Tetamu Kehormat...

June 1, 2010

Isu Palestin : Apa Pendirian DAP?


Isu Palestin
Apa Pendirian DAP?



KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini meyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin. Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkifli Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Lebih 200 warga perihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel. Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya.

Memorandum itu juga turut mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin. Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut. Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.

Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel.

"Kita mahu kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendirian dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir yang merupakan penyebab utama kegagalan masuknya barang-barang bantuan ke Gasa setelah sempadan Rafah ditutup oleh Mesir," katanya. Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersidang.

Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka. Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia pagi semalam, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.
Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Sementara itu AFP yang memetik laporan radio awam Israel hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 480 aktivis pro-palestin ditawan dan dihumban ke penjara Ashdod di selatan Israel.

Ulasan Saya

1. Saya masih menanti dan menunggu pendirian DAP dan PKR berhubung isu Palestin - Israel ini. Pendirian "keadilan" mereka dalam hal ini masih samar dan berpura-pura.

2. Jika isu Judi Bola Sepak sangat riuh diperkatakan oleh DAP, mengapa dalam isu keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin parti tersebut berdiam diri? Kononnya DAP memperjuangkan keadilan sejagat, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Ke mana perginya semua prinsip itu?

3. PAS telah salah memilih kawan dalam perjuangan. DAP tidak sedikit pun bersimpati dengan rakyat Palestin - jauh sekali untuk memberikan bantuan. Tetapi - inilah kawan karip PAS, yang sangat dipercayai.

4. PAS harus segera sedar dengan tipu-muslihat DAP. Segera berdakwah kepada ahli-ahli DAP agar mereka masuk Islam dan bukan masuk sayap baru PAS. Islamkan segera ahli-ahli DAP, jika tidak, PAS hanya menunggu bencana!

5. Sangat jelas dalam isu Palestin - Israel ini, PAS bersendirian! Hanya UMNO sahaja yang begitu komited menghentam rejim Ziones. Seharusnya dalam keadaan sekarang - PAS sudah boleh membaca dan menilai, siapakah kawan dan siapa pula musuh dalam lipatan. Jika PAS gagal menghidu masalah ini dan masih bertegas untuk mempercayai Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang - maka lupakan sahaja negara Islam yang tuan-tuan perjuangkan selama ini. Wallahualam.

21 comments:

joegrimjow said...
This comment has been removed by the author.
ducados said...

Dh la joe, kalau tak suka org mempolitikkn benda ni sila pi tegoq jugak juak2 hg yg dok melalak dok mempolitikkn benda yg sama..daripada hg pon dok menyalak blog ni baik hg ajaq ja teruih cara baca qunut nazilah...tak payah nk dpt dosa dok kutuk tuna punya blog...jgn jd dasar memilih-milih..

ZULKIFLI said...

Salam, Syeikh;
Saya juga menanti-natikan pendirian MIC, MCA, dan Gerakan dalam isu ini.

Kita harus berbangga, isu kekejaman negara haram Yahudi itu sentiasa besar pada pandangan kita umat Islam di Malaysia, apatah lagi serangan kali ini melibatkan rakyat kita.

Mohd said...

Umat Islam sedunia haruslah menunjukkan bantahan mereka kpd Mesir dgn memboikot tidak pergi menunaikan Haji tahun ini!

Wake UP! said...

Mohd. Pergi menunaikan haji itu salah satu ibadat dan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan jika berkemampuan.

Jangan kerana marahkan Mesir, tanggungjawab kepada Allah kita abaikan.

Arab nations should have nuclear arms.

hans said...

betul tu
sokong apa yang Wake Up cakap

joegrimjow said...

ku dah delete dah komen lepas
komen dengan perasaan + emosi

tak boleh tak boleh
fikir balik, buat apa nak cari gadoh dengan orang

minta maaf ya tuan blog

Ivan Kavalera said...

Israel laknatullah.

Anonymous said...

u buat apa thdp palestin pula... sibuk nak tanya kafir tu buat apa... bodoh ke tak ada otak.

hans said...

saudara
kalau rajin baca siri drama blog saya

Episod Ke-25 ADKDA Boleh Dilayari Di http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-25.html

Anonymous said...

Pemimpin2 PAS dah langgar habis fatwa Haji Hadi Awang bila mereka mengadakan pakatan dengan DAP.

Perjuangan PAS sudah jauh menyimpang. Matlamat mereka sekarang hanyalah untuk menjadi pemimpin pusat dengan pemimpin agong mereka menjadi salah seorang daripada TPM sekiranya Anwar menjadi PM.

Pemimpin2 DAP tidak pernah berubah dasar perjuangan mereka iaitu anti Melayu, anti Islam, hapuskan hak istimewa orang Melayu, membatalkan DEB, menghapuskan raja2 Melayu, menjadikan negara ini republic, menghapuskan artikel 153 dan akhirnya nak jadi PM Malaysia.

Matlamat ini boleh mereka capai dengan memperalatkan pemimpin2 Melayu yang gila kuasa.

Mereka konsisten dengan dasar perjuangan mereka dulu, kini dan selamanya. MALAYSIAN MALAYSIA tidak pernah padam daripada dasar perjuangan DAP.

anti bodek said...

PKAUM: Kritikan khianati kebebasan akademik
Jun 2, 10 3:37pm

Kritikan terhadap majlis syarahan awam dan perbincangan mengenai buku Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang diadakan di Univeriti Malaya, baru-baru ini dianggap sebagai mengkhianati kebebasan akademik dan autonomi universiti.


Menurut Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Azmi Sharom, pihaknya merasa sedih kerana masih banyak pihak yang kurang arif dan kurang prihatin terhadap fungsi universiti.

“Ramai yang masih beranggapan universiti adalah sebuah sekolah besar berasrama, tinggi sikit dari sekolah menengah.

“Kekangan kepada universiti untuk menganjur sebarang majlis ilmiah akan membantut usaha menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti bertaraf dunia. Bertaraf dunia tidak hanya bermaksud penarafan (ranking) tinggi. Ia juga mengkehendaki budaya akademik yang matang, sihat dan bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

K
atanya, majlis berkenaan merupakan satu wacana ilmiah dengan penulis buku itu, Barry Wain, serta tiga tokoh akademik Universiti Malaya.

“Ia telah dijalankan dengan cara matang dan aman. Tidak ada dari kalangan para hadirin yang terdiri dari berbagai kaum dan peringkat umur, yang membantah terhadap apa yang dibincangkan atau apa yang tertulis di dalam buku tersebut,” kata Azmi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghormati dan menghayati kebebasan akademik dan autonomi universiti.

“Bebaskan universiti untuk membina satu persekitan akademik yang sihat dan maju. Universiti Malaya tidak mahu kekal sebagai sebuah universiti dunia ketiga,” katanya.


Pada 31 Mei lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengarahkan Universiti Malaya menyediakan laporan terperinci mengenai program syarahan Barry Wain itu.

Menurut Khaled meskipun universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan sebarang program di dalam kampus masing-masing mengikut budi bicara Naib Canselor, namun garis panduan dan tatacara jelas perlu disediakan.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan program berbentuk akademik yang dianjurkan kelak tidak lari daripada matlamat asal dan dijadikan platform untuk agenda individu tertentu.

Hamba Allah said...

Anonymous Hamba Allah said...

Assalamualaikum,

Saya sebagai rakyat Malaysia ingin mengajak semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat supaya mencadangkan kepada kerajaan Malaysia agar semua rakyat Malaysia yang pergi untuk misi bantuan hayat ke Gaza di berikan darjah kebesaran bergelar Dato sempena hari keputraan duli yang maha mulia yang di pertuan agung yang akan datang.

Tun Dr Mahathir pula di berikan darjah wira negara kerana keperihatinan nya tentang kesengsaraan rakyat Palestin dan menentang kezaliman rejim zionist.

Sekian terima kasih bro.

Minta disebarkan di dalam semua blog blog tidak kira dari apa parti sekali pun.

Rakyat marhean.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

dkama said...

Percayalah wahai tuan2 Islam takkan bersatu selagi kita duduk di bawah pimpinan mana2 pemimpin Skularisme...

PEACE...

Anonymous said...

hahahhaha

sedara boleh tgk gambar lim kit siang bersama org Islam hantar bantahan petang td......
ada kenyataan bersama lagi.......
samy vellu ngan brader CSL ada???
lu pikir lah sendiri

Anonymous said...

Samy Blue pun tak bagi statement. Apatah lagi Chua pelakon Blue Film. wakakka.. tu ko tak heran ke Azli Blues???

Muhammad Azli Shukri said...

PAS sentiasa ditipu...

Dirum said...

Sedih melihat penulis yang hany memendang sebelah mata pada pakatan dan dalam masa yang sama menutup sebelah lagi mata ketika melihat barisan.

Anda banyak membaca, berjumpa orang lain, berdiskusi dan menulis namun pandangan yang diutarakan sentiasa sempit.

Sudahkah anda lupa penyelewangan yg anda sendiri akui dalam BN.
Benarlah kata ang pujangga
"Melayu UMNO mudah lupa"

rinandamku said...

saudara Azli , tahniah atas penulisan ini , kebenaran memang pahit unuk diterima , sebab itu bersabarlah dan biarkan para pengutuk itu menyalak , biarkan mereka menyalak sehingga tercabut anak tekak ,

itu tandanya tulisan saudara sampai pada sasaran , itu tandanya mereka terasa dengan segala fakta yg ada, itu tandanya mereka membaca tulisan saudara , kalau tak baca macamana nak komen ?
tertipu dengan penipu ? itu perumpamaan paling sesuai dengan melayu2 yang rela terbelenggu dicelah kangkang anwar , anwar memang pelakon yg bijak , pengarah drama paling menanag dalam persada politi negara ,

DAP ? bak harap apa komen parti biaDAP ? jgn mimpi ..
mereka cuma hendakkan kuasa , matlamat mereka ialah menguasai negara , hendak menjadi tuan dinegara ini , mereka berusaha dan segala macam taktik digunakan , dan berjaya ..melayu dilesukan ,
soal palestin , dap peduli apa ? dia tiada kepentingan dalam isu ini , palestin nak hancur ke ? mati kebuluran ke ? itu parti biaDAP tak peduli sehabuk pun ,
dorang tak rasa apa melihat saudara2 di Palestin dibunuh , dirogol , dihina , dihalau dari rumah sendiri , ..
Demi maruah tanahair ini , demi maruah bani jawi yang terhormat , demi masa depan anak cucu , demi maruah agama islam yang diperlekeh , mari kita bersama berganding bahu , satu suara satu niat ..nyahkan anwar si Dajjal dalam pembikinan itu , tolak PKR , tolak DAP , tolak PAS ,

Anonymous said...

pas memperjuangkan islam daridulu kini dan selamanya.