Tetamu Kehormat...

July 15, 2009

Manek Urai 2009 : Buku Ini Punca Kuasa PAS Merosot?


"BEDAH SIASAT" MANEK URAI 2009
BUKU INI PUNCA
PENGARUH PAS MEROSOT?



Saya merasakan bahawa ada sebab utama mengapa pengaruh PAS dan juga Nik Aziz merosot dalam pilihanraya kecil di Manek Urai semalam. Dalam blog-blog penyokong PAS, terdapat begitu banyak saranan, agar PAS segera melakukan "bedah-siasat" berkenaan angka 65 yang mereka peroleh dalam pilihanraya kecil tersebut. Jika trend sebegini berterusan, dikhuatiri PAS akan terus disisih oleh orang-orang Melayu, khususnya pengundi muda - yang jsemakin jelas melihat sikap talam dua muka pemimpin-pemimpin PAS. Sebelum PAS melakukan bedah-siasat, biarlah saya dedahkan dulu apakah puncanya pengaruh PAS dan Nik Aziz berkurangan di Manek Urai. PAS jangan menyalahkan UMNO, kononnya terdapat unsur rasuah dan sebagainya, ia sama sahaja dengan PAS yang jelas menawarkan pahala jika menatap wajah Nik Aziz dan dibalas syurga jika para pengundi memangkah PAS.



Hakikatnya, PAS dan para penyokongnya telah lupa dengan sikap talam dua muka para pemimpinnya selama ini. Biar saya dedahkan di sini bahawa salah satu punca mengapa rakyat khususnya generasi muda mula hilang kepercayaan terhadap PAS adalah disebabkan oleh sikap lidah bercabang sesetengah pemimpin PAS berkenaan pembentukan Negara Islam. Datuk Seri Nizar, dalam sidang DUN Perak begitu berani mencabar ADUN-ADUN UMNO agar membuktikan kepada beliau apakah terdapat mana-mana frasa di dalam buku Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa, PAS akan membentuk dan memperjuangkan negara Islam? Seandainya PAS berupaya membentuk kerajaan pusat bersama-sama dengan parti pembangkangnya yang lain. Cabaran Nizar ini sangat jelas membuktikan bahawa PAS mempunyai pendirian yang berbeza-beza pada setiap kali parti tersebut mahu mendapatkan sokongan rakyat dalam kalangan pelbagai kaum. Memang benar Perlembagaan PAS tiada menyebut perjuangan PAS adalah ke arah pembentukan negara Islam, jadi mengapa mesti para penceramah PAS memancing undi dengan janji yang sengaja dilakukan, tetapi akhirnya dimungkiri? Bukankah ini sikap dan sifat orang munafik? Yang jelas, sikap PAS berbaik-baik dengan DAP telah memakan diri sendiri. Dan rakyat akan menolak PAS sekali lagi di mana-mana sahaja pilihan raya kecil yang akan datang.



PAS mula berbohong kepada rakyat sejak tahun 2001 lagi berkenaan penubuhan Negara Islam. Setiap kempen mereka, sedikit sebanyak akan diselitkan dengan kenyataan bahawa PAS ingin menubuhkan negara Islam di Malaysia dengan erti kata sebagai mana yang mereka faham. Namun demikian, sikap lidah bercabang mereka telah dikenal pasti melalui tulisan Lim Kit Siang sendiri , melalui buku tulisanya bertajuk, BA & Negara Islam yang diterbitkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2001. Lim Kit Siang menulis di muka surat 101 yang berbunyi, "Jaminan yang diberikan oleh Mursyidul AM PAS, Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukan sebuah negara Islam. Nik Aziz memberikan jaminan ini dalam dialog beliau dengan sekumpulan Kristian - Majlis Gereja-Gereja Malaysia pada bulan Mei lalu (2001) di mana beliau menegaskan bahawa partinya mengimpikan sebuah masyarakat Islam dan bukannya sebuah negara Islam. Pemimpin-pemimpin PAS juga telah mengatakan bahawa rujukan "negara Islam" tidak wujud dalam Perlembagaan PAS."



Walaupun sangat jelas kenyataan Nik Aziz yang telah memaklumkan kepada DAP bahawa sesungguhnya PAS sama sekali tidak berhasrat untuk menubuhkan negara Islam, sebaliknya, hasrat PAS hanyalah untuk membina sebuah masyarakat Islam. Oleh sebab itu, menurut PAS, DAP tidak perlu bimbang dan gusar dengan ideologi Islam yang menjadi pegangan PAS selama ini. Namun demikian, oleh kerana PAS sememangnya bersikap talam dua muka, maka sewaktu berkempen di hadapan khalayak ramai, khususnya pengundi Melayu, mereka mendakwa bahawa PAS sebenarnya ingin menubuhkan sebuah negara Islam, di Malaysia, hal ini sering kali diungkapkan oleh Hj Hadi dalam ceramah-ceramahnya. Soalnya, mengapa di sebelah pihak Nik Aziz dan Nizar, mereka menggambarkan kepada golongan bukan Islam, seolah-olah PAS lansung tidak berniat untuk menubuhkan negara Islam? Sebaliknya, di sebelah pihak Hj Hadi pula, mereka melaung-laungkan penubuhan negara Islam dan sering mendakwa bahawa Malaysia masih merupakan sebuah negara sekular?



Lantaran itu, jelaslah sikap dan pendirian PAS berhubung isu negara Islam, masih menjadi tanda tanya yang tidak upaya dijawab oleh seluruh pemimpinnya. Malah, lebih jauh daripada itu, pada tahun 2003 PAS telah menerbitkan sebuah buku berjudul Negara Islam dan prakatanya telah ditulis oleh Hj Hadi sendiri, sekali gus membuktikan bahawa PAS mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara Islam. Walaupun dalam perlembagaan PAS dan kenyataan Nik Aziz sendiri membuktikan bahawa PAS sama sekali tidak berhasrat untuk menubuhkan negara Islam, tetapi tindakan sesetengah PAS sering kali bercanggah antara satu sama lain. Jadi, sifat sebegini hanya ada pada golongan munafik.



Oleh sebab itu, tidak menghairankan jika pada kali ini, orang Islam di Malaysia mula menunjukkan rasa kurang yakin terhadap perjuangan PAS yang asli. PAS nampaknya suka bermain sorok-sorok. Di hadapan orang Cina mereka dakwa lain dan di hadapan pengundi Melayu pula mereka janji lain. Ini merupakan sikap talam dua muka PAS yang merupakan penyebab utama mengapa masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Dalam perjuangan kita perlu konsisten. Dan sifat ini tiada dalam PAS. Maka, pada pandangan saya mengapa pengundi muda tidak mengundi PAS di Manek Urai, saya beranggap bahawa mereka tidak mahu lagi dibuai mimpin indah yang tidak kesampaian, di samping tidak mahu lagi diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang bercabang-cabang lidahnya. Inilah "Bedah Siasat Pertama Kita". Wallahualam.

26 comments:

hidayah_razikin+_+ said...

mgkin btol ape yg d2lis mgpe undian pas merosot..
pikir2kn..

Muhammad Azli Shukri said...

hidayah - ini merupakan analisis awal.

Anonymous said...

PAS parti hipokrit kerana menjual melayu dan islam dengan harga yg sangat murah !!

Mudah2an Allah swt akan balas mereka dgn balasan yg setimpal dgn lidah bercabang mereka dengan memperbodoh2kan pengikut totok mereka dari golongan muda dan orang2 kampung.

haz-ONE said...

bukan itu saja faktornya...banyak faktor2 lain yg dilihat telah membuka mata masyarakat....PAS seringkali mengharamkan dan mengkafirkan perjuangan UMNO tetapi apabila bercakap tentang sesuatu yang menyebelahi mereka halal...jalan Islam...sebagai contoh..pilihan raya yang lepas Hj Hadi mengharuskan mengumpat atau mengata malah menjatuhkan hukum berdosa jika tidak buat dan umno menang PRU...katanya ianya adalah soheh di sisi agama berdasarkan kitab yg dipetikpada zaman Khalifah Umar..akan tetapi hujah ini telah ditegur oleh Syeikh El-Muhammady kerana kitab yg dirujuk itu tidak boleh disamakan situasinya pada zaman itu dengan zaman sekarang...bahan rujukan itu bukanlah bersifat kekal dan sempurna sebagai rujukan sepanjang zaman seperti Al-Quran dan hadis.....jadi faktor2 utama adalah sikap pemimpin PAS itu sendiri yang tidak berhenti menghukum dan mengkafirkan UMNO..Sifat Islam kah itu??bagaimana pendapat saudara Azli??

Muhammad Azli Shukri said...

haz one - satu hujah yang sangat baik, benar kata-kata tuan itu, saya sependapat.

wanbaki said...

ALA SENANG JAAA...

ITTAKULLAH HAWAA'TI URRASUL WAULIL AMRI... TANG TU PUN DAH TUNGGIN DAHHHHHHHHH...TAK YAH DOK BAHAS PANJANG LEBAR....

Anonymous said...

jadi tok guru nipu orelah selama ni..kawe nak panggil tok guru ko nik aziz sajo eh..

kalu betul hok demo kato..

kawe sgguh sedih denga tok guru..agamo jadi bahe putar belit..pade pon buleh peluk cium denga dap..

tok guru ko...nik aziz???tengah mikir ni...

haz-ONE said...

itu hanya sekadar pendapat seorang belasan tahun...tidak perlu ber "tuan"...sesuatu perkara itu dinilai dan dilihat berdasarkan ilmu yang disampaikannya..bukannya dilihat berdasarkan siapa yang yang menyampaikannya@berkata..bagaimanapun...saya saya mengagumi usaha saudara untuk mengupas sehabis2nya segala isu yang masih samar2 dan tidak difahami rakyat...syabas!!

relevan said...

Undi rosak pun dah dikira banyak ..tapi TPM kata ini satu petanda bahawa org dah mula kenal erti yang memerintah dan yang diperintah..maybe PRU13 ada jawapan nya..kita tunggu jer lah..

Muhammad Azli Shukri said...

haz one - sama2 kita mencari kebenaran.

Anonymous said...

sebagai anak kelantan, saya tak hairan langsung samada pas atau umno menang. keadaan semasa akan menentukan undi siapa yang patut menang. mungkin hari ni saya undi bn, akan datang mungkin undi pas. begitulah sebaliknya. kami matang dalam berpolitik tidak menjadi pak turut semata. Jadi tak payahlah nak buat post mortem. Anda sebagai pemimpin perlu menjaga sikap, tutur kata dan keperluan kami jika tidak kami BERUBAH. tak kira parti mana-mana. Sekian. Kelatebaru.

Muhammad Azli Shukri said...

anonymous - Malaysia ini bukanlah hanya ada Kelantan semata-mata.

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdra Azli,

Blog saudara telah mendapat tempat di hati pembaca kerana kupasan yang bernas dengan bahasa yang menarik.

Kalau 2000 telah melayarinya dalam satu hari bermaksa saudara telah mempunyai peminat yang besar.

Teruskan menulis. Saya akan terus mengikutinya Insya Allah.

ahbz

org memali said...

itu la politik .selagi boleh putaq kita putaq . Dosa kemudian kira .

Anonymous said...

penyokong UMNO banyak yang short circuit, bila kalah pun masih mangatakan kejayaan besar dapat mengurangkan majority, kita bukan bertanding mejority, tetapi bertanding tengok siapa menang.... walaupun dengan SATU undi. Bayangkan hari bekerja, DUN manik urai yang jauh boleh sampai 86% yang keluar mengundi.... pelik kan??????... kehadiran ribuan polis dan SB mungkin menjadi faktor juga?... pengundi hantu kot??? (mujur hantu hantu ini tidak mencukupi)

Anonymous said...

tuk masyarakat islam apa beza dengan membentuk negara islam...apabila berbincang dengan mereka yang menentang islam perkataan yang paling berhemah diperlukan dan bahasa yang baik walaupun tersirat...pada ketika itu DAP sgt2 menentang kewujudan negara Islam tetapi tok guru menyatakan pas ingin membentuk masyarakat islam..DAP lebih lembut mendengarnya,,,namun ia penuh tersirat..bagaimana nak membentuk masyarakat islam jika unsur keislaman tidak diamalkan oleh sesebuah negara...perlu membaca keseluruhan kandungan buku....ingat Islam itu bukan agama semata tetapi "Islam itu way of life"

Anonymous said...

86% keluar mengundi padahal hari berkerja, bukalah pekara aneh kerana majoriti penduduk di sini berkerja sendiri bukan nya makan gaji. Yang aku pelik ni orang PAS masih takut pengundi hantu,

saya said...

Orang Pas takut ngan pgundi hantu tp hantu dlm diri mrk,mrk x takut pun...

sbb tu suka merusuh...

Allah dan Rasulullah SWT x ajar merusuh woiiiiii

@@org mude kelatan@@

sasha2020 said...

Kadang-kadang aku hairan, jika PAS boleh bekerjasama dgn DAP dan PKR, mengapa tidak dgn UMNO.
DAP majoriti Cina, terang-terang menentang negara islam. Memperjuangkan kesama-rataan diantara kaum. Tujuannya satu iaitu untuk menguasai negara dan menjadikannya macam Singapura. Masa orang melayu akan merempat dinegara sendiri.
PKR pulak majoriti orang kuat dan pandai bersuara ialah India dan Cina. Orang melayu yg pandai terlalu sikit. Semua jadi pak turut kepada pemimpin mereka yg bukan melayu. Pemimpin melayu mereka pulak kaki liwat dan lidah bercabang. Ini semua orang tahu.

Tapi yg hairannya, parti macam ni yg dijadikan teman/kawan seperjuangan oleh PAS. Nak ajak berbincang, bermuzakarah, soal perpaduan dgn UMNO pun ditolak oleh pemimpin PAS sendiri. Yang menolak atau membantah pulak tu bukannnya calang orang. Ulamak dan ustaz. Inilah yg dinamakan Ulamak dunia.

Anonymous said...

syasya2020..

jangan main terima je... buat sembahyang Istiqarah dulu...sejarah telah membuktikan bagaimana UMNO menendang PAS..ketika lemah pAs dipelawa bersama tp apabila kekuatan kembali PAS disingkirkan...jika BN menang dgn majoriti 2/3 adakah kerajaan perpaduan diterima pakai oleh UMNO....ingat PAS bukan tidak pernah bersama UMNO dan telah diceraikan...banyakkn membaca tp bukan utusan dan berita harian.

Tom Yam said...

kepada anonymous, terimalah reality orang kelantan pun dah muak dengan pas, banyak bermain silap mata, orang kelantan bukan bodoh sangat,

pada hari pengundian kerajaan kelantan istihar cuti umum, maka berduyun2 guru-guru YIK dan penyokong PAS datang berkempen ke manek urai sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai di manek urai...

kepada UMNO anda sebenarnya masih leka di manek urai, sekiranya pemuda puteri lebih all aout, umno menang mudah, kerana orang di manek urai lebih mudah terima Tok pas pada era sekarang berbanding nik aziz

BelokKiriKanan said...

Sebenarnya rakyat Kelantan matang dalam berpolitik. Mereka menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka untuk memilih yang terbaik untuk mereka. cuma 30% yang taksub kepada parti mereka samada Pas atau Umno, selebihnya mereka tidak taksub kepada mana2 parti.sebab itulah sejak merdeka, kerajaan kelantan telah beberapa kali bertukar parti yang memerintah. Ini tidak berlaku di negeri spt Johor yang taksub dan totok kpd Umno.

Satu lagi punca BN hampir berjaya menguasai MU adalah strategi BN tidak menurunkan DS Najib kerana Najib dan isteri menjadi liabiliti kpd Umno. Rata-rata rakyat Kelantan mementingkan islam pemimpin yang lebih 'Islamik'.
Kalau Najib turun ke MU, BN terpaksa berhempas pulas menjawab isu yang berkaitan dengan Najib dan Wanita Pertama terutamanya selepas keluarnya isu 'Wanita Puaka' di internet. Strategi BN menonjolkan Muhyiddin dan Mustapha Mohamad diakui sangat berkesan dan menghasilkan kejayaan.

faethal said...

Macam mana nak tarbiyah orang2 DAP berkenaan Islam jika juak2 UMNO sering memperlekehkan usaha PAS menerangkan Islam yang sebenarnya.
Dah la Al-Quran & Sunnah sering diketepikan dalam isu-isu umat islam. Contohnya isu agama anak2 bukan Islam yang ibu bapanya memeluk Islam. Tak sensitif langsung!
Apa lagi nak diharapkan pada UMNO!?
Jika UMNO bersungguh ke arah mengamalkan Islam di negara ini,baik undang2 atau ekonomi. Dah tentu PAS tidak perlu lagi.Cukup parti UMNO sahaja bagi orang Melayu.
Tetapi parti UMNO yang tuan sokong itu juga lah yang membawa rebah kepada orang Melayu Islam. Baik dari agamanya, juga bahasa dan bangsa!!

echah_syed said...

to haz-ONE >> tahniah.. suke dgn komen anda.

Anonymous said...

nak tergelak aku bace...
nampaknye korg sume mudah lak caye dgn media arus perdana..
c'mon la...
umno-bn menag pesar kt kwsn yg die janji nk bg jembatan..
pasal tu la undi mrosot
tp, rkayat kt kwsn lain xde lak nk trmakan dgn rasuah camtu...
skrg, lepas da slesai PRK manik urai..
mampukah BN menunaikan janji jembatan tu kpd pnduduk2 manik urai?
komfem...
lepas abis duit berjuta..
bg rm300 stiap sorg utk undi BN..
tp still kalah gak..
jembatan hny la janji2 yg xpernah ditunai BN...

Anonymous said...

baguslah analisis mengenai penubuhan negara Islam ini, kalau boleh dibuat analisis yg terperinci dan dibukakan. nescaya akam mendpt manfaat dan keredhaan Allah