Skip to main content

Apabila Tehran Adalah Mesir!

Setelah pemerintah Mesir dan Tunisia tersungkur rebah ke bumi kerana kebangkitan rakyatnya - kini, gelombang kuasa rakyat menyular ke Iran pula. Sentimen anti-Ahmeddinejad semakin galak kedengaran. Golongan muda Iran mahukan Ahmeddinejad segera berundur daripada tampuk kuasa. Masalah kemiskinan dan ekonomi yang membelengu negara teluk itu, dikatakan berpunca daripada kegagalan Presiden Iran tersebut dalam menguruskan ekonomi negaranya. Baca laporan dan artikel menarik yang ditulisn oleh Zin Mahmud pada tahun 2009 di bawah :

TEHRAN 15 Feb 2011. - Berpuluh-puluh penyokong pembangkang Iran ditahan ketika mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram di sini bagi menyokong pemberontakan penduduk yang berlaku di Mesir dan Tunisia, semalam. Laman web pembangkang Iran, Kaleme melaporkan, seorang saksi mengatakan bahawa pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penyokong pembangkang yang berarak menuju ke sebuah dataran di sini. Di samping itu, berlaku juga pertempuran di antara polis dan penunjuk perasaan yang mengakibatkan berpuluh-puluh telah ditahan di Isfahan di tengah negara ini, kata seorang lagi saksi kepada Reuters. - REUTERS

1. SEJAK REVOLUSI ISLAM Iran pada tahun 1979, iaitu 30 tahun dahulu, tidak pernah berlaku demonstrasi dan rusuhan yang sebegitu besar seperti yang berlaku sejak keputusan pilihan raya presiden Iran Sabtu lalu. Rakyat yang menyokong Mirhoessein Mousavi, bukan saja di Iran membantah keputusan pilihan raya itu dengan menyifatkannya tidak telus dan tidak benar. Mereka percaya Mousavi yang menang.

2. Walaupun Presiden Mahmoud Ahmedinejad menang besar dalam pilihan raya presiden itu tetapi ia ditolak oleh banyak rakyat Iran khususnya di bandar-bandar terutama Teheran. Maka dapat dilihat demonstrasi anak-anak muda dengan berpakaian hijau muda, warna kempen Mousavi mencurah ke jalan raya menuntut kemenangan diisytiharkan terhadap Mousavi. Ada dua sudut pertimbangan di sini, pertama campur tangan Amerika Syarikat yang mahukan Mousavi menang.

3. Kedua, rasa tidak puas hati rakyat Iran terhadap Ahmadinejad yang menyebabkan negara itu terpinggir daripada dunia lebih-lebih lagi dalam soal ekonomi dan pembangunan. Di satu pihak, bukan saja banyak rakyat Iran terutamanya golongan tua dan luar bandar yang menyokong Ahmadinejad tetapi juga banyak negara luar terutama negara-negara Islam kerana kelantangannya menentang Amerika. Bukan saja keazamannya untuk membina keupayaan nuklear Iran tetapi hujah-hujahnya yang mendedahkan kepada dunia betapa Amerika adalah pengancam keamanan dunia.

4. Beliau berani mengemukakan pendiriannya bukan saja terang-terang menyokong Hamas di Palestin tetapi menegaskan kepercayaannya bahawa peristiwa Holocaust yang dijadikan alasan kepada penubuhan negara Israel adalah suatu mitos. Kelantangan ini yang menimbulkan kemarahan Israel selain daripada usaha pembangunan bom nuklear. Maka kelantangan beliau ini meletakkan beliau bersama pemimpin-pemimpin berani yang menentang Amerika seperti Hugo Chavez dari Venezuela dan Fidel Castro dari Cuba.

5. Sementara bagi dunia Islam, kelantangan Ahmedinejad itu memperlihatkan beliau sebagai pewaris sebenar kepada Ayatullah Khomeini. Namun begitu, masalah Ahmadinejad ialah beliau tidak memenuhi aspirasi banyak orang Iran khususnya anak-anak muda di bandar yang sudah rimas dan letih dengan keadaan di negara mereka. Apa yang mereka mahu ialah sebuah negara yang membangun, maju, kuat ekonominya dan diterima oleh negara-negara arus perdana di dunia. Pendeknya, mereka tidak mahu Iran dianggap sebagai negara terpinggir, terbelakang atau dipandang mundur.

6. Sejak 20 tahun lalu sudah terdapat tanda-tanda bahawa banyak rakyat Iran daripada golongan muda dan bandar ini yang berasa tidak puas hati dengan sistem Republik Islam. Mereka walaupun masih berpegang teguh pada agama tetapi mahu keadaan masyarakat yang lebih terbuka. Mereka mahukan kebebasan awam dan sistem demokrasi yang lebih berwibawa berbadning suatu sistem yang didominasi oleh ulama. Maka golongan inilah yang dikenali sebagai prodemokrasi. Bekas presiden yang terkenal bagi golongan ini ialah Mohamad Khatami.

7. Namun begitu jawatan presiden dalam sistem di Iran mempunyai kuasa amat terhad. Yang memiliki kuasa sebenar adalah pemimpin tertuinggi iaitu Khamenei. Namun bnegitu bagi menunjukkan kekuatan suara mereka, golongan prodemokrasi ini sentiasa menyertai pilihan raya Iran. Apa yang menjadi perbezaan dalam pilihan raya ini ialah pemimpin tertinggi, Khamenei, yang dalam pilihan raya lalu menyokong Ahmadinejad telah beralih sokongan. Beliau memberi dokongan kepada Mousavi.

8. Sememangnya dari awal lagi, Amerika dan kuasa Barat sentiasa memebri sokongan kepada mana-mana calon prodemokrasi, atau sekurang-kurangnya pada sesiapa yang menentang kepimpinan ulama di Iran. Dari satu segi sememangnya dilihat bahawa penentangan Barat terhadap Ahmadinejad dan apa yang dianggap sebagai golongan konservatif dan radikal, dua istilah yang bertentangan adalah fahaman yang disifatkan sebagai fundamentalisme Islam. Oleh kerana pihak Barat menganggap cara tamadun mereka berasaskan kepada kebebasan dan demokrasi, maka mereka menentang mana-mana pihak yang tidak mengamalkannya. Tetapi umumnya berpendapat pertembungan antara Iran dan Barat bukan bersifat ideologikal, tetapi lebih kepada geopolitik.

9. Dengan mengambil sikap anti-Amerika sesuatu yang menjadi ciri kepada Republik Islam, maka Iran menggagalkan sebarang cita-cita geopolitik Israel dan Amerika. Dengan bersikap merdeka ini, Iran bokleh bersahabat dengan Rusia , China, dan India secara bebas. Itulah yang menjadi ironi dalam sistem poliotik dan geopolitik dunia hari ini. Jika politik sesebuah negara itu merdeka, iaitu rakyatnya bebas, maka ia terkongkonmg atau tidak bebas di peringkat geopiolitik. Ini kerana sistem sosial bebas yang juga melibatkan budaya akhirnya tertakluk kepada angin pengaruh daripada Amerika. Begitu juga sebaliknya.

10. Seperti Iran sekarang ini, ketika Ahmadinejad mengamalkan polisi luar negara yang bebas dan merdeka, rakyat di dalamnya pula berasa terkongkong dan tidak bebas berkembang menurut kehendak mereka. Maka di sinilah kemungkinan Khamenei yang juga pernah menjadi presiden mewakili golongan konservatif dan radikal mahukan keseimbangan antara keduanya, iaitu kemerdekaan di dalam dan di luar. Ada ketika kedua-dua ini bertentangan, maka keseimbangan yang akan dicari. Perlu juga difahamkan bahawa banyak rakyat Iran yang tidak peduli dengan kemerdekaan di peringkat geopolitik.

11. Sememangnya mereka mahu kebabsan dan demokrasi walaupun ia bermakna membawa negara itru menjadi pro-Amerika, walaupun seperti pada zaman Shah Iran dahulu. Masalah dengan Shah Iran dahulu ialah tekanan dan kekejaman rajka itu terhadap rakyatnya. Maka akhirnya rakyat memberontak dan mereka kaitkan Shah Iran dan Amerika, maka muncul Republik Islam yang anti-Amerika. Tetapi masalahnya, di peringkat Amerika pula, sememangnya mereka mahu menguasai geopolitik Iran supaya Israel dan minyak dunia di Teluk Parsi selamat. Maka rakyat Iran akan digunakan untuk mencapai matlamat Amerika itu.

Comments

Anonymous said…
Persamaan antara kedua-duanya (Tehran dan Iskandariah dalam waktu terdekat dan yang mendatang adalah dari segi menuju era liberalisme.

Di Dataran Tahrir, rakyat yang mengambil bahagian dalam berhimpun adalah rata-rata tidak lagi memakai pakaian tradisonal arab baik yang menutupi bahagian kepala mahupun di bahagian badan.

Persoalannya, tidakkah perbezaan dari segi tuntutan dari sudut politik akan membawa kepada perpecahan dalam konteks yang lain seperti sosio-budaya, ekonomi dan agama?
Pokok said…
Revolusi rakyat di mesir belum tentu dapat menjanjikan perubahan dalam pemerintahan. Sekarang, MEsir dipegang oleh tentera. tak mustahil. tentera akan terus memegang kuasa tersebut. sebab sekarang, belum nampak pengganti yg betul2 kuat seperti hosni mubarak. Siapa pun yang menggantikan mubarak, hub mesir-israel tak akan berubah.
Anonymous said…
pembangkang kena tangkap itu biasa... tak jauh beza di sini Malaysia tanahairku.

Negara akan terpinggir jika x nak ikut cakap USA itu pun biasa bukan luar biasa... sama jugak malaysia tanahairku

Kejatuhan Hosni Mubarak bukan mustahil... kerana rakyat penyokong kerajaan dia pun dah tak tahan dgn rompakan yg dilakukan oleh Mubarak sepanjang pemerintahannya... pembangkang memang dah tentu tahu lama dah perangai hodoh Mubarak... cuma penyokong dia jea yg baru dapat hidayah atau lain perkataan kini baru kau sedar !

Dan yg paling penting sekali Allah sendiri yg menjatuhkan kerajaan Mubarak kerana degil dan tidak mahu membawa risalah Allah dan Rasul yg di WAJIB kan ke atas seorang pemimpin
Maka Allah hina manusia yg jenis bermuka2 macam nie...

Siapa lagi pemimpin yg berperangai macam nie tunggu ja.... allah dah janji dan Allah tak pernah berbohong !
Anonymous said…
Nik Ajis next kot?
Anonymous said…
Manusia memang pelik. Kat meja undi takut nak tolak Mubarak (cara halus dan demokratik) tetapi kalau berdemo berani pulak. Habis tu nak buat apa pi mengundi kalau ada cara lain (berdemo) untuk menggantikan proksi AS? Pelikkan?
Strept Akiera said…
kenapa negara islam jadi mcm ni ea?
lepas satu, satu negara islam bergolak.
harap2 malaysia ni terhindar ler..
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
dah memang sifat manusia tiada yang sempurna..ahmadinejad bagus didalam melawan amerika dan israel tetapi dia gagal menguruskan negara dengan baik.

itu perkara biasa tetapi untuk menjadi seorang pemerintah yang baik, dia seharusnya mempunyai barisan penasihat yang baik. Bukannya punaisihat bernilai seringgit.

sejarah membuktikan seorang raja itu tidak akan dapat memerintah dengan baik melainkan mempunyai pembantu yang baik..sekiranya pembantunya adalah jahat, maka jahatlah raja itu.

sebagai contoh sultan mansur syah mempunyai bendahara tun perak dan laksamana hang tuah sebagai pembantu dan penasihat yang baik..tetapi diakhir kejatuhan melaka, sultan melaka dinasihat oleh pengkhianat iaitu raja mendeliar dan si kitul.

harap ds najib mempunyai pembantu dan penasihat yang baik.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A