Skip to main content

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009
Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi


MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Nor pada 4 September lalu. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon adalah pada 3 Oktober ini manakala hari pembuangan undi pada 11 Oktober. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, BN akan menimbangkan pandangan pelbagai pihak termasuk yang mahu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan. Beliau berkata, mesyuarat pengurusan parti dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan baru-baru ini telah menyusun dan mengatur strategi serta langkah-langkah menghadapi pilihan raya.



Ulasan Saya : Saya pada kali ini tidak bisa lagi menyembunyikan perasaan kecewa dan menyimpan kata kecil hati saya lagi. Mohon ampun dan maaf jika tulisan saya pada kali ini melukankan hati ahli-ahli UMNO, khususnya UMNO Bagan Pinang. Namun demikian, itu tidaklah bermakna saya harus menutup mulut saya untuk bercakap perkara yang sebenar - demi memastiakan UMNO terus relevan dan diterima oleh rakyat kembali. Secara jujur dan berterus-terang saya mungkin merupakan ahli UMNO kedua selepas Tun Mahathir yang sangat keras menentang pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil di Bagan Pinang - walau apa-apa juga alasan yang diberikan oleh para penyokongnya, saya dengan tegas tetap berpendirian, Tan Sri Isa Samad harus ditolak terus daripada menjadi calon UMNO di DUN tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Alasan saya amat mudah, pencalonannya itu hanya akan mengundang fitnah yang dahsyat kepada diri beliau, di samping menyemarakkan lagi api kebencian rakyat kepada UMNO, sekali gus rakyat akan membuat tohmahan bahawa transformasi yang ingin dilakukan oleh DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin adalah palsu dan tidak ikhlas. Dalam hal ini, rakyat mahu DS Najib dan TS Muhyiddin bertegas bahawa mana-mana ahli UMNO yang sudah jelas terlibat dengan politik wang dan rasuah haruslah ditolak terus tanpa banyak soal dan rasa kasihan lagi, hal ini adalah jelas untuk menyelamatkan UMNO daripada golongan yang hanya mahu menimbunkan kekayaan peribadi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita tidak harus ada rasa serba salah dalam hal ini. Sebagai pemimpin tertinggi UMNO, DS Najib dan TS Muhyiddin harus bertegas dan berani berkata "tidak" kepada TS Isa Samad dan para penyokongnya di Bagan Pinang. Jika tidak, UMNO akan tetap dilihat sebagai parti yang masih sayangkan pemimpin-pemimpin korup. Rakyat biasa yang berada di luar DUN Bagan Pinang pasti akan kecewa jika Tan Sri Isa Samad masih menjadi pilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO, dan impaknya adalah besar terhadap maruah dan integriti UMNO secara keseluruhannya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Walau apa pun keadaanya, pencalonan Tan Sri Isa Samad harus segera dihalang dan digantikan dengan muka baru yang bersih daripada unsur rasuah dan politik wang. Hujah-hujah saya untuk menolak Tan Sri Isa Samad adalah seperti berikut :
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1. UMNO sama sekali tiada hujah untuk membela Tan Sri Isa Samad dalam soal rasuah dan politik wang - hal ini adalah kerana, terbukti UMNO telah menjatuhkan hukuman bahawa Tan Sri Isa Samad didapati bersalah terlibat dengan rasuah dan politik wang. Ini merupakan senjatah yang paling ampun parti pembangkang bagi menyerang peribadi dan integriti calon. UMNO sudah tentu akan dituduh sebagai sebuah parti yang tidak pernah mahu insaf dan sedar diri, UMNO seolah-olah masih mahu menjadikan bekas perasuah sebagai calon pilihan raya. Malah, UMNO juga akan dilihat sebagai sebuah parti yang ketandusan calon dan pemimpin muda yang bersih daripada gejala rasuah dan politik wang. PAS akan mendakwa bahawa, "Lihatlah tuan-tuan semua, bekas perasuah dijadikan calon UMNO, UMNO sebenarnya masih tidak serik dan mahu bertaubat, niat murni DS Najib kononnya mahu UMNO kembali bersih adalah retorik dan janji kosong semata-mata. Apakah rakyat boleh diperbodohkan lagi dengan mengundi seorang perasuh? UMNO cuba memperbodohkan rakyat, tetapi rakyat bijak dengan menolak calon yang terbukti pernah terlibat dengan rasuah dan kita tidak mahu UMNO terus-menerus memperbodohkan para pengundi di Bagan Pinang agar mereka tetap memilih seorang perasuah sebagai wakil mereka di sana."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Implikasi menjadikan Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil hanya mengundang krisis kenyakinan yang berterus kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Kesannya bukan sekadar UMNO di Bagan Pinang semata-mata, sebaliknya memberi impak negatif kepada seluruh UMNO itu sendiri. Kita, kononnya mahu membersihkan UMNO daripada para rasuah dan pengamal politik wang, tetapi malangnya kita masih mahukan bekas perasuah sebagai calon kita - di mana kewarasan dan kebijaksanaan kita? Ahli-ahli UMNO yang ikhlas tidak akan yakin lagi terhadap UMNO, jika kita masih tidak mahu belajar daripada sejarah. Pembangkang pasti akan berkata, UMNO tidak bijak memilih calon bagi mewakili parti tersebut di DUN Bagan Pinang, sebaliknya rakyat yang lebih bijak jika menolak calon UMNO yang jelas terlibat dengan rasuah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Mari sama-sama kita fikirkan, sudah berapa lama Tan Sri Isa Samad menjadi MB Negeri Sembilan? Pada hemat saya, cukuplah dengan rezeki yang telah Allah kurniakan kepadanya selama ini. Sudah tiba masanya beliau bersara daripada politik. Jika benar Tan Sri Isa samad ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara, serta sayangkan UMNO, maka adalah lebih baik jika beliau bersara sahaja daripada politik - atau setidak-tidaknya lebih awal menolak sebarang pencalonan untuk dirinya bagi kerusi DUN Bagan Pinang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Ajaib dan sedikit aneh, 33 orang ahli jawatankuasa UMNO Bagan Pinang sanggup menentang arahan kepimpinan tertinggi UMNO Pusat yang sebelum ini meminta agar disenaraikan 7 nama sebagai pilihan untuk dijadikan calon UMNO di DUN tersebut, sebaliknya AJK UMNO Bahagian tersebut sebulat suara hanya mahu menghantar satu nama sahaja kepada TS Muhyiddin - dan nama tersebutnya sudah semestinya TS Isa Samad - hal ini bukan sahaja menentang arahan Timbalan Presiden UMNO, malah menunjukkan seolah-olah sudah tiada lagi ahli UMNO di Bagan Pinang yang layak untuk menjadi calon UMNO selain TS Isa Samad sahaja! Dalam hal ini, Lembaga Disiplin UMNO harus segera menyiasat jika 33 ahli jawatankuasa UMNO Bagan Pinang yang bermati-matian menyokong pencalonan TS Isa Samad itu terlibat dengan sebarang kegiatan politik wang, atau mungkin juga telah dijanjikan dengan pelbagai projek jika TS Isa Samad kembali menjadi Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Banyak fitnah dan tanda-tanya akan berlegar di dalam kotak minda rakyat, jika TS Isa Samad terus menjadi calon UMNO dalam pilihan raya kecil kawasan DUN Bagan Pinang kelak. Hal ini adalah berpunca daripada rekod peribadi TS Isa Samad sendiri yang selama ini terjejas teruk berhubung isu politik wangnya. Kita harus ingat, UMNO bukan sahaja mahu menang dengan majoriti 2333 undi sahaja, tetapi UMNO perlu menang dengan lebih besar di kubu kita sendiri serta kembali membina imej bersihnya di mata rakyat, dan bukan di mata rakyat Bagan Pinang sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Cadangan saya, dalam soal ini kita harus akui Tan Sri Isa Samad mungkin dikelilingi dengan para pembodek dan penyokong yang mengharapkan imbuhan, jadi adalah lebih molek jika TS Isa Samad sendiri yang menarik diri dan bersara terus daripada politik. Kita harus sedar, dalam dunia politik, mana-mana ahli politik yang sudah terlibat dengan politik wang dan perempuan - mereka harus segera berundur dan bersara. Hal ini adalah jelas bahawa batang tubuh mereka hanya menjadi liabiliti dan fitnah kepada UMNO sampai bila-bila. Lantaran itu, saya secara ikhlas dan jujur mohon TS Isa Samad berundurlah, berilah peluang kepada muka baru untuk diketengahkan sebagai calon UMNO pada kali ini. Lagi pun, saya fikir tiada apa-apa lagi yang hendak dikejarkan lagi oleh TS Isa Samad dalam arena politik UMNO. Beliau sudah merasa segala-galanya, sebagai Menteri Besar, sebagai Menteri, sebagai Ahli Parlimen dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri - semua ini sudah memadai bagi seorang ahli politik yang menginginkan kuasa, pangkat, kekayaan dan pengaruh. Nasihat saya, bersaralah!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Kita akui, DS Najib dan TS Muhyiddin berada di persimpangan - ditelan mati emak, diluah mati bapak. Jika TS Isa Samad tidak terpilih, dibimbangi akan wujud unsur sabotaj dari dalam - umpanya, jentera pilihan raya tidak bergerak, tiada kerjasama dan komitmen daripada AJK UMNO Bahagian dan pelbagai lagi - malah tidak mustahil parti pembangkang juga akan menghasut para penyokong TS Isa Samad agar berpaling tadah serta mengapi-apikan mereka supaya ahli-ahli UMNO di bahagian tersebut bersengketa, mensabotaj dan saling berpecah. Semua ini pasti menguntungkan parti pembangkang. Kita tahu - DS Najib dan TS Muhyiddin berada dalam dilema. Namun demikian, ingin saya mengingatkan kepada mereka berdua- yakinlah kepada Allah, jika kita ikhlas mahu membersihkan UMNO daripada para perasuah dan pengamal politik wang - InsyaAllah, Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya selagi mana mereka ikhlas dan menolak kemaksiatan dan dosa.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Maafkan saya jika ahli-ahli UMNO Bagan Pinang memarahi saya atas kritikan ini - namun demikian saya ikhlas dan hanya menyampaikan kebenaran yang nyata.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika harga sebuah pengorbanan yang harus dibayar oleh DS Najib dan TS Muhyiddin akibat daripada tidak meletakkan TS Isa Samad sebagai calon UMNO di DUN Bagan Pinang adalah dalam bentuk "sabotaj" dalam kalangan ahli UMNO di Bahagian tersebut - maka nasihat saya kepada DS Najib dan TS Muhyiddin agar segeralah bertawakal kepada Allah. Mohonlah pertolongan daripada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya Allah mengetahui keikhlasan DS Najib dan TS Muhyiddin dalam berjuang bagi memastikan UMNO bersih daripada para pengamal politik wang dan perasuah. Kepada Allah juga kita berdoa dan memohon - agar pada kali ini, UMNO tidak lagi silap meletakkan calonnya! Amin.

Comments

Atan said…
ambo setuju bebeno dgn cakop miko nie.
Anonymous said…
Mana mungkin AJK Bagan Pinang menamakan lebih dari satu nama kerana satu nama bermaksud pilihan kami adelah muktamad.

Benar kata Tuan Blogger, TS tak patut bertanding lagi.

Sy cadangkan UMNO Pusat memilih calon yg sesuai dari Wanita atau Puteri UMNO kerana selalunya mereka inilah yg benar-benar berkempen utk UMNO.

Jika TS ingin bertanding dimasa depan, bantulah calon Wanita/Puteri ini utk berjaya. Lepas tu bolehlah TS kata 'Sy masih ade pengikut yg benar-benar berdarah UMNO'.

Nani Cheras
Anonymous said…
Jangan terlalu ikut rentang pembangkang. Beringatlah dengan kata2 ini; "Sedangkan Nabi Ampunkan Ummat".

- MS -
ikan emas said…
Saudara,
catatan ini byk yg perlu diperbetulkan antaranya;
- saudara bkn org kedua dan DrM bkn org pertama yg tidak setuju ...

- AJK Bhg tidak sebulat suara mencalonkan TSI ttp menyerahkan kpd beliau menyenaraikan nama-nama yg blh dicalonkan..mgkn ada kekliruan maksud AJK bhg dihati TSI..

UMNO perlu belajar dr pengalaman lalu walupun mengikut sunnag nabi mengampunkan umatnya!!

Tunggu pengumuman PM n TPM ms jamuan raya 1Msia pd 29hb diP.D
Anonymous said…
TAHNIAH! Saudara Azli,

BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian saudara. Saya adalah ahli UMNO yang turut bersetuju dengan TDM dan saudara. Saya juga mempunyai pendapat yang sama.

Saya menyeru kepada TS. Isa Samad kalau benar TS seorang pejuang yang sayangkan parti lebih daripada diri sendiri, TS umumkan bahawa demi parti UMNO dan BN, saya menarik diri daripada menjadi calon BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Ini akan memudahkan pucuk pimpinan untuk memilih calon yang layak untuk bertanding di kawasan DUN Bagan Pinang. Kalau TS terus berdegil untuk menjadi calon berertilah TS lebih mementingkan diri daripada parti UMNO dan BN dan seterusnya agama, bangsa dan negara.

TS akan disanjung oleh semua ahli-ahli UMNO seluruh negara dan pengundi-pengundi di Bagan Pinang.

Berkorbanlah Tan Sri Isa Samad demi Parti, Agama, Bangsa dan Negara.

ahbhz
Anonymous said…
OOOOOOOOOOOOOOOOOOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...........
TAK DE KE ORANG LAIN SELAIN ISA SAMAD NAK DI CALON KAN???????????

AL JUB SEDANG MENUNGGU NAK HANTAK BOM NUKLEAR WALAUPUN JANJI TAK NAK HENTAM PERIBADI ISA SAMAD..

PLEASE CHANGE THE ATTITUDE BEFORE RAKYAT CHANGE THE INTEREST FROM BN TO PR
Yb Raz said…
saya juga bersetuju dengan pandangan saudara walaupun ada ahli keluarga saya yang pernah bekerja rapat dengan beliau.

saya tetap bertegas dengan prinsip "orang rasuah dan munafik tidak harus dipercayai lagi"

memang kita harus memaafkan orang yang bersalah, apatah lagi setelah mereka insaf dan bertaubat.

tetapi itu tidak bermakna kita harus memberi semula pangkat dan kuasa kepada mereka.

apa yang sudah tu sudahlah..

carilah orang baru..berilah peluang kepada golongan muda untuk mentadbir negara..golongan veteran seharusnya memantau dari belakang dan berikan nasihat apabila perlu..

ingat kita tak selamanya hidup menongkat dunia..sampai masa kita akan pergi jua menghadap Ilahi dan meninggalkan semua hal dunia kepada orang lain..

dan memang patut ajk Bagan Pinang itu disiasat Lembaga Displin UMNO dan SPR. Mana tahu sejarah mungkin berulang....
Anonymous said…
aku pun sama, rasa benda yang sama, dlm harakah gendang dah berbunyi kata isa di sebotaj.

kita kena faham isa samad ni org lama dlm politik, maknakata dlm bhgn dia mmg kuat, sbb tu grass root dia. dia mmg jaga kawasan dia dan org2 dia.

tapi isa ni dia pemimpin besar, walaupun bdan dia kecik. hati dia besar, isa pon faham dlm politik persepsi mcm ni calon kena kelihatan bersih.

pembangkang akan mainkan isu pribadi dan persepsi negative.

umno bukan syakat nak menang di bagan pinang tapi nak menang di seluruh negara.

sudah tentulah pengorbanan pribadi diutamakan. dulu isa di hukum dan dia tetap tak keluar umno. skrg kalau dia tak dicalunkan pon aku percaya dia tetap akan bersama dgn umno juga.

isa pemimpin besar, berjiwa besar. percayalah.

aku percaya seluruh cawangan dlm bhgnnya pun akan all out beri sokongan pada calon lain dan tak sebotaj.

isa bukan anwar. isa pemimpin berjiwa besar.

Hj.karim
azlishukri said…
ikan emas - kenyataan tersebut sekadar menunjukkan rasa kesungguhan dalam hal ini..

manakala tentang ajk bagan pinang sebulat suara itu saya ambil faktanya daripada blog rasmi penyokong isa samad. wallahualam.
azlishukri said…
yb raz - saya sependapat
Semua ini petanda UMNO akan tewas di kubu kuatnya, soal calon, samada Isa Samad atau tidak akan jadi sekadar alasan.
AnTi AljUbuRi said…
Saya bukan ahli umno, tetapi ahli pas yang telah bercerai talak satu dengan PAS sejak parti itu bermut'ah dengan DAP. Saya rasa perlu menjanda dahulu dalam suasana edah pun belum habis .. hehehehe ..

Bagaimana pun saya sependapat dengan Tuan empunya blog.

Saya rasa kesinambungan umno tidak bergantung kepada TSIS, sewajarnya memenangi hati pengundi sepatutnya menjadi ajenda yang diutamakan dalam kontek PRK Bgn Pinang.

Pakatan Al Juburi wajib dinafikan dari kemenangan dalam PRK ini dengan tidak memberi sedikit pun peluang dan ruang untuk mereka memainkan isu calon. Pencalonan TSIS memberikan mereka peluru yang sangat lumayan untuk mereka berkempen.

Bagi kita TSIS sudah didapati bersalah dan telah menjalankan hukuman dan dia membuktikan kesetiaan yang tinggi kepada parti, sebilangan kita sudah dapat menerima hakikat itu, tetapi bagi Al Juburi dan kuncu kuncunya ia merupakan bola tanggong yang sangat menguntungkan trend kempen mereka, isu peribadi sangat digemari mereka ..

Namun TSIS wajar diberi peluang yang luas berkempen/berperanan dan saya yakin jasa dan sikapnya selama ini merupakan satu bonus yang sangat menguntungkan umno.

Umno mesti membuktikan bahawa mereka benar benar sayangkan ugama, bangsa dan negera mereka dengan menunjukkan kesatupaduan dan melupakan segala perbalahan/permusuhan lama yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Sikap patah hati atau pulau memulau kerana calon mereka tidak bertanding hendaklah dihapuskan dalam amalan politik mereka.

Orang umno di DUN mesti menunjukkan komitmen menghapuskan sentimen kepuakkan sempit dan berwaspada dengan provokasi pembangkang yang mengintai kesempatan untuk memecah belahkan saf perpaduan.

TSIS sangat disayangi dan disanjung oleh masyarakt NS dia atas jasa dan khidmatnya sebagai MB satu tempoh dahulu. Gerak kerja kempen beliau dalam PRK Bgn Pinang pasti membuahkan sumbangan yang sangat besar dan berharga untuk kemenangan yang lebih mantap.

TSIS wajar menarik diri dari dicalonkan tetapi akan terus bekerja kuat seolah olah dialah yang sedang bertanding - saya yakin pembangkang akan terpukul dan kecundang, sekali gus memberikan suntikan semangat baru kepada seluruh ahli umno dan rakyat yang menjadi pengundi.


p/s .. PAS NS tak sekuat mana, tetapi sokongan al juburi dan kuncu kuncunya (PKR/DAP)jangan dipandang remeh .. merekalah yang beriya iya untuk mengejar kuasa bersama sama sebilangan pak lebai kaki anggok!!! Saya mungkin tidak bersama anda di sebelah sana, namun di sebelah sini saya akan menjadi "kacip pinang yang menghiris halus!!" pengundi Bagan Pinang ..

Tanam pinang rapat rapat
Biar senang puyuh berlari
Buat keputusan biarlah tepat
Supaya putih mata al juburi
Ujang said…
Setuju dengan pendapat anda. TSIS harus memberi pelaung kepada muka-muka baru dan yang paling penting AJK-AJK Bagan Pinang tetap dengan UMNO sebagai pejuang tulen...saya yakin sebagai pemimpin yang berjiwa besar, TSIS akan memberi yang terbaik dan akan dikenang jasa beliau selamanya!
Hidup TSIS!

UB
Abdul Hayee said…
This comment has been removed by the author.
morhabshi said…
Saya pernah terbaca, 'perkara paling besar dan paling berjasa yang telah dibuat oleh Tun Hussein Onn ketika menjadi PM ialah melnyerahkan jawatan tersebut kepada Dr Mahathir.

Bagi saya itu jugalah pengorbanan terbesar Tun Abdullah iaitu menyerahkan kerusi PM kepada DS Najib.

Apa kata TS Isa Samad melakukan perkara yang hampir sama? Yakni menyerahkan 'hak' beliau untuk bertanding kepada orang lain.
Anonymous said…
Tun Dr Mahathir telah menunjukkan sebaik-baik contoh kepada ahli-ahli UMNO apabila dia telah melepaskan jawatan PM pada ketika rakyat dari semua kaum masih sayang kepadanya, pada ketika UMNO bersatupadu dan pada ketika ekonomi negara kukuh dan mantap.

Tun telah menyerahkan kuasa pada bulan yang paling mulia iaitu bulan ramadhan dan pada hari yang mulia iaitu hari Jumaat.

Cuma orang yang menerima jawatan itu sahaja tidak begitu bijaksana dan beramanah. Dia telah menjalankan pemerintahan negara berpandukan nasihat daripada menantunya dan kuncu-kuncunya. Kesannya semua kita dah tahu.

Tan Sri Isa, jadikanlah perletakan jawatan TDM sebagai iktibar. Kalau khidmat kita itu ikhlas dan jujur, rakyat akan tetap kenang jasa kita seperti apa yang berlaku pada TDM.

Bayangkan kalau TSIS sendiri yang mengumumkan bahawa beliau tidak mahu dicalonkan di DUN Bagan Pinang dan kemudian menyatakan sokongan penuh kepada siapa juga yang dipilih menjadi calon BN. Alangkah gembira dan leganya PM DS Najib dan TPM TS Muhyiddin
Yasin.

TSIS lakukan sesuatu yang akan dikenang rakyat dan tercatit didalam lipatan sejarah sehingga hari qiamat.
Anonymous said…
Tidak dapat dinafikan bahawa penentuan calon BN adalah terletak di bahu PM. Tetapi PM juga adalah manusia biasa dan dia perlu juga mendapat feedback daripada pengundi dan ahli-ahli UMNO yang tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

TDM tidak salah untuk memberi pandangannya kerana dia terlalu sayangkan UMNO dan negaranya. Dia tidak mahu melihat UMNO hancur kerana tersalah memilih pemimpin.

Kalau setelah diberi pandangan PM masih mahu memilih TSIS maka terserahlah. Tanggunglah risikonya. Kalau tidak pada pilihanraya kecil ini, pilihanraya UMUM ke 13 akan menerima kesan dan akibatnya.

Cuma kita ingin lihat. Ditakdir TSIS tidak dipilih menjadi calon BN, adakah beliau dan penyokong-penyokongnya sanggup turun padang bekerja dengan ikhlas dan jujur untuk membantu calun BN menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang nanti.

Kalau TSIS berbuat demikian maka dia adalah seorang penjuang sejati, yang meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan dirinya.

Kita sama-sama tunggu tarikh 29hb.September 2009.
Anonymous said…
AKU RASALAH PAS DAN PARTI PEMBANGKANG SANGAT-SANGAT SUKA JIKA TAN SRI ISA SAMAD JADI CALON SEBAB MEREKA DAH SIAPKAN PELURU MERIAM DAN BOM UNTUK MENYERANG CALON BN NANTI.
Saya setuju dengan saudara, dan saya yakin majoriti pemerhati politik juga demikian.

Proses menguatkan UMNO semula memerlukan para ahli dan pemimpin yang memiliki self improvement, mampu memuhasabah diri, dan tahu bila dia patut berundur.

Kenapa semua tak ambil iktibar perang uhud. Dah kena tsunami, teruk cedera, masih berebut harta rampasan perang yang semakin sedikit.

Semakin berpotensi untuk tewas, semakin berlumba mencari habuan, takut tak sempat. Bukan berlumba berkorban untuk kembali menguatkan jemaah.

Rujuk posting saya bertajuk
"Bagan Pinang dan Transformasi UMNO".
Mat Jebon said…
Macam man nak buat. Jika no.1 pun terlibat sama, malah lebihn dahsyat lagi.. sayangkan um,no tapi kecewa dgn tindakan pembesar2 umno..selamat tinggal umno.
Anonymous said…
Saudara harap DS Najib dan TS Muhyiddin membersihkan rasuah? Apakah yang mereka patut buat terhadap sendiri?

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil