Skip to main content

Kali Ini Pandangan Dr Asri Ada Kebenarannya...

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.

Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13. Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”

“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.

“Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya. Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.

“Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.

“Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya,” kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.

Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi. Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.

Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.

Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.

Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.

“Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.

Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

“Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.

“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.

Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.

“Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.

“Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.

Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, “itu strategi Umno yang salah.”

“Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Comments

Anonymous said…
TS Muhyiddin juga ada mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan....

Lihat di : Legasi Tamingsari
Anonymous said…
Aku tak sabar nak dengar Pandangan atau ulasan Shahrizat tentang NFC feedlot(lembu RM250 JUTA)

RM 250 JUTA duit rakyat tu.

Beli Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

Membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. RM RM3,363,507.00

15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS(Syarikat Pelancongan)

Shahrizat mesti buktikan bahawa semua tu fitnah.
Anonymous said…
duit NFC beli traktor, beli mesin buat makanan lembu, buat pagar, bayar duit gaji dll....

tak nak plak lembu2 pas pertikaikan...

kalo NFC tak dak duit nak bayo duit gaji dan buang pekerja ....

ada ke duit bantuan IMF dari nuarr jubo yg nak bailout NFC...

coba jawab...
Anonymous said…
muahahahaha.....
Anonymous said…
beli mers harga 500k tu kenapa npk pelik plak?? kalau beli kat syarikat lain boleh dapat 50k ke?? hehe..

mongokk toll....
Anonymous said…
kalo beli tanah hari ni 3.3 juta, 5 thn lagi jual dpt 6 juta. tu kira untung ke rugi...??? hehehe....

sila ajar lebai2 pas ni prinsip account form 1, azli. muahahaha....
Zek said…
Anon 11.47 AM. Awat hang ni bodoh sangat. Wang tersebut adalah berupa pinjaman bukan grant daripada kerajaan. Kalau dah pinjaman, dia berhak untuk buat apa juga dengan wang tersebut kerana dia terpaksa membayar balik dengan faedahnya sekali.

Ada faham?
Anonymous said…
Kerajaan bagi pinjam RM250 Juta suruh pelihara lembu untuk rakyat.

Bela lembu dalam keta merc ke?
Bela lembu kat Putrajaya ..wooh hebat
Bawak lembu gi melancong ke?

Wooh ...Hebat UMNO bela lembu..
nasub la lembu
Anonymous said…
Opss .. pelihara lembu dalam kondo,,wooh sangat hebat.

Duit pinjam la katakan..boleh buat suka hati..tak bayor pun tak pe..duit rakyat..
Anonymous said…
Duit grant kepada GLC, duit pinjam kepada individu. Habis, apa prosedur dan kriteria yg individu itu (NFC) boleh dpt loan RM250juta tu ?? Inilah yg juga dipersoalkan mahu tengok laporan minit kabinet or else berkaitan hal ini. Yg lagi dikata, lembu tak kemana harta lain yg timbul, tak da KPI ke projek NFC ini dlm period of time. Lagipun jika projek bersifat swasta, bagaimana audit negara boleh buat audit dan report. Semestinya ianya dana awam.
Anonymous said…
Aku tak mau cakap banyak,
Yang aku nak kau orang tau...
Bila PRU 13 aku dan semua keturunan aku tak sabar nak undi BN...
Mari kita tenguk sape yg kena...???
Unknown said…
Salam. Satu teguran yg bernas dar Dr Asri. Ini bermakna UMNO mesti berkerja keras lagi utk mendapat keyakinan kembali rakyat utk menyokong Umno. Insyallah.
Anonymous said…
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu

Bersama Kita Bersama
Menjunjung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan 'Bini'

Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang Keji Dan Haprak

Bersatu, Bersedia ... Khianat
Cogan Katanya
UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia
Anonymous said…
Macam mane aku nak sokong UMNO/BN, LEMBU pun tak boleh nak urus.
Anonymous said…
perwakilan umno tuli isu pluralisme tidak diangkat sebagai agnda dalam perjuangan dan ucapan prwklian dan pemimpin kanan UMNO...isu ini memang dekat dengan melayu islam dari kalangan melayu PAS PKR maupun UMNO maupun melayu diatas pagar sendiri sayang mreka seolah kehilangan ilham atau fakta mengenai bayaha pluralisme nak jerit jerit lah yang penting isi dan isu utama perlu diketengahkan...suma hipokrit minta tidak dicalonkan dalam pilihan raya nanti...piiirahhh lagu lama tu....
Anonymous said…
Presiden minta UMNO mendengar suara orang muda dalam media baru. Tahukah dia bahawa siapakah batang tubuh yang sering menjadi kejelekan dan muak orang muda dalam media baru berkaitan keborosan yang melampau ?

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Sultan Azlan : Tanda Harga Tanggungjawab

Sultan Azlan Tanda Harga Tanggungjawab Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini. Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR ...

Matahari Di Tengah Malam

MATAHARI DI TENGAH MALAM MACHANG 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini. Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan. “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini. Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana...