TEHRAN 15 Feb 2011. - Berpuluh-puluh penyokong pembangkang Iran ditahan ketika mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram di sini bagi menyokong pemberontakan penduduk yang berlaku di Mesir dan Tunisia, semalam. Laman web pembangkang Iran, Kaleme melaporkan, seorang saksi mengatakan bahawa pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penyokong pembangkang yang berarak menuju ke sebuah dataran di sini. Di samping itu, berlaku juga pertempuran di antara polis dan penunjuk perasaan yang mengakibatkan berpuluh-puluh telah ditahan di Isfahan di tengah negara ini, kata seorang lagi saksi kepada Reuters. - REUTERS
1. SEJAK REVOLUSI ISLAM Iran pada tahun 1979, iaitu 30 tahun dahulu, tidak pernah berlaku demonstrasi dan rusuhan yang sebegitu besar seperti yang berlaku sejak keputusan pilihan raya presiden Iran Sabtu lalu. Rakyat yang menyokong Mirhoessein Mousavi, bukan saja di Iran membantah keputusan pilihan raya itu dengan menyifatkannya tidak telus dan tidak benar. Mereka percaya Mousavi yang menang.
2. Walaupun Presiden Mahmoud Ahmedinejad menang besar dalam pilihan raya presiden itu tetapi ia ditolak oleh banyak rakyat Iran khususnya di bandar-bandar terutama Teheran. Maka dapat dilihat demonstrasi anak-anak muda dengan berpakaian hijau muda, warna kempen Mousavi mencurah ke jalan raya menuntut kemenangan diisytiharkan terhadap Mousavi. Ada dua sudut pertimbangan di sini, pertama campur tangan Amerika Syarikat yang mahukan Mousavi menang.
3. Kedua, rasa tidak puas hati rakyat Iran terhadap Ahmadinejad yang menyebabkan negara itu terpinggir daripada dunia lebih-lebih lagi dalam soal ekonomi dan pembangunan. Di satu pihak, bukan saja banyak rakyat Iran terutamanya golongan tua dan luar bandar yang menyokong Ahmadinejad tetapi juga banyak negara luar terutama negara-negara Islam kerana kelantangannya menentang Amerika. Bukan saja keazamannya untuk membina keupayaan nuklear Iran tetapi hujah-hujahnya yang mendedahkan kepada dunia betapa Amerika adalah pengancam keamanan dunia.
4. Beliau berani mengemukakan pendiriannya bukan saja terang-terang menyokong Hamas di Palestin tetapi menegaskan kepercayaannya bahawa peristiwa Holocaust yang dijadikan alasan kepada penubuhan negara Israel adalah suatu mitos. Kelantangan ini yang menimbulkan kemarahan Israel selain daripada usaha pembangunan bom nuklear. Maka kelantangan beliau ini meletakkan beliau bersama pemimpin-pemimpin berani yang menentang Amerika seperti Hugo Chavez dari Venezuela dan Fidel Castro dari Cuba.
5. Sementara bagi dunia Islam, kelantangan Ahmedinejad itu memperlihatkan beliau sebagai pewaris sebenar kepada Ayatullah Khomeini. Namun begitu, masalah Ahmadinejad ialah beliau tidak memenuhi aspirasi banyak orang Iran khususnya anak-anak muda di bandar yang sudah rimas dan letih dengan keadaan di negara mereka. Apa yang mereka mahu ialah sebuah negara yang membangun, maju, kuat ekonominya dan diterima oleh negara-negara arus perdana di dunia. Pendeknya, mereka tidak mahu Iran dianggap sebagai negara terpinggir, terbelakang atau dipandang mundur.
6. Sejak 20 tahun lalu sudah terdapat tanda-tanda bahawa banyak rakyat Iran daripada golongan muda dan bandar ini yang berasa tidak puas hati dengan sistem Republik Islam. Mereka walaupun masih berpegang teguh pada agama tetapi mahu keadaan masyarakat yang lebih terbuka. Mereka mahukan kebebasan awam dan sistem demokrasi yang lebih berwibawa berbadning suatu sistem yang didominasi oleh ulama. Maka golongan inilah yang dikenali sebagai prodemokrasi. Bekas presiden yang terkenal bagi golongan ini ialah Mohamad Khatami.
7. Namun begitu jawatan presiden dalam sistem di Iran mempunyai kuasa amat terhad. Yang memiliki kuasa sebenar adalah pemimpin tertuinggi iaitu Khamenei. Namun bnegitu bagi menunjukkan kekuatan suara mereka, golongan prodemokrasi ini sentiasa menyertai pilihan raya Iran. Apa yang menjadi perbezaan dalam pilihan raya ini ialah pemimpin tertinggi, Khamenei, yang dalam pilihan raya lalu menyokong Ahmadinejad telah beralih sokongan. Beliau memberi dokongan kepada Mousavi.
8. Sememangnya dari awal lagi, Amerika dan kuasa Barat sentiasa memebri sokongan kepada mana-mana calon prodemokrasi, atau sekurang-kurangnya pada sesiapa yang menentang kepimpinan ulama di Iran. Dari satu segi sememangnya dilihat bahawa penentangan Barat terhadap Ahmadinejad dan apa yang dianggap sebagai golongan konservatif dan radikal, dua istilah yang bertentangan adalah fahaman yang disifatkan sebagai fundamentalisme Islam. Oleh kerana pihak Barat menganggap cara tamadun mereka berasaskan kepada kebebasan dan demokrasi, maka mereka menentang mana-mana pihak yang tidak mengamalkannya. Tetapi umumnya berpendapat pertembungan antara Iran dan Barat bukan bersifat ideologikal, tetapi lebih kepada geopolitik.
9. Dengan mengambil sikap anti-Amerika sesuatu yang menjadi ciri kepada Republik Islam, maka Iran menggagalkan sebarang cita-cita geopolitik Israel dan Amerika. Dengan bersikap merdeka ini, Iran bokleh bersahabat dengan Rusia , China, dan India secara bebas. Itulah yang menjadi ironi dalam sistem poliotik dan geopolitik dunia hari ini. Jika politik sesebuah negara itu merdeka, iaitu rakyatnya bebas, maka ia terkongkonmg atau tidak bebas di peringkat geopiolitik. Ini kerana sistem sosial bebas yang juga melibatkan budaya akhirnya tertakluk kepada angin pengaruh daripada Amerika. Begitu juga sebaliknya.
10. Seperti Iran sekarang ini, ketika Ahmadinejad mengamalkan polisi luar negara yang bebas dan merdeka, rakyat di dalamnya pula berasa terkongkong dan tidak bebas berkembang menurut kehendak mereka. Maka di sinilah kemungkinan Khamenei yang juga pernah menjadi presiden mewakili golongan konservatif dan radikal mahukan keseimbangan antara keduanya, iaitu kemerdekaan di dalam dan di luar. Ada ketika kedua-dua ini bertentangan, maka keseimbangan yang akan dicari. Perlu juga difahamkan bahawa banyak rakyat Iran yang tidak peduli dengan kemerdekaan di peringkat geopolitik.
Comments
Di Dataran Tahrir, rakyat yang mengambil bahagian dalam berhimpun adalah rata-rata tidak lagi memakai pakaian tradisonal arab baik yang menutupi bahagian kepala mahupun di bahagian badan.
Persoalannya, tidakkah perbezaan dari segi tuntutan dari sudut politik akan membawa kepada perpecahan dalam konteks yang lain seperti sosio-budaya, ekonomi dan agama?
Negara akan terpinggir jika x nak ikut cakap USA itu pun biasa bukan luar biasa... sama jugak malaysia tanahairku
Kejatuhan Hosni Mubarak bukan mustahil... kerana rakyat penyokong kerajaan dia pun dah tak tahan dgn rompakan yg dilakukan oleh Mubarak sepanjang pemerintahannya... pembangkang memang dah tentu tahu lama dah perangai hodoh Mubarak... cuma penyokong dia jea yg baru dapat hidayah atau lain perkataan kini baru kau sedar !
Dan yg paling penting sekali Allah sendiri yg menjatuhkan kerajaan Mubarak kerana degil dan tidak mahu membawa risalah Allah dan Rasul yg di WAJIB kan ke atas seorang pemimpin
Maka Allah hina manusia yg jenis bermuka2 macam nie...
Siapa lagi pemimpin yg berperangai macam nie tunggu ja.... allah dah janji dan Allah tak pernah berbohong !
lepas satu, satu negara islam bergolak.
harap2 malaysia ni terhindar ler..
itu perkara biasa tetapi untuk menjadi seorang pemerintah yang baik, dia seharusnya mempunyai barisan penasihat yang baik. Bukannya punaisihat bernilai seringgit.
sejarah membuktikan seorang raja itu tidak akan dapat memerintah dengan baik melainkan mempunyai pembantu yang baik..sekiranya pembantunya adalah jahat, maka jahatlah raja itu.
sebagai contoh sultan mansur syah mempunyai bendahara tun perak dan laksamana hang tuah sebagai pembantu dan penasihat yang baik..tetapi diakhir kejatuhan melaka, sultan melaka dinasihat oleh pengkhianat iaitu raja mendeliar dan si kitul.
harap ds najib mempunyai pembantu dan penasihat yang baik.