Skip to main content

Filem Batman Terbaru Sarat dengan Mesej "Pembohongan Kuasa Rakyat"

Kepada sesiapa yang sudah menontot filem terbaru Batman berjudul The Dark Knight Rises - mungkin ada yang merugut dan mengeluh. Apa yang mereka harapkan tidak kesampaian. Filem Batmat pada kali ini tidak banyak aksi hebat yang diharapkan. Sebaliknya, ia mengandungi mesej politik yang berat dan sangat bertepatan dengan pergolakan dunia masa kini, khususnya politik di Timur Tengah. 

Filem ini dibungkus dengan sangat kemas melalui mesej penting bahawa dunia masa kini sedang dipengaruhi oleh politik hukum rimba yang dijaja dengan halus oleh para pendukungnya melalui pelbagai cara. The Dark Knight Rises bukanlah sebuah filem tentang Batman, tetapi ia merupakan filem tentang pembohongan "kuasa rakyat", mitos demokrasi tulen, kepalsuan pembebasan kuasa mahkamah, impian palsu para pejuang kebenaran, kejelekan kebebasan bersuara, retorik jahat "rakyat hakim negara", dongeng kezaliman pemerintah, kecacatan agenda "pembebasan rakyat daripada kejahatan pemerintah", kesialan revolusi menjatuhkan pemerintah, kebodohan taat membuta-tuli, penipuan agenda membasmi korupsi para pemimpin, dan kesesatan perang suci bagi menghancurkan saudara seagama. Mesej daripada filem Batman ini begitu ke hadapan, cuma para peminat Batman masih belum bersedia untuk menerima watak kesayangan mereka ini dimanipulasikan dengan sedemikian rupa. 

Comments

Anonymous said…
Siapa dibelakang tabir pembikinan filem di Hollywood ? Mestilah dakyah melalui filem popular spt Batman ini dieksplotasi sepenuhnya demi mengekang revolusi politik timur tengah yg tidak mesra Israel.

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...