Skip to main content

Pen Hijau Berdakwat Merah


PEN HIJAU
BERDAKWAT MERAH



Apabila saya menyatakan bahawa adalah berdosa dan haram hukumnya PAS berkasih sayang dengan DAP, maka terdapatlah sesetengah pihak yang merasakan bahawa saya mengada-adakan cerita dan hukum. Namun demikian, bagi mereka yang yang tahu hukum dan mendalami pengetahuan ilmu al-Quran, maka akan faham apakah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Harussani dalam wawancaranya dengan majalah Milenia Muslim keluaran Mei 2008 baru-baru ini. Tuan Guru Harussani berkata bahawa, adalah berdosa dan haram hukumnya jika kita menunjuk-nunjukkan rasa kasih sayang kepada DAP, yang sebenarnya secara terang-terangan menolak Hukum Hudud dan pembinaan negara Islam yang dicadangkan oleh PAS sebelum ini. Hal ini sudah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Mumtahanah, ayat 1 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu."


PAS boleh bekerjasama dengan DAP seperti mana UMNO bekerjasama dengan MIC atau MCA. Tetapi PAS melampaui batasan dengan mengizinkan ayat-ayat al-Quran dipersenda dan dipergunakan oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bagi tujuan politik sempit mereka. Dengan bacaan tajwid yang salah dan sebutan yang lentang-pukang, PAS langsung tidak menghiraukan teguran Tuan Guru Harussani berkenaan isu tersebut. Malah, teguran terbuka Tuan Guru Harussani kepada Anwar Ibrahim berkenaan isu penggunaan kalimah Allah juga tidak diendahkan oleh PAS dan Anwar. Hal ini sangat berbeza, tatkala Anwar Ibrahim beria-ria menggunakan fatwa Tuan Guru Harussani bahawa beliau tidak harus melakukan sumpah mubahalah berkenaan tuduhan meliwat Saiful Bukhari yang telah menjadi polimik rakyat jelata sekian lama.


Lantaran itu, PAS dan Anwar hampir sama sahaja sikapnya. Mana-mana fatwa atau ijtihad yang menguntungkan politik mereka, maka ambillah, tetapi awas! mana-mana hukum atau fatwa yang tidak selari dengan nafsu politik PAS dan Anwar, maka kita tinggalkan jauh-jauh. Setakat ini, satu-satunya ulama yang tidak berpihak kepada mana-mana parti ialah Tuan Guru Harussani. Beliau diakui antara ulama yang tidak hanya mengkritik kerajaan dan Tun Mahathir (pada suatu ketika dahulu) sahaja, malah turut mengkritik Anwar dan PAS. Tetapi, PAS dan Anwar hanya akan mengambil mana-mana fatwa beliau yang menguntungkan parti tersebut, manakala mana-mana fatwa yang tidak menguntungkan politik mereka, fatwa tersebut akan dilemparkan sejauh mungkin.


Tuan Guru Harussani mengkritik bahawa PAS sekarang sudah berada di tahap berkasih sayang dengan DAP, bukan lagi sekadar bekerjasama semata-mata. Muslimat PAS berpelukan dengan Elizabeth Wong yang terang-terang tidak bermoral, malah menunjukkan pula rasa kasih sayang kononnya Elizabeth Wong dizalimi. Tuan Guru Haji Hadi juga pernah berpelukan dengan Lim Kit Siang - seolah-olah menggambarkan bahawa Islam begitu toleransi dengan orang bukan Islam, sehingga konsep kerjasama boleh bertukar kepada kasih sayang. Apabila DAP secara jelas menolak Hudud dan negara Islam, PAS tetap mahu bekerjasama dengan mereka, malah lebih mesra lagi. Perbuatan dan sikap PAS ini dikritik hebat oleh Tuan Guru Harussani, tetapi malang tidak ada seorang ulama PAS pun yang sanggup berjihad menyatakan kebenaran dengan menyokong Tuan Guru Harussani. Jadi, apakah kita masih boleh mempercayai PAS? atau PAS sebenarnya hampir sama sahaja dengan tabiat dan sikap DAP yang hipokrit itu?


Jika kita benar-benar ikhlas, kita akan bercakap secara jujur, baik UMNO atau pun PAS, jika mereka buat salah dan tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, mereka harus ditegur dan dikritik. Tidak kira parti apa pun jua, barulah Islam akan kembali kuat. Soalnya, apakah ulama-ulama PAS sanggup berbuat sedemikian? Wallahualam.

Comments

Unknown said…
salam
Apa pun pandangan mufti hendaklah kita dengar dan terima kerana mereka mempunyai latarbelakang agama dan bertujuan untuk kepentingan umat.
Kita tidak boleh ambil satu hukum dan buang satu hukum untuk kepentingan politik. Kita patut lebih fokus kepada kepentingan ummah sejagat tanpa mengira batas politik.
Anonymous said…
Biasalah..orang Pas tak akan menerima ulamak lain selain tok tok guru mereka yang maksum tu!
azlishukri said…
zharif - PAS hanya iktiraf Ulama mereka sahaja
Anonymous said…
Buat perangai macam Yahudi, kalau kena dengan kepentingan mereka -- terima, kalau bertentangan dengan kehendak mereka tolak,jerit,maki,baring tengah jalan dan lain-lain lagi yang seburuk dengannya.
Anonymous said…
Assalamualaikum Sdr Azli,

PAS sekarang telah jauh hanyut dari perjuangan asal mereka yang diasaskan oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin dan Dr. Zulkifli Mohammad.

Pada satu ketika dulu, saya ada rasa hormat pada Dato Nik Aziz tetapi sejak dia mengeluarkan fatwa yang merepek, saya dah mula hilang hormat padanya.

Bila dia kata boleh berkawan dengan syaitan (saya ada simpan VCDnya) dan banyak lagi kenyataan2nya yang karut dan tak dapat diterima oleh akal yang sihat, saya mula berasa was-was, adakah Dato Nik Aziz ni sedar apa yang dia cakap. Kononnya dia tok guru tetapi kenapa keluar kenyataan yang aneh ini.

Saya pun baca juga tafsir quran. Tetapi sepanjang membaca 144 surah tidak ada pun jumpa apa yang dikatakan oleh Dato Nik Aziz.

Sewaktu kita memulakan membaca ayat suci Alquran, kita mula dengan membaca "Aku mohon perlindungan dengan ALLAH dari syaitan yang direjam". Mana datangnya boleh berkawan dengan syaitan.

Itu sebab agaknya PAS dah makin bercelaru. Nasihat ulama dan tokoh agama Dato Seri Harussani pun diambil yang mana menguntungkan parti mereka sahaja.

Itu sebabnya UMNO yang sepatutnya menjadi kawan dianggap musuh dan seteru dan DAP yang sebenarnya lawan dan seteru dijadikan rakan yang mesra. Padahal Pengerusi DAP Karpal Singh pernah berkata LANGKAH MAYAT AKU DULU SEBELUM PAS NAK TUBUH NEGARA ISLAM DI MALAYSIA.

Kalau pengikut2 PAS dah rasa tersalah langkah kembalilah ke jalan yang betul.

Saya berdoa semoga ALLAH memberi taufik dan hidayah kepada pengikut2PAS yang taksub untuk kembali ke pangkal jalan AMIN!
salam..thankz 4 da following..

nice blog..kwan interested in politics..

harituh daftar online ahli UMNO sampai

sekarang tak tau cerite...mmg lmbat ke?
saya suka baca posting saudari Azli,
betul,
kita tak leh bias,
umno,pas,atau pkr,
dah terang2 benda tu salah,
takkan kita nak cakap betul..
kita semua rakyat yang dah ada ilmu,
tak patut ikut buta-buta je..
azlishukri said…
hafeezi - cuba follow up pasai pendaftaran keahlian ahli umno tu di pejabat umno kuala lumpur

teddy - betul kita harus bercakap benar walaupun sesiapa pun yang buat salah
The Lying Eyes said…
Pada mereka yang ekstrim kepada PAS, nilailah kembali siapa mereka. Siapa sekarang ni yang hina, mereka iabarat meludah ke langit ludah teralit kemuka sendiri.
Anonymous said…
aper bezanya umno dan DAP samer jer...tolak hukum hudud 2x 5 jer....
Ruby said…
Saya setuju dgn tulisan saudara kali ni.

Cuma ada sedikit saja yg saya tak setuju. Mengenai muslimat Pas yg berpeluk dgn Elizabeth Wong.

Saya masih agak keliru, Elizableth Wong bukan penganut Islam kan? Jadi dia sememangnya seorang kafir. Jadi kenapa dikatakan dia tak bermoral? Mungkin bagi agamanya dan bangsanya, berkesedudukkan itu ialah perkara biasa.

Masa saya belajar di Universiti dulu pun, kawan-kawan saya ramai berbangsa cina. Mereka sememangnya tinggal serumah dgn kawan2 lelaki. Bagi mereka itu perkara biasa.

Ada juga yg tinggal seperti pasangan suami isteri dalam sebuah rumah.

Tapi, saya mengganggap, biarlah mereka dgn cara hidup dan peganggan agama mereka. Saya yakin dgn cara hidup dgn pengangan agama saya.

Jadi, saya mmg rapat dgn kwn2 cina saya. Bukan setakat bersalam, berpeluk, malah menonton tv bersama, study bersama, makan bersama....

Pandangan saudara mengenai isu ini bagi saya, agak dangkal.

Makin saya rapat dgn sahabat2 Cina, mereka lebih menghormati dan memahami Islam. Mereka berhenti ketawa kuat2 ketika azan, mereka ingatkan saya waktu maghrib, mereka tegur jika ada rambut terkeluar sedikit dari tudung.....
**cIk KoBiS** said…
sokong dgn penulisan en.azli.....:)
teruskan perjuangan...kalu kita dipihak yang benar insyaAllah Allah akan turunkan pertolongan pada umatNya yang sentiasa bersama dengan Nya selagi kte berpegang pada ajaranNYa.....
Syazwan Yazid said…
gambar memang sempoi...
Unknown said…
tuan, sy setuju. haram!
Atan said…
Salam,
"Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu."

Ayat ini juga relevan untuk PAS tidak bersekongkol dengan UMNO yang pernah menolak idea pelaksanaan hukum Hudud oleh kerajaan Kelantan dahulu.

DAP hanya menolak Hudud melalui kata-kata, UMNO menolak dengan praktisnya.

Tentang fakta, yalah sebagai manusia biasa, memang kita sering tersilap tetapi tentu ada caranya untuk menghindari silap. Saya rasa, rujukan Sdr Azli tentang wawancara Sahibussamahah itu merujuk kepada Milenia Mei 2009 bukan 2008!

Salam untuk semua.
Anonymous said…
PAS TIDAK LAYAK MEMIMPIN MALAYSIA

Dikampung-kampung atau perdesaan, dipinggir-pinggir penempatan manusia yang dikuasai PAS, sebetulnya amat menimbulkan kesangsian bahawa terdapat sikap pengikut-pengikut PAS yang sombong. Mereka ini sebetulnya menganggap diri mereka betul dan orang lain salah. Ada juga pengikut PAS yang tidak mahu bersalam atau tidak mahu menegur orang-orang UMNO. Padahal UMNO itu pastinya Melayu dan bisa sahaja Anutannya Islam. Yang Islam betul pada mereka PAS. Yang bukan PAS Islam tidak betul.

Jadi saya ingin sekali bertanya kepada orang PAS yang begitu sikapnya, Islam pada zaman Nabi S.A.W itu tidak betullah. Sebabnya kalau Orang UMNO mengikut ajaran Islam yang di anjurkan oleh Nabi S.A.W, tetapi hanya kerana mereka UMNO maka sebetulnya mereka salah.
Hal ini jangan salahkan saya, kerana saya hanya bertanya tentang apa yang pernah saya saksikan berkenaan pengikut PAS ini.


Tapi sebetulnya yang mengelirukan saya itu ialah boleh pula pemimpin PAS berpelukan tanda sokongan dengan orang Kafir iaitu Cina dan India yang sebetulnya bukan beragama Islam. Boleh pula di bukanya ladang babi terbesar, sedang kita Islam untuk mendapat bekalan daging halal sebetulnya perlu mengharap daging import. Kenapa tidak dibuat ternakan lembu besaran-besaran untuk kita Islam. Jadinya orang PAS ini perlu nilai diri mereka sendiri.
Maaf kali ini bicara seperti ada bunti keindonesiaan sedikit, kerana baru sahaja kembali meninjau perusahaan ladang di Indonesia.

Kepada Saudara Azli, seperti saranan saudara untuk saya menelefon sahaja DBP bagi mengetahui tentang hadiah 50 ribu majalah masyarakat itu sebetulnya mengecewakan sedikit. Kerana tatkala pegawai saya menelefon ke nombor dbp, katanya nombor umum, mereka tidak tahu hal itu. Tetapi tidak mengapalah kerana mungkin orang lain yang juga menanti akan bertanya dalam ruangan lain seperti surat pembaca akhbar protes terus daripada membeli majalah kerana menunggu teramat lama. Kepada cucuku Rabiatul Adawiyah, anggaplah sahaja penyertaanmu itu gagal atau penyertaanmu itu tidak sampai, atau anggaplah sahaja pemenang sudah diumumkan ketika kau terlena didinihari.


Sedikit Perkongsian


Dato' Adil
Cyberjaya.
Anonymous said…
aku suka kata-kata dato adil ni.........anggaplah sahaja pemenang sudah diumumkan ketika kau terlena didinihari.....
bisa sungguh pak kata-kata itu.
Anonymous said…
P P D P D P
A K A K A A
S R P R P S

Itulah rupa pakatan
hans said…
dunia dah bercelaru
PHIRDOTE said…
persoalan yg menarik..:D
Anonymous said…
PAS sekarang bukan PAS yang dulu. Rakyat nilai lah sendiri. Isu Li tu bukan kerana dia perangai tak bermoral sebagai orang bukan agama Islam. Tapi sebab die berperangai tak bermoral dengan orang yang sudah beristeri. Beragama Islam pula tu. Mana mana agama pun (walaupun orang tak ada agama) pun akan cakap perbuatan tu tak bermoral. Lainlah kalau die bersekedudukan dengan orang seperti dia.
kenyataan mufti Perak jelas menunjukkan PAS sanggup menolak sdr seagama dan memilih golongan kafir harbi ini dijadikan kawan .

malah mereka membela terang2 golonga kafir ini seperti Ratu Bogel Bukit Lanjan walaupun jelas beliau ada skandal dengan hilmi malik seorg lelaki melayu .. nik aziz terus membela elizabeth wong ..

apa nak jadi dgn ulama pas sekarang ??? orang kafir baca al quran dlm ceramah mereka jelas cukup menghina kitab suci itu dan agamal islam sendiri ..sekali lagi orang PAS menerusi Nik aziz membela termasuk jg blogger pakatan sepeerti sayuti omar yang mengatakan orang kristian di Mesir juga baca Al Quran .

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca