Skip to main content

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Zaid Ibrahim 2010 : Langit Tanpa Warna

Zaid Ibrahim 2010 Langit Tanpa Warna Sebulan yang lalu, saya sudah meramalkan akan peristiwa ini - mereka yang mengikuti blog saya akan tahu, sejak dari awal lagi saya sudah membuat rumusan penting berhubung pertandingan Timbalan Presiden PKR yang bakal kecoh dan penuh dengan penipuan. Zaid Ibrahim menyatakan rasa "tersilapnya" kerana terlalu mempercayai "kebebasan" dan "ketelusan" yang selama ini dilaung-laungkan oleh parti tersebut. Jelaslah, slogan-slogan tersebut tidak lebih daripada retorik kosong yang penuh dengan kejijikan dan kejelekan. Sudah saya ingatkan kepada Zaid di dalam blog ini sebulan yang lalu - sesungguhnya beliau akan dizalimi dan dianiayai dalam pemilihan tersebut. Malah, saya sudah meramalkan Zaid akan segera mengadakan sidang media, bagi memperincikan masalah dalaman dan hakikat sebenar "demokrasi" yang sedang berjalan dalam PKR selama ini. Saya, secara peribadi menyokong Zaid sebagai calon Timbalan Presiden P...
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s...