Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina. “Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit....
Memimpin Kebijaksanaan