Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain. Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya. Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira ‘kegagalan’ beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai ke...
Memimpin Kebijaksanaan