala-Barat. Namun demikian, pendirian Anwar Ibrahim dan DAP dalam hal ini sangat meragukan! Soalnya sekarang, apakah kita berdosa menyokong PAS? Wallahualam. Baca di sini...

Comments

chop said…
Pas perlu mendominasikan dulu negeri negeri utara semenanjong Malaysia sebelum diikutan negeri selatan. Perkembangan sedikit demi sedikit dari masa kesemasa. Bila banyak suara
jatuh pada Pas- Pas boleh kehadapan -lead.
Anonymous said…
Pandangan Saudara Azli adalah melalui umno-tainted-glass, dan cuma bagus di mata kalangan orang umno. Komponen PR sudah bergerak terkehadapan jika dibandingkan dengan sudut pandangan umno.

1) PR beranggapan lebih baik dipimpin non-muslim yang adil daripada seorang muslim yang korup. Pandangan umno tidak begitu kerana melaungkan ketuanan melayu, walau melayu yang terbukti korup

2) Umno masih mengagungkan "pemimpin" walau pemimpin itu dari golongan solat sunat satu rakaat, kaki raba maupun kaki botol

3) Penggiat umno masih tidak dapat membezakan harta umno dan harta kerajaan; DNA dan air mani; privileges dan tanggungjawab ketika menjawat jawatan tinggi; spin dan berita

ada lagi........... ayuh, think out of the box
Juhari said…
Kehancuran PAS bermula apabila mereka bersekongkol dengan DAP dan PKR yang dipimpin oleh seorang peliwat tegar dan penzina yang tidak mengenal batas dan tidak mahu mengaku kesalahannya walaupun terbukti dengan jelas dan nyata.

Pemimpin2 PAS mula membuat kesilapan demi kesilapan dan terbukti apabila semua pilihanraya kecil yang diadakan mutakhir ini semuanya kalah termasuk pilihanraya negeri Sarawak yang kalah semua kerusi yang dipertandingkan.

Ramalan saya Mat Sabu akan menang kerusi Timbalan Presiden PAS untuk meletakkan PAS dalam keadaan yang lebih tertekan kerana memilih pemimpin yang ada sejarah berkhalwat dengan isteri orang disebuah hotel di Kota Bahru.

Lengkap sudah pemimpin PR. Anwar diletak jadi pemimpin dan Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS. Kalau betul ramalan saya, maka PAS menunggu saat kejatuhannya. Kerana mengejar kedudukan politik perjuangan parti dilacurkan. Pemimpin2 yang ada pengajian agama Islam diketepikan kerana mengikut nasihat pemimpin DAP dan PKR.

Mungkinkah ini semua hasil daripada kunjungan LKY bertemu dengan pemimpin2 PAS selepas kemenangan besar PRU 12 dahulu. Apakah perjanjian sulit yang dibuat. Apakah bantuan kewangan kepada parti PAS menjadi taruhan untuk menjadi pak turut semata-mata.

Tetapi yang amat nyata perjuangan PAS sudah lari jauh daripada yang asal.
Anonymous said…
Adakah perjuang UMNO telus dan berlandaskan ISLAM?

Pilihan Pembaca

Razali Akhirnya Dipecat!

Orang yang cakap betul kena pecat...tapi..ahli DAP yang hina Islam dan tidak hirau sensitiviti umat Islam di Malaysia, dibiarkan bermaharajalela. DAP ini parti yang tiada main amaran-amaran, kalau tak suka sahaja, pecat, ikut suka hati mak bapak mereka. Baca berita di bawah : PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti. "Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos. "Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej par...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Kecewa Dengan Sikap Ketua Pemuda UMNO Malaysia

KECEWA DENGAN SIKAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Sudah sebulan lebih surat jemputan Pemuda PAS mengajak wacana ilmiah bersama Pemuda Umno, namun sayap kanan parti itu yang diketuai Khairy Jamaluddin sehingga kini belum memberi sebarang maklum balas untuk turut serta dalam wacana tersebut. Yang ada, ialah surat Khairy ingin bertemu secara tertutup - pertemuan empat mata dengan Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi, yang ditolak mentah oleh Ketua Pemuda PAS itu, kerana wacana tersebut adalah untuk pengetahuan rakyat dan mengelakkan sebarang fitnah. Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Pemuda PAS merangkap jawatankuasa teknikal Kamaruzaman Mohammad ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. "Kita sudah membentuk jawatankuasa teknikal, tetapi Umno masih tidak ada sehingga kini dan belum berbincang lagi berhubung wacana tersebut. "Yang ada surat Khairy yang tidak berapa setuju dengan tajuk wacana 'Benarkah Perjuangan Umno ...