Tetamu Kehormat...

October 14, 2009

UMNO 2009 : Mentera Patih Karma Wijaya


UMNO 2009
Mentera Patih Karma Wijaya


KUALA LUMPUR 13 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat rukun yang perlu digerakkan oleh seluruh warga UMNO bagi menjayakan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti terus relevan serta mendapat kepercayaan rakyat. Dalam ucapan bertajuk Menggalas Tuntutan Perubahan ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di sini malam ini, Timbalan Presiden parti mengingatkan tanpa kesediaan untuk berubah, UMNO akan diubah.


Muhyiddin menekankan betapa perlunya menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga telah berubah. “Tidak ada ertinya sekiranya kita hanya mampu berubah tetapi tidak menjadikan UMNO relevan dengan putaran masa. UMNO perlu relevan memahami suara, bahasa, gaya dan nuansa politik baru,” kata beliau dalam ucapan perasmian sulungnya itu yang dihadiri oleh 2,379 perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri. Empat rukun bagi melakukan perubahan dan pembaharuan parti itu perlu bermula dengan kesatuan minda (wahdatul fikr); dihayati dengan kesatuan hati (wahdatul qalb); bergerak dengan kesatuan amal (wahdatul amal); dan menuju kesatuan matlamat (wahdatul hadaf). “ Dengan terbinanya kesatuan minda, UMNO akan mempunyai visi perjuangan yang jelas. Terjalinnya kesatuan hati, setiap daripada kita akan menjiwai erti perjuangan UMNO. Dengan terbentuknya kesatuan amal, kita bergerak dan bertindak di atas satu landasan dan satu pasukan. Dengan terpaterinya kesatuan matlamat, kita akan dapat mencapai tujuan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanah air.



“ Sekiranya kita dapat menghayati dan melaksanakan keempat-empat rukun ini, kita pasti akan melahirkan generasi pemimpin Ulul Albab yang teguh imannya, tajam ilmunya dan berkat perjuangannya.” Sambil merujuk peringatan Allah dalam ayat al-Quran surah al-Shof, ayat 4, Muhyiddin berkata, parti perlu sentiasa diperkukuh dan dimantapkan, perlu bergerak sederap dan senafas, setia memikul amanah, menurut perintah dan meletakkan matlamat perjuangan parti mengatasi kepentingan amarah diri. “Marilah kita menterjemahkan amanat Presiden agar tidak ada lagi di antara kita yang menjadi batu api, batu ronson, kaki cucuk, talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang.



“Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi Team A, Team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, satu UMNO,” kata beliau. Timbalan Presiden menegaskan, UMNO tidak tertegak sebagai parti yang statik, jumud dan beku ketika zaman sedang berubah dengan pantas. “ Saya yakin UMNO mahu berubah. UMNO telah mula berubah. Dan UMNO akan terus membuat perubahan untuk kebaikan. Sebagai sebuah parti yang lahir dari suara Melayu dan yang mendapat dokongan rakyat, UMNO pasti akan melakukan perubahan untuk mencapai kebaikan.



“UMNO mengambil serius tuntutan ke arah perubahan ini kerana proses pembugaran semula adalah kunci kekuatan UMNO masa kini bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang,’’ katanya. Tradisi perjuangan UMNO membela bangsa, kata Muhyiddin, tidak pernah padam meskipun terpaksa berhempas pulas dalam gelombang sistem politik demokrasi. “Kita sedar demokrasi tidak mengenal rekod pencapaian dan sejarah perjuangan silam. Sebuah parti yang banyak berjasa dan gah berkuasa sekalipun boleh rebah sekiranya tidak lagi diterima rakyat,” jelasnya. Muhyiddin bagaimanapun menegaskan: “UMNO mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana UMNO adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan.”



Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa bukan UMNO sahaja perlu berubah tetapi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain juga perlu berubah. “Kita perlu bersedia untuk melakukan transformasi yang lebih mendalam termasuk mencapai muafakat baru dalam hubungan antara parti-parti dalam BN. Muafakat baru ini mestilah berlandaskan semangat penerimaan antara kaum dan penyanjungan terhadap kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita sebagaimana digariskan oleh Presiden dalam gagasan 1Malaysia.” Dalam mendepani cabaran semasa, Muhyiddin menyatakan keadaan zaman gila (jaman edan) seperti digambarkan oleh pujangga Ronggowarsito dapat dirasakan apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan.



“Khabar angin, provokasi, cerita palsu, berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar. Yang maaruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi maaruf. Yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil. Yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak. “ Ini adalah hasil tangan-tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara.” Dalam menangani situasi tersebut, Muhyiddin mengajak warga UMNO terus berjuang dengan berbekalkan semangat dan iltizam membela agama, bangsa dan negara.



Ulasan Saya : Saya setuju dengan ucapan TS Muhyiddin semalam, cuma saya ingin menambah beberapa perkara :1. UMNO perlu membuang semua ahli-ahlinya yang mengamalkan politik wang - tidak mengira siapa pun individu tersebut.2. UMNO perlu menekankan soal agama dan penghayatan agama - dan bukan setakat membaca doa semata-mata.3. UMNO juga harus memastikan tempoh untuk seseorang itu memegang sesuatu jawatan sekitar dua atau tiga penggal sahaja.4. UMNO perlu mengutamakan kebenaran terlebih dahulu dan bukan untuk mencapai kemenangan semata-mata dalam pilihanraya.5. UMNO hanya perlu pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih, baik dari aspek moral dan kerja. Tiada maknanya seseorang pemimpin UMNO itu turun padang, andaikata akhlak dan moralnya dipertikaikan oleh masyarakat.

13 comments:

Demang Lebar Daun said...

Setuju. Jangan jadi PKR yang terima siapa sahaja asalkan pembangkang.

Anonymous said...

hebat cukup hebat.

tahniah umno tahniah barisan pemimpin yg peka pada kehendak rakyat yg mahukan perubahan.

baru lah aku rasa masa depan anak2 aku terjamin. kalau direnungkan setahun yg lalu, bagaimana rakusnya anwar dan pembangkang yg inginkan kuasa, rasa2 macam tiada masa depan bagi negara malaysia.

amendment pada pemilihan umno dilihat cukup berani, cukup ikhlas. bayangkan kalau beribu2 yg boleh memilih, takkan cukup duit utk menyuap beribu2 pemilih.

jadi yg terpilih itu ialah mereka2 yg benar2 layak dan berketerampilan.

pentas dibuka seluas2nya. siapa yg benar2 handal saya yg layak memimpin.

selain dari membuka ruang seluas2nya pada persaingan yg sihat.

tahniah sekali lagi kepada bang najib dan abang muhyiddin. kalian memang best.

selamat bekerja kuat

joe

nalapambu said...

Walau apa cara yang akan dibuat oleh UMNO untuk membersihkan diri nya dari RASUAH ianya akan tidak berjaya. UMNO ibarat sebiji buah yang penuh dengan ulat, dengan mencuci kulit luaran nya sahaja akan tidak memberi apa2 kesan. Sepatut nya buah itu kena di potong belah dan cungkit semua ulat2 itu keluar. Selagi ulat2 ini masih berada didalam ianya akan tetap busuk.

SATU MALAYSIA atau bahkan satu dunia sudah pandang UMNO pengamal RASUAH. Hampir semua pemimpin2 UMNO yang ada pegang jawatan sekarang terlibat RASUAH. Pemimpin2 UMNO yang takut atau kedekut hulurkan RASUAH semua nya telah tewas pada pemilihan PAU yang lepas.

RantauAnakDesa said...

....Salam tuan.
Kalau setakat menghayati 4 Rukun yg digariskan oleh Timblan Presiden memang tak memadai dan tak membawa kemana-mana tuan.
Yang paling penting Pemimpin atasan dan anggota UMNO yg seramai 3 juta tu perlu terlebih dahulu menghayati dan mengamalkan sepenuhnya RUKUN ISLAM & RUKUN IMAN yang sebenar.
sehingga meresap ke dalam jiwa dan diimplementasikan dalam bentuk akhlak, moral, tindakan dan pengamalan.

Muhammad Azli Shukri said...

rantau anak desa - saya sependapat dengan tuan.

Muhammad Azli Shukri said...

nalapambu - InsyaAllah UMNO akan kembali kuat.

Anonymous said...

Kalau duk kempen jadi ahli atau sokong UMNO boleh dapat permit, tender, bantuan persekolahan, biasiswa, subsidi dan sbgnya, bila masa nak berjuang untuk agama, bangsa dan negara? Perjuangan perlukan pengorbanan bukannya habuan. "Kalau berjuang tak dapat apa, habis keringat je, buat apa!" Kalaulah demikian, maka UMNO hanya lubuk cari makan, bukannya wadah perjuangan. Jangan berbicara soal perjuangan jika hanya retorik bibir sahaja !!! Belum dapat merasai manisnya satu perjuangan.

DR NO

Anonymous said...

Bsyukur UMNO sekarang banyak berubah...sekurang2nya ada perubahan dari dulu...tapi perasan tak kita ni setiap kali perhimpunan gegak gempitalah dewan Merdeka tu....berdegar2lah pembahas2 serta para perwakilan di sana sini. Setiap kali perhimpunan akan keluarlah bermacam2 slogan, janji, peribahasa, pantun, syair, puisi serta seloka.....tetapi semua itu ibarat tin kosong....berbunyi kuat bila diketuk tetapi lembik bila dipijak..
Sekali dua mendengar perbahasan mungkin enak, lama kelamaan saban tahun mula kelihatan 'retorik' lama, skrip2 lama yang diulangtayang....lama-kelamaan menjadi basi..bila basi mula dijauhi..tidak lagi didekati....saya teringat kisah semasa kecil dahulu ada 1 cerita gembala kambing dengan serigala. Mungkin semua orang tahu cerita ini...1 2 kali orang percaya....tetapi selepas itu orang dah tak percaya walaupun ianya benar2 berlaku...Adakah kita (UMNO) seperti itu....
Harap2 dijauhkan kerana kita tentu tidak mahu melihat parti yang kita sayangi ini hancur di telan arus masa.....

AL-BIMA SAKTI said...

buat yg terbaik, jujur ikhlas, nescaya hasilnya terbaik juga.

namun kena ada sokongan terbaik yg jujur ikhlas juga.

nadzri said...

Salam Azli

Silalah berkunjung ke blog saya yang sebelum ini sudah lama tidak diupdate. Ada penulisan terbaru.

Qorie Afifi said...

Assalamualaikum Sdr Azli...

Harap-harap sdr sihat. Saya sering membaca penulisan sdr di blog ini. Tentang pendapat saudara berkenaan UMNO selepas persidangan yg terbaru ini juga menampakan bahawa keyakinan sdr semakin menebal dengan dasar dan beberapa perlembangan baru dalam umno yang digubal bagi membangkitkan kembali norma UMNO bagi menambahkan keyakinan rakyat kepada umno.

Dalam sistem demokrasi NUMBERS IS VERY IMPORTANT. Bilangan adalah kemenangan dalam UMNO dan bagi kerajaan BARISAN NASIONAL , kuantiti pengundi adalah penentu kepada kemenangan.

Saya mohon maaf kerana sebenarnya didalam umno ada 2 lapisan yang akan berfikir secara berbeza.

Golongan pertama iaitu golongan dari akar umbi akan berfikir dengan berbuat benar di dalam politik maka kita akan benar-benar akan mencapai kemenangan. Golongan kedua ialah MT yang akan berfikir , kita harus buat seakan-akan nampak benar namun memperolehi kuantiti undi dengan by hook or by crook is very important for us. Cara dan kaedah yang kedua inilah yang sebenarnya menjadikan BN berada di kemuncaknya hingga sekarang.

Ingin saya katakan bahawa pandangan ramai terhadap umno hanyalah seumpama memandang kulit sebuah buku yang cantik. Namun kepada sesiapa yang belum pernah terlibat secara langsung dalam startegi kempen kemenangan umno maka ianya tetap tidak akan mempercayai gerak kerja yang sebenar bagaimana untuk memperolehi kemenangan.

Saya percaya dan berkeyakinan sebagai manusia biasa bahawa pada PRU ke-13 nanti UMNO masih akan bertahan dan memenangi pilihanraya di Malaysia. Tentang Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti tidak akan membawa banyak perubahan. Kedah , Perak dan Selangor akan mencatat majoriti kepada BN. Pada pru 13 nanti hanya 2 negeri di semenanjung saja yang beroleh kepada pembangkang iaitu KELANTAN dan Penang.

Selepas PRU ke 13 nanti PKR akan mengalami perubahan drastik didalam parti mereka kerana ahli-ahli UMNO yang murtad mula mencari arah kembali dalam UMNO. Namun kerana dasar yg baru dibentuk iaiu keahlian sekurang-kurang 3 tahun sekiranya mahu bertanding akan menyelamatkan umno dari adukan ahli pkr ke dalam umno.

Ramai ahli UMNO yang keluar umno bukan kerana bencikan UMNO tetapi mereka benci dgn pemimpin yang dekat dgn mereka. Maksud saya sekiranya berlaku perpindahan ahli dan undi kepada Pakatan Rakyat hanyalah kebencian mereka kepada pemimpin di kalangan bahagian sahaja dan kalau adapun hanya kepada YB di DUN mereka saja tidak merebak kepada pemimpin no 1.

Kalau UMNO benar-benar mahu perjuangkan Islam maka mulakan gerak kerja menghapuskan ajaran sesat samada sesat kecil mahupun sesat akbar. Dengan menghapuskan ajaran sesat ini akan menampakan UMNO mencintai Islam.

Sekian terima kasih. InsyaAllah bertemu lagi dilain kesempatan....

Muhammad Azli Shukri said...

maaf kerana sudah lama tak up date blog

Muhammad Azli Shukri said...

waadat saya setuju