Skip to main content

Mariko Bersedih Lagi : Menjawab Persoalan Calon Paling Layak di Hulu Selangor


Mariko Bersedih Lagi
Menjawab Persoalan
Calon Paling Layak di Hulu Selangor



1. Mungkin, dan barangkali mungkin - saya tidak sependapat dengan sebahagian besar para blogger dan ahli-ahli UMNO yang lain, berhubung isu siapakah yang layak dicalonkan sebagai wakil rakyat untuk mewakili BN di Hulu Selangor. Adakah mesti mengikut tradisi? atau kita harus akur dengan kehendak akar umbi. Jika kita mengikut tradisi - maka calon dari MIC adalah pilihan, tetapi jika kita mengikut suara hati dan akar umbi, maka calon dari UMNO haruslah kita dahului.


2. Soalnya sekarang ialah, apakah kaedah yang digunapakai bagi memilih calon terbaik untuk memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor? Adakah kaedah melalui "unsur perkauman" masih relevan untuk BN merampas kawasan tersebut atau pun, kita harus kekal dengan kaedah lama iaitu, berteraskan muafakat dan kesepaduan parti komponen. Jika kita memilih unsur perkauman dan majoriti pengundi di kawasan tersebut, maka kita terpaksa mengorbankan semangat BN yang berteraskan kepada permuafakatan dan setiakawan. Malah, tidak mustahil selepas ini BN akan dituduh sebagai alat tunggangan UMNO kerana sanggup menikam rakan parti komponennya sendiri demi mencapai kemenangan.


3. Sebaliknya, jika kita memilih kaedah lama sebagai jalan untuk memilih calon di kawasan tersebut - hal ini bermakna UMNO menghormati semangat setiakawan dan permuafakatan dalam kalangan parti komponen BN yang sedia ada, sekaligus menghormati MIC yang selama ini setia bersama BN. Soalnya sekarang - apakah benar hipotesis ini? Iaitu, seandainya calon daripada UMNO yang bakal diletakkan di Hulu Selangor, maka BN akan beroleh kemenangan besar di samping berupaya memalukan PKR? Atau kita akan dikutuk dan dituduh sebagai parti yang mengkhianati muafakat yang sudah sekian lama terjalin dalam kalangan parti komponen BN. Mungkin juga UMNO akan dituduh sebagai bersikap racis dan mementing diri sendiri kerana sanggup mengenepikan amalan tradisi sebagai nadi kekuatan BN selama ini? Apakah kita tidak tahu, sesungguhnya BN kuat bukanlah atas dasar racis - sebaliknnya BN kuat atas dasar muhibbah dan kesepakatan yang sekilan lama terjalin antara parti komponen yang menganggotai BN sejak sekian lama - dan kejujuran ini, tidak boleh dikhianati hanya kerana kita menginginkan kemenangan!


4. BN perlu mengekalkan tradisinya - yakni tradisi jujur dan saling mempercayai demi perpaduan bersama. Memilih calon dalam kalangan pemimpin UMNO, hanya membuka pintu fitnah dan krisis kepercayaan yang berpanjangan dalam kalangan ahli komponen BN itu sendiri dan untuk masa yang panjang, masalah ini akan menjadi lebih kompleks - malah ia bisa sahaja menjadi modal parti pembangkang bagi memecahbelahkan keutuhan dan kesepakatan BN. Perasaan buruk sangka dan saling bersikap prejudis akan menghantui rumah tangga Barisan Nasional, hal ini perlu dielakkan. PKR tahu kekuatan BN adalah berpaksikan kepada keutuhan dan kerjasama dalam kalangan anggota BN yang sudah menjadi adat dan tradisi - jika ini dapat dileraikan, maka asas simpulan untuk membuka kelemahan BN menjadi semakin mudah.


5. Rekod kemenangan PKR di Hulu Selangor bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan - dengan kemenangan majoriti undi yang tidak sampai 200 orang, bisa sahaja dipintas, seandainya jentera BN bersatu padu. Tidak perlu rasanya BN menggadaikan prinsip kemuafakataannya semata-mata mahu mencari kelebihan 200 undi. Kawasan itu dalam pilihanraya sebelum ini adalah kawasan jagaan MIC - maka seharusnya mereka yang lebih layak berada di situ dan bukan UMNO. Inilah masanya Tuhan menguji tahap pengorbanan kita. Apakah kita masih berpegang kepada janji, atau kita lebih suka mengikut rasa hati. Tidak sukar rasanya untuk membaca fikiran DS Najib dalam hal ini. Saya percaya dan menyakini - DS Najib akan mengikut tradisi sedia ada kerna, tersilap langkah, kita bisa dihakimi. Lantaran itu - ramalan saya, DS Najib akan tetap memilih calon dari MIC bagi mewakili BN di Parlimen Hulu Selangor. Ini adalah tradisi dan sumpah janji. Wallahualam. Maaf jika pandangan saya ini tidak disukai.

Comments

-krisjawa lok3- said…
Hmm...tak faham aku pasal perebutan kerusi mp HS nie...yang peliknya berlaku dalam BN sendiri...masing2 mau meletakkan calonnya..

Risiko pencalonan akan menentukan maruah parti....kalau BN meletakkan calon yang salah,pasti akan ada undi protes dlm prk HS nanti....Kemenangan parti lawan akan menyebabkan mereka berasa masih relevan dan diterima rakyat...

Buat kajian secara umum siapa yang dikehendaki oleh para pengundi sebab kemenangan dan kekalahan parti ada di tangan pengundi...bukan ketua atau pemimpin sesuatu parti.

Bertolak ansur tu tak salah malah amalan yang baik..tapi kalau terus betolak ansur jangan terperanjat diri sendiri ditolak ke dalam parit busuk....
Anonymous said…
Saudara Azli

Saya hargai pandangan saudara. Nampak cantik jika di baca tapi bak kata pepatah berat mata saudara memandang, berat lagi bahu kami yang memikul.

Saya sudah hampir muak menyanggah pemikiran seperti saudara. Ini bukan masalah perkauman. Isunya masa dan waktu telah berubah. Pengundi di Hulu Selangor mahukan pembaharuan. Kita dikatakan mengamalkan demokrasi, tetapi kenapa kami pengundi Melayu yang majoritinya tak mahu calon MIC tidak dipedulikan kehendak, pandangan dan perasaan kami?

Saudara memang mudah bercakap kerana situasi ditempat saudara mungkin berlainan. Lebih 40 tahun kami tunduk dan akur dengan arahan parti. Apakah parti tidak perlu mendengar pula pandangan kami? Kalau begitu kenapa perlu ada lebih 140 cawangan UMNO di Hulu Selangor jika kerjanya asyik nak menjadi kuda tunggangan MIC sahaja. Sekali sekali kami pun hendak menunggang juga.

Sebenarnya MIC cuma menumpang kepada jentera UMNO setiap kali diadakan pilihanraya. Dalam setiap PRU, MIC boleh lepas tangan sebab jentera UMNO juga menggalas perjuangan bagi memenagkan 2 DUN dari UMNO. Tetapi sekali ini tiada pertandingan di DUN. Apa yang kami nak cakapkan kepada pengundi bagi memenangkan calon bukan UMNO sedangkan dipihak lawan mereka tetap menurunkan calon Melayu.

PERKASA nak mempertahankan perlembagaan di kata rasis. UMNO yang mahu memenangkan BN (dengan menurunkan calon UMNO)juga di label atas sebab perkauman. Lepas tu apa lagi yang boleh kami buat? Duduk diam-diam sahaja seperti ayam yang termakan kapor?

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh banyak tulisan mengenai trend pencalonan di HS, calon kali ini hendaklah kepada UMNO. kalau tak nak dengar cakap orang Hulu Selangor, cakap siapa lagi yang didengar? Cakap orang luar seperti Suadara Azli ke?

kami hanya menyatakan perasaan kami yang begitu membuak untuk memenangkan BN. Jika pemimpin kita masih tak mahu dengar suara hati rakyat di HS, tak ada apa yang boleh kami buat. kalau begitu pergi mampus dengan pilihanraya sebab aku dah tak mahu campur lagi. Baik sahaja aku pergi tanam kacang.
azlishukri said…
salam kepada Anoy 5:06 : Tulisan ini adalah pandangan peribadi. saya melihat masalah ini dari sifat yang lebih luas. Jika tuntutan ahli-ahli UMNO dipenuhi, maka kita juga akan menerima tuntutan daripada ahli-ahli MIC selepas ini - jika seandainya sesuatu kawasan itu majoritinya adalah kaum india. Tetapi, kita perlu ingat, ini bukan soal Hulu Selangor semata-mata, ini soal BN dan ikatan janji BN. kita harus melihat diri kita sebagai mewakili BN dan bukan UMNO. Kita bercakap sesungguhnya UMNO menghormati janji dan rakan2 di dalam BN, tetapi apabila berlaku seperti ini kita sudah mula berpaling tadah.Jika kita ada semangat BN kita tidak akan banyak cakap..sebaliknya kita akan lebih menumpukan kepada gerak kerja.Nampaknya, kita masih belum benar-benar faham antara semangat muafakat BN dengan perjuangan UMNO..sebaliknya kita lebih melihat isu ini dalam skop yang kecil.Tetapi hal ini akan menjadi lebih mudah, seandainya MIC sendiri sanggup memberikan kawasan tersebut kepada UMNO, tetapi perlulah ada balasannya. Apakah kita sanggup? Jika kita ikut hati memanglah UMNO mahu kawasan tersebut - tetapi apakah selepas ini semua kawasan MIC yang kurang pengundi Indianya turut juga hendak kita rampas? dan tidak mustahil akan ada tuntutan2 sebegini dari kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu tetapi wakil rakyatnya cina atau india - yang akhirnya hanya akan mewujudkan perpecahan dan buruk sangka antara parti2 komponen pada masa akan datang - yang susah akhirnya ialah UMNO.
azlishukri said…
kita pada hakikatnya masih belum matang berpolitik - seperti menarik ramput di dalam tepung..sudah hampir 40 tahun kawasan Hulu Selangor diwakili oleh MIC namun mengapa baru sekarang timbul soal demokrasi dan majoriti? Bukankah MIC itu BN dan UMNO itu juga BN? Bukankah jika MIC menang, maka BN jugalah yang menang? mengapa baru sekarang kita beria-ria mahukan kawasan Hulu Selangor itu kembali kepada UMNO, mengapa perjuangan ini tidak dilakukan pada zaman Mahathir lagi? mengapa baru sekarang kita mahu tunjuk garang dan sebelum ini kita mampu taat kepada pucuk pimpinan? jawapannya mudah, dulu gaya politik Mahathir bijak, diberi Hulu Selangor untuk jaga hati MIC dan senyap-senyap kita mendapat solid undi dari kaum india di kawasan-kawasan yang mana penentu "menang kalahnya" adalah bergantung kepada undi kaum tersebut..ada sebab mengapa kita berbuat begitu..cuma kita perlu menghormati perjanjian dan akur janji yang telah kita bina sekian lama.
Anonymous said…
SIAPAKAH PENENTU KEMENANGAN CALON BN?
A) MIC
B) MCA
C) UMNO
D) PENGUNDI ATAS PAGAR

MASYARAKAT MELAYU SUDAH MEMPUNYAI TAHAP 'BAHLUL' YANG MELAMPAU.

ADAKAH ORANG KAFIR PENENTU KEMENANGAN CALON BN.

INSAFLAH..
YAKINLAH..

ALLAH BERSAMA-SAMA ORANG MUKMIN.
KENAPA CALON KAFIR DIUTAMAKAN?
KEMANA PERGI CALON MUSLIM.

adam amin
Jerlun, Kedah
-krisjawa lok3- said…
Kalau camtu..dah pasti akan ada undi protes seperti terjadi dalam beberapa bahagian seluruh negara dimana kemenangan yang tak disangka diperolehi Pembangkang yang menawan kubu2 kuat UMNO sewaktu pru12 yang lalu.

Kehendak penduduk setempat adalah faktor utama dalam menjamin kemenangan parti.Sebahagian rakyat menyesali kesilapan yang lalu kerana mau melihat kepada perubahan yang akan dibawa oleh calon PR tapi nyata berubahan yang terjadi hanya kepada keadaan yang lebih buruk..kebajikan rakyat terabai terus...

Mesej yang nak disampaikan mudah, selama 3 penggal calon MP Hulu Selangor dari parti MIC mewakili penduduk tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik hingga rakyat bahagian Hulu Selangor terpaksa beralih arah mencari alternatif lain untuk membawa kemajuan dan pembangunan ke daerah itu.

Apakah perlu diujudkan calon bebas melayu dari PERKASA??

Kepada BN janganlah nanti ayam terlepas tangan berbau tahi..
azlishukri said…
kepada adam dan jawa lok - jika itu pandangan tuan2 saya fikir kita tidak perlu ada BN, biar UMNO berdiri atas kaki sendiri. Mulai PRU yang akan datang UMNO lebih baik bergerak solo, lebih mudah kan? jika mahu melihat UMNO hancur cubalah kita bergerak solo tanpa ada muafakatan daripada rakan2 BN yang lain. Orang melayu di Malaysia boleh berjaya jika kita bersatu, masalahnya sekarang orang melayu berpecah kepada 3, UMNO PAS dan PKR, jadi susah untuk bergerak secara solo, memang kita yakin kepada Allah, tetapi Allah menyuruh agar kita bijak dan gunakan fikiran, bukan menyerah semata-mata.
Anonymous said…
salam

BN harus membaca situasi semasa / pertamanya kaji tentang undi majoriti: adakah Melayu di Hulu Selangor itu mendominasi / jika begitu calon harus dari etnik Melayu. Kedua : melihat kepada perkembangan mutakhir , MIC seperti ada dengan tiada / waktu kerajaan di bawah Pak Lah dan sehingga ke Datuk Seri Najib - ketika banyak tentang dan rasa tak puas hati etnik India diluahkan kepada kerajaan, mana pergi MIC / sehinggakan apabila keyakinan mampu diraih kembali, itupun diusahakan dengan perit jerih oleh Datu Seri Najib sendiri / saya mutlak berfikir bahawa UMNO harus meletaqkkan calonnya di sini.

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil