Skip to main content

Akhirnya Ada Juga Yang Peduli

Akhirnya..ada juga tokoh yang sedar akan hal ini. Saya sudah lama, bahkan berbuih mulut dalam Mesyuarat Agung Persidangan UMNO Bahagian Kuala Kangsar, mencadangkan agar peranan PAS diambil alih oleh UMNO, setelah PAS hilang identitinya sejak bersahabat baik dengan DAP. Sama ada suka atau pun tidak UMNO harus sedar bahawa ideologi Islam merupakan fenomena akhir zaman yang wajib didukung dan pasti mendapat sokongan ramai. UMNO wajib menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya bagi menggantikan PAS yang semakin hari, semakin mengikut telunjuk orang-orang kafir. Perjuangan Islam cara UMNO mesti dimartabatkan dengan kaedah dan cara yang dikehendaki oleh umat Islam di seluruh dunia. Sudah sampai masanya, Jabha Ulama UMNO (Barisan Ulama UMNO) ditubuhkan sebagai satu sayap baru atau majlis tertinggi parti yang mengawal selia agenda parti dari semasa ke semasa. Peranan ulama dalam UMNO wajib dinaiktaraf dan bukan sekadar menjadi sekretariat ulama muda atau membaca doa semata-mata. DS Najib diharap tidak terlepas pandang dalam isu ini. Tatkala keghairahan PAS mahu menggantikan UMNO semakin memuncak - UMNO seharusnya bijak mengambil peluang ini, untuk menggantikan peranan PAS pula. Transformasi Najib perlu mengambil kira fenomena ini.

KUALA LUMPUR 19 Feb. – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian.

Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut.

“Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan.

“Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam.

“Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar,” katanya.

Comments

Anonymous said…
umno ganti pas...hang wat criter kalakau ker?
Anonymous said…
Umno tak perlu menggantikan pas. Sbb pas bukannya parti Islam pun sebelum ni......(Islam cuma pada nama je sbb nak raih undi) which is why Islam itu ugama bukan parti politik.
Anonymous said…
umno ganti pas memang lawak dalam umno mana ada ulamak yang bolih menghapuskan dosa - mat sabu berzina dengan isteri orang, puak-puak pas pakat pertahankan, dah tu ada pulak ulamak pas kata perbuatan mat sabu berzina tu tak salah kerana perangkap umno. kamu carilah ulamak diseluruh dunia pun kamu tidak akan jumpa ulamak yang sehebat ini, memang lawak kalau umno nak ganti pas. setiap ada fatwa lagi sesiapa yang mempertahankan sikafir harbi kapal sink adalah mati syahid kalau tadak fatwa serupa ini tak kanlah ada pimpinan pas sanggup mati kerana kapir harbi kapal sink ini.
Anonymous said…
khalifah lim gilo engkau lagi pandai dari ostad azizan seorang ulamak pas, ostad azizan pun belajar dari itu khalifah, itu khalifah telah tukarkan tanah wakaf kepada tanah tujuan agama, jadi semua agama bolih guna. maknanya ramai orang dapat manfaat bukan orang islam sahaja. makanya ostad azizan tukarkan tanah wakaf kat kedah sebagai tanah perniagaan. melalui cara ini ramai orang mendapat manfaat. sebab itu la ni aku tengok orang pas galak dok panggil cina harbi bagi tarbiah kat depa, kerana rupanya cina harbi ini menurut pandangan pas lebih berilmu dari mereka. kalau cina harbi lebih berilmu dari pas, janganlah harap umno nak ganti pas. pas pasti merujuk kepada cina harbi dulu sebelum sesuatu tindakan diambil.
Anonymous said…
Umno tak perlu nak ganti PAS dalam soal perjuangan Islam kerana Pas pada hakikatnya tak pernah buat apa-apa untuk Islam. Sekadar merosakkan nama baik Islam adalah, hinggakan sanggup menggadaikan iman dengan bermuafakat dengan DAP laknat. Sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh UMNO di atas dasar keimanan dan tawaduknya ahli dan penyokong Umno terhadap agama Islam yang maha suci. Umno telah dan akan terus perjuangkan Islam dalam kadar sederhana iaitu yang terbaik buat negara berbilang kaum, agama dan taraf hidup seperti Malaysia. Umno itu pengdukung Islam, Pas itu perosak agama. Hidup Islam...hingga akhir zaman.
Anonymous said…
Nampaknya ramai tak mahu UMNO jadi parti ada majlis syura ulama. Takut byk halal haram ke, mesti tak masyuuk...
Anonymous said…
jangan la kita salahkan mereka, salahkan Paklah n menghantu..jika bukan meka..malaysia da lama maju ke depan ini da kebelakang mcm dia lepaskan kaki belakang taruk tu...manusia paling kami benci..bodoh sombong...
Anonymous said…
titik permulaan yang baik... sebagai umat Islam, kita mesti perkasakan Islam...
Anonymous said…
mana de umno ganti pas bro... umno mmg dr dulu perjuangkan pasal islam bro... konsisten... x macam pas, flip flop... mukhriz pun flip flop sama!
pukimaq said…
PASlah parti Islam sebenarnya kerana sanggup membontoti sayangku.
azlanali said…
senang macam nilah...saya dah baca semua komen dan tuan punya cerita...kalau saya diberi pilihan untuk memilih yang mana satu untuk saya ikuti?...pada saya senang je...saya akan memilih PAS. Kalau saya memilih UMNO dari segi sejarah terlalu lama dah. Berpuluh tahun UMNO diberi mandat untuk menjadi memerintah, tapi pernahkah kita terfikir selama masa yang diberikan itu Islamkah anak2 kita? atau sekadar melayu...jadi apakah salahnya kita beri pula peluang kepada PAS untuk memerintah dan kemudian kita lihat kesannya...selepas itu barulah kita berhak memberi pandangan. Itu barulah dikatakan ADIL. Pas masih belum diberi peluang memerintah tetapi telah dihukum sebagai gagal...satu soalan saya kepada para komentar sudahkah kamu mengenali PAS seperti saya? buat pengetahuan kamu semua sebelum mengenali PAS saya adalah ahli UMNO. Tetapi saya harus mengunakan akal untuk memilih yang benar dan yang bathil...tuan2 bila lagi?
Anonymous said…
gua mmg dah kenal PAS..sembang je lebih habuk pun tadak..tgk prestasi klntn cukup.. x maju mana, arak judi pelacuran ada jugak..
pukimaq said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
ANON 1.42 TUE SYOK SENDIRI KER APA?APA PAS DAH BUAT KAT KELANTAN..ISLAM KER ANAK2 PAS KELANTAN KAT SANA?NEGERI PALING TINGGI KES HIV,ANAK TAK SAH TARAF DAN BERBAGAI LAH MASALAH SOSIAL...TUE BARU TADBIR NEGERI DAH X MAMPU MACAMMANA NAK TADBIR NEGARA?DAH LAH BERKONGSI KUASA DENGAN 2 PARTI LAIN...SENANG CERITA IKUTLAH KATA2 PENGASAS SEKOLAH PONDOK DI KELANTAN YANG MENGATAKAN UNDI PAS BERDOSA

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...